Assalamualaikum!
Masih ingat lagi tak prolog
Kasih Kembali Bersatu yang pernah saya post dalam blog ini lebih kurang dua bulan yang lepas? Hee lama tu... Pasti anda semua dah tak ingat. Maaf ya saya tak update dan tak sempat untuk menulis. Dua bulan sebelum ini saya siapkan diri menghadapi peperiksaan. Sekarang baru ada masa nak sambung balik cerita tu.
Dan ini ada lagi teaser KKB sebelum saya post cerita tu dalam blog.
Tapi KKB belum siap. Dalam proses. Tapi dah gatal tangan nak buat sekuel Kasih Kembali Bersatu.
Siapa yang friend dengan saya akan tahulah perkembangan KKB ini. Okey, stop membebel. Kita baca teaser KKB. Sikit aje. Jangan marah ya.
.......................
- TEASER PERTAMA -
Mata
Rusyaidi meliar di kawasan koridor hospital itu. Sekejap memandang ke kiri
kemudian ke kanan. ‘Tadi kata nak ikut…. Ni ghaib dah ni. Bayang-bayang tak
nampak pun.’ Desis Rusyaidi. Sejak keretanya mula masuk ke kawasan hospital
lagi kereta yang dilanggarnya menghilang dengan tiba-tiba. Dia memandang pintu
di hadapannya. Sejam sudah berlalu tetapi Rihana dan Ros Aalia masih belum
keluar dari bilik doktor.
Dan pada
masa itu juga pintu terbuka. Terus dia bangun mendapatkan Rihana dan anaknya.
“Macam mana?”
“Kena dua
jahitan.” Beritahu Rihana.
“I’m
sorry. Sebab I Aalia jadi macam ni.”
“Benda dah
jadi. Jomlah ambil ubat kat farmasi.” Rusyaidi mengangguk. Mereka kemudia
berjalan menuju ke lif kerana farmasi ada pada tingkat satu dalam bangunan
hospital ini. Keluar sahaja dari lif terus dituju tempat dikehendaki namun
langkah mereka dihalang dengan satu suara.
“Macam mana
dengan anak you?”
Rusyaidi
berpaling tetapi tidak Rihana. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu kenapa
tapi dia merasai suara itu seiras dengan seseorang yang amat dikenalinya. Dia
cuba menahan debaran dan menggeleng kepala bagi menidakkan apa yang berada di
fikirannya.
“Sekarang
dah okey. Tapi dahi dia kena dua jahitan juga.” Rihana hanya mendengar.
Tubuhnya perlahan-lahan berpaling ke belakang. Dan apabila melihat gerangan
yang sedang bercakap dengan Rusyaidi membuatkan mukanya berubah. Terus pucat
lesi.
.......................................
- TEASER KEDUA -
“Abang nak
apa?” tanya Rihana lagi.
“Abang nak
Rihana, isteri abang dan Ros Aalia, anak abang.” Rusyaidi melangkah setapak
tapi terhenti apabila Rihana membuat isyarat tahan dengan tangan.
“Abang nak
Ana dan Ros Aalia kembali semula kat abang.”
“Abang minta
maaf sebab tipu Ana selama ini. Maaf sebab abang tak beritahu perkara sebenar.”
Katanya lagi.
“Apa yang
abang buat memang tak salah. Islam tak melarang. Tapi maaf, bang. Ana memang
tak boleh. Ana tak mampu.” Rihana menarik nafas sebelum menyambung lagi.
“Dua tahun….
Dua tahun Ana ditipu abang. Selepas dua tahun baru Ana tahu. Tu pun sebab Aiman
yang terlepas cakap. Kalau tak memang abang tak akan cakap kan?” Air mata mula
mengalir. Sungguh! Kalau adik Ahmad yang tidak terlepas cakap, mungkin suaminya
akan terus mendiamkan diri dan merahsiakannya sampai ke hari ini.
“Bukan macam
tu, sayang…. Abang takut. Abang…..” Ahmad tertunduk. Sedar yang dirinya takut
dengan perkara ‘berani mati’ yang dilakukan. Sudah buat tapi takut untuk hadapi
akibatnya.
................................
Wokeyh! Cukup disini sahaja teaser KKB.
Jom tinggalkan komen untuk beri kata-kata semangat. Hee (*≧▽≦)