Tabung Luahan Isi Hati

Tuesday, July 31, 2012

Sweet Ke? (Part 1)

Ops! Sorry, DA triple tak boleh dipost lagi. Cerita pendek Sweet Ke? ni sebenarnya dah lari dari idea asal. hihi tulah, tak tulis sinopsis macam nilah jadinya. Maaf tau kalau karya saya agak bertaburan sebab saya tak menyediakan plot cerita. Idea tu ada tapi kadang-kadang idea akan berubah sama ada ubah sedikit dan ubah banyak. Semua karya saya tulis dengan spontan. Sebab tulah cerpen-cerpen saya yang sebelum ni ceritanya agak berterabur kan? Ke tak? Errr.... hihi biarlah. Meh jom layan Sweet Ke? dan kalau dah habis komen-komen lah sikit ya. Nak tahu jugak korang suka ke tidak cerita pendek yang ni. ; D


....................................







Awak, kita takutlah. Awak nak bawak kita pergi mana ni?” Tanya budak perempuan itu. Lolipop dimasukkan ke dalam mulut.

“Am nak bawak Fida pergi kat air terjun, cantik tau! Kawan Am yang tunjukkan semalam.” Jawab budak lelaki berusia 12 tahun, 5 tahun lebih tua daripada budak perempuan yang dipanggil Fida.

Fida hanya diam, sebenarnya dia takut maknya marah kerana hari sudah petang. Tapi dia tidak bisah berbuat apa-apa, tangannya sudah kemas digenggam Am.

“Tadaa!! Cantik tak?” Am mendepakan tangannya. Tersengih dia apabila melihat Fida menunjukkan muka teruja.

“Cantik, cantik! Eee…Sukanya kita.” Fida mendekati batu besar dan duduk di atasnya. Begitu juga Am.

“Adik, hati-hati kat situ dalam.” Laung satu suara. Am dan Fida berpaling ke arah pemuda yang sedang bermandi-manda bersama kawan-kawannya yang lain.

“Abang Man jangan risau. Am dengan Fida bukan nak mandi pun, duduk kat atas batu ni je.” Balas Am. Fida mengangguk menyokong Am.

“Hmm...Yalah. Tapi hati-hati tau? Batu tu licin, takut tergolek jatuh dalam air pulak.” Pesan Abang Man. Am dan Fida terus tersengih, lucu dengan kata-kata Abang Man mereka.

“Fida, Fida suka Am tak?”

“Suka!”

“Ya? Banyak mana?”

“Emm…Sebesar lollipop ni.” Ujar Fida sambil menunjukkan lolipop ditangannya.

“Alah, kecilnya...” balas Am. Fida meletakkan jari telunjuknya di pipi, lagaknya seperti sedang berfikir.

“Ha! Sebesar kereta Abang Man!” ujarnya lagi. Tangan yang memegang batang lolipop itu dihalakan ke arah kereta Unser yang berada tidak jauh dari tempat air terjun itu.

“Wah, Fida betul-betul suka kat Am ya?”

“Mestilah! Kita suka sangat-sangat kat awak.”

“Kalau camtu, nanti kita dah besar kita kahwin nak?”

“Nak!!” jawab Fida riang. Asyik berbual sesame mereka, hujan mula turun renyai-renyai.

“Jom kita balik.” Ajak Am sambil bangun dari duduknya. Selipar ditepi, dipegang.

“Okey.” Balas Fida. Tanpa menunggu Fida, Am terlebih dahulu meloncat turun dari batu besar itu.

“Awak…Argh!!” Am berpaling apabila suara Fida begitu nyaring ditelinganya dan diikuti dengan bunyi percikan air.

Am terkaku. Dia terlalu terkejut melihat Fida yang terkapai-kapai. Selipar yang dipegang juga telah terlepas dari tangan. Rasanya, kakinya menggeletar. Tidak boleh bergerak.

“Am!!” suara Fida yang menjerit memanggilnya juga tidak menyedarkannya lagi. Sehingga lah Am terlihat Abang Man yang sudah memangku tubuh kecil Fida ke darat. Terduduk dia disitu melihat nafas Fida yang tercungap-cungap kekurangan oksigen.

“Fida….”

“Am! Kenapa dengan Am ni? Kenapa Am tak selamatkan Fida? Am kan boleh berenang!” marah Abang Man.

“Am jahat! Kita benci awak!!” jerit Fida sambil menangis teresak-esak. Am tidak memperdulikan Abang Man yang marah, Cuma matanya mencerlung tajam ke arah Fida. Oleh disebabkan terkejut dan takut yang amat, Am melarikan diri. Meninggalkan Fida yang masih berlinangan air mata.

“Amir!!”

****

Haa!! Mengelamun lagi.” Rafidah tersentak. Hilang sudah bayang-bayang masa lalunya. Dia memandang Amanda yang elok tercegak dihadapannya. Melihat Amanda, seperti melihat lelaki yang dibencinya. Sebiji! Seperti difotostat je muka dua beradik ini.

“Kau nak ke mana lepas ni? Kelas dah tak ada akan untuk hari ni.” Pertanyaan Amanda dibiar sepi. Rafidah mengemas buku-buku yang bertaburan di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg sandarnya.

“Fida!” Rafidah memandang sekilas lengannya yang sudah dipegang Amanda. Dia menarik lengannya dan menggalas beg di bahu. Rafidah mula mengangkat kaki dan tatkala melalui sebelah Amanda, dia berbisik.

“Jangan panggil aku Fida!” tegasnya. Terkebil-kebil Amanda memandang kelibat Rafidah yang sudah menjauh.

****
Syaza Rafidah. Atau lebih dikenali dengan panggilan Syaz di kalangan teman-teman kolejnya. Seorang gadis yang pendiam dan ulat buku. Kebiasaannya, tentu pelajar perangai seperti ini akan dicop ‘budak nerd’ tapi tidak bagi Syaza Rafidah.

Rupa parasnya yang dikurniakan seperti bidadari membuatkan dia menjadi kegilaan ramai dalam kalangan lelaki. Dan sudah tentu gadis-gadis di kolej ada yang mencemburuinya.

Sudah menjadi adat, setiap kolej mesti ada jelitawan dan jejaka idaman malaya. Mungkin Syaza Rafidah cantik rupawan tapi pendiam dan ‘stok’ ulat buku. Lain pula dengan jejaka idaman malaya ini.

“Kyaa!!” suara-suara perempuan yang menjerit membingitkan telinga Rafidah. Usah berpaling, dirinya sudah tahu apa pennyebab gadis-gadis di kolej itu menjerit seperti terkena histeria.

“Amir.” Jejaka tampan yang tersangatlah glamour di kolej itu. Siapa tidak mengenali Amir Ilias, pensyarah muda yang sentiasa dikelilingi gadis-gadis. Sentiasa bermulut manis dengan semua orang. Sudahlah lelaki itu handsome yang teramat, tambah pula dengan status ‘anak Dato’’ yang dipegangnya. Isteri orang pun boleh terpegun, apatah lagi gadis-gadis di luar sana.

“Fida!” Rafidah berpaling. Amir sedang melambai ke arahnya. Matanya jatuh ke arah bahu dan lengan Amir yang kemas dipegang perempuan perasan cantik, Shazalin atau nama glamournya, Syazlyn.

‘Huh! Tak tahu halal haram, dosa pahala ke?’ kutuk Rafidah sebelum berlari anak menuju ke tempat parking kereta.

Amir yang menjerit memanggilnya tidak dipedulikan. Amir Ilias. Ya, dialah lelaki yang dibenci Rafidah. Lelaki pengecut! Tetapi, lelaki itu jugalah suaminya....

Bersambung ~ 

TERIMA KASIH SUDI BACA !

 MuchLove,
 AinaaAzlan

Monday, July 16, 2012

Cerpen : My Hubby, My Brother (Sinopsis)

Hihihi, sorry kawan-kawan. Tak ada DA triple. Tak sempat nak sudahkan. Tapi dalam kelas tadi... tengah boring-boring saja-sajalah tulis nama dan watak cerpen. Dan terhasillah My Hubby, My Brother. Sinopsis je. Saya memang macam tu, tengah boring-boring mula lah idea lain datang. Sekali lagi, sorry ya sebab DA triple tak ada. D;


................................


"Abang, jomlah pergi dating!!" - Mardhihah

"Malaslah....Mardhi pergilah sendiri. Abang kan baru balik, penat!" - Irfan Shah


Melayan kerenah Mardhihah memang memenatkan. Mardhihah, seorang anak manja dan sangat rapat dengan abangnya, Irfan Shah. Setiap hari, setiap masa Irfan Shah perlu melayan kerenah adiknya yang agak mengada-mengada dan tersangatlah manja. Setiap permintaannya, harus ditunaikan. Mama dan papanya hanya mampu menggeleng kepala. Salah mereka juga kerana terlalu memanjakan anak bongsu mereka dan memberi apa sahaja yang dia mahu.


"Abang jahat! Abang tipu!! Abang janji tak nak tinggalkan Mardhi. Tapi kenapa abang nak pergi juga? Abang jahat. Mardhi benci abang!!" - Mardhihah

"Abang tak tinggalkan Mardhi. Abang pergi sekejap je, abang nak pergi belajar. Abang janji, abang akan balik secepat mungkin. Lepas tu, boleh lah kita pergi Pulau Jeju. Mardhi kan teringin nak pergi sana..." - Irfan Shah


Parah!! Mardhihah mengamuk setelah mendapat tahu abangnya hendak sambung belajar di Australia. Berminggu-minggu Mardhihah melancarkan 'perang' dengan abangnya. Irfan Shah berusaha memujuk adik manjanya sampailah dia kehilangan idea untuk memujuk. Fawwaz, sahabat Irfan Shah yang juga akan berangkat ke Australia cuba memujuk Mardhihah. Dan ternyata usahanya berjaya. Akhirnya, Mardhihah merelakan Irfan Shah pergi ke negara kangguru itu.

7 tahun berpisah dan tibalah masanya Irfan Shah pulang ke tanah air. Sudah tentu Mardhihah orang yang paling gembira. Kepulangan Irfan Shah disambut dengan perasaan teruja dan gembira. Tapi, Mardhihah pelik. Kenapa Irfan Shah berubah? Sudah tidak mesra dengannya seperti dulu. Irfan Shah bagaikan mengelak darinya, seperti ada rahsia yang tidak diketahuinya.


"Kahwin??" - Mardhihah


Lebih mengejutkan Mardhihah apabila mama dan papanya menyuruh dia berkahwin dengan Irfan Shah. Abang kandungnya sendiri!!


"Apa yang mama dengan papa merepek ni? Kenapa suruh Mardhi kahwin dengan abang? Abang tu abang kandung Mardhi. Darah daging mama papa!!" - Mardhihah

"Papa rasa, dah tiba masanya Mardhi tahu perkara sebenar. Lagipun, Mardhi dah masuk 23 tahun." - Dato' Razlan

"Mama minta maaf sayang. Tapi ni untuk kebaikan kamu. Mama tak nak dah tanggung dosa semua ni. Mama tak sanggup!" - Datin Zainab

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Rahsia apakah yang terbongkar yang selama ini tersimpan rapi di antara Dato' Razlan dengan Datin Zainab? Adakah rahsia itu yang membuatkan Irfan Shah berubah? Berkahwinkah Irfan Shah dengan Mardhihah? Dan apa kesudahannya....

 _______________________________________

"Abang tak paksa, Mardhi....Tapi abang juga lelaki. Mardhi jangan paksa abang buat benda yang abang tak suka!" - Irfan Shah

"Abang yang buat Mardhi macam ni! Abang tipu Mardhi, abang curang. Abang hipokrit!!" - Mardhihah

__________________________________________

"Kan aku dah cakap, jangan kacau Mardhi!!" - Irfan Shah

 "Salah ke aku nak temankan Mardhi ketika dia menangis? Salah ke aku nak tenangkan dia? Bukan buat dia menangis macam kau!" - Fawwaz

"Kau menyibuk pasal apa? Dia isteri aku!" - Irfan Shah

_________________________________________

"Kenapa kau buat semua ni? Kau nak apa? Tolonglah.....Tolong jangan ganggu aku!" - Mardhihah

"Aku cuma nak Irfan. Irfan sayang aku. Dia cintakan aku. Tapi, sebab wasiat bodoh tu aku dengan dia terpisah. Dan sebab kau! Kalau kau tolak wasiat tu tentu sekarang aku dengan dia dah berkahwin. Dah hidup bahagia!" - Zara

"Kau nak sangat dia kan? Ambik lah! Kau ingat aku nak sangat? Kau nak dia kan, kau nak hidup bahagia dengan Abang Irfan kan? Hah! Kenapa kau tak suruh je dia ceraikan aku?! Kalau dia cintakan kau dan sayang kau kenapa dia tak ceraikan aku je?" - Mardhihah



Wednesday, July 11, 2012

sorry to say....




    Assalamualaikum. Saya nak maklumkan yang blog ni akan sunyi. Maybe sampai lepas raya pun tak ada entry. Tak ada cerita. Sorry ya... saya betul-betul busy sampai bulan 10 ni. InsyaAllah bulan 11 barulah ada masa lapang untuk menulis. Sorry sangat-sangat ya?

   Sekarang sedang berusaha siapkan DA triple sebelum puasa. Tapi kalau masa bulan Ramadhan pun belum ada entry maknanya saya tak sempat nak siapkan lah. Yang pasti, DA triple dengan NA akan dipost tahun ni jugak.

    Sorry ya... Tak boleh nak taip panjang-panjang. Setakat ni je ya...Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyak kepada pembaca-pembaca (eceh, ada ke yang baca.hihi) atau siapa-siapa lah yang sudi baca karya saya yang tak berapa nak best ni. huhu



Much Love,
AinaaAzlan

Wednesday, July 4, 2012

Cerpen: Terlukakah Hatimu ? (sinopsis)

p/s : Tak ada cover. Hee... malas nak buat cover cerpen TH ni jadi baca sinopsis dia dulu lah ya? Cover dia lain kali saya tunjuk, tu pun kalau saya buat. Untuk cerpen DA triple dah hampir siap. Saya tak janji bila saya akan post tapi saya akan usahakan untuk post sebelum puasa. Tapi kalau dah masuk bulan Ramadhan tapi DA triple belum ada maknanya saya tersangat lah sibuk lah time tu. Sorry tau. : D

.............................


    Bercinta selepas berkahwin! Itulah prinsip hidup Naziehah yang kemas digenggam. Dalam masa yang sama, Naziehah takut untuk mendirikan rumah tangga kerana kisah silam yang menghantuinya dan yang memberi impak besar di dalam hidup Naziehah.

    Naufal, CEO muda di sebuah syarikat Co TNS Holding terpaut dengan Naziehah disaat mata mereka bertentangan. Semakin lama perasaan itu bertukar menjadi CINTA. Naufal tekad ingin memperisterikan Naziehah lalu menyuruh ibu bapanya merisik untuknya.

    “Alhamdulillah.” Ayat itulah yang terkeluar dari mulut Naufal apabila mengetahui bunga di taman belum berpunya. Yang lebih menggembirakan, lamaran Naufal diterima baik oleh Naziehah.

    “Takut!” satu patah perkataan yang berlegar di dalam fikiran Naziehah. Tetapi perkahwinan itu tetap diteruskan. Bagaimanakah penerimaan Naufal setelah mengetahui rahsia besar yang tersemat di dalam dada Naziehah? Mampukah dia meneruskan perkahwinan itu? Dan bagaimana pula dengan Irfan yang mencintai Naziehah dari dulu lagi?

“Aku tak boleh terima semua ni! Kau memang sengaja nak perangkap aku kan?!” – Naufal.

“Saya minta maaf, Encik Naufal. Tapi semua ini bukan kehendak saya!” – Naziehah.

“Ir minta maaf Zie. Ir tahu semua ni salah Ir, Ir tak patut tinggalkan Zie dulu. Ir menyesal! Terimalah Ir semula, Zie…” – Irfan.