Assalamualaikum!
Muehmueh.... ada cerita baru tapi baru siap tulis prolog. Heh. Lama tak menulis. Otak jadi jem. Kali ini cerita masih berbentuk genre sedih. Dan mungkin lebih sedih berbanding TABAHKANLAH HATIKU YA ALLAH? Maybe. hehe Mencuba untuk mendera diri sendiri dan pembaca sekalian. Ceh. Apa-apa pun. terimalah secubis rasa daripada saya, AINAA AZLAN.
................................
“SAYANG…..
Tolonglah jangan pergi. Maafkan abang. Abang menyesal sayang, abang menyesal.
Tolonglah sayang. Jangan tinggalkan abang!”
Rihana
menggeleng seraya menolak tubuh lelaki yang memeluk erat kakinya. Luggage
sederhana besar itu sedaya upaya diangkat dan dimasukkan ke dalam kereta
walaupun sukar kerana kandungannya yang sudah mencecah 8 bulan. Baru sahaja
kakinya ingin masuk ke dalam kereta tubuh Rihana sudah diraih dari belakang dan
dipeluk erat.
“Lepaslah!!”
Rihana meronta-ronta namun pelukan semakin dieratkan.
“Abang
merayu…Tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan abang. Tolong beri abang peluang.
Tolong…..” air mata lelaki Ahmad makin lebat mengalir. Dia tak sanggup
kehilangan Rihana. Tak sunggup!
Rihana
menarik nafas dalam-dalam. Keputusan sudah dibuat dan dia nekad! Dia sudah
tidak sanggup ditipu hidup-hidup oleh suaminya. Lepas satu-satu rahsia suaminya
diketahui selepas 2 tahun berkahwin. Kini satu lagi rahsia Ahmad yang
terbongkar dan dia tidak boleh terima lagi. Semuanya harus dihentikan.
Pelukan
dirungkai sebelum Rihana memloloskan diri ke dalam kereta dan menguncinya.
Dengan segera enjen kereta dihidupkan dan mengundurkan kereta keluar dari laman
rumah. Ketukan yang bertalu-talu pada cermin kereta sudah tidak dihiraukan
malah dengan perasaan yang berbaur, Rihana menekan minyak membawa kereta
meninggalkan perkarangan rumah mereka yang tak akan dia kembali lagi.
Sementara
itu Ahmad sudah meraung-raung nama isterinya. Hendak berlari mengejar kereta
Myvi Rihana yang meluncur laju dia tidak mampu. Akhirnya Ahmad hanya mampu
melihat desupan asap yang ditinggalkan sebelum dia jatuh terduduk. Air mata
lelakinya memang dari tadi tanpa segan silu mengalir mengikut lekuk pipi.
“Rihana…..”
~ BERSAMBUNG ~
No comments:
Post a Comment