Tabung Luahan Isi Hati

Wednesday, May 30, 2012

Cerpen : Dialah Aaron Aziz Aku (Intro)


 Yang ni cerpen tau. Sebenarnya dah lama dah cover dan tajuk ni terpahat di dalam lappy tapi baru hari ni tiba-tiba ada mood nak menulis cerpen ni. Jangan tanya bila siap sebab saya menulis ni suka-suka je. Rasa seronok pulak menulis cerpen "Dialah Aaron Aziz Aku" ni.hihi Layan ~ jangan lupa tinggalkan komen : )

........................................




“ Aira !! ” Aira yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek  terkejut dengan suara yang menjerit betul betul di tepi telinganya .

“ Aduh! Sakitnya.” Aira menggosok pinggang belakangnya .

“Haa! Padam muka kau! Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengeh– sengeh depan laptop kau ni ya? Siap meniarap pulak tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara. Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.” bebel Amirah sambil mencekak pinggang .

“Kalau ya pun kau nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut tangan Aira. Marah pun marah jugak, tapi tak kan dia nak biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni, Badrul datang serang Amirah. Kecoh dibuatnya.

“Kau yang menjerit mengalahkan bini tarzan ni kenapa?”

“Amboi, mulut! Aku cili kan! Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”

“Dia tu pun menyusahkan aku je nak memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak payah lah nak ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” bebel Amirah. Aira tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni. Mak nenek cun! Haha.

“Lorh, kenapa tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspress’.

“Eh, aku pulak!” Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit  Aira ke senanglah Amirah pergi karate Si Badrul tu.

“Irah! Sini kejap.” Panggil Aira.

“Apa dia?”

“Marilah sini kejap.” Malas-malas Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.

“Apa dia? Korang kalau berborak pun tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar percakapan orang bakal jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi pun tak senang.” Ujar Amirah.

“Alah kau ni. Asyik dengan cerita jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate saya a.k.a bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang dimaksudkan Aira. Dan…

Haa aaaa

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai


“ Irah, Irah! Amirah!!” jerit Aira kepada Amirah yang tercengang.

“Aaron Aziz.” Spontan nama artis yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah. Aira dan Badrul berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

“Aariz Azwan.”

Tuesday, May 29, 2012

Review Novel : M.A.I.D - Suri Ryana



LUAHAN ISI HATI SAYA


Mr.F !! Kalau teringatkan Mr.F ni kan rasa nak melompat-lompat sambil buat aksi gedik . Haha gurau je . Sweet tau cerita ni . Mr.F ♥ Noorul ! suka dengan perwatakan Mr.F dan Noorul pun lucu. Comel je Noorul time Mr.F mengusik isteri dia tu. Hihi

Dalam banyak-banyak part dalam novel ni , saya geram dengan Mr.F masa kepercayaan dia terhadap Noorul tergugat . Nasib baik Noorul tak lari jauh . Kalau lari jauh , menangis tak berlagu lah Mr.F kita ni .

Mr.F atau nama sebenarnya Haris . F tu untuk fussy. hehe pandai-pandai je Noorul dengan Iman gelar Haris macam tu . Haikal pula adik Mr.F , dia suka kat Noorul . Tu yang Mr.F cemburu giler kat adik dia tu . Iman pulak kawan baik Noorul yang suka kat Haikal .

SINOPSIS

M.A.I.D
SURI RYANA

SEMENANJUNG: RM 26.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00


Sinopsis:


Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Review Novel : Sebenarnya, Saya Isteri Dia! - Zura Asyfar




LUAHAN ISI HATI SAYA


Firash Arshad ♥ Syafa Aqira . (Chad ♥ Syaf) hehe kalau baca novel ni kan , tersenyum je memanjang . Dan rasa nak tonyoh si Chad ni sebab ego tinggi melangit , cemburu pun boleh tahan sama tinggi .

Tentang Chad, saya suka dia sebab dia kuat mengusik . Bab - bab mengusik Syaf memang dia pakar . Sampai tak keruan dibuat si Syaf tu . Haha

Syaf pulak jenis cepat melatah kut . Emm dan cepat benar ya cinta dia teralih ? Dari mula jatuh cinta dengan abangnya Chad , Farish Adryan . . . jatuh cinta pulak kat si Firash Arshad yang panas baran tu . Tapi tak salah lah kalau Syaf nak jatuh cinta dengan Chad pun sebab tu suami dia jugak walaupun Chad lebih muda daripada dia !

Dan saya jatuh simpati kat Farish Adryan . Tu lah , buat keputusan terburu-buru kan dah melepas buah hati awak tu . Agak - agak ar kalau si Farish ni tak mati , dia jadi penggangu rumah tangga Chad dengan Syaf ke erk ?

Tapi abangnya Chad mati pun Chad tergugat jugak sebab kawan baik dia, Mie dan sepupu dia, Qimy suka kat Syaf . Haha sabar je lah Chad , dapat bini comel memang lah ramai nak tackle .




SINOPSIS


SEBENARNYA,SAYA ISTERI DIA!
ZURA ASYFAR
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33






Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Review Novel : Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna



LUAHAN ISI HATI SAYA


Sepupuku Suamiku ♥ dalam banyak-banyak novel yang kawan saya pinjam . Novel ni lah yang diorang cakap paling best , sweet , romantis dan seumpanya . Bagi saya pulak ? Jangan tanya saya , sebab kalau korang tanya best ke tak semua saya cakap best .Bagi saya setiap penulis ada gayanya tersendiri . Tapi memang tak nafikan , novel ni memang the best in the world . haha ayat kemain over !

Hisyam , I love you so much ! hihi giler romantis Hisyam . Mulut dia manis , manis daripada madu lagi ! Kalau dapat husband camni memang sengih memanjang . Muka pun tebal 10 inci . Romantisnya ya ampun ! lemah lutut bep ! HAHA HAHA

Diana Syakira ( Nana ) , satu-satunya buah hati Hisyam walaupun Nana bukan cinta pertama Hisyam tapi Nana cinta kedua dan terakhir Hisyam . Satu je saya geram dengan Nana ni . Kenapa dia lebih percayakan betina gedik tu daripada suami sendiri ? Tapi takleh salahkan Nana sepenuhnya jugak . Dah lah betina gedik tu buat onar sampai Nana keguguran dan tambah pulak dengan Hisyam ditangkap khalwat dengan betina gedik. Isteri mana tahan kan ?

Kesian Hisyam dengan Nana . Tengah syok-syok hidup bahagia , rumah tangga diorang runtuh dan sampai Hisyam DIPAKSA kahwin dengan betina gedik tu . Ish-ish . ;(

ps : saya asyik sebut ' betina gedik ' tu sebab tak ingat nama . hihi
SINOPSIS

SEPUPUKU SUAMIKU
LYNN ALLYNA

Harga Semenanjung: RM19
Harga sabah Sarawak: RM22

Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.
Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.
Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati  Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.
Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….
Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Review Novel : Kuseru Rindu Itu - Hanni Ramsul



LUAHAN ISI HATI SAYA


Bagi saya novel ni memang best , tersangat ! Hisyam tersangat lah buta , buta hati ! hish ! geram pulak kalau teringatkan Hisyam menduakan Idayu dan menceraikan Idayu tanpa unsur soal selidik atau periksa !

Cuba bayangkan sang suami yang hidup dengan sang isteri sudah hampir 7 tahun tapi sang suami beranggapan yang dia tiada rasa secalit cinta pun buat sang isteri tapi sayangnya sang suami menganggap dia hidup dengan sang isteri hanya kerana rasa tanggungjawab seorang suami ? cis, kejam kau Hisyam . ( Emo sikit )

sedih kan ? meleleh jugak air mata baca novel ni . Yang si Maisara pulak gatal duk 'berkasih' dengan suami orang. Kalau wujud si Maisara ni memang nak lempang habis, buat penganggu rumah tangga orang je.

Patut contohi Idayu yang tersenyum walaupun pahit , tetap berlembut walaupun dia tahu yang Hisyam curang , mencuba mencuri hati si suami dan tidak cepat melatah .

Ada satu yang saya suka dengan Hisyam ni . Sikap tidak suka berbohong dia . Yup ! Walaupun Hisyam 'berkasih' dengan Maisara tapi hatinya tak tenang , selalu teringat akan isteri , terlalu takut untuk memberitahu Idayu yang dia nak kahwin lain sebab takut hati isterinya terluka. Tapi sayang , Idayu dari awal dah tahu dan dari awal lagi hati Idayu terluka . . . .
SINOPSIS

KUSERU RINDU ITU
HANNI RAMSUL
SEMENANJUNG: RM 26.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

Sunday, May 20, 2012

Flashback MDC

 Salam kepada semua yang membaca entry ini. Ainaa nak mintak maaf sangat-sangat sebab belum update MDC. Sekarang ni Ainaa jarang ada masa untuk menulis MDC dan hari ni bila ada sedikit masa ni, ilham tak datang lah pulak. Pening dengan exam dan hal-hal lain yang belum dilaksanakan. Aduh, sorry ya? Lepas exam ni, Ina nak rehat kejap. Cadangnya nak buang blog Luahan Isi Hati ini sementara waktu. Emm.. Jom lah kita flashback MDC yang lepas-lepas. ( :







“Abang apa khabar, sihat? Lama abang tak balik sini…”

“Alhamdullilah, sihat. Maaflah. Bukan abang sengaja tak balik sini tapi banyak sangat kes kat Singapura tu. Oh ya! Minggu lepas abang outstation ke Dubai . Abang ada beli hadiah untuk Wa.”beritahu Raihan. Sememangnya kerja sebagai peguam membuatkan dia jarang pulang ke kampung. Lebih – lebih lagi Raihan menjadi peguam di Singapura.

“Abang ni…Kalau pergi outstation mesti beli sesuatu kat Wa. Lain kali abang jangan beli apa – apa tau! Nanti kalau Wa nak baru Wa mintak. hehe”

“Biarlah abang nak bagi pun. Yang penting Wa terima dan Wa suka. Okeylah, tunggu kejap ya? Abang nak pergi ambil hadiah tu kejap.” Raihan sudah bangun. Aku mengganguk dan memerhati langkah Raihan. Tak sampai 3 minit Raihan dah terpacak depan aku ni. Aku tersengih – sengih sambil menyambut paper bag yang dihulur Raihan. Aku meneliti beg kertas tu kejap. Comel !Corak polka dot yang bewarna koko dan merah jambu. Eh,  kejap kejap. Pink? Erk!

“ Wah ! Ada coklat lah . . Eh ! Apa ni ? Ya Allah ! Cantiknya baju ni abang Ray !” terlebih excited lah pulak kau Mawar . Control ayu lah sikit Mawar ooi ! Raihan menggeleng sambil tersenyum . Lucu dengan gelagat Mawar , macam budak – budak !

“ Mawar ni . . . Kan abang dah cakap tak payah panggil abang , abang Ray . Panggil abang , abang Raihan atau nak lebih manis sikit panggil abang je .” Aku jeling ke arah Raihan . Menggatal lah pulak mamat senyum ni !

“ Apa – apa jelah abangku sayang . . Tapi betul tau , baju ni cantik sangat . Terima kasih banyak tau !” aku belek baju kurung yang bewarna putih dan bersulam manik kecil keemasan itu . Haih ! Kalau aku pakai ni mesti menangis Dato’ Siti Nurhaliza menengoknya . Hehe naik lif tekan sendiri nampak ! Tercuit hati Raihan taatkala Mawar menyebut ‘abangku sayang’ .

“ Sama – sama kasih” balas Raihan sambil tesenyum manis . Aku pun tak kan lah nak buat sombong pulak , mestilah aku balas senyuman Raihan tu . Kan kalau aku tak senyum dia ambik balik coklat dengan baju ni kan , aku jugak yang meleleh air liur .



 
“Abang setiap hujung minggu abang akan balik KL, tumpang kat rumah kawan abang. Jadi boleh lah abang jenguk-jenguk Wa, mana lah tahu kut-kut Wa nak pergi jalan-jalan ke…boleh abang bawa kan.” Terang Raihan sambil tersenyum. Aku tersengih. Jalan-jalan ya? Peluang ni!

“Betul ke ni bang?”

“Betul lah…”

“Okey, thank you. Sayang abang Raihan tau!” Raihan tergelak kecil. Suka benar dia dengar ucapan sayang yang selalu keluar dari mulut Mawar.

Menara Berkembar Petronas terlayar di kotak fikiran. Aku belum pernah pergi lagi ke situ. Kawan baik aku, Ain cakap best jugak lah pergi situ tapi Ain cakap kalau pergi I-City yang berada di Shah Alam tu lagi best. Ada Taman Cahaya Lampu I-City, Sunway Pyramid yang dimana ada gelanggang ais, Snow Walk dan macam-macam lagi lah! Wah! Nanti aku nak ajak Raihan pergi sana lah. Hehe

“Kenapa?” aku berpaling ke arah Raihan .

“ Kenapa apa?”

“ Kenapa Wa tersengih-sengih je? Dah tak sabar nak pergi KL?”aduh! Dia ni ahli nujum apa? Kepala yang ditutupi dengan tudung bawal aku garu. Gatal kepala lah pulak.

“Ish! Mana ada. Abang ni… Wa tengah sedih-sedih ni, boleh pulak dia cakap kita tak sabar-sabar nak pergi KL. Sedih tau kena tinggal nenek dan kampung!” pandai kau nafikan ya Mawar? Aku jeling sekilas Raihan yang tengah tersenyum. Memang mamat senyum lah dia ni…





“ Tapi kau pun suka dia…” ujar Ain perlahan. Aku ketawa kuat sampai ada yang tertoleh-toleh kat aku. Apa lah kau Mawar… budak tak tahu malu betul. Tadi orang tengok kau sebab muka kau basah dengan jus epal Ain, ni kau pulak yang mengilai macam pontianak.

“Hello! Excuse me… Kau tak boleh beza kea ‘suka’ dengan ‘cinta’? Aku suka dengan abang Raihan tak bemakna aku cintakan dia. Aku anggap mamat senyum tu abang aku je tau.” jelas aku.

“Mamat senyum?”

“ Abang Raihan a.k.a Mamat Senyum. Gelaran aku bagi khas untuk dia. Abang Raihan tu senyum je…aku marah dia senyum, aku cakap dia senyum, aku takut dia senyum, aku melawak pun dia senyum. Entah-entah aku menangis pun dia senyum jugak kut. Tak tahu lah tu. Aku belum pernah lagi teringin nak nangis depan dia. Eh, kau jangan cakap kat abang Raihan pulak yang aku gelar dia mamat senyum. Aku belum gila lagi nak gelar depan dia macam tu. Dibuatnya dia tarik muka dengan aku, tak ke merajuk satu-satunya abang kesayangan aku tu.” Panjang lebar aku jawab. Minum air sikit..

“Oh, Okey…Aku tak bagi tahu kat dia sebab aku setuju apa yang kau cakap tu tapi tak bemakna aku setuju kau gelar abang Raihan macam tu. Kau nak tahu tak aku gelar dia apa pulak?” aku hanya mengangkat kening.

“ Abang sayang handsome…” belum pun Ain menyudahkan kata dia air jus oren yang aku minum terus tersembur. Apa lagi, muka Ain lah menjadi mangsa. Aku ketawa tak ingat dunia. Ambik kau, Ain! Tadi aku yang kena ni kau pulak yang kena. Banyak mata-mata yang melihat aku dengan Ain. Mungkin mereka fikir kita orang datang dari planet Pluto kut. Eh, apa kau merepek ni Ain?

“Weih! Kau gelar mamat senyum tu ‘abang sayang handsome’? Gila! Kemaruk sangat apa?” slamber aku mengutuk Ain. Ain yang sedang mengelap mukanya itu menjeling tajam.

“ Amboi, mulut! Aku cili mulut kau tu baru tahu. Sedap kau cakap aku kemaruk. Dah memang dia handsome dan memang aku sayang dia dan sememangnya dia ‘abang’ dari kita. Huh!” marah Ain. Sedap minah ni panggil aku kemaruk. Aku cakap kat abang Raihan yang dia gelar abang Raihan tu mamat senyum kan baru tahu! Eh, tak boleh! Nanti dia cakap aku gelar abang Raihan abang sayang handsome pulak.. Naya aku….

“Hehe…Dah lah, tu…makan mee udang kau tu. Dah kembang dah aku tengok. Kan tak sedap pulak. Tadi cakap lapar sangat.”

“Yalah, yalah…nak makan lah ni…” aku memandang sekeliling sambil minum air jus oren. Pandangan aku terhenti pada jejaka yang agak handsome. Tidak jauh dari meja yang kita orang duduk ni. Dia juga sedang melihat ke arah aku sambil tersenyum. Aku balas senyuman dia, kepala diangguk sedikit. Waduh! Tak tahu pulak aku ada mamat handsome yang juga makan kat sini. Mesti dia tengok gelagat kita orang tadi. Malunya!

Saturday, May 5, 2012

Majlis Perkahwinan Fasha Sandha ♥ Rizal Ashram (Jejai)


 Gambar dan Petikan dari OH BULAN!

27/04/12, berlangsungnya majlis pernikahan antara pelakon, Fasha Sandha,28, dan juga Rizal Ashram, 36, (Jejai). Kedua-dua pasangan mempelai ini telah mengadakan majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.
Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.








" Video : Teaser Pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) "

Friday, May 4, 2012

Majlis Perkahwinan Awal Ashaari ♥ Acha Al-Yahya

Gambar & Petikan dari OH BULAN!


Dengan sekali lafaz, pelakon popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya (29) bersama pasangannya personaliti tv, Ahmad Awaluddin Ashaari, atau Awal Ashaari (31) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside, tepat jam 9:17 malam 04/05/12 dengan mas kahwin berjumlah RM2050 tunai. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan sambil disaksikan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Salman Bin Yusof. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.
Majlis dimulakan tepat pada pukul 8:40 malam dengan upacara ceramah berkaitan rumah tangga yang diberikan oleh jurunikah. Scha Al-Yahya tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden berwarna putih manakala Awal Ashaari segak sekali mengenakan baju Melayu moden. Kedua-dua pasangan ini mengenakan rekaan Saiful Bahri.
9 dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju melayu, coklat dan kek. 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa set barang kemas Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut berjenama Christian Louboution, beg tangan jenama Dior dan manisan kurma beserta kek. Bagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.
Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di New York mulai 8 – 18 Mei 2012 kerana Scha sendiri teringin untuk menjejakkan kaki ke sana. Scha dan Awal berharap para peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.