“Aku
terima nikahnya Siti Sarah binti Mohamed dengan mas kahwinnya sebanyak 80
ringgit tunai.”
Air mata yang sedari tadi ditahan
akhirnya menitis jua. Aisya mengucap syukur lantas dikesat air mata supaya
tidak dikelihatan orang lain. Tangan Aisya menggamit Sarah ke dalam pelukannya.
Dicium kedua-dua belah pipi Sarah.
“Selamat pengantin baru, Sarah,”
ucap Aisya.
“Terima kasih, kak..... Terima
kasih,” balas Sarah sebak.
Aisya tersenyum. Air mata Sarah
disapu dengan jemarinya. Dia melepaskan pelukan Sarah dan segera berginjak ke
tepi. Memberi laluan kepada pengantin lelaki untuk menyarungkan cincin. Aisya
duduk bersimpul di tepi Sarah dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Pandangannnya
jatuh ke arah lelaki itu. Mata mereka saling berbicara tetapi hanya untuk
seketika apabila Aisya terlebih dahulu menunduk. Tidak berani menentang
pandangan yang sayu itu. Tidak sanggup melihat mata lelaki itu yang sudah
berkaca-kaca.
“Pengantin
lelaki, cepat sarungkan cincin,” tegur saudara Sarah yang turut hadir.
Aisya mengangkat muka semula. Pada
masa itu juga, Sarah mula menunduk mencium tangan suaminya. Perlahan-lahan
Aisya bangkit dan mengundur. Senyuman masih menghiasi bibir sambil membalas
sapaan saudara-mara. Tiba disebalik dinding yang memisahkan antara ruang tamu dan
bilik tetamu, Aisya terus bersandar pada dinding.
Sekali lagi air matanya mengalir
laju tanpa dapat ditahan. Murah sekali air matanya malam ini. Aisya
menekup kuat mulutnya dengan tangan apabila tangisannya mula kuat dan
kedengaran. Perlahan-lahan badan Aisya melorot jatuh bersama tangisan yang mula
menggila.
“Selamat
pengantin baru, abang….”
………………..
Tombol pintu dipulas dan Aisya segera meloloskan diri ke dalam bilik
tetamu yang menjadi miliknya mulai malam ini. Badan direbahkan ke atas katil bagi
menghilangkan lenguh-lenguh di badan. Majlis malam ini memang membuatkan
badannya letih. Aisya mengeluh lega. Terasa sungguh menyeksakan membalas
pandangan-pandangan simpati ke arahnya. Bibir ini tetap tersenyum walaupun
hatinya pedih ditoreh. Ditoreh oleh diri sendiri.
Malas melayan perasan sedih, Aisya
menapak ke bilik mandi untuk membersihkan badan. Setelah selesai, Aisya
melabuhkan punggung di atas kerusi rotan yang berada di beranda. Dia mendongok,
memandang kepekatan malam dan bintang-bintang yang menghiasi dada langit. Serta-merta
dia nampak bintang itu bersambung melakarkan muka lelaki yang dicintainya. Bibirnya
tersenyum mesra.
Kemudian tercetus pula ketawa kecil
dari bibir Aisya. Ah! indah sungguh kenangan lalu. Tak akan pernah dia
melupakan detik-detik itu. Aisya terus hanyut dengan kenangan lalunya.
Pada malam itu, kekasihnya membawa
dirinya ke restoran yang berada di atas
puncak bukit. Hatinya terasa berdebar-debar memikirkan tujuan Redza
membawanya ke situ. Lepas tu, menyuruhnya berpakaian cantik pula. Memang gabra
habis.
“Err...Sya...” panggil Redza ketika
pelayan membawa pergi pinggan yang sudah licin.
“Ya?” sahut Aisya. Dia memandang
wajah Redza yang kelihatan resah. Sesekali lelaki kacukan cina itu menelan air
liur berkali-kali. Peluh yang memercik di dahi juga diseka. Melihat itu, Aisya
mengerutkan dahi. ‘Takkan panas kut? Bukan main sejuk lagi kat sini ni.’
“Kita dah bercinta berapa tahun?” tanya
Redza.
“Err.... Dua tahun juga lah,” jawab
Aisya perlahan.
Redza
mengangguk sedikit. Selepas itu dia mengesat peluh di dahi dengan sampul
tangan. Angin dingin di atas puncak itu tidak mampu menyejukkan badannya yang
berpeluh sejak dalam kereta lagi.
“Sya….. Saya…..” Redza menelan air
liur lagi. Kali ini terasa air liurnya sudah kering. Pantas sahaja tangannya mencapai
gelas yang berisi air Blackcurrant dan meneguknya rakus.
“Air saya tu....”
“Uhukk....Uhukk...”
Redza tersedak. Habis tersembur keluar air yang diminumnya. Nasib baik tidak
mengena Aisya.
Aisya pula kalut dengan situasi itu.
Tidak sangka Redza bakal tersedak sebegitu rupa. Tapi memang Redza minum airnya
pun. Sampul tangan bewarna merah jambu yang ada sulaman huruf N.A dihujungnya
dihulurkan kepada Redza.
“Terima kasih,” ucap Redza dan
segera dilap mulutnya. Alahai, terasa berlengas pula dengan air manis itu jadi
Redza meminta diri ke bilik air.
Seluar dan baju yang basah dengan
air Blackcurrant dibersihkan. Redza mengeluh perlahan. Nasib baik baju
kemeja yang dipakai bewarna ungu terang dan seluar slack hitam. Kalau
tidak tentu meninggalkan kesan. Dia mengelap mukanya yang dibasuh dengan sampul
tangan itu. Masa itu juga baru Redza terhidu haruman lembut. Haruman yang
selalu dipakai Aisya. Redza tersenyum mengingatkan gadis yang dicintainya.
Matanya terpandang pada sulaman N.A.
“Nur Aisya....” bisik Redza
perlahan.
Redza tersedar yang dirinya sudah
lama dalam bilik air. Bergegas dia keluar menuju ke arah Aisya yang setia
menanti. Dilihat Aisya sedang memandang ke arah kota yang berada dibawah sana.
Memang cantik apabila dilihat dari sini.
“Sorry.
I’m late.” Aisya berpaling ke arah Redza.
“
It’s okey. Daijoubu?” Redza tersenyum mendengar pertanyaan Aisya
yang bermaksud are you alright dalam bahasa jepun. Dari mana entah Aisya
belajar dia pun tidak tahu.
Redza mengangguk. “Sejak bila pandai
cakap Jepun ni?” tanya Redza.
“Awak kan pandai berbahasa Jepun jadi
saya pun kena pandailah juga. Manalah tahu awak nak mengata saya dalam bahasa
Jepun ke, boleh lah saya backhand awak,” seloroh Aisya. Redza ketawa
senang. Hilang pula rasa gugupnya.
“Emm...Sya....
Watashi ga sukedesu ka?”
terus-terang Redza.
Aisya
terkedu.
Redza menarik nafas. Tak
sangka dia boleh tanya do you love me begitu sahaja. ‘Aduhai, Redza…. Kenapa tak keluarkan
cincin?’ marah Redza sendiri. Kalut dia mengeluarkan kotak baldu dalam poket
seluar.
“Will
you be my soulmate?” Tanya Redza.
Aisya
tercengang.
Redza bangun dan melutut sebelah
Aisya. Dibuka kotak baldu warna merah hati. Terserlah cincin belah rotan
emas putih. Memang cantik!
“Nur
Aisya, will you marry me?” lamar Redza sekali lagi.
Aisya
menekup mulut. Air mata mula bergenang. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala. “
Yes, I will! I will be your wife, Mohd Redza!” balas Aisya perlahan.
Malu pula apabila dia terlepas cakap berkali-kali.
“Alhamdulillah.” Redza tersenyum
bahagia. Akhirnya, setelah dua tahun bercinta dengan Aisya..... perasaan ingin
Aisya menjadi isterinya membuak-buak. Mujur sahaja dia telah menyatakan
hasratnya kepada mak ayahnya dan mereka setuju. Malah, menyuruhnya cepat-cepat
bertindak.
“Sya....” panggil Redza lembut
selepas dia kembali duduk diatas kerusi.
“Ya....”
“Cuba Sya tengok bintang-bintang dan
bulan tu.” Redza mendongok ke atas. Begitu juga Aisya.
“Bintang dan bulan tu akan jadi
saksi cinta kita. Bintang dan bulan juga menjadi saksi lamaran dan persetujuan
kita malam ni. Ok?”
Aisya mengangguk. Matanya terus
memandang bintang-bintang yang berkelipan dan bulan yang menyinar. Subhanallah,
sesungguhnya Allah Maha besar dan Maha berkuasa.
Bunyi pintu ditutup mengejutkan Aisya.
Dia berpaling ke belakang dan menjenguk kepala. Segera dia bangun apabila
ternampak tubuh Redza yang sudah mendekatinya. Sekelip mata tubuh Aisya berada
dalam pelukan suaminya.
“Abang rindu Sya...” rintih Redza
perlahan.
“Abang rindu isteri abang,” ucapnya
lagi.
Redza menjauhkan sedikit tubuh Aisya
kemudian kedua-dua belah tangannya naik mengusap lembut pipi Aisya. Sungguh dia
merindui Aisya. Seharian Aisya cuba lari darinya dan hatinya meronta-ronta
ingin menerpa ke arah Aisya apabila melihat senyuman di bibir Aisya. Dia tahu
hati isterinya terluka.
Aisya menangkap tangan kasar Redza
lalu digenggam erat. “Abang buat apa kat sini?” tanya Aisya lembut.
“Abang
rindu Sya, sayang. Seharian abang tak dapat berdiri disisi Sya. Abang rindu
sangat-sangat, sayang,” jawab Redza. Sekali lagi tubuh Aisya dibawa ke dalam
pelukan.
Aisya
membalas.
“Abang…” Aisya menolak lembut badan
Redza selepas dia merasa lemas berada dalam pelukan suaminya.
“Sekarang ini, abang dah ada dua
isteri. Dan malam ini abang kena tidur dengan Sarah, Sarah kan dah jadi isteri
abang juga?”
“Abang ada seorang isteri je. Hanya
Nur Aisya isteri abang,” pintas Redza. Dibawa tangan Aisya ke bibir.
“Abang, please.... Jangan
macam ni,” rayu Aisya. Matanya sudah sarat dengan air mata. Bila-bila sahaja
akan mengalir.
“Mak Su paksa Sya suruh abang kahwin
kan?” serkap Redza.
Aisya terkedu.
“Jujur dengan abang, Sya,” tegas
Redza.
Perlahan-lahan Aisya menggeleng. “Sya
yang nak, bang. Sya tak mampu bagi abang anak. Dengan Sarah mungkin
abang akan ada anak. Mungkin Sarah boleh mengandung benih abang,” nafi Aisya.
“Abang yakin ini semua ada kaitan
dengan mak tiri Sya tu. Abang yakin Mak Su yang paksa Sya suruh abang kahwin
dengan anak saudara dia tu kan? Please, jujur dengan abang.”
“Bet....
Betul, bang. Sya yang nak semua ni. Bukan Mak Su. Bukan orang lain,” jawab
Aisya gugup.
Air mata sudah mengalir. Sedih
kerana dia terpaksa menipu Redza. Kalaulah Redza tahu perkara sebenar.... tentu
suaminya marah dan kecewa dengannya. Tapi dia terpaksa demi maruah keluarganya.
Memikirkan hal itu, Aisya semakin takut. Mungkinkah rahsia akan terbongkar
malam ini?
Redza terdiam. Entah kenapa hatinya
merasa yakin bahawa perkahwinannya dengan Sarah ada kaitan dengan ibu tiri
Aisya. “Abang tak percaya.... Tapi, abang anggap Sya tak sengaja bohong abang
kalau memang benar ada yang memaksa perkahwinan ini berlaku.”
“Dan Sya.... Abang yakin Sya boleh
lahirkan anak untuk abang. Abang hanya nak anak dari rahim Sya aje, sayang,”
ujar Redza lagi. Dipegang bahu isterinya.
“Tapi
bang, kan
doktor cakap penyakit Sya ni semakin teruk. Peluang untuk mengandung tu sangat
tipis….”
“Tapi
masih ada peluang lagi kan ?
Bukan tidak boleh langsung. Kita berdoa supaya kita dikurniakan anak, supaya
penyakit sayang cepat sembuh,” cantas Redza.
“Kalau ada rezeki kita, adalah tu. Lagipun,
Sya... Kita kahwin baru empat tahun. Apa salahnya kita hidup berdua dahulu. Honeymoon
puas-puas. Nanti kalau ada anak, susah dah nak buat semua tu,” sambungnya
lagi sambil tersenyum nakal.
Aisya tersenyum sambil mengelap sisa
air mata dipipi. Aduhai suami, saat-saat macam ni pun sempat lagi mengusik.
Dipeluk tubuh Redza dan Redza membalasnya erat.
“Rindu, abang.... Sayang,
abang.....” luah Aisya.
“Abang pun....” belum pun Redza
membalas, ketukan pada pintu kedengaran. Aisya melepas pelukan dan membuka
pintu.
“Eh, Sarah....” Aisya tersenyum
kepada Sarah.
“Err.... Maaf kalau Sarah ganggu
akak. Emm, abang ada kat sini tak? Dari tadi Sarah tunggu tapi abang tak
muncul-muncul juga,” Tanya Sarah.
“Oh,
abang ada. Abang, ni Sarah cari abang,” panggil Aisya. Dilihat Redza menapak
dengan malas ke arahnya.
“Kenapa
Sarah?” Tanya Redza kurang senang.
“Err… Sarah…. Emm…. Malam ni…. Abang
bukan ke sepatutnya tidur dengan Sarah?” tanya Sarah sedikit berani tapi masih
tergagap-gagap.
“Maaf,
Sarah. Malam bersama Sarah tak ad...”
“Ya, sudah tentu abang tidur dengan
Sarah malam ni. Malam ni kan malam pertama korang,” celah Aisya sambil menyakat
Sarah.
Sarah
tersenyum malu. Dia menjeling ke arah Redza yang memandang tajam ke arah Aisya.
Aisya yang melihat situasi itu, tersenyum. Apa lagi yang boleh dikatakan?
Memang itu hak Sarah.
“Nur Aisya!” panggil Redza. Aisya
tahu suaminya marah.
“Sarah masuk bilik dulu ya? Sarah
tunggu abang,” pinta Sarah lembut sebelum mengundur diri. Lantas pintu ditutup
rapat Redza.
“Kenapa Aisya ni? Tak cukup paksa
abang nikah dengan Sarah nak suruh abang tidur dengan Sarah pula? Sya tahu tak?
Sya sedar tak sekarang ni Sya seperti serahkan abang kat si Sarah tu?” marah
Redza.
Mana taknya kalau isterinya sendiri disuruh
tidur dengan perempuan lain! Kerja gila!! Walaupun Sarah tu isterinya juga
tetapi dia tetap menganggap bahawa dia hanya ada seorang isteri. Nur Aisya
seorang!
“Hak Sarah, bang. Tanggungjawab
abang kepada Sarah kena laksanakan. Bukan Sya seorang,” balas Aisya dengan
lagak tenang.
Redza terkedu. Lidahnya kelu apabila
Aisya membangkitkan hal tanggungjawab. Lama dia mendiamkan diri sebelum
bersuara. “Baiklah, abang tidur dengan Sarah malam ini. Abang ikut apa
yang Sya cakap. Abang akan layan Sarah macam isteri abang!”
Redza
diam seketika. “Tapi ingat, Nur Aisya. Abang tak janji abang boleh bersikap
adil!!”
Redza
bergerak mendekati Aisya. Direnung wajah mulus itu sebelum dibawa tubuh Aisya
ke dalam pelukan. Erat sekali. Pipi Aisya menjadi sasaran bibirnya sebelum
beralih ke dahi Aisya.
“Abang
pergi dulu.”
Dengan
berat Redza melangkah keluar dari bilik itu. Dan setiap langkahnya, hati Aisya
menjerit kuat menghalang Redza pergi dari situ. Tetapi mulutnya tetap terkunci
kemas.
Tertutup sahaja daun pintu bilik,
air mata Aisya merembas keluar. Isteri mana yang sanggup melihat suaminya
melangkah ke bilik perempuan lain walaupun perempuan itu juga isteri kepada
Redza. Suaminya bukan lagi miliknya seorang. Sarah juga berhak ke atas Redza.
“Astaghfirullah Al-Azim.”
Aisya
meraup muka sambil beristighfar berkali-kali. Lantas dia melangkah ke bilik air
untuk mengambil wuduk. Hanya kepadaNya tempat dia mahu mengadu, hatinya akan
lebih tenang.
…………………..
Paginya…. Buka sahaja pintu bilik,
kelibat pertama yang menyapa matanya ialah Redza. Kebetulan lelaki itu juga
baru keluar dari bilik sebelah bersama Sarah. Niat ingin bertegur terbantut
lalu hanya senyuman yang menjadi sapaan. Tiada balasan. Redza mahupun Sarah
hanya memandang.
Melihat
pandang Redza hati Aisya berdebar. Redza sudah tahukah? Marahkah Redza
kepadanya? Aisya berteka-teki dihati.
Cemburu
pula melihat tangan Sarah yang mesra memeluk lengan Redza. Kalau
sebelum-sebelum ini, tangannya yang berbuat begitu. Malah Redza turut merangkul
erat pinggangnya. Lega sedikit melihat Redza tidak berbuat begitu kepada Sarah.
Aisya
meminta diri untuk turun ke bawah terlebih dahulu. Baru sahaja kaki memijak
anak tangga pertama, sudah ada yang memaut pinggangnya. Redza yang rapat
disisinya direnung. Redza hanya buat selamba.
Aisya
menoleh kebelakang, melihat Sarah yang masih tidak berganjak. Kelat sungguh
wajah madunya itu. Tentu Sarah cemburu!
“Hei, Redza! Kenapa kau tinggalkan
Sarah macam tu aja? Siapa pengantin baru ni? Kau dengan Aisya ke dengan Sarah?”
jerkah Puan Mariam, ibu tiri Aisya.
“Bini kau ni dah lapuk. Empat tahun
kahwin tapi hasilnya langsung tak ada! Baik kau berkepit dengan Sarah aje.
Sekejap je Si Sarah ni boleh bagi kau anak tahu?!” sinis Puan Mariam lagi.
Aisya diam menelan kata-kata sinis
mak tirinya. Memang tajam sehingga hatinya terluka. Terasa dengan kata-kata
Puan Mariam. Redza menarik nafas panjang. Tangan dikepal kuat, berharap amarah
yang mula hadir mengundur.
“Saya hanya akan ada anak dengan
Aisya je, Mak Su! Tidak dengan Sarah dan tidak dengan orang lain,” balas Redza
tegas.
Sarah yang mendengar terasa berapi.
Lengan Redza dipaut dan badannya didekatkan dengan tubuh Redza. Nyata Redza
tidak senang dengan tindakan berani Sarah.
“Sarah
tahu abang saja cakap macam tu. Kalau tidak tak akan abang sentuh Sarah
semalam?” ujar Sarah tanpa segan-silu. Redza sudah membulatkan mata. Terkejut
dengan kata-kata Sarah yang hanya bohongan.
Aisya
menelan air liur yang terasa kesat. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya dari Redza.
Jadi Redza dah tahu? Tapi kenapa Redza seperti tidak mengetahui rahsia itu?
Atau Sarah hanya mereka cerita?
“Apa Sarah merepek ni?” suara Redza
sudah mula meninggi. Mencerlung matanya memandang Sarah.
Sarah buat selamba. Memang semalam
tiada apa yang berlaku kerana Redza bukan tidur di biliknya. Tapi di ruang
tamu! Redza hanya masuk ke dalam biliknya apabila azan subuh kedengaran dan
selesai sahaja Redza menunaikan solat terus keluar! Sakit betul hatinya.
Tak apa, kalau guna cara lembut
Redza tetap keras hati. Dia akan cuba guna cara kasar. Dan Aisya, haruslah
disingkirkan! Desis Sarah.
“Alah,
abang tak payah malu. Kak Sarah pun pernah lalui dengan abang kan ?”
Aisya
memekak kan
telinga. Dia pelik, tidak malukah Sarah bercakap soal ini? Dia sendiri sudah
merah muka. Aisya mengambil langkah mudah iaitu berlalu ke dapur. Puan Mariam
tersenyum lalu dia turut beredar ke dapur.
Redza mendegus kasar. Dia pasti
Aisya sudah tersalah faham. Tentu hati wanita itu terluka. Sarah ni pun, tak
tahu malu! Sepatutnya sebagai perempuan Sarah patut malu berbicara hal dalam
kain rumah tangga. Dah lah semua itu tidak terjadi antara dia dengan Sarah.
Semua omolan kosong! Tubuh Sarah yang melekat pada tubuhnya ditolak kasar.
Segera Redzal menuju ke dapur. Lagi lama dengan Sarah, boleh terangkat
tangannya.
Aisya buat tidak tahu dengan
kehadiran Redza. Sarapan pagi dihidangkan dan kerusi di hujung sekali ditarik.
Sarah yang ternampak Redza menarik kerusi bersebelahan Aisya terus menghalang.
Ditarik Redza berhadapan dengan Aisya dan dia pula disamping suaminya.
“Abang
nak makan apa? Nasi goreng atau sandwich?” Tanya Sarah manja. Air teh
dituangkan ke dalam cawan Redza.
Namun
Redza menolak cawan yang dihulur Sarah. “Sayang, tolong ambilkan nasi goreng
untuk abang,” pinta Redza kepada Aisya.
Aisya mengangguk dan diambil nasi goreng
kepada Redza. Kemudian Aisya bangun, menghilangkan diri ke dapur basah dan
kembali semula dengan segelas mug di tangan.
“Nah, ni air Nescafe abang,”
“Arigatou, ai.”
Sarah menjeling. Keluar dah bahasa
Jepun dari mulut Redza. Arigatou tu dia tahu lah maksudnya terima kasih.
Tapi ‘ai’ tu apa kebenda? Sudu ditangan dilepaskan dengan kasar.
Berdeting bunyi sudu itu berlaga dengan pinggan. Geram dengan Redza yang tidak
sudi menerima layanannya dan sakit mata melihat Redza melirik menggoda ke arah
Aisya.
“Eh, nak ke mana tu?” tanya Puan
Mariam tatkala melihat Sarah bangkit.
“Naik atas! Tak ada selera nak
makan.” Sejurus itu Sarah berlari naik ke kamar.
Redza hanya buat tidak tahu. Tidak
dipedulikan jelingan tajam Puan Mariam. Dengan selamba Redza mengangkat
punggung dan berlabuh di sebelah Aisya.
..............................
Dua bulan berlalu.....
“Eh,
abang! Awalnya balik?” tanya Aisya. Dia menyambut tangan Redza lalu menunduk
menciumnya.Pelik Aisya melihat suaminya bersenang-lenang terbaring di atas
katil. Tadi dia sedang mandi
jadi tidak perasan bila suaminya pulang.
“Hari ini abang tak ada kelas
petang. Sya lupa ya?” Aisya tersengih. Kerja Redza sebagai seorang pangajar di
sekolah menengah membuatkan ada banyak masa terluang dengannya. Cuma sesekali
ada juga Redza sibuk apabila peperiksaan hampir.
“Sya.... sini kejap,” panggil Redza.
Ditepuk tilam sebelahnya, mengarah Aisya duduk di sisinya.
Aisya hanya menurut. Tubuh Aisya
dipeluk erat sebelum membawa Aisya bersandar di dadanya. Redza mengusap rambut
Aisya dan membenamkan hidungnya disitu. Menghidu bau wangi rambut isterinya
yang baru lepas mandi.
“Sya, lusa abang kena pergi seminar
tau! Peperiksaan budak-budak dah hampir,” beritahu Redza.
“Kat mana? Berapa lama?” Tanya Aisya
pula.
Redza
tersengih. Dicuit sekilas hidung Aisya. “Dekat Kuantan. Abang kat sana tiga hari lah kut.
Sya tak apa kan
bang tinggal sekejap? Ke Sya nak ikut abang?”
“Abang ni, cakap macam abang tak
pernah pergi seminar je. Tak apalah. Tiga hari aje pun kan? Lagipun Sarah
dengan Mak Su ada. Jangan risau ya?”
“Sebab Sarah dengan Mak Su adalah
abang risau. Kalau diorang buat apa-apa yang tak baik kat Sya macam mana? Kan
bahaya tu,” ujar Redza.
Jelas
kedegaran suaranya sedikit bimbang dan berat hati meninggalkan isterinya.
Walaupun sebelum ini dia pernah pergi seminar tapi sekarang ini lain. Sarah ada
di rumah. Memikirkan layanan
Sarah dan Mak Su terhadap Aisya, rasa tidak sedap hati mula melular.
Bahu
Redza ditampar Aisya. “Tak baik abang cakap macam tu. Selama ni mana ada Mak Su buat apa-apa. Sarah
pun tak ada kena kan Sya.”
“Hmm...” Redza membalas.
“Lagipun kan..... Mak Su tu kan mak
kita juga, dan Sarah tu ist...”
Aisya tidak sempat menghabiskan
kata-katanya. Redza terlebih dahulu menolak bahunya sehingga dia terjatuh
terbaring. Suaminya hanya senyum dan terus-menerus membelai setiap inci
wajahnya.
“Kisu shite mo ii?” bisik
Redza nakal.
Pertanyaan
nakal suaminya yang bermaksud ‘may I kiss you?’ membuatkan wajahnya
memerah. Dia tersenyum malu
lalu perlahan-lahan dia mengangguk.
“Kisu shite!”
..........................
Sarah berulang-alik di hadapan
pintu. Diketuk bertalu-talu pintu bilik tersebut namun tiada sahutan dari
penghuni bilik tetamu. Sarah menjerit-jerit disitu tapi tetap tiada tanda-tanda
pintu ingin dibuka. Seolah-olah bilik tetamu itu tiada orang.
“Sial!!” jerit Sarah sambil
menendang pintu. Laju Sarah menonong ke kamarnya. Pintu dihempas sekuat hati.
“Jantan tak guna! Sial! Sial!!”
amuknya lagi. Dilempar barang-barang yang berada atas meja solek.
“Ni semua betina tak guna tu punya
pasal! Kalau dia tak ada, tak adanya Redza layan aku macam ni! Jaga kau
perempuan. Jaga kau!!”
Sarah bagaikan dihasuk. Semua barang
habis dibalingnya dan dipecahkan. Tak cukup dengan itu, dipecahkan bingkai
gambar. Gambar dia bersama Redza dan Aisya semasa akad nikah ditoreh dengan
pisau pemotong kertas. Mulutnya menjerit-jerit dengan sumpah seranah terhadap
Aisya dan Redza.
.....................
“Aisya!!”
Aisya
yang sedang membelek album gambarnya bersama Redza tersentak. Terkejut dia
mendengar pintu diketuk secara tiba-tiba. Aisya bangkit dan melangkah mendekati
pintu bilik yang masik diketuk bertalu-talu. Tersembur wajah kelat Sarah.
“Sarah…. Ada apa?” Tanya Aisya
mesra.
Sarah
mencebik. Meluat melihat senyuman Aisya. “Amboi! Redza tak ada kau goyang kaki je ya? Hei! Kau tahu tak bersepah
pinggan-mangkuk kat dapur tu, baju-baju pun bertimbun! Aku nak kau pergi
bersihkan sekarang!” jerkah Sarah.
Aisya tersentak. Tidak silapnya
selepas sarapan pagi tadi memang dia dah basuh pinggan-pinggan yang digunakan.
Tapi baju? Baju siapa? “Err.... Akak dah basuh pinggan lepas sarapan tadi.
Baju-baju abang pun akak dah basuh.”
Sarah
mengheret Aisya kebawah. Dibawa
pulanya ke bilik kecil yang berdekatan dengan dapur basah. Terbeliak
mata Aisya melihat pinggan-pinggan yang tidak terbasuh di sinki. Lagi terkejut
melihat pakaian-pakain Sarah dan Puan Mariam yang bertimbun dalam bakul. Ada tiga bakul semuanya.
“Ini apa? Kertas?” sinis Sarah. Kemudian
dicengkam rambut Aisya dan ditolak kasar Aisya ke dapur.
“Ini! Pinggan-pinggan ni semua, aku
nak kau basuh! Aku nak kau basuh sampai kau boleh tilik muka kau kat pinggan
tu. Jangan ingat Redza tak ada, kau boleh lepas tangan je,” sergah Sarah.
Ditinggalkan
Aisya yang terkedu di dapur. Aisya mengucap dalam hati berkali-kali. Sarah
sengaja menderanya. Tapi tak apalah, dia sudah biasa dengan kerja-kerja rumah
jadi Aisya hanya menurut tanpa bunyi lagi.
…………………
Badan yang penat direbahkan di atas
katil. Tiga hari suaminya tiada di rumah, tiga hari itu juga lah Sarah
menderanya. Disuruh buat kerja rumah berkali-kali tanpa rehat. Dan jika Sarah
tidak berpuas hati disuruhnya membuat semula. Nasib baiklah Mak Sunya tidak
mendera sangat. Kalau suruh sediakan air atau makan tu adalah.
Aisya
melepaskan lelah. Teringatkan Sarah yang menengkingnya kerana tidak masakkan
udang goreng makan malam tadi. Bukan sengaja tapi udang tak ada dalam peti
sejuk. Nak dibeli takut terlewat pula mereka makan malam. Jadi ditahan juga
telinganya mendengar kata-kata kesat Sarah.
Sudahlah
kebelakangan ini badannya cepat letih. Disuruh pula buat kerja-kerja berat. Telefon bimbit diatas meja dicapai.
Ada tiga belas panggilan tidak dijawab dan dua mesej dari Redza.
-Sya,
kenapa tak angkat phone?-
-Abang
dah bertolak pulang ni. Tunggu abang balik tau, Sya. Sabishii desu. –
Aisya tesenyum membaca mesej dari
Redzal. I miss you too, abang. Baru sahaja ingin mendail
suaminya, Sarah sudah memekik namanya. Terkocoh-kocoh Aisya mendapatkan Sarah
dibilik sebelah.
“Buatkan
aku air coklat panas. Cepat!” arah Sarah tanpa memandang Aisya.
Aisya
turun ke bawah. Ditadah air ke dalam cerek dan kemudian dipanaskan diatas
dapur. Sementara menunggu air menggelegak, Aisya mendail nombor Redza.
“Hai,
Sya….”
“Hai…. Abang kat mana tu?”
“Dekat Kota Bharu dah ni, kejap lagi
abang sampai.”
“Owh,
okey. Tak apalah, Sya tunggu abang kat rumah.”
“Eh,
kejap! Tadi kenapa tak angkat phone? Risau abang, tahu?”
“Sya
dekat bawah, telefon dalam bilik. Abang jangan risau, Sya okey.”
“Sarah dengan Mak Su ada dera Sya
tak?”
“Apalah, abang ni.... Mana ada. Ingat
ni cerita Bawang Merah Bawang Putih ke?” nafi Aisya sambil dibuat-buat ketawa.
“Betul ni? Tak tipu?”
“Ya, abang sayang.”
“Hmm....
Tak apalah. Abang tengah drive. Nanti kena saman pula. Tunggu abang ya? Rindu, sayang...”
“Rindu abang juga.”
Talian dimatikan. Maafkan Sya,
abang. Maaf sebab Sya bohong abang, rintih Aisya.
Bunyi
cerek mengejutkan Aisya. Cepat-cepat dia matikan api. Cerek itu diangkat dengan
kain. “Hei! Kau buat air ke apa? Dah kering tekak aku ni!!” jerkah Sarah dari
belakang.
Aisya
yang terkejut berpaling dan secara tak sengaja cerek yang dipegang terlepas
dari genggaman apabila hujung jarinya terkena cerek.
“Aaaaaaahh!!!”
Aisya
melompong. Terkejut melihat Sarah yang sudah menggelupur. Air yang menggelegak tadi tertumpah di atas
paha Sarah. Puan Mariam yang mendengar jeritan nyaring Sarah terus berkejar ke
dapur. Terbeliak mata orang tua itu melihat paha Sarah yang melecur. Dia
dapat melihatnya kerana Sarah hanya mengenakan seluar pendek.
“Ya Allah! Sarah!!” Puan Mariam
menerpa ke arah Sarah. Aisya yang kaku disisi Sarah ditolak kasar sehingga
menyebabkan Aisya terjatuh. Tangan Aisya yang ingin menungkat secara tak
sengaja mendarat diatas cerek. Terjerit Aisya dibuatnya.
“Hei,
Aisya! Kau buat apa kat Sarah, hah? Kau nak bunuh dia ke?!” Puan Mariam
menyinga. Mahu sahaja menyimbah air panas itu ke muka Aisya apabila melihat
paha Sarah.
“Tak…Tak,
Sya tak sengaja. Cerek tu terjatuh,”
nafi Aisya tergagap-gagap.
“Dia tipu Mak Su!! Kau sengaja Aisya!”
teriak Sarah.
Aisya bangun lalu mencapai majerin
yang berada di dalam peti sejuk. Belum pun dia ingin duduk disisi Sarah, Puan
Mariam terlebih dahulu merampas bekas majerin ditangannya.
“Kau
jangan nak sentuh anak saudara aku!” marah Puan Mariam.
“Kenapa
ni?”
Aisya
tergamam. Suara garau yang
menegur itu kedengaran cukup keras membuatkan jantungnya berdengup laju.
“Abang!!”
jerit Sarah.
Redza
terpaku dimuka pintu dapur. Terkejut melihat paha Sarah yang melecur. Segera dia mendekati Sarah dan duduk
disisi Sarah. Kepala Sarah dipangku di atas ribanya apabila Sarah bertindak
memeluk pinggang Redza.
“Abang....
Sakit...” rintih Sarah sambil menangis teresak-esak.
“Kenapa ni Sarah? Mak Su? Sya?” tanya
Redza dan ketiga-tiga wajah itu dipandang tajam. Perasaan simpati dan marah
mula terbit di lubuk hatinya.
“Aisya yang buat!!” tuduh Puan
Mariam. Jari telunjuk dihala ke arah Aisya yang berdiri kaku di tepi meja
makan.
“Sya
tak sengaja, bang....” jawab Aisya tersekat-sekat.
“Dia sengaja! Dia sengaja, bang!! Kak
Sya simpah air dalam cerek tu kat paha Sarah. Dia marah Sarah lambat buatkan
dia air.”
“Tak…” Aisya menggeleng kepala.
Tangan dihayunkan ke kiri dan ke kanan. Cuba memberitahu bahawa kata-kata Sarah
hanya bohongan namum suaranya bagai tersekat di kerongkong. Wajah menyinga
Redza menakutkannya.
Tanpa sedar Redza bangkit dan
mendekati isteri pertamanya. Dan buat pertama kalinya Redza menampar pipi mulus
Aisya.
Aisya terkedu.
Redza tergamam.
BERSAMBUNG ~
UNTUK BACA SAMBUNGAN CERPEN INI SILA KLIK --- > SINI !!
11 comments:
berbakat!! memang best cerpen ni!!
best2... sedih smua ada
Bila nak ada sambungan nih??
Tak sabarnyaaa!!!!
Cepat2 larr sambung...
Sambungan die tajuk ape?dh cube cari tp x jumpe >_<
@Fiey Triey sambungannya ada dalam novel antologi cerpen Hujan Turun Lagi. :)
@Anonymous tajuknya Tabahkanlah Hatiku Ya Allah juga. sambungannya dalam buku Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi. :)
knapa x letak smbungn dekt blog nie?? sya cri x buku tu x jmpa.. :'(
pleaseeeee laaaa.. letak dlm nie.. :'(
letak la smbungn dlm nie.. :'( sya dh pent cri buku tu.. x jmpa.. :(
aloooooooooooooooooooorrr,napa lak kat buku 2..sedap2 baca tetiba BERSAMBUNG...huhu
Haah, ltklh smbungan dlm blog, tgh syok2 baca tiba2 tgk smbungan dkt buku.sedey...
Sambung lah.. :(
Post a Comment