Tabung Luahan Isi Hati

Thursday, February 16, 2012

Cerpen : Isteriku Raina Elisya ( Part 2 )

Yea , AA tahu part 2 pendek sangat . Sorry semua sebab mengambil masa yang lama untuk siapkan cerpen ni . AA rasa tak sempat kut sudahkan cerpen IRE ni dalam buln 2 ni sebab AA memang superb busy dan tambah pulak dengan exam dah dekat . Memang tak ada masa nak menulis . Part 2 ni pun AA tak sempat nak semak semula ejaannya. Sorry again . Jemput baca dan tinggalkan komen anda :D

( yang belum baca lagi part 1 , boleh baca kat SINI )
---------------------------------------------------------------


“ Awak tak beritahu saya pun yang kita akan pergi holiday ?” tanya Raina setelah dia menarik Ashraff supaya masuk ke dalam bilik .

“ Bukan holiday lah sayang . .  Tapi honeymoon .” balas Ashraff sambil tersengeh . Suka dia apabila melihat muka Raina yang merah macam tomato . Comel !

“ Saja nak surprise kat awak . Awak suka tak tempat yang saya pilih tu ? Takut jugak saya kut – kut awak tak suka honeymoon kat France .” Raina mendiamkan diri . Sebenarnya dia bukan tak suka cuma . . . .

“ Awak tak perlu lah buat semua tu . Tak perlu habiskan duit awak untuk saya . Lagipun , awak dah selamatkan maruah keluarga saya . Saya . . .” bicara Raina terhenti apabila Ashraff bertindak mengucup lembut bibir Raina . Raina tergamam .

“ Jangan cakap macam tu lagi . Saya ikhlas kahwin dengan awak .” ujar Ashraff sebelum keluar dari bilik . Perlahan – lahan Raina menyentuh bibirnya . Walaupun hanya beberapa saat namun kucupan Ashraff masih terasa hangat .

“ Aduih ! Jangan macam – macam Raina !! Sedar sikit diri kau tu !” ujar Raina perlahan.

“ Apa yang dibebelkan tu ?” celah satu suara . Hampir – hampir Raina melatah .

“ Ish ! Awak ni . . . Terkejut saya tahu tak !” Raina mengurut dadanya .

‘ Aku ingat mamat ni keluar dah . Rupa-rupanya ada lagi dalam bilik ni . Harap – harap dia tak tengok riaksi aku dan tak dengar apa yang aku cakap tadi.’desis hati Raina .

“ Maaflah buat awak terkejut . Cuma tadi baru saya teringat . Lusa kan kita dah nak pergi France , jadi saya nak bawak awak pergi rumah emak . Petang ni kita bertolak .”

“ Rumah mak ?” Ashraff menganguk .

“ Err . .Ash.Saya rasa….Saya tak boleh ikut awak pergi France kut .” lambat – lambat Raina beritahu Ashraff . Ashraff menjongket kening .

“ Saya ambil cuti tiga hari jea wak…”sambung Raina.Ashraff membulatkan matanya . Terkejut dengan apa yang baru didengarinya.

“ Apa awak cakap? Tiga Hari ?? Awak ambil cuti kahwin hanya tiga hari ?!” secara tak sengaja suara Ashraff menjadi kuat , Raina menunduk . Ashraff meraup mukanya .

‘ Bini aku ambil cuti kahwin hanya tiga hari ? Mana ada orang pergi honeymoon sorang – sorang ! Aku punyalah semangat ambil cuti dua minggu . Tapi Raina …. Haih ! Tak boleh jadi ni ! Aku tak kira ! Aku nak Raina pergi honeymoon dengan aku jugak’ nekad hati Ashraff .

“ Saya nak awak ikut jugak . No excuse !” tegas Ashraff .

“ Eh ! Habis , klinik saya macam mana ?”

“ Suruh jea Aina gantikan tempat awak . Tu kan klinik awak dengan dia .”

“ Tapi …”

“ Kan saya dah cakap ! No excuse !” terus Ashraff keluar dari bilik . Raina pula terkebil –kebil di tepi katil .

……………………………………………………………….

“ Hah ! Ada apa datang sini ?”sergah abang Raina , Rizal . Raina berdiri di belakang suaminya sambil memegang sedikit baju Ashraff . Kecut perut dia tengok abang dia yang berwajah macam singa jantan tak makan sebulan !

“ Apa khabar bang ?” Ashraff menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rizal . Rizal menyambut hujung jari jea .

“ Eh ! Ashraff , Raina .” Puan Faridah menerpa ke arah anak bongsunya . Sekelip mata Raina berada dalam pelukan Puan Faridah .

“Raina , anak mak .” Puan Faridah mencium pipi dan dahi anaknya . Raina yang berada dalam pelukan Puan Faridah sudah mengalirkan air mata . Ashraff dan Rizal hanya menjadi pemerhati .

“ Dah , dah . Jom masuk Ash , Ina.”ujar Puan Faridah . Puan Faridah dan Raina masuk ke dalam rumah diikuti Ashraff dan Rizal .

“ Ada apa kamu berdua datang sini ?” belum pun Raina dengan Ashraff duduk di atas sofa , Ashraff bertanya dengan muka yang garang .

“ Err…Ash dngan Ina datang sini nak bagitahu yang lusa kami dah nak bertolak ke France ..”beritahu Ashraff .

“ Haih ! Orang kahwin ‘express’ pun pergi honeymoon jugak ke?”perli Rizal sambil mata tak lepas memandang tajam ke arah adiknya . Memang Rizal masih marah lagi dengan Raina . Arang yang Raina conteng ke muka dia dengan emak belum hilang lagi . Dan dia juga tahu yang sepatutnya dia tak marah kat Rizal . Sebalikya harus berterima kasih sebab Rizal lah yang menyelamatkan keluarga dia dari dipandang hina oleh penduduk kampung . Cuma….Dia pelik . Kenapa Ashraff sanggup kahwin dengan Raina ?

“ Rizal…”Puan Farizah menggeleng . Rizal mendengus lalu berlalu ke biliknya . Pintu bilik dihempas kuat .

“ Maafkan Rizal yea Ash .”

“ Takpe mak . Ash faham.”

“ Tadi kamu kata , lusa dah pergi honeymoon kan ? Jadi sebelum kamu berdua pergi honeymoon tu tidur kat sini yea ? Tidur kat sini yea ?” pinta Puan Farizah.

“ Kami memang nak bermalam kat sini pun mak .” Raina yang sedari tadi membisu mula bersuara .

“ Haa!Baguslah kalau macam tu.Mama kamu apa khabar Ashraff?Dia…Boleh terima ke?” soal Puan Farizah berhati – hati . Takut Raina terasa hati dengannya .

“ Alhamdullillah , Mama sihat.Mama dengan papa pun boleh terima . Oh yea ! Mama kirim salam kat mak .”

“Waalaikummussalam…Syukurlah kalau mama dan papa kamu boleh terima . Senang hati mak .” Puan Farizah menarik nafas lega . Takut jugak dia kalau – kalau sahabat baiknya tidak boleh terima keadaan anaknya .

“Kamu berdua berehat lah dulu .Bilik adik tu pun mama kemaskan tiap-tiap hari . Mak nak pergi masak dulu.” Ujar Puan Farizah sambil bangun . Mahu berlalu ke dapur . Ashraff dan Raina turut bangun .

“ Biar adik tolong mak . Awak pergilah rehat dulu .”

“ Eh ! Tak payah . Kamu pergi jea berehat dengan suami kamu tu . Biar mak yang masak .” Puan Farizah berlalu ke dapur . Meninggalkan Raina dan Ashraff yang masih berdiri di tengah – tengah ruang tamu rumahnya .

“ So ?” tanya Ashraff . Raina menjungkit bahu .

“ Jomlah .”Ashraff mengambil beg pakaian yang sederhana besar itu lalu mengikut Raina dari belakang . Beg bagasi yang perlu dibawa ke France ditinggalkan di dalam kereta .

“Masuklah.Bilik saya kecil jea kalau nak dibandingkan dengan bilik awak . Katil dalam bilik saya pun katil bersaiz queen jea.”Ashraff yang mendangar kata – kata Raina terus menutup pintu bilik . Beg diletakkan di tepi almari pakaian . Raina yang memandang pelik ke arahnya didekati .

‘ Apahal ni ? ‘ desis Raina . Raina berudur ke belakang apabila Ashraff mendekatinya sehinggalah dia terperangkat . Tak boleh nak lari dah . Ashraff telah mengepung Raina dengan kedua-dua belah tangannya diletakkan di pintu bilik yang tertutup rapat .

“ Kenapa dengan awak ni hah ? Saya tak suka awak cakap macam tu ! Saya suami awak , awak isteri saya . Semua milik saya,milik awak juga ! Dan semua milik awak , milik saja jugak . Termasuklah . . . .  Awak . Awak milik Allah s.w.t , milik keluarga awak dan awak milik saya !” tegas Ashraff .

“ Tolong lah . Tolong jangan cakap seolah – olah saya ni orang asing , orang yang memandang harta . . . Tolong jangan cakap macam tu lagi . Kalau saya dengar awak cakap macam tu lagi , saya heret awak naik ke atas katil !” ugut nakal Ashraff . Dia senyum sembunyi . Dia saja jea nak gertak Raina . Tapi kalau Raina sudi apa salahnya . Hehe

“ Erk !” Raina terkedu dengan ugutan Ashraff . Berdiri bulu roma dia .

‘ Hish ! Seram !’ desis hati Raina sambil menggeleng kepala beberapa kali . Terus terlepas ketawa yang ditahan Ashraff , lucu apabila melihat Raina kalut macam tu .

“ Haha…Saya gurau jea . . . Luculah awak ni .” ujar Ashraff sebelum merebahkan badan di atas katil . Raina mengetap bibir .

‘ Apa yang lucunya cik abang oooi !! ’

Bersambung ~

* PERHATIAN ! Selepas part 2 ni AA tak publish part 3 tapi terus publish FULL EDITION punya .

Saturday, February 4, 2012

Cerpen : Isteriku Raina Elisya ( Part 1 )

Salam semua . Sebelum tu , AA nak minta maaf banyak - banyak sebab mengambil masa yang lama untuk menyiapkan cerpen ' Isteriku Raina Elisya ' ni . Yang ni baru part 1 . Part 2 pula akan menyusul kemudian . Mungkin lama lagi lah kut tapi AA akan cuba siapkan IRE ni secepat mungkin . AA rasa yang cerpen ni agak panjang kut , sebab part 1 ni pun dah 6 page . Tu pun belum masuk perkara - perkara konflik lagi . Jemput lah baca yea . Kalau dah habis baca tu , gatal - gatalkan tangan untuk tinggalkan komen anda . hehe Harap kamu semua tak bosan dengan cerpen ni = ) Komen anda amat AA hargai . kuikui 





       “ Pengantin lelaki lari ! ” Tadi dia yang menangis sampai bahunya terhinjut – hinjut mula meraung . Berita yang baru disampaikan oleh abangnya itu memang membuat dia mahu bunuh diri . Dah lah dia tertangkap ketika ‘bermesra’ dengan kekasihnya dan sekarang saat mereka akan dinikahkan kekasihnya melarikan diri !

        “ Aku tak kira ! Aku nak kau heret kekasih kau datang jumpa Tok Kadi sekarang jugak ! Adik tak guna ! Tak habis – habis nak memalukan keluarga kita . ” amuk Abang .

        “ Adik tak sayang Emak dengan Abang ke ? Sanggup Adik lakukan perkara terkutuk tu ! Emak nak kamu pujuk kekasih kamu tu , minta dia bertanggung jawab . ” rintih Emak .

…………………………………………………………………

      Ashraff melihat isterinya yang baru dinikahi 3 jam yang lalu sedang termenung di hujung katil . Dia mengeluh . Raina Elisya Bt. Rahman . Walaupun sudah 10 tahun tidak bersua muka namun dia masih dapat mengecam Raina . Mana mungkin dia lupa , Raina cinta pertamannya . Satu – satunya perempuan yang dia cintai dan sampai sekarang cintanya tidak beralih . Ashraff mendekati isterinya . Satu keluhan dilepaskan . Kecewa dengan Raina . . . .

“ Raina . ” Raina memandang Ashraff dengan pandangan kosong . Ashraff kelu . Sudah 10 tahun tidak berjumpa dan sekarang . . . Raina berada dalam bilik bersamanya dalam keadaan berstatus suami isteri .

“ Raina . Lamakan kita tak berjumpa ? ” Ashraff mengetuk kepalanya sendiri . Dia tidak tahu macam mana nak mulakan bicara .

“ Kenapa awak kahwin dengan saya jugak ? ” pertanyaan Ashraff diabaikan . Ashraff tersentak .

“ Kenapa awak sanggup kahwin dengan saya ? Awakkan dah tahu hal sebenar . Kenapa awak masih nak teruskan ? Kenapa ? ” suara Raina mula meninggi sambil disusuli air mata yang laju membasahi pipinya .

“ Syyy . . . . . ” Ashraff  memeluk Raina . Cuba meredakan tangisan sang isteri dengan mengusap rambut Raina yang panjang separas dada dan berikal . Haruman rambut Raina menyebabkan dadanya berkocak . Ashraff cuba mengawal diri . Dalam keadaan yang belum stabil sekarang , dia belum bisah menyentuh Raina walaupun mereka dah sah menjadi suami isteri .

“ Dah lewat ni , awak tidur dulu yea ? ” ujar Ashraff sambil bangun dari katil . Raina menunduk sambil mengesat sisa – sisa air mata .

“ Jangan risau , saya takkan sentuh awak .” Ashraff tersenyum manis ke arah Raina sebelum berlalu ke bilik mandi . Spontan tangan Raina naik ke dada kirinya .

‘ Kenapa dengan aku ni ? ’

………………………………………………………………………..

      Raina mengeliat . Perlahan – lahan dia mengosok kelopak matanya yang terasa berat .
Raina memandang Ashraff yang masih dibuai mimpi . Lebih tepat lagi , dia merenung wajah suaminya .

‘ Kacak jugak Si Ashraff ni yea . . . Tapi kenapa Ashraff sanggup menggantikan tempat Farhan ? Farhan . Argh ! Jantan tu memang tak guna ! Sebab dia lah keluarga aku dapat malu besar !’ akibat geram , Raina secara tak sengaja tertumbuk perut Ashraff .

“ Allah !” Ashraff terbangun . Terasa perutnya senak . Raina pula sudah menggelabah .

“ Err . . . Sorry . Sorry awak , saya tak sengaja .” Ashraff memandang Raina . Kening belah kirinya diangkat . Raina pula menggigit hujung bibirnya , muka dah merah .

“ Saa . . Saya . . . . Saya yang salah . Saya minta maaf . Saya tak sengaja pukul awak . ” tergagap Raina dibuatnya .

“ Awak geram tengok saya yea ? Sebab saya kacak sangat tapi tak boleh nak peluk . Tu yang awak tumbuk perut saya yea ? ” usik Ashraff . Matanya melirik ke arah Raina sambil tersenyum nakal . Muka Raina bertambah merah , sebiji macam tomato !

‘ Ya Allah ! Seksinya suara mamat ni pagi – pagi macam ni . Jantung aku ni pun mula lah buat hal .’

“ Kenapa jeling – jeling kat saya ni ? Hmm ? Ke . . . .  Awak dah jatuh cinta dengan saya ?”

“ Eh ! Mana ada !” Cepat – cepat Raina bangun dari katil . Belum sempat Raina melangkah ke bilik mandi , Ashraff  terlebih dahulu menarik tangan Raina membuatkan Raina jatuh atas riba Ashraff . Mata mereka saling bertentangan . Jantung Raina dah macam baru lepas berlari 300 m . Nafas Ashraff sudah tersekat – sekat . Ashraff mendekatkan mukanya dengan muka Raina , ingin menyentuh bibir sang isteri . Raina kaku .

Tok tok tok

Raina menolak tubuh Ashraff apabila terdengar ketukan pintu . Ashraff pula dah jatuh tergolek di tepi katil .

“ Ashraff , Raina . Dah bangun ke belum ? Subuh dah nak habis ni .” suara mamanya Ashraff , Puan Khatijah kedengaran disebalik pintu .

“ Aaa . . . Dah . Dah bangun ma .” laung Ashraff . Raina mendekati Ashraff dan menolong Ashraff bangun . Mereka hanya membisu sehingga Ashraff bersuara .

“ Saya nak solat ni . . . Awak . . .  Err . Boleh solat tak ?” tanya Ashraff teragak – agak . Raina hanya mengganguk .

“ Kalau macam tu , kita solat berjemaah ?” Raina memandang Ashraff sebelum mengangguk .

“ Okey .”

…………………………………………………………………….

“ Han nak bawak Ina ke mana ni ?” tanya Raina sambil matanya tak lepas memandang sekeliling . Farhan hanya senyum . Kereta Satria Neo milik Farhan mula menyusuli masuk ke pekarangan kawasan rumah elit .

“ Han ! Kenapa Han diam jea ? Han nak bawak Ina pergi mana ni ? Ina nak balik lah !” tanya Raina sekali lagi . Kali ini volumenya lebih tinggi .

“ Sayang , Jangan takut . Han bukan nak bawak lari Sayang ke Siam pun . Relax , okey ?”
Farhan memegang tangan Raina lalu dkucup tangan yang lembut itu . Perlahan – lahan Raina menarik tangannya . Inilah yang dia tak suka dengan sikap kekasihnya . Suka pegang – pegang .

“ Ina nak balik lah Han . Dah petang ni , nanti Emak dengan Abang Ina marah .”

“ Ala . . . Okey , Han janji . Kita pergi sekejap jea . Lepas kita bosan , kita balik lah .” Farhan cuba memujuk Raina . Tanpa Raina sedari , ada makna disebalik kata – kata Farhan . Kereta diberhentikan di bawah garaj rumah banglo dua tingkat . Rania turut turun dari kereta .

“ Welcome , Sayang .”

“ Rumah siapa ni ?”

“ Rumah Han .” Raina memandang Farhan . Dahi dah berkerut – kerut .

“ Buat apa kat rumah Han ni ? Bukan kea Han cakap family Han tak ada ? Pergi oversea .”

“ Yealah . Memang diorang pergi oversea . Tak salah kan Han bawa Ina datang ke rumah Han ? Lagi pun , Ina kan belum pernah lagi datang ke rumah Han . Jom lah masuk .” Raina mengikut Farhan dari belakang . Seketika kemudian dia terpegun .

“ Oh My ! Cantiknya rumah Han !” Raina terjerit kecil . Farhan hanya senyum . Membiarkan Raina yang ralit memerhati ruang tamu rumahnya .

“ Ina tengok – tengoklah dulu yea . Han nak pergi tukar baju kejap .” Raina menjeling sekilah ke arah Farhan yang sudah mendaiki tangga .

“ Besarnya rumah Farhan . Perabot pun nampak macam mahal – mahal belaka . Aku tak sangka pulak yang aku sedang bercinta dengan orang berada . Baik pulak tu !” gumam Raina . Raina tersenyum sambil memandang gambar seluruh ahli keluarga Farhan yang tergantung di dinding berdekatan akuarium . Namun seketika senyuman Raina mati apabila ada seseorang yang memeluk dia dari belakang .

“ Eh ! Apa ni ?”

“ Raina sayang .” berderu darah Raina apabila mendengar suara Farhan di cuping telinganya . Raina cuba melepaskan pelukan Farhan namun tidak berjaya . Malah pelukan semakin dikemaskan .

“ Farhan ! Apa Farhan buat ni ?” Raina meronta – ronta .

“ Lepas lah Han !” Farhan akhirnya melepaskan Raina . Cepat – cepat Raina menjauh .

“ Han dah gila ke apa ? Mana boleh Han peluk Ina . Kita bukan muhrim !” tegas Raina . Farhan senyum menggoda . Tahu sangat dengan Raina yang bersikap  ‘alim – alim kucing’ .

‘ Alah ! Perempuan macam Raina ni , belai sikit dah jatuh tersungkur punya .’ desis hati Farhan .

“ Kenapa takut sangat ni sayang ? Han peluk jealah . Bukan buat apa – apa pun . Tak kan Raina tak sudi dipeluk Han ?’

“ Bukan muhrim ! Berdosa !” tegas Raina . Tapi Raina akui , kadang – kala dia terbuai dengan sikap Farhan . Sikap Farhan yang selalu mengambil berat dan selalu melontarkan kata – kata manis membuatkan dia selesa . Membuatkan dia terasa disayangi .

“ Sorry sayang . Han janji , Han tak akan sentuh Raina lagi . Janji .”

“ Janji ?”

“ Janji !” Farhan mengangkat tangannya tanda berjanji . Raina tersenyum . Sudahnya mereka hanya berbula – bual . Disebabkan Raina terlalu asyik berbual dengan Farhan , dia alpha akan dirinya yang berdua – duaan dengan kekasihnya . Perbualan mereka terhenti apabila loceng rumah Farhan berbunyi serta ketukan di pintu utama . Raina mengangkat kening tanda bertanya . Farhan pula menjongket bahu . Farhan bangun menuju ke pintu utama dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang datang ke rumahnya . Seorang anggota polis bersama tiga orang berkopiah . Raina berjalan ke arah Farhan yang kelihatan kaku di hadapan pintu . Saat mata Raina terpandang ‘tetamu’ Farhan , terus dia rebah jatuh ke bumi .

………………………………………………………………….

“ Raina .. .” Raina tersentak apabila ada tangan yang menyentuh lembut bahunya . Habis melayang lamunannya tadi . Raina tersenyum ke arah ibu mertuanya . Puan khatijah membalas senyuman isteri anak sulungnya .

“ Raina . . . Emak dengan Abang Raina dah tahu perkara sebenar ?” tanya Puan Khatijah .

“ Belum , ma .. ”

“ Ashraff ?” lambat – lambat Raina mengelang .

 Puan Khatijah merenung Raina yang sedang menunduk . Dia tahu perkara sebenar yang berlaku . Dia tahu kes tangkap khalwat antara Raina dengan kekasihnya . Dan dia juga tahu yang Raina masih ‘dara’ sebelum berkahwin dengan anaknya . Raina terperangkap dengan rancangan bekas kekasih Farhan . Segalanya telah dimaklum oleh penyiasat upahannya untuk menyelidik kes tangkap khalwat Raina .

Memang dia terkejut akan Ashraff yang menawar diri untuk mengantikan tempat Farhan. Sebab itu dia pengupah penyiasat sebelum bersetuju . Emak Raina , Puan Faridah merupakan kawan baiknya sejak dulu lagi . Tapi tentang hal anaknya yang tiba – tiba hendak mengantikan Farhan , dia tidak tahu sebabnya . Biarlah … Mungkin anaknya ada sebab tertentu .

Ashraff berjalan perlahan – lahan menuju ke arah Raina dan Mamanya . Dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir saat Raina ingin menyatakan sesuatu .

“ Mama !” sergah Ashraff . Saja dia nak mengenakan mamanya .

“ Oh mama kau , mama aku . .” latah Puan Khatijah . Ashraff tergelak besar manakala Raina pula menutup mulut , menahan ketawa .

“ Bertuah punya anak ! Kamu nak mama mati cepat ke?” Puan Khatijah pura – pura marah anaknya . Lengan Ashraff dipukul .

“ Tulah mama . . Melamun jea . Mama rindu kat papa yea ? Alah mama ni , Ashraff baru ‘culik’ papa sekejap mama dah rindu segala” sakat Ashraff . Raina pula tergelak kecil . Baru dia tahu yang Ashraff ni sikapnya suka menyakat orang . Patutlah kemain jea Ashraff menyakat dia subuh tadi .

“ Kamu ni kan . . .” Ashraff terjerit apabila tangan mamanya dah mencubit pinggangnya

“ Aduih ma . . . Berbisa betul cubitan mama ni yea .” ujar Ashraff sambil mengosok pinggangnya yang terasa pedih .

“ Amboi ! Berborak tak ajak papa .” Encik Malek yang turun dari tangga bersuara . Dia mengambil tempat di sebelah Puan Khatijah dan diletak pula tangannya di atas bahu isteri tercinta . Ashraff dan Raina tersenyum melihat Encik Malek ‘beromantik’ dengan Puan Khatijah .

“ Mama ni hah . . . Rindu kat papa…”sakat Ashraff lagi . Dia yang sedari berdiri tadi sudah duduk di sebelah Raina . Raina disebelah dijeling sekilas . Jelas kelihatan Raina tidak senang duduk .

“ Mama rindu kat papa ? Papa pun rindu kat mama !” ujar Encik Malek sambil merenung Puan Khatijah . Puan Khatijah mencubit lengan suaminya . Anak dengan Ayah sama aje !

“ Ha ! Kamu berdua pulak bila nak pergi honeymoon ?” Encik Malek beralih ke arah anaknya dan menantunya pula .

“ Insya-Allah lusa pa . . Ash dah tempat tiket ke France . Bilik pun dah ditempah .” beritahu Ashraff . Raina memandang Ashraff . Tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut suaminya .

“ Hmm. . . Baguslah .” Kepala Encik Malek Terangguk – angguk .

“ Berapa lama kamu kat sana?” tanya Puan Khatijah pula .

“ Seminggu Ma . Tapi Ashraff ambil cuti dua minggu . Kiranya , seminggu lagi untuk uruskan rumah yang Ashraff beli tu .” mata Raina terbeliak . Cuti dua minggu ?? Dia hanya mengambil cuti selama tiga hari aje . . Dan rumah ?

BERSAMBUNG ~