Tabung Luahan Isi Hati

Tuesday, March 13, 2012

Mata Dan Cinta Bab 1

   Salam semua . Mata Dan Cinta ni bukan cerpen tau tapi e-novel . Sebenarnya nak post intro jea dulu tapi ada masalah sikit jadi AA terus post bab 1 . Maaf sebab bab 1 ni pendek dan maaf kalau membosankan . Jemput baca dan kalau dah baca tu komen - komen lah yea .  : D



Bab 1

  
   Hai semua. Nama aku Mawar Binti Abdullah. Panggil aku Wa. Aku budak lepasan SPM dan hanya budak kampung. Aku bekerja di kedai runcit milik Ah Seng yang terletak di pekan. Bos aku tu kedekut. Tahi hidung masing! Asal aku lewat jea mesti nak suruh aku kerja lebih. Banyak cantik muka kau apek !  Gaji aku pun seceput jea. Tapi cukuplah untuk aku dan nenek aku makan. Tambah pulak pakcik aku yang berada di Kuala Lumpur itu akan menghantar duit. Kerja pakcik sebagai guru di sebuah sekolah rendah. Pakcik aku tu duda. Makcik meninggal bersama bayi mereka yang dikandung, 3 tahun selepas usia pernikahan mereka. Kesian pakcik. Suruh dicari penganti dia kata tak sedia lagi. Umur pakcik aku pun dah 35 tahun. Dalam dunia ni. Aku hanya ada nenek dan pakcik aku. Mak ayah aku? Entah! Aku tak tahu. Nenek tak pernah cerita. Asal aku tanya nenek pasal mak dengan ayah je, terus nenek aku muram. Pakcik aku pulak, senyum je dia tahu dan dia akan cakap….

“Suatu hari nanti Wa akan tahu juga.”

Ayat tu yang keluar dari mulut pakcik aku kalau aku tanya. So aku pun ped up lah. Dah tak tanya. Jam yang sudah lusuh itu kukerling.  Sudah menunjukkan pukul 8 :45 pagi. Dan aku sudah lewat nak pergi ke kedai Ah Seng! Aku terus bergegas menuju ke bawah rumah untuk mengambil basikal. Satu – satunya pengangkutan yang aku ada. Basikal itu hadiah daripada pakcik sempena ulang tahun aku yang ke-15. Selama empat tahun ini, basikal tu lah yang banyak berjasa.

“Nek! Wa pergi dulu ya?” laungku. Aku melambai tangan ke arah nenek yang sedang menyapu daun -  daun yang gugur di halaman rumah kami.

“Hati – hati Wa.” balas nenek sambil membalas lambaian aku. Nenek memang spotting lah! Kayuhan basikal aku lajukan. Perjalanan dari kampung ke pekan tidak mengambil masa yang lama. Cuma disebabkan aku yang berbaju kurung dan berbasikal ni, mengambil masa selama 20 minit. Sampai sahaja di depan kedai Ah Seng terus aku meloncat turun dari basikal dan masuk ke dalam kedai. Ah Seng yang berdiri di depan meja pulak dah mencengkak pinggang.

“Pukul berapa ini?” aku yang mendengar soalan Ah Seng itu hanya tersengih.

Sorry bos. Jalan jem. Hehe…”

“Banyak lah you punya jem! Sekarang ini dah pukul 9 :05 minit.You sudah lewat 1 jam 5 minit! You ingat ni kedai bapak you ke?” marah Ah Seng sambil menunjuk – nunjuk jam dinding yang tergantung di sebelah sudut sana.

“Bos. Bapak – bapak ni bos jangan main lah. Okeylah, saya minta maaf sebab datang lewat. Lain kali saya janji tak akan lewat lagi.” kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku tampar apek ni. Cakap main lepas jea!

“Tidak! Tidak! You saya berhentikan. Saya dah tak nak tengok you dekat kedai saya ini.” Ah Seng menggeleng kepala berkali – kali.

“Bos, jangan lah buat saya macam ni bos. Bos tak kesian kat saya ke? Kalau saya berhenti apa yang saya dan nenek saya nak makan?” dalam kepala otak aku ni dah terfikir kedai - kedai yang ada dekat pekan ini untuk aku kerja.

“Tak ada! Pergi dari sini.”spontan tangan aku menepuk meja yang ada depan Ah Seng. Terkejut beruk apek ni.

Apek! Kasi lah saya satu chance. Janganlah kejam sangat apek.”cis! Asam gelugur punya apek! Aku siap merayu ni dia buat dek ek? Melihat Ah Seng yang tidak melayan, terus aku melangkah dari kedai Ah Seng. Tahu yang aku akan pegang jawatan ‘menganggur’ lepas ini. Haih Nasib badan.

   Aku mendongok ke awan. Gelap. Hari dah nak hujan tapi aku masih berada di pekan. Aku rasa dah hampir semua kedai yang ada dekat pekan ni aku pergi minta kerja. Tapi semuanya tak nak ambil aku sebagai kuli mereka. Macam ni lah kalau belajar setakat SPM. Tapi aku bukan tak pandai. Keputusan SPM aku pun cemerlang. Cuma kalau aku pergi belajar, siapa nak jaga nenek? Pakcik? Pakcik bukan duduk sini, pakcik nun jauh di Kuala Lumpur. Mak Timah sebelah rumah aku ni? Haih! Menyusahkan orang tua tu pulak. Aku tak nak bebankan siapa – siapa jadi baik aku saja yang jaga nenek.

“Kakak…” aku berpaling. Seorang kanak – kanak lelaki dan ditangannya ada aiskrim cornetto yang masih berbalut. Comel betul budak lelaki ni .Umur mungkin dalam 4-6 tahun.

“Ya? Adik panggil akak ke?”aku senyum kat budak ni sambil tu mata bergerak mencari penjaga budak lelaki ni. Aik? Mana mak ayah budak ni? Tak kan sesat kut? Budak tu menghulurkan aiskrim cornetto. Aku mengerutkan dahi .

“Untuk kakak.” aku ambil juga aiskrim yang dihulur. Sedap juga ni. Perisa coklat. Hmm favourite aku tu.

“Siapa bagi?” Budak tu tak menjawab tapi dia lari lah pulak!

“ Eh! Adik! Dik!” laung aku tapi kaki tak bergerak pun. Kepala yang tak gatal aku garu. Aku pandang aiskrim cornetto ditangan.  Basikal disandar ke tiang bangunan dan aku duduk di atas tangga. Aiskrim cornetto tadi aku pandang dengan curiga.

Boleh makan ke ni? Manalah tahu budak tadi diupah oleh penjahat. Diletak apa –apa ke dalam aiskrim ni macam mana? Tapi…..Tak kan lah budak comel tadi budak jalanan pulak. Pakaian budak tu nampak baru, kelihatan berjenama.

“Makan jelah.” sudah jea makan aiskrim cornetto tadi, titisan hujan mula membasahi bumi. Tanpa berlengah, aku mengayuh basikal menuju ke rumah Raihan. Oleh sebab rumah Raihan dekat dengan pekan, jadi aku singgah berteduh sekejap. Lagipun, kami dah lama tak berjumpa.

“Assalamualaikum. Raihan….Raihan.”pintu rumah terbuka.

“Eh! Kamu, Mawar. Masuklah. Raihan ada dalam bilik dia. Nanti makcik panggilkan.” aku bersalam dengan mak Raihan.

“Tak apa lah Mak Cik Ezah. Wa tunggu kat sini je .”

“Iyalah…” balas Mak Cik Ezah sebelm menghilang ke dalam rumah. Aku duduk di atas buaian sambil melayan perasaan. Seketika kemudian kedengaran derepan kaki tapi aku buat tak dengar je sebab aku memang tahu tu pasti Raihan.

“Assalamualaikum….”Aku mendongok tatkala terdengar suara garau yang memberi salam. Aku memandang pelik ke arah Raihan. Kemudian aku menoleh ke kiri dan ke kanan.

“Cari apa tu Wa?” tanya Raihan.

“Ni haa….Tadi Wa rasa macam ada orang bagi salam. Toleh kiri toleh kanan tak ada lah pulak manusia. Tak kan hantu pulak kut?” jujur aku menjawab. Raihan duduk di atas kerusi batu yang ada berdekatan dengan buaian. Tak kan nak duduk atas buaian sekali dengan Mawar pulak kut. Kan tak pasal – pasal nikah free diorang berdua ni.

“Abang lah yang bagi salam tadi. Apalah Wa ni…”Raihan menggeleng kepala. Perangai tak berubah sejak dulu lagi. Aku menggaru kepala mendengar jawapan Raihan.

“Lah ! Wa ingat siapa dah tadi. Abang Ray rupanya yang bagi salam. Tak silap Wa baru 4 bulan kut kita tak jumpa tapi kenapa suara abang berubah pulak ni?”

“Berubah macam mana?”

“Berubah….Erm……..Suara abang berubah jadi macho lah bang! Wa ingat Aaron Aziz yang bagi salam.” Raihan tergelak kecil. Macam – macam lah Mawar ni. 4 bulan sebelum ni cakap muka Raihan semakin handsome. Sekarang cakap suara berubah jadi suara macho ala – ala Aaron Aziz lah pulak!

“Abang apa khabar, sihat? Lama abang tak balik sini…”

“Alhamdullilah, sihat. Maaflah. Bukan abang sengaja tak balik sini tapi banyak sangat kes kat Singapura tu. Oh ya! Minggu lepas abang outstation ke Dubai . Abang ada beli hadiah untuk Wa.”beritahu Raihan. Sememangnya kerja sebagai peguam membuatkan dia jarang pulang ke kampung. Lebih – lebih lagi Raihan menjadi peguam di Singapura.

“Abang ni…Kalau pergi outstation mesti beli sesuatu kat Wa. Lain kali abang jangan beli apa – apa tau! Nanti kalau Wa nak baru Wa mintak. hehe”

“Biarlah abang nak bagi pun. Yang penting Wa terima dan Wa suka. Okeylah, tunggu kejap ya? Abang nak pergi ambil hadiah tu kejap.” Raihan sudah bangun. Aku mengganguk dan memerhati langkah Raihan. Tak sampai 3 minit Raihan dah terpacak depan aku ni. Aku tersengih – sengih sambil menyambut paper bag yang dihulur Raihan. Aku meneliti beg kertas tu kejap. Comel !Corak polka dot yang bewarna koko dan merah jambu. Eh,  kejap kejap. Pink? Erk!

“ Wah ! Ada coklat lah . . Eh ! Apa ni ? Ya Allah ! Cantiknya baju ni abang Ray !” terlebih excited lah pulak kau Mawar . Control ayu lah sikit Mawar ooi ! Raihan menggeleng sambil tersenyum . Lucu dengan gelagat Mawar , macam budak – budak !

“ Mawar ni . . . Kan abang dah cakap tak payah panggil abang , abang Ray . Panggil abang , abang Raihan atau nak lebih manis sikit panggil abang je .” Aku jeling ke arah Raihan . Menggatal lah pulak mamat senyum ni !

“ Apa – apa jelah abangku sayang . . Tapi betul tau , baju ni cantik sangat . Terima kasih banyak tau !” aku belek baju kurung yang bewarna putih dan bersulam manik kecil keemasan itu . Haih ! Kalau aku pakai ni mesti menangis Dato’ Siti Nurhaliza menengoknya . Hehe naik lif tekan sendiri nampak ! Tercuit hati Raihan taatkala Mawar menyebut ‘abangku sayang’ .

“ Sama – sama kasih” balas Raihan sambil tesenyum manis . Aku pun tak kan lah nak buat sombong pulak , mestilah aku balas senyuman Raihan tu . Kan kalau aku tak senyum dia ambik balik coklat dengan baju ni kan , aku jugak yang meleleh air liur .


   Awal kamu balik Wa ?” tanya nenek yang baru keluar dari dapur .

Apek tu dah berhentikan Wa lah nek .” adu aku . Lain kali , kalau nak beli barang dapur jangan harap aku nak pergi kedai apek tu !

“ Ni mesti sebab Wa pergi lewat kan ? Tu lah , bangun lewat lagi ! Bawak berubah lah Wa , tak elok bangun lewat . Cuba kamu bangun awal dan tolong nenek masak dekat dapur . Haih ! Nak jadi apa lah cucu aku sorang ni . Nak kata tak pandai masak , pandai . Malas je banyak !” bebel nenek . Aku tadah telinga je lah .

“ Nek , Wa singgah rumah abang Raihan tadi . Dia ada bagi Wa hadiah tau ! Dia beli kat Dubai lagi ! Nenek jangan jealous . Hehe” tengok nenek tu , dah menjuih bibir .

“ Ingat nenek heran sangat ke ?” aku dah gelak . Sambil tu aku buat keluar coklat dan baju kurung tadi . Mata nenek dah terbeliak tengok baju kurung yang cantik ni . Cepat saja tangan dia mencapai baju kurung tu . Hai , nek . Tak menyempat pulak nenek ni .

“Bagi nenek baju ni lah. Budak – budak tak elok pakai baju mahal – mahal ni.” papp ! Aku tepuk dahi. Ada saja nenek bagi alasan ya. Kalau logik tak apa lah jugak . Nenek , nenek.

“Mana boleh nek. Abang Raihan bagi kat Wa jadi ni Wa punya lah. Lagi satu, Wa bukan budak – budak lah. Wa dah 19 tahun, bukan budak sekolah lagi. Tapi kan nek, kalau Wa pakai baju ni mesti cantik kan? Silap – silap hari bulan, belum masuk umur 20 tahun dah ada orang yang datang meminang. Hehe”gurau aku. Tak kan betul – betul kut. Tak nak aku kahwin sebelum umur 20 tahun. Hee . . .Seram! Aku tengok nenek dah jeling semacam. Jadi laju saja kaki aku berlari masuk ke dalam bilik. Takut kena cubit. Nenek kalau mencubit memang pakar, pedih dibuatnya.

 Aku berdiri di depan cermin bilik aku. Dalam bilik aku tak ada meja solek, meja belajar ada lah. Baju kurung pemberian Raihan tadi aku pakai dan rambut aku yang panjang mengurai diikat satu. Asli ni tau !

“ Hmm… Cantik jugak aku ni ya? Macam Ana Raffali pulak aku tengok.”Perasan lah pulak minah sorang ni. Aku berundur ke belakang dan dengan lagak ‘mak datin’, aku berjalan seperti catwalk . Sampai depan cermin aku pusingkan badan aku seperti model yang aku tengok dalam tv tu. Mengedik lah pulak !

Krekk . . .

Aku berpaling ke arah pintu yang terbuka luas. Nenek dah melopong tengok aku yang bergaya depan cermin .

“Astagfirullahaladzim! Mawar ! Yang kamu menggedik depan cermin ni buat apa ? Dah buang tebiat ? Ya Allah ! Apa nak jadi dengan cucu aku ni . . Kamu berangan nak jadi model ke Mawar ooi ? Pergi tukar baju cepat ! Tolong nenek dekat dapur .” bebel nenek sambil berlalu ke dapur . Aku menggaru kepala yang tak gatal dan menukar baju. Baju T-shirt lengan panjang dan seluar track aku sarungkan ke badan sebelum berlalu ke dapur. Tak lupa jugak coklat yang Raihan bagi tadi , juga dibawa bersama .

“ Nek , nak coklat ?” nenek yang sedang memasak gulai tempoyak itu menjeling.

“ Kamu makan lah . Nenek tak makan makanan manis ni . Lain lah kamu tu, mengalahkan budak umur 5 tahun. Asyik makan coklat saja . Rosak gigi tu kan baru tahu !” aku tersengih.

“ Tak rosaknya nek . Wa gosok 3kali sehari tau ! Sebab tu gigi Wa putih .Hehe”aku tayang gigi aku kat nenek . Nenek pulak tolak muka aku dengan tapak tangannya .

“Dah , dah! Mari tolong nenek ni. Kalau layan kamu ni, tak makan tengah hari pulak kita .”aku tersengih sebelum mengambil alih tempat nenek. Masa untuk memasak !