Tabung Luahan Isi Hati

Sunday, September 30, 2012

Review Novel : Anugerah Cinta - Nurmi Syakimi

 


Baru habis baca novel ni. Saya bagi 5 bintang untuk novel ni. Oh, memang best sangat! Baca sinopsis dia pun geram terus 'rembat' dengan kawan nak baca. Hihi belek punya belek sampai ke titik akhir (tamat) rasa nak bagi penambar aje kat Tengku Faizal ni. Isy! Kejam. Eh, tak tak. Terlalu kejam! Terlopong saya baca part dia tergoda dengan isteri dia, Amirah dan meniduri isterinya tu. Tapi bukan tu yang buat saya terlopong plus mata membulat sampai nak terkeluar plus hati saya ni pun turut terhiris-hiris. Tapi sebab masa Tengku Faizal bersama dengan Amirah tu boleh pulak dia pergi bayangkan kekasih hati dia, Julia!! Ya Allah! Suami jenis apa entah dia ni. Isy! Tengok! Sampai saya terbawak-bawak geramnya. Huhu

Dari mula hingga akhir memang benci sangat-sangat kat Tengku Faizal. Ingatkan dia betul-betul dah tangkap cinta dengan isteri dia tapi masa last-last tu boleh pulak timbul 'sedikit' perasaan cemburu terhadap Julia sebab Julia bahagia disamping suaminya, Tengku Amirul merangkap sepupu Tengku Faizal. Oh, Tengku Faizal! I feel like to kill you, man!

Tu sahaja review daripada saya. Memang best dan terbaik lah kata BoboiBoy. Hihi Rugi kalau tak baca. Haa! Tunggu apa lagi? Pergilah rembat buku ni kat mana-mana kedai buku atau pinjam aje daripada kawan. Haha 

...................

Anugerah Cinta - Nurmi Syakimi (Alaf21)
Harga : RM19.90

NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya. Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!

Thursday, September 27, 2012

Sweet Ke? (Part 3)

OMG! Betul-betul tak ingat dah macam mana plot cerita ni. Jadi main hentam aje apa yang ada dalam kepala otak saya ni. Sorry ya sebab lama menunggu. InsyaAllah Sweet Ke? full akan menyusul. Jangan tanya bila sebab saya sendiri tak boleh agak bila cerpen ni akan siap. Yang pasti, selesai aje kerja-kerja saya, saya akan bercuti dan masa itulah saya akan cuba mensiapkan SK ni. Hup, fighting!!  = D

.......................

Rafidah mengeluh apabila melihat gerangan yang menghampirinya. Dia yang kebosanan terus pergi ke pasaraya terdekat keseorangan dan sekarang sedang makan tengah hari di McDonald’s sekaligus mengisi perut yang sedari tadi berbunyi.

“Hai, Puan Syaza Rafidah! Sorang aje ke?” sapa Amir, gelaran ‘puan’ itu sengaja ditekan. Amanda yang turut serta menarik kerusi di sebelah kakak iparnya manakala abangnya pula sudah duduk di hadapan Rafidah.

“Eh, taklah. Tengah tunggu orang kampung saya. Adalah satu bas.” Amanda tersenyum lucu kemudian memandang Amir yang mengangkat kening.

“Fida keluar kenapa tak ajak aku? Bahaya kau jalan sorang-sorang. Jadi apa-apa macam mana? Zaman sekarang, macam-macam kes yang berlaku setiap hari. Kau kena hati-hati tau!” Amanda bersuara. Dia menggunakan ‘aku-kau’ kerana umur mereka sama sahaja lagipun mereka teman sepermainan masa kecil-kecil dulu.

“Aku pandai jaga diri!” Amanda terdiam. Lima minit berlalu diantara mereka sorang pun tak ada yang membuka mulut. Hanya kedengaran bising dari penggunjung McDonald’s di pasaraya itu sahaja.

“Fida keluar kenapa tak cakap kat abang?” Tanya Amir tetapi pertanyaannya tidak dijawab Rafidah.

“Err...Aman pergi window shopping kejap.”Melihat Rafidah yang tidak menjawab membuatkannya terasa tidak enak lebih-lebih lagi melihat muka serius abangnya. Jadi lebih baik dia meninggalkan pasangan itu.

“Kenapa tak minta izin dulu nak keluar?” tanya Amir sekali lagi.

“Kan saya dah hantar sms. Kira saya dah minta lah tu!”

“Macam tu aje? Kenapa perlu pergi senyap-senyap kemudian hantar sms cakap nak keluar. Fida tahu tak yang abang risau masa tu? Ditelefon tidak berangkat, hantar sms bukan nak direply. Dahlah Fida cakap nak keluar aje. Tak ada cakap nak pergi mana, dengan siapa.”

“Ingat sikit, awak tu bersuami. Kena minta izin dulu! Jangan buat suami awak ni risau.
                                             
“Apa masalahnya? Saya dah hantar sms dah kat awak yang saya nak keluar! Cukup lah.”

“Ada saya kata boleh?” begitulah Amir. Panggilan akan berubah kalau dirinya geram serta marah dengan Rafidah. Memang dia akui yang Rafidah agak keras kepala tetapi keras macam mana sekalipun Rafidah tetap akur walaupun mula-mula kena bertengkar.

Rafidah mendengus geram. Asyik nak ikut kata dia aje! Rafidah mencapai Cornetto Sundae Chocolate, sudah tiada selera nak makan GCB McDonald’s yang dibeli. Dia memandang sekeliling, lebih baik dia mencuci mata daripada membalas pandangan Amir yang tajam.

“Sedapnya GCB dia, bak sini sikit.” Rafidah membulatkan mata apabila Amir merampas burgernya dan makan dengan penuh nikmat.

“Ni saya punya lah!” Rafidah merampas semula dan memakannya.

“Apa tengok-tengok?”

“Awak makan bekas saya..” Rafidah berhenti mengunyah. Dia memandang Amir yang tersengih kemudian memandang burger ditangan. Memang betul dia makan tempat Amir gigit tadi. Perlahan-lahan Rafidah meletakkan burger dan minum air. Amir pula ketawa, lucu melihat telatah Rafidah juga senang hati kerana Rafidah makan tempat bekasnya.

Rafidah menjeling dan tanpa menghiraukan Amir yang masih dengan ketawanya, Rafidah menghabiskan burger GCB nya. Baru sahaja dia ingin bangun untuk membasuh tangan, Amir terlebih dahulu meraih tangannya dan serta merta mata Rafidah terbuntang apabila dengan selambanya Amir menjilat jari jemarinya yang melekat dengan sos yang dicampur dalam burger GCB.

Rafidah menarik lengannya dan memandang sekeliling. Ada sekumpulan gadis-gadis remaja yang perasan. Mereka menjeling-jeling, ada yang buat muka meluat dan ada yang memandangnya dengan sinis. Rafidah mencapai beg sandarnya dan terus ke tempat cuci tangan.

“Huh! Selamba badak punya Amir! Ada ke patut jilat tangan aku. Kan aku jugak yang malu! Siap kau! Nak main-main dengan aku ya?” marah Rafidah sendirian. Mulutnya terkumat-kamit marah dengan sikap Amir.

“Siapa yang nak main-main?” Rafidah menjeling tajam Amir yang sedang minum air coke nya.

Tanpa mempedulikan Amir, Rafidah laju melangkah keluar dari pasaraya itu. Memandangkan kaki Rafidah tidak lah panjang mana, Amir berjaya berjalan beriringan dengannya memandangkan Amir seorang yang tinggi lampai sedangkan dia hanya separas bahu lelaki itu.

“Tunggu kejap.” Langkah Rafidah terhenti apabila Amir memegang lengannya. Dia berpaling dan kelihatan Amir sedang menghubungi seseorang.

“Hello, Aman! Aman balik sendiri ya? Abang nak dating dengan Fida kejap.” Beritahu Amir kepada Amanda lalu memutuskan talian. Tangan Rafidah digenggam.

“Jom.”

“Pergi mana?”

“Dating.” Rafidah hanya mendiamkan diri dan kakinya terus melangkah mengikut Amir. Amir membuka pintu kereta untuk Rafidah dan tanpa berlengah Rafidah terus masuk ke dalam. Entah kenapa dia tidak melawan. Mungkin kerana dia sememangnya bosan dan hanya mengikut suaminya tanpa bantahan?

“Kenapa keluar sorang-sorang tadi?” tanya Amir mencecah kesunyian dalam kereta. Rafidah memandang sekilas ke arah Rafidah kemudian kembali memandang ke depan.

“Saja.”

“Kan boleh aje suruh Amanda teman. Aman pun suka shopping, ajak sahaja ke mana pasti nak diikut budak tu.” Amir mengerling ke arah Rafidah apabila tiada jawapan dari mulut isterinya itu.

“Kalau tak nak Aman teman, Rafidah boleh je call abang, abang pun boleh teman Fida.”

“Awak kan kerja.”

“Tapi abang boleh saja kerja half day kan? Untuk Fida bila-bila sahaja abang boleh temankan.” Balas Amir. Rafidah menjulingkan mata ke atas. Dalam hati dia mengejek, yalah tu!

“Lain kali jangan keluar sorang-sorang tanpa pengetahuan siapa-siapa kemana dan dengan siapa Fida pergi. Fida tahu, abang risau sangat masa Aman call cakap Fida tak ada dalam bilik. Abang terus pulang ke rumah dan masa tu juga abang baru terima mesej daripada Fida.”

“Mungkin Fida dah minta izin nak keluar tapi abang tetap risau. Fida tak cakap Fida nak kemana dan dengan siapa. Abang call Fida tak jawab, lagilah buat abang risau. Dah 5 buah pasaraya abang terjah, abang cari jugak Fida walau abang tahu susah sebab pasaraya kan besar dan banyak. Last-last Aman suruh abang pergi Carrefour Kota Damansara, mujur sahaja abang ternampak Fida kat McDonald’s.” luah Amir. Tangan kirinya mencapai tangan Rafidah dan digenggam. Seketika sahaja apabila Rafidah menarik tangannya semula.

Rafidah diam, sebenarnya kata-kata Amir mencuit hatinya. Sungguhkah sebegitu bersungguh-sungguh Amir mencarinya?

“Boleh saya tanya?”

“Apa dia?”

“Kenapa awak ambil berat pasal saya?” Amir berpaling.

“Fida isteri abang…”

“Oh, jadi awak layan saya dengan baik semata-mata tanggungjawab.” Pintas Rafidah tanpa sempat Amir menyudahkan kata-katanya.

“Ya tapi....”

“Tak apa, saya faham. Awak pun terpaksa kahwin dengan saya kan? Okey, kita seri.” Pintas Rafidah lagi. Amir mengeluh. Abang layan baik Fida sebab Fida isteri abang, tanggungjawab abang dan...sebab abang cintakan Fida dari dulu lagi. Cinta sangat-sangat. Bisik hati Amir.

“Kenapa berhenti kat sini?” tanya Rafidah apabila Amir memberhentikan kereta di tepi jalan kecemasan.

“Saja. Lagipun abang tak tahu nak bawa Fida ke mana.” Terangkat kening Rafidah mendengar jawapan daripada Amir.

“Kalau macam tu baik balik rumah.”

“Fida ada cadangan kita nak pergi dating ke mana?” Rafidah tidak menjawab, hanya menggeleng kepala.

“Pergi Port Dickson nak?”

“Malas.”

“ Lah, abang yang drive bukan Fida. Fida teman abang kat sebelah aje, bual-bual dengan abang.” Rafidah diam lagi. Malas melayan Amir.

“Ke Melaka?”

“Tak nak.”

“Haa! Kita pergi Genting Highland lah macam tu. Abang dah lama tak pergi sana.”

“Tempat budak-budak. Bosan!”

“Habis Fida nak ke Cameron?”

“Tak mau!” Amir mengeluh. Tangan meramas rambut, pening melayan kedegilan Rafidah.

“Kalau macam tu… kita balik ajelah.” Amir mula mengalah. Dia membetulkan duduk, mahu memandu pulang ke rumah.

“Tak nak.” Terus Amir berpaling ke sisi. Jawapan yang keluar dari mulut Rafidah membuatkan Amir ternganga.

“ Ke PD tak nak, ke Melaka tak nak, ke Genting dengan Cameron pun tak nak. Balik rumah pun Fida tak nak? Fida.... jangan buat abang hilang sabar, Fida...” Amir meramas rambutnya lagi. Kali ni lebih kuat sampai kusut-masai rambutnya. Rafidah berpaling ke luar tingkap.

“Fida nak ke Langkawi....” Amir berhenti meramas rambutnya dan memandang Rafidah. Perlahan-lahan terbit senyuman dibibir. Suara Rafidah seperti merengek. Perlahan tetapi meleret sahaja di telinganya. Dia suka macam tu.

“Oh, okey. Nak pergi dengan feri atau flight? Kita pergi dengan feri lah, baru best!” cadang Amir tanpa sedar air muka Rafidah sudah berubah.

“No! Kita naik flight. Tak payah bersusah payah naik feri!” pangkas Rafidah cepat-cepat.

“Alah, tak best. Feri…”

“Saya kata tak nak!!” Amir terdiam, tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dipandang Rafidah pelik namun kemudian baru dia teringatkan sesuatu yang penting. Tangan Rafidah dicapai dan diramas lembut.

“Fida… I’m sorry. Maafkan Am. Am lupa Fida masih trauma. Sorry... okey, kita naik flight ya? Nanti Am call kawan Am suruh uruskannya ya.” Rafidah hanya diam. Panggilan Amir sentiasa berubah-rubah. Sekejap abang-sayang, sekejap abang-Fida, sekejap saya-awak dan ni Am-Fida pulak. Sudahlah, dia malas ambil tahu itu. Suka hati Amirlah nak panggil apa pun.

Amir mendail sahabatnya yang menguruskan bahagian tiket di lapangan terbang, ingin menguruskan percutian pertama mereka setelah 2 bulan berkahwin. Tanpa berbulan madu. Bukan dia tak nak pergi tetapi Rafidah yang tak mahu. Alasannya?

“Tak ada faedah nak pergi honeymoon. Kita bukan pasangan kekasih saling mencintai. Kita kahwin sebab pilihan keluarga. Tanpa cinta.”

Tidak pernah dia lupa kata-kata yang keluar dari mulut Rafidah apabila diajak berbulan madu. Sungguh kecewa apabila ajakannya ditolak mentah-mentah. Sebagai suami, memang dia layak bertegas. Tapi rasanya akan memburukkan keadaan lagi apatah lagi dia sedia maklum yang Rafidah membencinya.

“Hello, Zaf…. Kau busy tak? Tiket flight ke Langkawi ada tak untuk hari ni?” Amir diam seketika.

“Tak ada? Esok pun tak ada? Hmm... aku baru nak pergi jalan-jalan kat sana.Bila tiket ada?” Amir mengerling sekilas ke arah Amirah.

“Okey, hotel kau tolong booking jugak ya. Thanks,bro.  Nanti apa-apa hal call.”

“Sorry. Zafran cakap tiket untuk hari ni dah full. Kita pergi minggu depan ya? Boleh abang minta cuti dulu.” Amirah hanya mengangguk. Entah kenapa dia terasa tidak sabar-sabar mahu pergi. Sebab dah lama tak pergi ke Langkawi atau sebab lain? Handphone Amir berbunyi sekali lagi menyetakkan Amir yang leka memerhati Amirah. Terus dia tekan butang hijau apabila nama Firdaus terpapar.

“Hello, Abang Man. Kenapa tiba-tiba call Am ni?” Rafidah memandang sekilas apabila nama Aiman disebut.

“Innalillahiwainnailaihirojiun….” Amir mengucap panjang lalu dia membalas pandangan Rafidah.

“Hospital mna? Kejap lagi Am dengan Fida sampai. Abang Man call Am kalau ada apa-apa.” Amir mematikan talian lalu diletakkan handphone di atas dashboard.

“Kenapa? Siapa yang masuk hospital?” Amir hanya diam. Dia menghidupkan kereta lalu tangan Rafidah dicapai tangan kirinya dan digenggam. Rafidah tidak menolak.

“Kenapa ni Amir?” Rafidah memandang pelik ke arah Amir. Pelbagai soalan yang berlegar di fikirannya. Kenapa seperti muka Amir gusar? Khabar berita apakah yang baru disampaikan Aiman?

Bersambung ~ 

TERIMA KASIH SUDI BACA!

Much Love,
AinaaAzlan

Friday, September 7, 2012

Suamiku Orang Kelantan? (Prolog)

Haha. Gelak terguling-guling apabila idea nak buat Suamiku Orang Kelantan? ni datang. Kelakar aje tajuk dia. Ni kes tengok cerita Sorok Bau Budu kat Astro tadi lah. Terus datang idea mengarut ni. Hihi Cerita ni hanya suka-suka saja, saya pun tak adalah serius nak buat. Kalau korang suka saya cuba usaha sudahkan tapi kalau tak suka saya sudahkan juga. Hehe kalau tak suka jangan baca, kalau suka baca and tinggalkan komen sekali erk? ; P  Haha rasa nak gelak aje hari ni. Hee ~ : D


....................




“Anna Mumtaz.” Anna berpaling ke arah lelaki yang tersengih-sengih memandangnya. Hee! Mahu saja dicepuk lelaki yang tak faham bahasa ni. Dah kata tak suka tapi dikejar juga.

“ You nak apa hah? Tak reti bahasa ke? Muka macam longkang ada hati nak pikat I. Hye! Pergi cermin diri you tu dulu sebelum nak pikat I. Dasar anak kampung.”

“Eh, sedap awok jah oyak sayo muko mace loke deh. Awok tu hah, koya tak habis.” Balas Firdaus dengan loghat Kelantan.

Inilah yang dibenci Anna. Lelaki yang ingin memikatnya itu bukan tidak kacak, malah mukanya seperti Fizo Omar sahaja. Tetapi asal usul Firdaus yang membuatkan dia benci lelaki itu. Firdaus, anak jati kelahiran Kelantan. Anna benci dengan loghat Firdaus.

“What? Boleh tak cakap bahasa surat? Kampung betul you ni!”

Firdaus menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah nasibnya terpikat dengan perempuan seperti Anna Mumtaz, belagak aje lebih! Asyik nak hina keturunannya. Tak apa, dia bukanlah jenis berputus asa. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

“Nah, nevermind. Tok balik lagi ko? Hari gelap doh ni.” Pertanyaan Firdaus tidak diendahkan Anna walaupun sebenarnya Anna faham apa yang ditanya Firdaus.

“Tak nak balik lagi ke? Dah malam ni.” Tanya Firdaus semula tetapi sudah tidak dengan loghat Kelantan.

“You nak kisah apa hal?”

“Amboi, kasarnya. Tak boleh cakap lembut-lembut ke? Kan lembut itu sifat peribadi yang ada dalam diri wanita.”

“I nak berlembut dengan you buat apa? Buang karat aje.”

“Oh, saya lupa. Awak kan orang bandar. Orang bandar memang dah tak ada sikap sopan santun kan? Emm, you know what… gadis-gadis yang ada kat kampung saya cantik-cantik semuanya. Sopan… lemah-lembut dan yang paling penting pandai menguruskan rumah.” Ujar Firdaus sengaja ingin menyakitkan hati Anna. Padahal bukan semua orang bandar macam Anna ini.

“Hee! Sakit telingan I tahu! Jangan nak puji sangat lah. Hah! Kenapa you tak pergi pikat aje gadis kampung tu, kan diorang tu lebih bersopan santun, lemah lembut dan pandai menguruskan rumah.” Balas Anna sambil menjulingkan matanya ke atas dan mencebik.

“Ha’ah, kenapa ya saya tak pergi pikat diorang aje? Kahwin aje dengan gadis kampung. Bodoh saya kan sebab terhegeh-hegeh dengan gadis bandar yang tak tahu adat sopan, kasar, berlagak....” sinis Firdaus lagi. Anna bangun dari kerusi kulitnya. Tangan dihentak ke meja dan menjegilkan mata ke arah Firdaus.

“Tapi nak buat macam mana kan... gadis bandar tu dah curi hati saya. Saya nak minta pulangkan semula pun saya takut. Garang sangat. Jadi saya biarkan je hati saya kat dia tapi dia kena ganti semula. Ganti dengan hati dia. Saya tak nak separuh. Saya nak semua. Saya nak miliki semua hati dia. Saya nak bertakhta di hati dia.”

Hati Anna bergetar halus. Terasa lain, perasaan yang tidak diketahuinya. Tapi tidak diendahkannya, egonya melarang dia untuk terus berperasaan macam itu. Meja dikemas ala kadar dan terus beg tangan berjenama RedValentino dicapai dan woman briefcase juga diambil.

Firdaus ralit memerhati tingkah laku Anna yang berpakaian dress singkat paras lutut tanpa lengan. Saat Anna melaluinya dia bersuara.

“Jangan berpakaian macam ni lagi. Awak buat saya nak terkam aje awak kat sini. Jangan nak salahkan saya kalau awak hilang virginity. Awak berpakaian macam ni seperti saja awak berbogel. Lelaki mana-mana pun akan terkam awak.” Pesan Firdaus lalu terus keluar dari pejabat Anna. Meninggalkan Anna yang tergamam.

“Wh…What?”


TERIMA KASIH SUDI BACA !!

Much Love,
AinaaAzlan