Tabung Luahan Isi Hati

Tuesday, August 28, 2012

Sweet Ke? (Part 2)

Adeh! Rasa idea melayang entah kemana pulak! Apa-apa pun jemput baca ya...macam biasa, dah baca tu komen lah erk. hihi harap korang suka SK ni.  : )

ps: nama hero dalam ni ditukar dari Amir Syazwan ke Amir Ilias. Mana2 yang dah bca SK part 1 dulu tentu perasan kan?

....................................


 
Ayah nak cakap dengan kamu sebentar.” Ujar Encik Saiful. Rafidah yang membaca novel Sister karya Rosamund Lupton mengerling sekilas ke arah ayahnya.

“Cakap lah.”

“Cuba berhenti baca novel inggeris tu dulu.” Tegur Encik Saiful. Rafidah akur.

“Kalau ayah cakap ni, kamu jangan marah ya?”

“Apa ayah?”

“Ayah nak kamu kahwin dengan Am.” Beritahu Encik Saiful hasrat hatinya. Rafidah tergamam.

“Kahwin dengan Am? Tapi kenapa? Fida tak nak!!”

“Tapi ayah nak kamu kahwin dengan Am juga.” Tegas Encik Saiful. Dia tidak boleh berlembut dah dengan anaknya yang keras kepala. Sama macam dia juga. Isterinya disisi hanya diam tidak berkutik.

“Kenapa Fida kena kahwin dengan dia?”

“Ayah dah tua, Fida...Nanti ayah dah tak ada, siapa nak jaga kamu?”

“Fida boleh jaga diri Fida sendiri.” Cantas Rafidah.

“Fida perlukan seorang suami untuk menjaga Fida. Mungkin Fida boleh hidup berdikari. Tetapi mak dengan ayah tak kan tenang melihat Fida keseorangan. Kita tak ada keluarga lain Fida. Mak anak tunggal. Ayah kamu pula, dua beradik je. Tu pun paksu dan maksu kamu dah lama meninggal.” Puan Mariam bersuara.

Jika anaknya berkeras, mungkin perbalahan akan berlaku antara Encik Saiful dan Rafidah. Bapak rintik anak borek. Sama-sama keras kepala, dua-dua susah mengaku kalah.

“Fida nak belajar.”

“Perkahwinan tak kan menghalang kamu untuk terus belajar, Fida. Tentu sekali Am kasi Fida kejar cita-cita Fida lebih-lebih lagi Fida belajar kat kolej Am mengajar jugak kan...” pujuk Puan Rafidah lagi.

“Hujung bulan ni Fida kahwin. Semua urusan akad nikah dengan kenduri mak ayah dan pihak lelaki akan uruskan. Fida hanya jaga kesihatan Fida aja.” Encik Saiful memberi kata putus kepada anak tunggalnya.

“Tapi ayah, mak....”

“Ayah harap Fida tak kecewakan ayah dengan mak.” Ujar Encik Saiful sambil bangkit. Lengan isteri turut dipegang dan dipimpin ke tingkat atas. Tidak mahu mendengar bantahan Rafidah lagi.

Rafidah tercengang. Terkebil-kebil dia di ruang tamu sebelum mencapai novel Sister dan dibawa masuk ke dalam bilik. Mood untuk membaca novel sudah hilang. Sekarang, permintaan ayahnya yang difokuskan. Atau lebih tepat lagi, arahan Encik Saiful.

…………

Rafidah terkejut apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Hatinya yang tercuit melihat Tuffy bermain dengan Fluffy, anak-anak kucingnya mula berasa marah. Rafidah mendengus kasar.

“Boleh tak jangan peluk orang?” marah Rafidah sambil mencuba meleraikan pelukan di pinggangnya namun sia-sia sahaja apabila pelukan dieratkan lagi.

“Sayang tak sejuk ke duduk kat luar ni?” Rafidah menjulingkan matanya ke atas. Meluat dengan panggilan ‘sayang’ itu.

“Sayang? Hee!! Geli tahu tak? Dah lah, lepaskan saya!” Amir mengeluh perlahan. Degil! Perlahan-lahan dia lepaskan Rafidah tapi tangannya mencapai pula tangan Rafidah dan digenggam erat.

“Kenapa tak masuk tidur lagi? Dari tadi abang tunggu dalam bilik tau.” Ujar Amir tanpa menghiraukan muka Rafidah yang menahan marah.

“Suka hati saya lah. Yang awak nak tunggu segala ni kenapa? Pergi lah tidur sorang-sorang. Kita bukan tidur sebilik pun kan?”

“Mestilah, dah awak isteri saya. Sepatutnya isteri yang tunggu suami dalam bilik. Buat apa yang patut, kemas-kemas cadar ke berdandan cantik-cantik dulu ke. Ni terbalik pulak, saya pula yang tercongok menunggu awak. Tapi tak apa….saya tak kisah. Mesti awak belum biasa lagi kan sayang?”

“Dan lagi satu. Ni sejak bila datang istilah suami isteri tidur berasingan ni? Mesti kuat baca novel ni. Haih! Macam-macam lah sayang ni.” Rafidah mencebik dan terus mencuba menarik tangannya yang sekali-sekala dikucup Amir.

“Novel? Apa awak ingat saya layan novel-novel melayu ni? Huh! Tak ada faedah, okey. Saya baca novel inggris tu pun tak bagi stress sangat.” Balas Rafidah. Sememangnya dia tidak meminati novel melayu seperti yang diminati remaja-remaja zaman sekarang.

“Boleh tak mintak tolong?”

“Apa dia?”

“Boleh tak tangan tu jangan nak merayap? Lepaslah!” Amir ketawa sambil melepaskan tangan Rafidah.

“Alah, Fida isteri abang juga, bukan orang lain. Tangan isteri abang juga yang abang pegang. Ke Fida nak suruh abang pegang tangan perempuan lain?” sakap Amir. Rafidah menepis tangan Amir yang ingin merangkul bahunya.

“Shazalin kan ada? Dia pun suka pegang-pegang awak. Kan?” sinis Rafidah.

“Sayang cemburu ya?” duga Amir sambil tersenyum. Rafidah memandang Amir tidak berkelip. Jari telunjuk  dihala kemukanya.

“Saya cemburu? Awak kata saya cemburu? Dengan awak? Haha. Sorry ya Encik Mohd Amir Ilias. Tak kan wujud istilah cemburu kalau tak cinta. Masakan saya cemburu dengan awak, rasa cinta sekumit pun tak ada dalam hati saya.”

Berubah air muka Amir apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Sebagai seorang suami, dia berasa tercabar. Tapi disabarkan juga hatinya. Amir senyum dan menarik lengan Rafidah.

“Jom.”

“Huh?” Rafidah memandang Amir. Kali ni dia tak menepis tangan Amir, hanya dibiarkan Amir memegang lengannya.

“Masuk tidur lah sayang....ke Fida nak duduk sini sampai pagi? Abang okey je, Cuma.....” Amir mengerling ke arah Rafidah.

“Cuma apa?”

“Cuma….abang pernah dengar kat kawasan rumah mama ni ada yang berkeliaran kat sini.” Amir menahan senyum melihat Rafidah menelan air liur. Saja Amir mereka cerita untuk menakutkan Rafidah. Tahu sangat sikap Rafidah yang satu itu, memang seorang penakut tapi wajarlah kerana Rafidah perempuan.

“Saya....masuk dulu!” ujar Rafidah kemudian melangkah ke dalam rumah. Amir tertawa sambil menggeleng kepala. Terus dia mengikut isterinya yang sudah menaiki tangga.

Apabila pintu dibuka, Rafidah sudah berbaring di atas katil. Amir turut naik ke katil dan berbaring. Rafidah memejamkan mata dalam keadaan mengiring ke arah Amir. Amir senyum. Nampaknya Rafidah ingat seperti mana yang dipesan. Isteri tidak boleh tidur membelakangi suami.

Direnung muka Rafidah dalam-dalam. Mata itu… selalu membuatkan dia terpesona. Mata itulah yang akan melarikan pandangan apabila bertemu mata dengannya. Dan mata itu juga lah yang menjeling apabila geram akannya. Hidung mancung itu pula selalu menjadi mangsa tangannya. Dia akan menciut hidung itu apabila mengusik dan dia akan picit hidung mancung itu apabila Rafidah tidak mendengar katanya.

Pipi yang gebu.....dah jadi satu tabiatnya untuk mencium pipi itu secara diam-diam. Selalunya sebelum dia tidur dan selepas dia bangun dari tidur tetapi mestilah masa tu Rafidah lena. Dan....bibir. Dia berharap satu hari nanti dia boleh mengucup lembut bibir yang seksi itu. Bibir seksi itulah yang membuatkan dia tergoda. Apabila dia merenung bibir itu, mulalah hatinya berdegup laju. Sekarang ini juga hatinya sudah tidak keruan.  Kalau tidak menahan nafsunya yang satu itu tentu dia sudah menerkam gadis dihadapannya ini.

Amir memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam. Berharap dia dapat mengurangkan debar di dada. Amir membuka mata semula dan merenung Rafidah. Tangannya naik mengusap rambut Rafidah.

“Tidur lah!!” Amir yang baru sahaja ingin mencium pipi gebu itu terkejut apabila Rafidah bersuara. Serentak itu dia menjauhkan mukanya dari Rafidah. Amir berdehem untuk menghilangkan rasa terkejutnya dan juga malu. Amir bangun dan masuk ke dalam bilik mandi.

Rafidah meletakkan tangan di atas dada. Berdebar-debar jantungnya. Patutlah semasa dia memejamkan mata terasa dirinya direnung seseorang. Mula-mula dia buat tidak tahu sahaja tetapi sebaik sahaja ada tangan yang mengusap rambutnya terus dia terkejut. Tidak ada orang lain yang ada dalam bilik itu selain daripada dia dan Amir. Tapi buat apa Amir mengusap kepalanya?


TERIMA KASIH SUDI BACA !


Much Love,
AinaaAzlan

Monday, August 27, 2012

By Part Or Full ?


Hai, saya nak tanya ni. Emm ni tentang cerpen yang nak dipost by part atau yang penuh terus? Memang ramai kan yang geram kalau ada penulis post cerpen by part kan? *contohnya macam saya lah Tapi, kalau cerpen tu panjang-panjang macam mini novel ada korang sanggup nak baca sampai habis? Setengah-setengah akan baca sampai habis dan ada juga yang akan mula rasa bosan kan? Ke macam mana?

Kalau korang pernah baca cerpen-cerpen saya korang akan tahulah panjang mana. Bagi saya kira okeylah tulis cerpen mencecah 40+ page. Tapi kadang-kadang kalau saya baca sendiri semula, rasa panjang sangat!! Bagi korang macam mana?

Jadi menurut korang. Saya patut post by part atau terus full cerpen akan datang ni? Saya tak tahu panjang atau tidak cerpen Sweet Ke? ni tetapi mengikut idea yang tersangatlah banyak dalam kepala otak ni, panjang kut. Tapi kalau dah busy, memang tunggang langgang lah jalan cerita. Idea lari habis! Jadi by part or full ? Saya harap sahabat-sahabat sekalian dapat membantu saya. : )

Thursday, August 23, 2012

Cerpen Dialah Aaron Aziz Aku (Special Part)

Salam semua!! Eh, dah 6 hari kita beraya kan? Semunya masih dalam mood raya, macam tu juga saya. Tetapi time-time free macam ni lah kena ambil kesempatan untuk bekarya. Tu pun kalau tak pergi beraya atau tiada tetamu yang mengunjung ke rumah. Seperti IRE ada special part kan begitu juga DA triple . Harap korang suka dengan special part Da triple ni. : )

...........................

sumber inchik google



Special part : 4th  ANNIVERSARY  SITI AMIRAH HUMAIRA AARIZ AZWAN

Amirah mengeluh. Sudah berpuluh-puluh kali dia mendail nombor suaminya tapi satu pun tidak diangkat. Naik lenguh jari jemarinya menekan papan kekunci handphonenya.

“Mana abang pergi ni? Dah lewat sangat ni…” gumam Amirah sambil mata melirik ke arah jam dinding. Jarun jam sudah melepasi angka 12 malam tetapi kelibat suaminya belum kelihatan.

Pergi kemana suaminya itu? Tak kan dipejabat lagi kut? Tak pernah Aariz macam ni, dia langsung tidak dihubungi. Biasanya, selalu call walaupun hanya untuk memberitahu yang suaminya sudah tiba di pejabat. Dan suaminya akan pulang makan tengah hari tapi tidak hari ni.

Amirah gundah. Bermacam-macam andaian yang dibuat. Nombor Aariz sekali lagi didail dan seperti tadi, tidak diangkat.

“Mummy....” Amirah berpaling dan tersenyum.

“Ya, kenapa sayang?” Amirah mengusap rambut kedua-dua anaknya. Hazwan Aariz dan Hazman Aariz memegang tangan mummy mereka.

“Daddy mana, mummy?” tanya Hazman. Amirah tersenyum kelat mendengar pertanyaan anak sulungnya.

“Daddy belum balik lagi...Daddy ada kerja lagi lah tu.” Jawab Amirah sambil menyedapkan hatinya juga. Hazman hanya mengangguk.

“Angah nak daddy...” Hazwan merengek nakkan daddynya.

“Kejap lagi daddy balik ya, sayang.” Pujuk Amirah.

“Angah nak daddy!” Amirah mendukung Hazwan. Sememangnya Hazwan lebih manja dengan Aariz berbandingnya dan Hazman pula lebih manja dengannya.

“Angah jangan nangis ya? Kejap lagi daddy balik lah tu. Jom tidur dengan along.” Pujuk si abang pula. Amirah meletakkan Hazwan semula dan Hazman terus menarik tangan adiknya.

Amirah hanya memerhati anak-anaknya meniti tangga ke tingkat atas. Mujurlah si abang agak matang berbanding si adik walaupun umur mereka sama. Amirah yang ingin mendail nombor suaminya semula tapi niatnya terbatal apabila terdengar enjen kereta milik Aariz.

Terus pintu utama dibuka dan disitu kelihatan Aariz melangkah ke arahnya sambil tersenyum walaupun kelihatan letih.

“Hai, sayang....Kenapa belum tidur lagi ni?” tanya Aariz dan kemudian mengucup ubun-ubun isterinya selepas Amirah mencium tangannya.

Amirah tidak terus menjawab. Tangannya mencapai briefcase dan coat Aariz dan diletakkan di atas sofa.

“Tunggu abang. Kenapa abang balik lambat? Banyak kerja ya?” Aariz senyum dan mengangguk. Tali leher yang sudah berada di dalam poket dikeluarkan dan dihulurkan kepada Amirah.

“Hero-hero abang dah tidur?”

“Emm... tadi diorang terbangun, angah merengek nak abang.”

“Along dengan angah tidur dalam bilik diorang kan?” Tanya Aariz sambil senyum. Terangkat kening Amirah melihat senyuman suaminya itu. Senyuman nakal aje.

“Iya…kenapa bang?”

“Kalau macam tu, jom!” Aariz menarik lengan Amirah. Apabila melihat Amirah lambat-lambat sahaja terus dia mencepung tubuh genit itu.

“Isy! Apa abang ni?” Amirah merangkul leher Aariz. Nasib baik dia tidak jatuh tadi. Aariz hanya diam dan kaki terus dihala ke bilik. Amirah membalas renungan Aariz.

Pintu bilik dikunci dan dibawa Amirah ke katil. Diletakkan Amirah di atas katil berhati-hati. Amirah hanya diam dan membiarkan saja setiap perilaku suaminya. Aariz membuka butang bajunya dan meleraikan dari tubuh. Dirangkul tubuh Amirah dan bibirnya mengulas lembut setiap inci muka isterinya. Dari dahi turun ke mata, pipi dan beralih pula ke hidung mancung Amirah. Dan kemudian dengan lembut Aariz menjamah bibir seksi itu.

Baru sahaja Aariz ingin bertindah lebih jauh tetapi ketukan di pintu menganggu tindakannya. Dia mendengus geram dan melarikan tubuhnya dari tubuh Amirah. Amirah ketawa melihat muka kecewa Aariz.

“Mummy....”

“Ya, sayang. Kejap.” Amirah membuka pintu apabila mendengar suara anak-anaknya diluar pintu bilik. Aariz yang bersandar di kepala katil hanya memerhati.

“Nak tidur dengan mummy...” Amirah senyum mendengar rengetan Hazman dan Hazwan. Kedua-dua tangan anaknya dipimpin ke dalam bilik.

“Daddy!” Amirah menggeleng kepala melihat Hazwan berlari-lari anak mendapatkan daddynya.

“Hai, hero daddy. Kenapa belum tidur lagi ni?” kepala hazwan diusap dengan lembut sambil matanya melirik ke arah isterinya yang sudah mendukung Hazman ke katil.

“Nak tidur dengan daddy....”

“Ololo anak daddy. Meh sini hero-hero daddy. Mummy hero daddy pun mari sini jugak.” Ujar Aariz sambil menarik tangan isterinya. Amirah ketawa.

“Sweetnya abang buat macam tu.”

“Along dengan angah, tidur kat tengah-tengah ni ya?” ajak Amirah sambil menepuk bantal di tengah-tengah katil saiz king itu. Hazman dan Hazwan hanya menurut dan mula merebahkan badan.

“Goodnight, mummy. Goodnight daddy.” Ucap Hazman sambil mencium kedua-dua belah pipi mummy dan daddynya. Hazwan juga berbuat demikian.

“Goodnight, sayang.” Balas Amirah lalu mencium dahi anak-anaknya.

“Goodnight, hero-hero daddy.” Balas Aariz pula dan mencium dahi Hazman dan Hazwan. Amirah menarik selimut menutupi badan anak-anaknya. Cepat benar dua beradik itu lena. Kemudian dia memandang suaminya yang sedang merenungnya.

“Kacau lah hero-hero daddy ni. Tak bagi chance langsung daddy dia nak memanja dengan mummy diorang.” Ujar Aariz membuatkan Amirah tertawa tapi perlahan. Takut Hazman dan Hazwan terjaga.

“Biarlah bang. Bila lagi diorang nak memanja dengan kita kalau bukan malam. Abang kerja, sayang pun kerja. Kesian anak-anak.” Balas Amirah. Kepala Hazman dan Hazwan diusap dan sebelah tangannya pula digenggam oleh suaminya.

“Apa kata sayang berhenti kerja? Ala...gaji abang cukup aje nak tanggung sayang, along, angah dan anak-anak akan datang.”

“Abang….kan sayang dah cakap. Dah lama sayang nak jadi pensyarah. Tak kan sayang nak lepas macam tu aje kerjaya sayang? Memang betul gaji abang sebagai arkitek mampu tanggung sayang dengan anak-anak tetapi kan kalau sayang kerja ekonomi kita lebih kukuh? Gaji sayang tu boleh lah bantu abang.”

“Yalah, yalah…Abang bukan suruh sayang berhenti kerja, cadangan aje tadi.” Aariz mencium tangan Amirah.

“Sayang….”

“Ya, bang.”

“Tidur bawah jom.” Amirah membulatkan matanya sambil memandang Aariz yang tersengih nakal.

“Isy, apa lah abang ni. Tak baik tahu tak? Kan anak-anak kita ada ni.” Ujar Amirah sambil mencubit lengan suaminya. Nakal tak sudah!

“Ala....diorang lena sangat tu. Tak kan bangun selagi matahari tak keluar.” Balas Aariz pula. Lengan yang dicubit tadi digosok. Pedihnya...

“Tak senonoh lah abang ni! Dibuatnya diorang bangun, kan tak elok.” Amirah menggeleng kepala. Parah suaminya ni.

“Yalah, yalah... Tapi esok janji tau?”

“Abang ni…” Amirah mengetap bibir.

“Aik? Merahnya muka isteri abang ni.” Usik Aariz.

“Hish! Tidur lah!” marah Amirah sambil merebahkan badan. Aariz ketawa kemudian turut merebahkan badan. Lega. Hilang lenguh-lenguh di badan.

“Ops, lupa.” Aariz turut bangun apabila Amirah bangun.

“Lupa apa, yang?”

“Goodnight, handsome.” Ucap Amirah dan mencium pipi Aariz. Aariz senyum. Ditarik lengan Amirah supaya muka isterinya dekat dengannya.

“Goodnight, sweetheart.”

“Abang!!” Amirah menyentuh pipinya yang terasa panas. Malu apabila suaminya bertindak mengucup bibirnya.

“Sweet dream, sayang. Mimpi abang ya..” ujar Aariz lalu merebahkan badannya semula. Walaupun mata sudah tertutup tetapi bibir tetap tersenyum.

Amirah mengiring ke arah anaknya. Tangan melingkar badan Hazman dan Hazwan. Aariz turut melakukan perkara yang sama. Tangannya diletakkan di atas tangan isterinya. Mereka terlelap dalam senyuman ditemani Hazman Aariz dan Hazwan Aariz dalam pelukan.

***

Tidur Amirah terganggu dengan bunyi pintu ditutup di bawah. Terasa berat mata untuk buka kerana semalam dia tidur lewat. Jam dikerling, sudah pukul 6:40 pagi. Dia menoleh ke sebelah. Anak-anaknya masih tidur, tetapi tiada suaminya disitu.

Dengan perlahan-lahan Amirah turun dari katil dan menghampiri tingkap biliknya. Kain langsir diselak sedikit. Kelihatan Aariz yang lengkap berpakaian pejabat baru memasuki dalam perut kereta dan keluar dari perkarangan rumah. Amirah pelik. Kemana suaminya pergi awal pagi-pagi macam ni? Tak kan pejabat kut....

Amirah mengeluh. Semenjak kebelakangan ini suaminya berlakuan pelik. Dia menoleh ke arah anak-anaknya yang masih lena. Disitu dia ternampak kertas kecil yang ditampal pada cermin meja solek. Terus dia melangkah ke situ dan diambil kertas kecil itu. Tulisan suaminya.

Goodmorning sweetheart.

Sayang....Abang kena pergi kerja dulu. Banyak sangat kerja yang ada kat pejabat tu. Sorry ya, yang. Sayang jangan risau, abang dah breakfast dah.

Nanti malam karang, sayang jangan masak tau! Kita dinner kat luar, hero-hero abang kita minta tolong mama dengan papa jaga dulu. Pakai cantik-cantik tau! Bye sayang. Jangan nakal-nakal.

I love you.

~Suamimu yang kacak~

Amirah senyum dan menyimpan kertas itu di dalam laci meja solek. Tangan mencapai handphonenya. Ditaip mesej kepada suaminya.

Kenapa tak nak bawa anak-anak sekali?

Seketika kemudian handphonenya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Terus dia menekan butang hijau apabila nama suaminya yang terpapar.

“Sayang....”

“Abang.....”

“Sayang ni, boleh lah kita pergi dinner berdua aje. Hazman dengan Hazwan kita tinggal kat rumah mama. Boleh ya?”

“Kesian lah anak-anak....”

“Alah, bolehlah...Boleh ya, yang?” Amirah ketawa kecil. Lucu apabila suaminya merengek seperti anak kecil.

“Abang ni...macam Hazwan lah. Merengek aje.”

“Sayang….”

“Yalah, yalah. Bolehnya…”

“Thank you, sayang. I love you. Pukul 6 abang datang ambil anak-anak letak kat rumah mama. Lepas tu kita pergi dinner kul 8. Sayang pakai cantik-cantik tau!”

“Okey, boss!”

“Good girl. Okeylah, sayang. Abang nak sambung buat kerja. Banyak lagi kerja nak disiapkan ni.”

“Okey. Bye, bang. Assalamualaikum.”

“Take care, yang. Jangan nakal-nakal. I love you and I will miss you. Bye. Waalaikummussalam.”

Amirah meletakkan semula handphonenya di atas meja. Kain tuala dicapai dan mula menapak ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan menunaikan rukun islam yang kedua.

****

Amirah mengeluh. Suaminya buat lagi.... Tadi petang Aariz mengambil Hazman dan Hazwan ke rumah mak mertuanya. Tapi sampai sekarang suaminya tidak pulang. Ditelefon, suaminya menutup handphonenya.

Jam sudah menunjukkan jam 9:25 malam. Sudah satu jam setengah lewat dari masa yang dijanjikan. Amirah memandang dirinya yang dibaluti dress labuh warna unggu dan shawl 2 tone juga bewarna unggu dan hitam.

Amirah mula meniti tangga. Mahu menukar pakaian tetapi deringan handphone mematikan niatnya. Tanpa melihat nama pemanggil, Amirah mengangkat panggilan.

“Hello...” jawab Amirah lemah.

“Sayang, kenapa ni?” Amirah menegakkan badan.

“Sampai hati abang...”

“Eh, kenapa ni? Abang buat apa?” Amirah hanya diam.

“Sayang.... marah sebab abang lambat ya? I am sorry. Kerja abang belum siap lagi tadi, sekarang baru siap. Sayang dah siap kan? Abang dah ada kat luar ni. Sayang turun ya?” Amirah tidak menjawab tetapi dimatikan talian.

Amirah menapak ke arah pintu selepas mengambil beg tangan. Pintu dikunci siap-siap dan melangkah lemah ke arah suaminya yang bersandar di pintu kereta. Dikerling sekilas ke arah Aariz, handsome suaminya. Berpakaian tuxedo lengkap.

Disambur hambar tangan Aariz dan mencium sekilas. Aariz mengenggam erat tangan isterinya apabila Amirah menarik tangannya. Direnung Amirah yang hanya menunduk.

“Sayang....” diangkat dagu Amirah dengan jarinya. Walaupun muka Amirah sudah betul mengadapnya tetapi isterinya melarikan mata ke arah lain.

“Sayang, please don’t be like this. Abang tahu abang salah. I am sorry, babe….” Mohon Aariz tetapi tidak diendahkan Amirah. Amirah menarik tangannya dan terus masuk ke dalam kereta. Aariz mengeluh dan perlahan-lahan menapak ke tempat pemandu.

Dalam kereta, suasana hanya sunyi. Apabila dibuka radio, isterinya menutup. Sedari tadi Amirah memandang ke arah luar tingkap. Dibiarkan dia kesunyian memandu. Aariz memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia tidak betah macam ni.

“Amirah Humaira, isteri abang. Abang betul-betul minta maaf. Please, jangan buat abang macam ni. Abang pun tak sangka sampai lewat macam ni abang siapkan kerja abang.” Pujuk Aariz. Digenggam tangan isterinya dan menciumnya walaupun berkali-kali Amirah cuba menarik.

“Tapi abang boleh call kan? Boleh aje hantar pesanan. Sayang call pun abang off handphone.” Bersuara juga Amirah setelah mendiamkan diri.

“Abang salah. Abang lupa charge handphone abang. Memang salah abang, abang buat sayang tertunggu-tunggu.”

“Bukan tu yang sayang marah!” Amirah bersuara geram. Dipandang suaminya tajam.

“Abang buat sayang risau tahu tak? Abang berubah sejak akhir-akhir ni. Tadi pun, abang cakap abang lupa nak charge handphone. Selama ni walaupun abang tak charge handphone abang, abang tetap call sayang guna telefon pejabat. Abang berubah…”

“Nak tahu kenapa abang berubah sejak akhir-akhir ni?” Aariz mencelah. Apabila Amirah memandangnya,dia senyum dan mengedipkan mata sekali.

Aariz memulakan penjalanan semula. Dibiarkan isterinya tertanya-tanya. Tak apa, Amirah akan tahu juga apabila sampai. Keretanya terus melalui lebuh raya. Hampir 25 minit memandu, akhirnya sampai juga di tempat destinasi.

Aariz keluar dari perut kereta dan dibuka pintu untuk isteri tercinta. Mereka berjalan beriringan dengan Amirah memaut lengan Aariz.

“Buat apa kat sini?”

“Dinner.” Jawab Aariz pendek. Amirah terpegun. Dinner tepi pantai?

Sepanjang perjalanan ke tepi pantai, terdapat lilin di dalam bekas kecil menjadikan jalan menuju ke arah meja yang sudah tersedia. Meja itu pula berada di tengah-tengah kelopok bunga ros yang dijadikan bentuk hati diselangi lilin. Bukan deruan ombak sahaja yang menemani mereka, malah musik intrumental yang romantik juga turut kedengaran menjadikan suasana makan malam itu benar-benar romantis.

“Abang...” seru Amirah apabila tiba-tiba Aariz menghulurkan sekuntum bunga mawar merah.

“Happy 4th anniversary, sayang.” Amirah tersenyum manis dan mengambil bunga itu. Aariz menarik kerusi dan mempersilakan isterinya duduk.

“Terima kasih.” Ucap Amirah seraya duduk dan Aariz juga mengambil tempat di depannya.

“Sayang....sebenarnya, abang lewat tadi sebab sediakan semua ni. Dan abang balik lambat malam tu dan pergi kerja awal pagi sebab abang nak selesaikan semua kerja sebelum.....”

“Sebelum apa?” Aariz menghulurkan sampul surat kepada Amirah dan Amirah mengangkat kening sebelum membukanya.

“Tiket?”

“Ya. Tiket honeymoon kita ke Bali. Hadiah abang untuk sayang.” Aariz memegang erat tangan Amirah dan dikucupnya.

“Abang kena selesaikan semua kerja abang sebelum cuti selama seminggu.”

“Abang, sayang minta maaf. Sayang betul-betul lupa anniversary kita ni. Sayang risau sangat sebab abang berubah akhir-akhir ni sampai lupa.” Amirah memandang Aariz dengan mata berkaca. Berasa bersalah dengan sikap alpanya sedangkan suaminya bertungkus lumus siapkan kerja semata-mata hadiah untuk anniversary mereka.

“It’s okey, sayang. Abang juga salah sebab buat sayang risau.” Ujar Aariz sambil mengelap air mata Amirah.

“Sayang tak ada hadiah nak bagi abang....” ujar Amirah perlahan sambil menunduk.

“Sayang tak bagi hadiah pun tak apa. Janji sayang kena teman abang sepanjang malam ni.” Amirah mengangguk tetapi kemudian dia memegang lengan Aariz.

“Kenapa sayang?”

“Ah, sayang baru ingat. Sayang ada hadiah untuk abang!” ucap Amirah girang.

“Ya, apa dia?”

“Abang teka lah.”

“Jam tangan?” Amirah menggeleng.

“Kasut?”

“Salah!”

“Bagilah hints.”

“Emmm…. Okey, sayang bagi. Hints yang pertama 4 minggu. Hints yang kedua, Hazman dan Hazwan.” Aariz mengerutkan dahi.

“4 minggu… dan Hazman dengan Hazwan?” kepala yang tak gatal digaru. Apa dia yang cuba diberitahu isterinya itu?

“Haah. Cepatlah teka bang.” Gesa Amirah.

“Ha! Abang tahu. 4 minggu lagi Hazman dengan Hazman nak masuk 3 tahun. Kan?” Amirah buat muka cemberut.

“Abang ni.... kan Hazman dengan Hazwan dah masuk 3 tahun 4 bulan.”

“Eh? Dah lebih 3 tahun ya? Hihi. Lupa pulak abang.”

“Sayang bagi satu aje lagi hints. Hadiah sayang ni ada kaitan dengan Aisya Humaira.” Aariz terbangun dari duduknya apabila mendengar nama yang baru keluar dari mulut Amirah. Terus Amirah dihampiri apabila Amirah turut bangun. Kedua-dua belah bahu Amirah dipegang.

“Sayang....pregnant?” bisik Aariz. Amirah merenung Aariz dan mengangguk.

“Ya,bang.”

“Betul?”

“Betul!”

“Yahoo!!” Aariz bersorak riang. Amirah pula hanya ketawa apabali Aariz melompat.

“Sayang... terima kasih! I love you.” Ucap Aariz setelah menarik Amirah ke dalam pelukan.

“Aisya Humaira…” seru Aariz sambil menyentuh perut yang bakal memboyot.

“Abang ni…. Tak tahu lagi sama ada perempuan ke lelaki.”

“Abang harap perempuan.” Amirah hanya diam dan membiarkan Aariz memeluknya semula.

“Abang.... tentu Hazman dengan Hazwan suka kalau tahu ni. Kan best kalau anak-anak ada sekali dinner kita ni.” Aariz melepas pelukan dan memandang Amirah.

“Alah, nanti esok kita cakap lah?”

“Esok? Lah, kan boleh aje cakap lepas kita balik ni.” Balas Amirah hairan. Aariz mendekatkan bibirnya ke telinga Amirah.

“Kita ambil diorang esok. Malam ni hanya abang....dan sayang.” Amirah membulatkan matanya lalu ditampar lengan Aariz.

“Abang ni.....”

“Yalah, yalah... abang gurau aje.Along! Angah!” Amirah terkejut melihat anak-anaknya berlari mendapatkan mereka selepas suaminya menjerit memanggil. Muka Aariz dipandang.

“Abang suruh Aina bawa diorang ke sini. Abang tahu sayang nak celebrate anniversary kita sekali dengan anak-anak kan?” Amirah mencium pipinya.

“Terima kasih abang.” Ujar Amirah kemudian memeluk kedua-dua anak lelakinya.

“Tapi….. nanti kat Bali kita tak bawak anak-anak tau!”

“Ala….”

Makan malam yang sepatutnya berdua kini sudah menjadi berempat. Suasana yang romantis ditemani musik instrumental juga sudah berubah riuh dengan suara anak-anak. Kelopak bunga ros merah yang berbentuk hati tadi sudah bertaburan dikacau oleh Hazman dan Hazwan.

Tetapi semua itu tidak menjadi masalah malah membuatkan Amirah dan Aariz turut gembira dan terciut dengan telatah anak-anak. Tadi Aariz yang lengkap berpakaian tuxedo mula meleraikan coat tuxedo dari badan dan lengan baju pula sudah disingsing ke atas. Mereka berempat berkaki ayam sambil bermain kejar-mengejar dan membina istana pasir walaupun di malam hari.

Apabila hari sudah larut malam, kelihatan dua anak kecil yang masih membina istana pasir. Tidak jauh dari situ, berdiri satu pasangan sambil si jejaka memeluk kekasih hatinya dari belakang. Dan perempuan itu membalas pelukan dengan memegang tangan lelaki yang sudah 4 tahun menjadi suami kepadanya dan daddy kepada anak-anaknya.

“Sayang nampak cantik malam ni.”

“Abang pun nampak handsome.”

“ I love you, sayang....”

“Love you too, abang....”

“But I love you more.”


TERIMA KASIH SUDI BACA

Much Love,
AinaaAzlan

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 ♥



Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat-sahabat semua !!
Ops, xleh taip panjang-panjang.
Ada banyak lagi kerja yang nak di settle kan.

Ini adalah kali pertama Luahan Isi Hati beraya dengan kita.
Sebelum tu saya nak berterima kasih banyak-banyak
kepada pembaca yang sudi membaca karya saya dan 
men'komen'.

Akhir sekali, saya nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf zahir dan batin.

Semoga raya tahun ni lebih meriah.
dan jangan main mercun!!
Hehe.
: D

Thursday, August 9, 2012

Cerpen : Dialah Aaron Aziz Aku

DA triple !! 55 pages for DA triple. Jadi DA triple lebih panjang daripada IRE. Sorry sebab mengambil masa yang lama utk siapkan DA triple ni. Cerita ni biasa-biasa je berbanding IRE. Mungkin membosankan kut? Jalan cerita pun agak berterabur. Maaf ya kalau ada tersilap ejaan atau tersilap tulis. Saya tak sempat nak semak semula, raya dah dekat kan. Jadi memang busy lah. DA triple ni bersempena hari raya aidilfitri serta birthday saya yang jatuh pada 1 syawal. hihi tak nak bagi hadiah plus duit raya ke? Ops, gurau je. Hee~ ; D

................................

cover by Fatiah Yadz. *thanks to Fatiah : )



2012 (SEKARANG)

Bismillah…Hidup ini penuh dengan suka duka. Mula-mula bersama keluarga, lepas tu dengan kawan, lepas tu dengan teman istimewa, lepas tu dengan tunang dan hinggalah ke destinasi seterusnya. Alam rumah tangga. Ya, betul tu. Begitu juga Amirah.

Rasa baru je semalam mama menghantar Amirah pergi tadika. Dan rasa baru je tadi papa ajar Amirah naik basikal bersama roda tambahan. Namun semuanya sudah bertahun-tahun berlalu. Sekarang Amirah sudah berumur 28 tahun.

Amirah seorang pengajar di sebuah University of Nottingham Malaysia, seorang anak bongsu kepada pasangan Encik Faidil dan Puan Umirah, seorang adik bongsu kepada 3 orang abang. Amir, Amirul dan Amin. Dan juga seorang… Isteri dan ibu.

Amirah yang sedang memandang taman landskap hasil seni suaminya sendiri tersenyum. Tersenyum apabila mengingati suami tercinta dan anak-anak tersayang. Dari tersenyum, meletus ketawa kecil. Lucu apabila mengenangkan usaha dia memikat suaminya ketika dahulu.

“Sayang ketawakan apa tu? Hmm..” saat itu juga dia merasa tangan sasa milik suaminya melingkar dipinggangnya. Dagunya diletakkan di atas bahu kanan Amirah.

“Teringatkan jejaka yang sayang ‘usha’ dulu....”balas Amirah bersembunyi.

“Hah? Sayang…sayang cakap betul-betul.” Tubuh Amirah dipalingkan mengadap tubuhnya.

“Betul lah ni!” bersungguh-sungguh Amirah mengiakan. Amirah senyum sembunyi. Lucu melihat muka suaminya yang sudah masam mengalahkan asam jawa.

“Siapa lelaki tu?” tidak dapat tahan lagi Amirah terus melepaskan ketawa apabila mendengar suaminya bertanya dengan nada cemburu. Amirah meletakkan jari telunjuknya dibibir dan membuat seolah-olah sedang membayangkan imej seseorang.

“Emm…Dia handsome, tinggi, badan pun tough, kulit kuning langsat, seorang arkitek dan….” Dijeling sekilas ke arah suaminya yang sudah mengerutkan dahi.

“Dan dia suka pakai cap!” dilihat suaminya sudah tersenyum nakal. Cepat betul moodnya berubah.

“Aik? Macam kenal je?” Amirah ketawa lagi dan memandang semula ke arah taman landskap. Sekali lagi pinggang Amirah dirangkul. Amirah tersenyum dan terus senyum. Kelakuan si suami hanya dibiarkan kerana saat ini, dia ingin mengulas semula kenangan lama…

…………………………..

2009  ( IMBAS KEMBALI )

Aira !! ” Aira yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek  terkejut dengan suara yang menjerit betul betul di tepi telinganya .

“ Aduh! Sakitnya.” Aira menggosok pinggang belakangnya .

“Haa! Padam muka kau! Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengih– sengih depan laptop kau ni ya? Siap meniarap pulak tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara. Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.” bebel Amirah sambil mencekak pinggang .

“Kalau ya pun kau nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut tangan Aira. Marah pun marah jugak, tapi tak kan dia nak biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni, Badrul datang serang Amirah. Kecoh dibuatnya.

“Kau yang menjerit mengalahkan bini tarzan ni kenapa?”

“Amboi, mulut! Aku cili kan! Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”

“Dia tu pun menyusahkan aku je nak memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak payah lah nak ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” ujar Amirah. Aira tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni. Mak nenek cun! Haha.

“Lorh, kenapa tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspres’.

“Eh, aku pulak!” Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit  Aira ke boleh lah Amirah pergi karate Si Badrul tu.

“Irah! Sini kejap.” Panggil Aira.

“Apa dia?”

“Marilah sini kejap.” Malas-malas Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.

“Apa dia? Korang kalau berborak pun tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar perbualan orang bakal jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi pun tak senang.” Ujar Amirah.

“Alah kau ni. Asyik dengan cerita jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate saya merangkap bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang dimaksudkan Aira. Dan…

Haa aaaa
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota
 Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota
 Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai

“ Irah, Irah! Amirah!!” jerit Aira kepada Amirah yang tercengang.

“Aaron Aziz.” Spontan nama artis yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah. Aira dan Badrul berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

“Aariz Azwan.”

Amirah menongkat kepala dengan tangan. Fikirannya jauh melayang, tapi jasatnya masih berada di café tersebut. Sekejap-sekejap dia tersenyum, kemudian menggigit bibir dan sekejap-sekejap mata dijulingkan ke atas.

“Hoi!!” sergah Aira. Hampir sahaja muka Amirah menghempap meja café. Aira yang membuat muka tak bersalah dijeling.

“Kau ni…Nasib baik muka aku tak jatuh kena meja ni. Kalau kena kan tak pasal-pasal benjol pulak dahi aku.”

“Kau tu hah jauh termenung. Aku dah duduk depan kau pun kau tak perasan. Dah sampai mana dah? Shah Alam?” sekali lagi Amirah menjeling.

“Dalam banyak-banyak tempat yang ada kat dalam dunia ni, kat situ juga lah kau sebut ya.”Aira ketawa. Memang dia sengaja menyebut Shah Alam.

“Ala…Abang ‘Aaron Aziz’ kau kan tinggal kat situ. Manalah tahu kau dah sampai dah kat sana.”

“Banyaklah kau.”

“Tapi kan…Kenapa muka dia mirip dengan Aaron Aziz ya? Artis-artis Malaysia semuanya aku tak minat kecuali Aaron Aziz. Yang aku minatnya artis-artis Jepun. Tapi kenapa muka dia mesti mirip dengan satu-satunya pelakon Malaysia yang aku minat ni?”beritahu Amirah.

“ ‘Dia’ tu siapa?” usik Aira.

“Aariz Azwan lah.” Jawab Amirah geram.

“Jodoh kau dengan dia lah kut.”

“Macam kau cakap, kau lebih suka artis Jepun berbanding artis Malaysia. Dan hanya Aaron Aziz artis Malaysia yang kau suka. Mungkin Allah titipkan jodoh kau dengan orang yang mukanya mirip Aaron Aziz. And of course bukan yang mirip artis Jepun. Kalau tidak memang aku gelakkan kau tujuh keturunan lah.Hihi.” ejek Aira.

“Kenapa pulak?” tanya Amirah tidak puas hati.

“Yalah, orang Jepun bukan handsome pun. Sekali tengok, lelaki dengan perempuan muka sama saja. Dah lah bahasa dia bunyi macam kasar sikit.” Amirah yang mendengar ejekan dari mulut Aira mengetap bibir.

“Amboi, sedapnya kau mengata negara yang aku kagum ya! Eh, negara dia lebih maju dari negara kita tau. Tu, kereta Honda City yang kau pakai tu, buatan Jepun tau! Dulu kau pakai kereta Pesona kau merungut. Bunyi sanalah, bunyi sinilah. Kena servis sanalah, servis sinilah. Sejak kau pakai Honda City tak ada lah pulak aku dengar kau merungut. Malah, jadi kereta kesayangan kau adalah.”

“Aku bukan tak kagum negara dimana tempat aku dilahirkan ni. Malah aku bersyukur menjadi rakyat sini. Tak ada perang-perangan, aman je negara Malaysia ni. Yang aku kagum dengan negara Jepun sebab teknologi dia, artis-artis kat sana, cerita-cerita yang dia buat, peraturan negara dia dan masyarakat dia.” Terang Amirah panjang lebar.

“Yalah, yalah.” Dengan malas Aira balas. Tidak terkata dengan ‘hujah’ Amirah tadi.

“Eh, esok kita pergi rumah Badrul tau. Ada buat makan sikit kat rumah dia.” Ajak Aira.

“Buat makan? Kenapa? Sempena kau dengan Badrul nak menikah ke?” tanya Amirah.

“Ish! Bukan lah. Kan minggu lepas dah buat. Yang ni sempena menyambut kepulangan Aariz.” Terang Aira.

“Balik dari mana?”

“Kau ni…Kan Badrul dah bagitahu kau semalam. Aariz kan dulu belajar kat UK. Badrul cakap minggu depan dia dah start kerja. Jadi arkitek.”

“Ooo…”balas Amirah pendek sambil mengangguk kepala.

“Ingat tu. Esok jangan pulak tiba-tiba kau cakap ada hal kat uni.”

“Yalah..”

Malam ke esokkannya, Amirah mengenakan dress labuh muslimah bewarna peach dan shawl sedondon. LipIce dicalit dibibir selepas menyapu bedak SilkyGirl dimuka. Walaupun simple tetapi Amirah tetap kelihatan anggun malam itu.

“ Irah! Siap dah ke?” kedengaran suara Aira bertanya di sebalik pintu yang tertutup rapat.

“Siap dah..”balas Amirah sambil membuka pintu. Tak ketinggalan juga beg tangan berjenama Prada yang bewarna peach, hitam dan putih.

“Ya Allah, Amirah! Cantiknya kau..” Aira menghampiri Amirah. Sungguh dia terkejut melihat Amirah, sangat cantik!

Memang dia akui Amirah pandai mengikut fesyen terkini. Tak seperti dia. Amirah lah yang mengajar dia bergaya mengikut fesyen terkini. Kalau tidak tentu dia masih memakai tudung Ariani seperti mula-mula dia masuk uni.

“Cantiklah sangat. Kau pun apa kurang. Aku jamin kalau Badrul tengok kau mesti dia terpegun. Entah-entah malam ni jugak dia heret kau jumpa tok kadi.Haha.” gurau Amirah. Aira menampar lengan Amirah. Merah dibuatnya muka dia.

“Jomlah! Dah pukul 8 malam ni. Badrul pun dah sms dah ni, tanya bila nak datang.”ujar Aira.

“Jom!” mereka beriringan ke arah kereta Honda City milik Aira. Dalam perjalanan macam-macam cerita yang keluar. Sekejap Aira mengusik Amirah tentang Aariz. Sekejap Amirah pula mengusik Aira tentang Badrul.

Kereta diparking dihadapan rumah keluarga Badrul. Beberapa buah kereta juga ada disitu. Mungkin milik saudara-mara Badrul. Sambil keluar dari perut kereta, Aira menghantar pesanan ringkas kepada Badrul menyatakan mereka sudah sampai.

Amirah memandang rumah banglo dua tingkat itu yang terang-benderang. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa gemuruh. Padahal ini bukan kali pertama dia datang ke rumah keluarga Badrul.

“Aira, jom.” Amirah memandang Aira dan Badrul yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Dia tersengih malu sebelum berlari anak.

“Mama, Aira dengan Amirah dah sampai ni!” laung Badrul.

 Aira dan Amirah bersalaman dengan saudara-mara perempuan Badrul. Selepas itu muncul pula Puan Delia, mamanya Badrul bersama seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Puan Delia disebelahnya.Aira terlebih dahulu bersalam dengan mama Badrul. Amirah mencebik dalam diam.

Kutuk Amirah.

Amirah bersalam dengan Puan Delia dan diikuti wanita yang berada di sebelahnya. Tanpa diduga wanita itu memeluknya. Amirah terkejut. Begitu juga Aira yang melihatnya.

“Kamu Amirah ya? Siti Amirah Humaira?” tanya wanita itu.

“Err…Ya, saya.”

  Nama makcik Ramlah, mamanya Aariz. Panggil makcik mama je.”ujar Puan Ramlah. Amirah tercengang. Dia menjeling sekilas ke arah Badrul yang sedang membisikkan sesuatu kepada Aira sambil sesekali dua orang itu menjeling ke arahnya.
 
“ Ha, semua dah ada kan? Jom kita makan. Lepas tu nak menemu ramah pun boleh. Sekarang ni kita makan dulu.” Celah papa Badrul.

Amirah dan Puan Ramlah orang terakhir yang sampai ke meja makan. Semua orang sudah mengambil tempat. Puan Ramlah mengambil tempat disebelah lelaki yang sudah berusia, suaminya mungkin. Dan hanya satu tempat kosong…disebelah Aariz Azwan! Dalam terpaksa Amirah menarik juga kerusi disebelah Aariz. Muka Aariz langsung dia tidak pandang.

Suasana makan malam itu hanya diriuhkan dengan perbualan saudara-mara Badrul. Amirah dan Aira hanya bersuara apabila ditanya.

“Amirah. Tambah lah udang tu. Mama tengok tak ada lauk pun dalam pinggan Amirah tu.” Tegur Puan Ramlah.

“Eh, ada ni ma..”balas Amirah. Amirah berpaling ke kiri apabila tiba-tiba ada tangan yang meletak udang dalam pinggannya.

Aariz yang tersenyum itu dipandang. Dia membuat isyarat supaya Amirah makan. Amirah melarikan pandangan ke pinggannya. Segan direnung oleh Aariz.

‘Dalam rumah pun nak pakai cap..’ kutuk Amirah. Dari hari pertama dia berjumpa dengan Aariz lagi di atas kepalanya akan ada cap.

“Amboi, belum apa-apa dah tunjuk romantik ya abang long.” Usik perempuan yang manis bertudung. Semua yang ada kat situ ketawa dan mula lah usik-mengusik. Amirah hanya tersenyum malu.

“Kenapa duduk kat luar ni?” tanya Aariz kepada Amirah yang berada di taman bunga Puan Delia.

Amirah senyum sedikit. Selepas makan tadi mereka semua duduk berbual di ruang tamu. Amirah hanya diam dan senyum. Last-last dia meminta izin kepada Puan Delia untuk melihat taman bunga yang ditanam sendiri oleh Puan Delia.

“Saja. Nak tengok taman bunga Aunty Lia ni. Cantik belaka ya bunga-bunga yang ditanam Aunty Lia.” Puji Amirah. Dia tidak sedar bila Aariz mendekatinya. Dia menjarakkan sedikit ruang antara dia dengan Aariz.

“Suka saya tak?”

“Erk!” Amirah terasa seperti tertelan tulang ikan saja. Air liur ditelan.

“Suka saya tak?” ulang Aariz. Wajahnya hanya bersahaja.

‘Aduh! Apahal dia ni straight forward sangat ni ? Dah lah aku tak reti nak tipah tetipu orang ni.’

“Amirah Humaira. Awak suka saya tak?” tanya Aariz lagi. Kali ni mukanya serius.

“Err…su…suka…Suka lah jugak.” Lambat-lambat Amirah balas.

‘Panas! Panas ! Rasa muka aku dah terbakar ni!’

“Kalau awak suka saya, tackle saya.” Ujar Aariz. Amirah yang mendengar sudah terlopong.

“Tac…Tackle awak?”

“Ya, tackle saya. Tackle sampai awak berjaya curi hati saya.”

“Apa awak cakap ni? Jangan nak main-main ya..”

“Saya serius ni! Awak tackle saya sampai awak berjaya curi hati saya. Lepas tu saya akan kejar awak. Bukan untuk ambik hati saya balik, tapi saya nak ambik hati awak pulak.” Terang Aariz. Amirah tercengang.

Peningnya!!” teriak Amirah.

“Irah! Kau kenapa?” Aira memandang pelik ke arah Amirah yang sedang memegang kepala. Tadi dia yang sedang menonton televisyen terus bergegas ke bilik Amirah apabila terdengar jeritan.

“Hah? Ah… Tak, tak ada apa.” Amirah tersengih. Aira menjongket bahu sebelum menutup semula pintu bilik Amirah.

Amirah melepaskan keluhan sebelum berbaring di atas katil. Kipas yang ligat berpusing dipandang. Namun, fikirannya berserabut.

“Tackle dia?” saat itu juga dia teringatkan mak ayahnya yang berada di Kota Bharu.

‘Mak dah bising-bising tanya calon dah ada ke tidak. Aku pulak dah berumur 24 tahun. Abang-abang aku semua dah kahwin. Tinggal aku sorang jelah yang belum kahwin.’ Gumam Amirah.

“Kalau aku tackle dia tak salahkan?”

“Em..Tackle…Ya, mesti! Tackle Aariz Azwan!” ujar Amirah penuh yakin sebelum berlari menuju ke tingkat bawah. Dia berdiri dihadapan Aira yang asyik menonton cerita My Girl.

“Kau ada nombor handphone Aariz tak?” terus diujar soalan sebelum sempat Aira bersuara.

“Hah?” Aira terpinga-pinga.

“Nombor handphone Aariz.”

“Tak ada. Kau nak…Eh, Amirah!” Tanpa menunggu Aira menyudahkan ayatnya, Amirah terus  berlari semula ke atas dan mengambil handphonenya yang berada di dalam bilik. Nombor seseorang dicari.

“Hello? Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Ha! Kenapa call? Tak pernah-pernah nak call aku tub-tub call pulak dia hari ni.” Ujar disebelah talian.

“Aku nak nombor handphone Aariz.” Amirah berterus-terang tanpa menjawab gurauan Badrul.

“Hah? Kau cakap apa dia tadi?”

“Aku nak nombor handphone Aariz.” Ujar Amirah semula.

“Hello, Hello? Amirah! Kau cakap kuat sikit. Tak dengarlah. Bising kat sini.” Beritahu Badrul. Amirah menjulingkan matanya ke atas. Walaupun dia tahu Badrul tidak berbohong. Dia yang disebelah talian ni pun boleh mendengar. Mungkin Badrul ada kat site kut.

“Aku. Nak. Nombor. Handphone. Aariz Azwan!!” sepatah-patah Amirah bersuara dengan sedikit menjerit.

“Lah! Cakaplah awal-awal. Okey-okey, nanti aku sms kau nombor dia.” Amirah mengeluh.

‘Aku dah cakap awal-awal lah Badrul!!’ jerit Amirah dalam hati. Talian diputuskan. Amirah berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Handphone ditangan dipegang kemas. Seketika kemudian handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

“ Malam nanti aku call.” Amirah tersenyum memandang nombor handphone yang terpapar di skrin handphonenya. Kalau orang lain ada ni, sah-sah Amirah dicop budak ‘kureng’.

Assalamualaikum. Siapa ya ni?” Amirah tersengih apabila terdengar suara disebelah talian.

“Ehem. Waalaikummussalam. Teka lah.”

“Siti Amirah Humaira ya?” Amirah ketawa senang.

“Pandainya dia.Hihi.”

“Haha. Comel lah suara awak dalam phone.”

“Ya ke? Habis tu kat luar tak comel lah?”

“Eh, comel! Amirah Humaira. Saya call awak kemudian ya.” Belum sempat Amirah bertanya talian sudah diputuskan. Amirah mengeluh kecewa. Namun kemudian handphonenya berbunyi. Terus butang hijau ditekan.

“Kenapa matikan talian tadi?” tanya Amirah.

“Saya takut top up awak habis. Jadi biar sayalah yang call.” Beritahu Aariz. Sekali lagi Amirah ketawa.

“Lah. Tak apalah. Top up saya banyak. Awak tu, tak takut top up habis ke?”

“Tak boleh jugak. Awak tu masih ‘budak sekolah’. Lain lah saya ni. Dah nak start kerja dah. Lagipun saya pakai bil.”

“Ouh, okey. Awak makan malam dah?”

“Dah. Humaira?”

“Humaira? Haha. Saya dah makan tadi dengan Aira.”

“Haah, Humaira. Nama awak jugak kan.”

“Memanglah nama saya. Tapi kenapa panggil Humaira? Tak pernah dipanggil dek orang lain. Panggil saya Amirah je. Nak kasi lebih pendek lagi Irah.” Beritahu Amirah.

“No. Humaira sound cute to me. Lagipun, Humaira cakap tak ada lagi kan orang panggil awak macam tu. So that’s mean only me can call you, Humaira.”

“Baik, tuan Aariz Azwan.Hihi.”

“Awak pun, panggil lah saya dengan nama special. Kata nak tackle?” serta merta muka Amirah merah.

“Err… Nak panggil apa?”

“Emm.. Kawan-kawan saya kat sini panggil saya Aariz. Kat UK pulak diorang panggil Azwan. Sebab kat sana dah ada kawan saya yang namanya Aariz. Aariz Danial. Jadi, awak kena panggil saya abang lah. Belum pernah lagi orang panggil saya abang.”

“Hari tu saya dengar saudara Badrul panggil awak abang.”

“Oh. Masa makan malam kat rumah Aunty Lia ya? Budak tu adik saya, Aina namanya. Cik Amirah Humairah. Dia panggil saya abang long. Kan lain tu bunyinya. Abang dengan abang long. Kadang-kadang terkeluar along saja. Call me abang ya?” beritahu Aariz.

“Call me abang,okey? Lagipun saya sama tua dengan Badrul. Lebih tua daripada awak dengan Aira.”

“Tapi saya tak panggil pun Badrul tu abang. Aira pun panggil Bad je.” Terdengar keluhan dari Aariz.

“Please…Call me abang.”ujar Aariz sedikit merayu. Amirah mengigit bibir.

‘ Nak panggil dia abang ke tak? Abang atau Aariz ? Abang atau Aariz.’ Amirah berkira-kira. Seketika kemudian dia teringatkan tentang tackle Aariz tu.

“ Abang. Okey, abang. Saya panggil Aariz, abang ya..” Amirah terdengar Aariz ketawa di hujung talian.

“Sejuk hati saya dengar awak panggil macam tu. Nasib baik tak jatuh jantung saya.”

“Kalau jatuh saya sambut.” Amirah menjauhkan sedikit handphone dari telinga. Suara Aariz yang ketawa kuat membuatkan telinganya terasa nyaring.

“Ketawa pulak dia. Saya cakap betul-betul ni! Kalau jatuh saya sambut.”

“Haha. Luculah Humaira ni.”

“Emm…Abang, saya nak tidur dah ni. Dah pukul 10 malam. Kita berbual-bual esok-esok lah pulak ya?” Amirah menutup mulut menahan kuap.

“La..Mengaju ke? Okey, abang tak ketawa dah ni.”

“Bukan lah. Saya betul-betul mengantuk ni.”

“Ya ke? Baru pukul 10 malam ni.”

“Saya kadang-kadang tidur awal, kadang-ladang tidur lewat. Okey lah, ngantuk sangat dah ni.”

“Emm…tak apalah. Esok abang call.” Kedengaran suara Aariz sedikit kecewa.

“Good night. Sweet dream, dear.” Ujar Aariz.

“Hmm…Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Amirah meletakkan handphonenya di atas meja. Suhu air cond dinaikkan sedikit sebelum mula mula merebahkan badan di atas katil.

Dia tersenyum mengingati perbualannya dengan Aariz tadi. Amirah menahan kuap. Seketika kemudian dia terlelap, tidur dalam senyuman. Pasti tidurnya malam ni lebih lena.

Apa kejadah kau ajak aku masuk tempat pakaian lelaki ni?” tanya Aira pelik.

Selepas makan tengah hari tadi, Amirah mengajaknya ke  Pavilion. Dia hanya mengikut, lagipun sambil-sambil tu bolehlah dia singgah ke kedai buku. Tengok-tengok novel. Sekarang, Amirah mengheretnya ke tempat pakaian lelaki pula.

“Nak beli bajulah. Tak kan nak basuh kereta kau pulak kat sini.” Aira menjulingkan matanya ke atas apabila Amirah berloyar buruk dengannya.

“Ya lah nak beli baju. Tapi untuk siapa? Abang-abang kau? Hai, bini abang-abang kau kan ada. Sejak bila pulak kau baik hati sangat ni? Biasanya kedekut bukan main.”

“Hei! Aku bukan kedekut tapi berjimat-cermat tahu tak? Lagipun aku beli untuk abang aku buat apa? Time hari jadi atau anniversary abang-abang aku baru aku bagi hadiah. Tak ada maknanya nak bagi saja-saja. Perabis pulus aja.”

“Habis tu nak beli kat abah kau? Tempat kita masuk ni bahagian kemeja. Tak silap aku, sejak abah kau pencen guru ni dah tak pakai baju kemeja.”

“Memanglah abah aku tak pakai dah baju kemeja. Tapi ni aku bukan nak beli kat abang-abang, abah atau sepupu-sepapat aku. Tapi untuk Aariz.” Beritahu Amirah akhirnya.

“Hah! Aariz? Kau biar betul Irah?!” tanya Aira sedikit menjerit.

“Syhh. Slow lah sikit, dengar kat orang lah.” Amirah menyiku lengan Aira sambil tersengih malu ke arah pelanggan dan juga pekerja di situ.

“Eh, kau kena explain kat aku ni. Macam mana..”

“Ya, ya. Nanti kat rumah aku bagitahu kau. Sekarang ni, kita pilih dulu baju kemeja yang sesuai dengan ‘kembar’ Aaron Aziz tu.” Pintas Amirah.

Jadi dia suruh kau tackle dia, macam tu?” Amirah mengangguk menjawab pertanyaan Aira.

“ Gila! Nampak gentleman si Aariz tu tapi tak rupanya !!” Aira menggeleng kepala beberapa kali.

“Siti Amirah Humaira. Kau ni dah diibaratkan perigi mencari timba tahu tak? Sepatutnya Aariz lah yang tackle kau. Kalau setakat tanya kau suka dia tak, okeylah lagi. Straight forward, lagi gentleman. Tapi ni siap suruh kau tackle dia lagi, kerja gila namanya tu!” bidas Aira.

“ Dah dia cakap kalau aku suka dia, tackle dia sampai dia jatuh hati kat aku. Jadi ni lah yang aku tengah usahakan.” Balas Amirah tak mahu mengalah.

“Irah,Irah…Hantu mana lah yang merasuk kau ni.” Keluh Aira sambil menggeleng. Amirah hanya membuat muka selamba.

Aira memandang Amirah yang sedang membalut kotak yang diisi sehelai baju kemeja bewarna purple dan tali leher bewarna putih. Siap letak dengan kad pink pulak tu! Ada wangi-wagian lagi. Macam kad nikah pun ada jugak.

“Kau rasa dia suka tak baju kemeja yang aku beli ni?” tanya Amirah.

“Entah.” Balas Aira pendek.

“Kau ni..macam tak suka je aku dengan dia. Ke kau suka dia?” duga Amirah. Aira  mencubit pinggang Amirah membuatkan dia terjerit.

“Apa kau ni? Sakit tau!” Amirah menggosok pinggangnya yang terasa pedih.

“Mulut kau tu celupar sangat kenapa? Boleh pulak kau cakap aku suka mamat tu.Hei! Tak ingin aku! Aku dah ada Badrul, buat apa aku cari yang lain. Cari penyakit namanya tu. Badrul lagi handsomelah daripada kembar Aaron Aziz kau tu!” bidas Aira lalu melarikan diri. Tahu dirinya akan dikerjakan Amirah, jadi sebelum apa-apa baik buka langkah seribu!

“Aira!! Mari sini kau!” Amirah bangun dan mengejar Aira. Tak lari mana pun sebenarnya, hanya mengilingi set sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu.

“Stop-stop!!” Aira mengangkat tangan tanda mengalah dan merebahkan diri di atas sofa. Begitu juga Amirah.

“Kau ni punya pasal. Tak pasal-pasal ‘tawaf’ sofa pulak kita malam ni. Badan aku ni pun dah berpeluh.” Ujar Amirah tercungap-cungap mencari oksigen.

“Ala..Sekali-sekala, apa salahnya? Kira jogging lah ni. Pagi esok dah tak payah nak jogging. Boleh bangun lewat sikit.”

“Banyaklah kau. Ingat bersenam ni buat sekali saja ke, lepas tu tak payah buat? Huh! Tahu sangat perangai kau, malas bangun pagi time weekend. Sebab tulah semakin ‘tembam’.” Gurau Amirah. Aira yang mendengar terus bangun. Cermin besar yang ada kat ruang tamu itu dipandang sambil menilik dirinya.

“Weh, betul ke aku semakin tembam ni? Aduh! Kenapa aku tak perasan ni?” Amirah menutup mulut, menahan ketawa.

“Ha’ah, semakin tembam aku tengok kau sekarang. Kau jangan Aira, nanti kesian Badrul. Macam mana dia nak ‘angkut’ kau kalau kau berat? Kan terbalik pulak, kau pulak yang ‘angkut’ Badrul. Haha” melihat Amirah yang sudah ketawa terbahak-bahak membuat Aira sedar yang dirinya dipermainkan.

“Kau tipu aku kan, Irah?” Aira mencapai bantal kecil dan dilemparkan ke arah Amirah.

‘Yes! Tepat-tepat landing atas muka kau Amirah. Nasib lah.’ Sorak Aira dalam hati apabila bantal kecil yang dilempar betul-betul mengena muka Amirah.

Ketawa Amirah serta-merta berhenti. Aira yang sedang tersengih sambil melangkah beberapa tapak kebelakang diberi sebuah jelingan tajam. Dia bangun dan apabila setapak Aira mengundur diri, setapak jugaklah dia mara ke hadapan.

“Hehe. Peace.” Ujar Aira sambil membuat gaya kedamaian sebelum berlari ke kamar tidurnya yang berada di tingkat atas.

“Nur Aira Mohd Nordin!!” jerit Amirah bergema di rumah teres 2 tingkat itu. Manakala Aira yang berada di dalam kamar tidur sudah terguling-guling di atas katil sambil ketawa tak henti. Sampai meleleh air mata dibuatnya.

“Nasib kau lah, Amirah Humaira.”

Humaira buat apa kat sini?” tanya Aariz.Sungguh dia terkejut melihat Amirah yang tercongok dihadapannya sambil bibir tak lekang dengan sebuah senyuman.

Amirah hanya mengangkat kening. Dia menutup pintu dan berjalan ke arah Aariz yang masih terkejut akan kehadirannya di pejabat Aariz. Pagi tadi dia call Aariz tapi tak diangkat jadi dia call Badrul. Badrul cakap Aariz ada kat pejabat.

Mula-mula dia pelik jugak lah Aariz ada kat  pejabat tapi setelah Badrul menyatakan yang Aariz ada kerja yang masih belum diselesaikan dipejabat, terus dia membuang perasaan itu. Amirah meminta alamat tempat Aariz dan membuat keputusan untuk surprise kan Aariz.

“Rajinnya abang. Hujung minggu macam ni pun sanggup pergi pejabat. Boleh saya duduk?”

“Err…duduk lah.” Balas Aariz tergagap-gagap.

“Abang terkejut eh sampai tergagap-gagap dibuatnya? Hihi.” teka Amirah sambil duduk di hadapan Aariz. Beg kertas sederahana besar diletakkan di atas meja yang memisahkan dia dan Aariz.

“Saya nak bagi sesuatu kat abang. Nah, ambik lah. Special for my Aaron Aziz.” Amirah ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Aariz tersenyum kelat. Sesekali matanya melirik ke arah pintu yang tertutup rapat.

“Senyap je abang dari tadi..Tak suka ya saya datang sini?” Amirah sedikit terasa hati dengan Aariz yang diam bagai tak suka akan kehadirannya.Belum sempat Aariz membalas, pintu dibuka dari arah luar.

“Sayang…kenapa you lambat sangat? Kata sekejap je. Lama tau I tunggu you dalam kereta.”

Amirah terbangun dengan kehadiran perempuan cantik yang berpakaian agak seksi. Persis seorang model, dengan bentuk tubuh badan yang cantik, rambut panjang yang berikal keperangan dan berpakain dress sikat paras paha dan terdedah di bahagian bahu.

Tapi bukan itu yang membuatkan Amirah terbangun. Tetapi kerana panggilan ‘sayang’ kepada Aariz.

“Bella, kan I suruh you tunggu dalam kereta.” Ujar Aariz. Bella berjalan mendekati Aariz. Badannya dilentokkan dan digeselkan pada tubuh Aariz. Tidak berkelip mata Amirah melihatnya.

“You lambat sangat, jadi I naik lah.” Balas Bella.Kemudian dia memandang Amirah.

“Ni siapa you?”tanya Bella. Aariz menarik nafas panjang. Lidahnya kelu untuk bertutur.

“Bella, ni Amirah Humaira, kawan tunangnya Badrul. Dan Humaira, ni Bella…” Aariz tidak meneruskan ayatnya. Amirah menghulurkan tangan dan Bella menyambut. Amirah tersenyum kelat, Aariz tak kenalkan dia sebagai kawan dia tapi sebagai kawan Aira.

“Hai, I Bella, tunang Aariz.” Amirah terasa hatinya dihiris-hiris dengan pisau tajam. Dia cuba mengawal riak mukanya.

“Oh, nice to meet you. Bertuah Aariz dapat tunang macam awak, cantik!”

“Haha.Thanks. I kerja sebagai model. You?”

“Belajar lagi.”

“Sama umur dengan Aira lah ni?” Amirah mengangguk.

“Awak pernah jumpa dengan Aira?”

“Tak. Aariz yang cakap tunangnya Badrul nama Aira.” Beritahu Bella.

“Oh..”

“Tak apalah. Saya mintak diri dulu ya.” Amirah mencapai tas tangannya dan bersalam semula dengan Bella.

“Bye.” Ujar Bella sambil melambai ke arahnya. Amirah membalas. Sempat juga dia melihat Bella cuba mencium pipi Aariz semasa dia hendak menutup pintu. Terus dia berlari ke arah lif dan keluar dari bangunan itu. Air mata laju merembas keluar.

Eh, kenapa ni Irah?” tanya Aira.

Dia yang tengah syok-syok makan mee goreng yang dimasak oleh Amirah pagi tadi sambil menonton Princess Hour terkejut apabila pintu rumah dibuka dari arah luar dengan mengejut. Lebih mengejukkannya apabila melihat Amirah yang lecun dengan air mata.

“Ira…” Amirah menerpa ke arah Aira dan memeluk sahabatnya. Dia menangis di bahu Aira. Aira menggosok belakang Amirah, berharap dapat menenagkan Amirah. Setelah tangisan Amirah reda dia menarik Amirah duduk.

“Cuba kau cakap kat aku Irah, kenapa kau menangis ni?”

“Aa..Aariz, Irah. Aariz…” Aira mengerutkan dahi.

“ Kenapa dengan Aariz?” Amirah memejamkan mata. Dia menceritakan apa yang berlaku di tempat kerja Aariz tadi. Aira setia mendengar. Sesekali dia menggeleng kepala dan sesekali dia medengus kasar.

“Kurang ajar punya Aariz!! Patutlah aku rasa pelik je dengan Aariz ni. Ada agenda rupanya! Huh! Siaplah kau Aariz! Ada hati nak permainkan BFF aku ya? Siap kau!” marah Aira lalu bingkas bangun. Tudung Ariani yang ada di atas sofa dipakai dan dicapai kunci keretanya.

“Eh, kau nak pergi mana Ira?” Amirah berdiri apabila melihat Aira menuju ke pintu rumah yang terbuka luas dari tadi.

“Aku nak pergi baling mamat playboy tu dalam lombong!!” Amirah menarik Aira yang sudah membuka pintu keretanya. Pintu kereta ditutup dan menarik Aira masuk ke dalam rumah semula.

“Kau ni…kuat ke nak angkut dan baling dia tu?” balas Amirah bergurau. Pintu rumah ditutup.

“ Kuat ke tak kuat, aku tak kira. Pandai sangat nak permainkan kau siapa suruh. Huh! Suruh kau tackle dia konon, puih!” Amirah tergelak melihat Aira membuat gaya meludah.

“Ketawa pulak kau.” Aira menjeling dan melabuhkan punggung di atas sofa.

“Kau tu lah..Lucu.” Amirah tersenyum.

“Terima kasih, Aira.”

“Untuk?”

“Sebab kau, aku boleh tersenyum lagi ni.”Aira tersenyum dan terus memeluk Amirah.

“Kau kan kawan baik aku.” Ujar Aira.

“Kawan baik..” balas Amirah sambil ketawa kecil.

Bard, dengar tak apa yang Ira cakap ni?” Aira bersuara geram apabila tunangnya mendiamkan diri.

“Dengar, sayang…” balas Badrul dicelah dengan gurauan. Aira menarik muncung.

“Bard kasilah ‘flying kick’ kat Aariz Azwan tu. Ajar sikit lelaki macam tu.” Suruh Aira. Badrul melepaskan keluhan.

“Tak baik macam tu. Lagipun, kalau setakat flying kick si Aariz tu, buat apa? Baik Bard kasi ‘flying kiss’ kat tunang Bard yang comel ni.” Ditekan sedikit perkataan ‘flying kiss’ itu. Cepat-cepat Badrul mengelak apabila tangan Aira mula bergerak nak cubit lengannya.

“Orang cakap betul-betul ni, dia main-main pulak.”

“Eh, Bard tak main lah. Kan Bard tengah bercakap dengan Ira ni.” Badrul tersengih, suka melihat wajah Aira apabila dia ‘membuli’.

Aira menjegilkan matanya sebelum mencapai tas tangannnya. Baru sahaja dia berkira-kira mahu beredar, Badrul terlebih dahulu meraih lengannya yang dibaluti dengan blaus lengan panjang.

“Ira….Jangan macam ni. Bard gurau je. Okey, my bad. I’m sorry ya, sayang?” pujuk Badrul. Aira senyum sembunyi.

‘Tahu takut! Tu aku baru acah aja tu.’ Gumam Aira dalam hati. Aira duduk semula, begitu juga Badrul.

“Macam mana?” kening Badrul terangkat dengan pertanyaan Aira. Aira yang faham Badrul tidak dapat menangkap maksudnya mengherotkan sedikit bibirnya.

“Tak kan nak biarkan sepupu awak tu? Kalau Bard tak nak buat apa-apa, biar Ira saja lah yang pergi kasi tumbukan percuma kat batang hidung si kembar Aaron Aziz tu.” Badrul ketawa, lucu mendengar Aira menggelarkan Aariz Azwan kembarnya Aaron Aziz.

“Tak payah lah masuk urusan mereka.Baik kita bincang hal kita ni. Tempat honeymoon kita belum ditetapkan lagi ni. Bard dah tak sabar nak honeymoon..” dalih Badrul.

“Bard jangan nak mengada-ngada ya? Bab honeymoon kita tu lain cerita, sekarang ni cerita Aariz Azwan dengan Amirah Humaira.”

“InsyaAllah, kalau diorang ada jodoh, tak kemananya. Dan kalau tak ada pun, tentu Allah nak bagi yang lebih baik dekat Aariz dan Amirah. Jangan risau ya, sayang?”pujuk Badrul. Aira melepaskan keluhan sambil mengganguk perlahan-lahan.

“Eh, Badrul! Tak sangka pulak jumpa you kat sini.” Suara yang menyapa Badrul mengejutkan mereka. Terangkat sebelah kening Aira apabila perempuan di depan matanya yang berpakaian seksi menyapa Badrul.

“Ha’ah lah. Lama tak jumpa, hari tu keluarga I buat makan you tak datang.” Balas Badrul. Dia memandang ke arah Aira yang sedang memandangnya dengan pandangan ‘membunuh’.

“Sorry, I ada show time tu. Tak dapat dielakkan. Yang sebelah you ni, mesti Aira kan?” Badrul hanya mengangguk. Aira bersalam dengan Bella walaupun dia agak tak selesa dengan kehadirannya.

“I, Bella. Oh, ni kiranya you berdua tengah dating lah ni?” teka Bella.

“Ya, tengah dating lah ni.” Balas Badrul sambil ketawa. Aira menjeling sekilas.

‘Amboi! Suka betul dia.’ Kutuk Aira dalam hati, sesaat kemudian dia tersedar.

‘Eh! Dia cakap nama dia Bella tadi kan? Tak kan lah…’

“Badrul, Aira… I pulang dulu ya? I ada kerja yang perlu diselesaikan, malam ni ada show pulak.” Ujar Bella. Aira tersentak.

“Hah, okey lah. I pun nak ‘sambung’ dating I dengan Aira jugak ni.”gurau Badrul.Bella ketawa.

“Okey, I balik dulu. You sambunglah dating you tu.Bye..” Badrul mengangguk sambil mengangkat sebelah tangan. Tanda membalas lambaian Bella. Badrul memandang semula tunangnya yang sudah mengerutkan dahi.

“Fikir apa tu sampai bercantum kening tu?”

“Bukan ke, Bella tu tunangnya Aariz?” tanya Aira. Badrul terdiam. Dia melepaskan keluhan. Rasa tak sanggup untuk terus berbohong dengan orang yang dia cintai, tapi dia terpaksa.

“Emm…betul lah tu.” Jawab Badrul.

“Eee..kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tidak boleh Ira cakap kat dia yang tunangnya nak main kayu tiga!”

“Dan satu lagi, apa maksud Bard yang dia tak datang ke rumah?” tanya Aira curiga. Badrul menelan air liur, kesat.

“Dia…dia kan tunang Aariz, mestilah mama pun jemput dia juga.”jawab Badrul gugup. Aira memandang Badrul, cuba mencari kebenaran.

“Betul!” jawab Badrul yakin walaupun ianya hanya pembohongan.

“Okey, tak apa. Tapi!! Kalau Ira dapat tahu sesuatu yang Bard cuba sembunyikan,kita tunda tarikh nikah kita!” ugut Aira. Badrul tersentak, tidak menyangka sampai begitu sekali Aira nekad.

“Jom lah. Dah petang ni, kesian pulak Amirah duk sorang-sorang kat rumah.”

“Err..Ira pergi dulu ya? Bard nak pergi toilet kejap. Nah, kunci kereta.” Dalih Badrul sambil menghulurkan kunci kereta Toyota Camry nya.

“Okey.” Sebaik sahaja Aira berlalu, Badrul terus mengeluarkan handphone nya dan mendail nombor handphone Aariz.

“Riz!! Aku rasa baik kau selesaikan rancangan kau tu. Aku dah tak sanggup nak menipu Aira. Dia pun dah mula curiga tu. Siap ugut nak tunda majlis akad nikah kita orang lagi.” Gesa Badrul tanpa memberis salam atau sapaan.

“Ya lah, kau ni pun, mintak tolong sikit pun tak boleh.” Rungut Aariz.

“Bukan tak boleh. Tapi kalau melibatkan pembohongan dengan Aira memang aku tak sanggup. Dia curiga pun dah ugut aku nak tunda tarikh nikah kita orang. Kalau dia tahu, mahunya Aira batalkan terus. Kebulur aku, Riz!!”

“Huh! Plan A pun tak menjadi. Kau tahu tak, Humaira dah tak call atau sms aku sejak hari tu. Aku yang tengah pening ni!! Kena berginjak ke plan B! Dan kau kena tolong aku. Last?”

“Okey, ni last aku tolong kau. Kalau tak menjadi jugak, pandai-pandailah kau. ‘Bijak’ sangat nak buat dia cemburu. Last-last kau jugak merana.” sinis Badrul.

“Dah lah. Kesian Aira tunggu aku lama. Apa-apa call.” Selepas memberi salam, talian dimatikan. Dia membayar minuman yang diorder dan tanpa membuang masa Badrul terus melangkah ke tempat parking kereta.

Assalamualaikum!” salam yang kuat kedengaran diluar rumah menganggu Amirah dan Aira yang menonton cerita Bicara Hati. Mereka menjeling sekilas ke arah jam dinding, jam sudah menunjukkan pukul 9:40 malam. Kemudian mereka saling berpandangan.

“Siapa yang datang malam-malam macam ni?” tanya Aira.

“Entah, mana aku tahu. Badrul kut..” teka Amirah lalu memalingkan muka ke arah televisyen yang masih menayangkan babak antara Tengku Shahran dengan Zahlia. Cepat-cepat Aira menggeleng.

“Bard mana pernah datang malam-malam macam ni.” Kata Aira. Sejerus itu Amirah memandang Aira dengan mata sedikit membulat.

“Habis tu, siapa yang datang?” Amirah dan Aira menelan air liur.

“Assalamualaikum!!” salam kedengaran lagi.

Amirah dan Aira sama-sama bangun dan menghampiri tingkap yang berada di tepi pintu. Aira menyelak sedikit kain langsing dan mengintai. Amirah juga berbuat demikian. Sekali lagi mereka berpandangan dengan riak terkejut.

“Aariz Azwan.” Ujar mereka berdua.Amirah mengintai semula, takut matanya tersalah. Dan jelas kelihatan susuk tubuh Aariz yang santai dengan baju T-shirt Polo dan berseluar jean.

“Pergilah keluar.” Cadang Aira. Lambat-lambat Amirah mengangguk dan memakai tudung sebelum membuka pintu. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Aariz yang tersenyum manis. Pagar yang memisahkan mereka, membuatkan Amirah terpaksa mendongok sedikit. Aariz memegang pagar itu.

“Humaira…”

“Ada apa datang malam-malam ni? Tak tahu ke tak manis kalau orang lelaki datang ke rumah perempuan malam-malam? Kan kalau jiran nampak, timbul fitnah pula.” Sempat Amirah memerli Aariz. Aariz hanya senyum.

“Kenapa Irah tak angkat call dan balas mesej abang?” terangkat kening Amirah mendengar Aariz masih menggunakan panggilan ‘abang’ itu.

“Busy.” Jawab Amirah dingin. Aariz senyum kelat, tahu yang Amirah saja buat-buat busy.

“Humaira masih suka kat abang tak?” tanya Aariz. Amirah memandang ke arah lain dan membiarkan soalan Aariz tanpa jawapan.

“Irah...” seru Aariz lemah. Diam Amirah membuatkan dia tidak senang.

“Awak balik lah.” Ujar Amirah sebelum berpaling. Niat di hati mahu melarikan diri daripada Aariz.

“Humaira! Saya belum habis bercakap lagi ni. Kita perlu berbincang!” suara Aariz yang agak kuat membuatkan dia berhenti melangkah.

Selepas itu suasana hening seketika. Amirah ingin melangkah semula tapi tidak jadi kerana bunyi sesuatu yang jatuh kedengaran dibelakangnya. Terus dia berpaling. Mulut terlopong, berbentuk ‘o’ dan mata bundarnya bagaikan hendak terkeluar, itulah riak wajah Amirah yang boleh digambarkan terkejut monyet.

“Awak panjat pagar tu ke?” tanya Amirah sedikit terjerit. Aira yang dari tadi mengintai dicelah kain langsing keluar juga. Dia pun turut terkejut apabila Aariz memanjat pagar rumah sewa mereka. Aariz yang sudah elok ‘landing’ hanya membuat muka tak bersalah sambil terus memandang Amirah. Aira yang berada di sisi Aira langsung tidak dihiraukan.

“Irah…”

“Hei, Aariz! Awak nak apa ni hah datang rumah kami malam-malam ni? Tak malu ke?” celah Aira kasar. Aariz hanya memandang sekilas.

“Humaira, kenapa Irah berhenti tackle Riz.” Tanya Aariz. Hilang sudah panggilan ‘abang’ di hadapan Aira.

“Huh! Tackle konon..Piidahh! Suruh Irah tackle dia tapi tak sedar yang diri awak tu dah ada tunang! Lelaki apa hah, awak ni? Lelaki perasan bagus memang playboy kan? Tak boleh ke awak jadi macam Badrul? Walaupun ramai perempuan di luar sana yang meminati dia tapi tak adalah pulak dia nak curang dengan saya.” Sempat lagi Aira memuji tunangnya. Amirah menyiku lengan Aira, rasanya Aira sudah terlampau. Aariz memandang geram ke arah Aira.

“Aira, boleh biarkan saya bercakap dengan Humaira. Dan boleh tak awak tinggalkan kita orang? Saya nak berbincang dengan Humaira secara privacy. Boleh?” pinta Aariz sinis. Aira menjegilkan matanya.

‘Cis, kurang ajar mamat ni!’ gumam Aira. Baru sahaja mahu membalas tapi Amirah menolak Aira supaya masuk ke dalam rumah. Lagi lah geram Aira dibuatnya.

“Huh! Kau cakap lah dengan mamat ni. Lama-lama kat sini boleh ringan tangan aku dibuatnya.” Ujar Aira sebelum melangkah laju ke dalam rumah. Amirah hanya memandang dan selepas kelibat Aira hilang dia memandang Aariz yang sedari tadi merenungnya.

“Cakap lah.” Ujar Amirah pendek.

“Aariz suka kat Humaira.” Amirah mengangkat muka. Memandang gerangan yang yang baru meluahkan perasaan.

“Awak ada Bella, Riz..”

“Tak..Maksud Riz, ya. Tapi tak lengkap kalau tak ada Siti Amirah Humaira.” Madah Aariz. Amirah mendengus kasar.

“Awak jangan nak mengada-ngada ya? Saya tak nak Bella datang serang saya.” Sejurus itu Amirah berlari masuk ke dalam rumah. Belum sempat pintu ditutup, Aariz terlebih dahulu menahannya. Bila Amirah  tolak lagi, lagi kuat dia menahan dengan tangan sasanya.

“Humaira, kejap….auch!!” jeritan Aariz membuatkan Amirah tersentak. Terus dia berhenti menolak dan rupa-rupanya jemari Aariz tersepit di pintu. Terus pintu dibuka seluas-luasnya dan pegang lengan Aariz secara spontan.

“Jari awak dah biru ni! Aira!! Tolong bawa kotak first aid, cepat!” laung Amirah. Amirah yang merasa dirinya dipandang terus mengangkat muka. Dia mengangkat kening, bertanya dalam diam.

Aariz tersengih walaupun tangan kanannya terasa sakit. Dia memandang lengannya yang dipegang kemas oleh Amirah. Amirah menyoroti pandangan Aariz. Terus pegangannya dilepaskan.

‘Aduih! Kenapa aku pergi pegang lengan dia pulak? Buat malu saja.’ Jerit Amirah dalam hati. Kemudian Aira datang dengan kotak first aid ditangan. Mukanya tidak usah diperkatakan, memuncung je bibir tu.

Aariz mendapatkan Amirah yang sudah duduk di atas kerusi batu. Punggung dilabuhkan dihapan Amirah. Amirah diam Cuma tangannya ligat membuat kerja. Mengeluarkan perkakas untuk merawat jemari Aariz yang tersepit tadi. Aariz hanya memerhati, begitu juga Aira yang bersandar di pintu.

“Okey,siap!” Aariz tersentak. Dia melihat tangannya yang sudah berbalut dengan kapas. Kemudian dia memandang Amirah.

“Saya tak pandai nak balut-balut luka ni, jadi saya hanya menggunakan kapas ni dan pelekat ni.” Ujar Amirah sambil menunjukkan perkakas yang digunakan untuk membalut jari Aariz yang terluka.

Selesai mengemas semula, Amirah merura-ura mahu melangkah masuk ke dalam rumah tetapi ditahan oleh Aariz. Aira menegakkan badannya apabila Aariz memegang lengan Amirah. Amirah memandang tajam Aariz dan memberi isyarat supaya melepaskan lengannya. Aariz akur.

“Sorry, my bad.”

“Jangan buat lagi and please… do not chaotic my life.” Balas Amirah.

Aariz terdiam dan hanya terkaku melihat Amirah yang sudah bersedia menutup pintu rumah. Dia mengalihkan pandangan ke arah Aira yang tersenyum puas, lebih tepat lagi tersenyum sinis! Aariz termangu sendiri.

“Did I chaotic her life?”

Bard !!” Badrul yang sedang minum air teh panas itu tersedak, terkejut dengan suara Aariz yang kuat memanggilnya.

“Woi! Nak suruh aku mati cepat apa? Air teh panas ni wei… Kau ni pun, bagilah salam dulu ke ketuk pintu dulu ke ataupun bagilah signal apa-apa sebelum nak masuk rumah. Hormat sikit orang yang ada kat dalam rumah ni. Nasib baik aku hidup lagi, dibuatnya aku mati terkejut tadi tak ke merana kekasih hati aku tu?” Marah Badrul dicelah dengan teguran dan nasihat. Aariz tersengih sambil menggaru kepala, menutup kesalahan yang dilakukan.

“Sorry,bro. Tapi aku rasa tak nak buatlah plan B tu. Kita terus buat plan C.” kata-kata Aariz membuatkan Badrul pelik.

“Kenapa? Aku rasa baru je tadi kau kata nak start plan B. Dan bila masa pula kita ada plan C? Kita rancang plan A dengan B je ya.”

“Memang tadi aku baru nak start plan B tapi aku berubah fikiran dengar kata-kata Amirah.”

“Dia cakap apa?”

“She said that I chaotic her life.”

“Pulak!”

“Jadi aku rasa plan B aku tu lebih membuatkan dia terasa aku mengacau bilau kan hidupnya.”

“Plan C?” tanya Badrul.

“Plan C, kita buat macam ni…”

Irah! Amirah!” Jerit Aira sambil mengetuk kuat pintu kamar Amirah dengan bertalu-talu. Amirah yang baru keluar dari bilik air mendengus. Terus dia membuka pintu seluas-luasnya.

“Kau kenapa??” belum pun sempat Amirah menghembur amarahnya, Aira terlebih dahulu menarik lengannya. Terkial-kial dia melangkah mengekori Aira.

“Kenapa Aira?” Aira hanya diam dan terus menarik Amirah menuju ke arah pintu utama.

“Kau perlu tengok ni. Aku jamin kau terkejut beruk.” Ujar Aira. sambil memegang tombol pintu. Amirah cuba mentafsir kata-kata Aira namun gagal. Tidak dapat dia teka.

“Cuba kau tengok ni.” Sejurus itu Aira membuka pintu seluas-luasnya. Terlopong Amirah, matanya membulat besar.

“Apakah ?” laju kakinya melangkah ke luar rumah dan memandang sekeliling.

“Apa semua ni Aira?”

“Bukan aku!” balas Aira pantas.

“Kenapa rumah kita penuh dengan bunga ni?” terjerit sedikit Amirah. Aira mendekati Amirah dengan berhati-hati supaya tidak terpijak bunga-bunga Ros merah yang bertaburan di halaman rumah mereka. Sayang kalau terpijak, cantik-cantik belaka bunga Ros merah itu. Tatkala itu, matanya terpandang sesuatu di celah-celah timbunan bunga Ros laju sahaja tangannya mencapai. Sepucuk surat.

“Amirah…” Amirah berpaling. Memandang Aira seketika sebelum matanya terarah pada tangan Aira. Huluran Aira disambut. Dia mencium surat itu sekejap, wangi. Ada bau Ros.


Buat Cinta Pertamaku, Siti Amirah Humaira Bt Faidil…

Abang tahu, tentu Humaira terkejutkan tengok rumah Humaira penuh dengan bunga Ros. Abang ada terbaca satu artikel yang menyatakan perempuan suka kejutan. And I hope it’s surprise for you.Abang nak minta maaf dengan Amirah.Abang tahu abang silap kerana telah mempermainkan Amirah sebegitu sekali.Abang menyesal sangat.Sebenarnya,abang sukakan Amirah.Suka sangat-sangat.Sebab tu lah abang suruh Amirah tackle abang,sebab abang takut dan malu nak memulakan.Abang nak Amirah je.Abang nak Amirah selamanya.Can you accept me back? Abang mengaku,abang memang dah ada Bella.Tapi hidup abang tak lengkap tanpa Amirah.I felt lonely without you.I am nothing if you are not beside me.I know,my fault is too big for you but I beg you..Please forgive me because without you,I feel like I’m dying.

Maaf sebab bunga-bunga kat depan rumah Amirah ni,Amirah terpaksa kutip dengan Aira.Abang nak Amirah tahu,kasih dan sayang abang kepada Amirah seharum dan semerah bunga ros ni.Abang harap Amirah sanggup menyimpan semua bunga ros ini sebagai tanda cinta abang kepada Amirah.Kalau Amirah sudi maafkan abang,abang harap Amirah call abang selepas ini.Abang sentiasa menunggu panggilan daripada Amirah sedari Amirah mula menjauhkan diri daripada abang.Amirah tau tak ? Betapa abang terseksa ketika itu,menantikan panggilan daripada Amirah.Amirah..abang nak Amirah tahu yang abang sebenarnya CINTAKAN Amirah sangat-sangat ! No one can ever replace you in my heart !.

Yang Mencintaimu,
     Aariz Azwan.

Amirah tergamam. Aira yang juga membaca surat itu sudah terlopong. Perlahan-lahan Amirah melipat semula surat itu. Wajah terkejut Aira dipandang.

“Aku rasa Aariz ni dah kemaruk cinta dengan kau. Cara dia ni macam dia nak menduakan Bella. Aku rasa Bella dia nak, kau pun dia nak!” Aira menggeleng kepala, tidak percaya sebegini rupa Aariz menyintai Amirah sampai sanggup menduakan Bella.

“Parah, parah!! Memang kemaruk poligami agaknya lelaki ni. Belum nikah lagi dengan Bella dah ada niat nak tambah sorang. Yang sedihnya, kaulah orang yang ‘bertuah’ tu!” tambah Aira sambil menggosok belakang Amirah yang sudah mengalirkan air mata.

“Kau nak call dia atau tidak?” tanya Aira walaupun dia sudah tahu jawapannya. Amirah menggeleng.

“Tak nak…aku tak nak jadi perosak hubungan orang lain. Dia dah ada Bella..Aku tak nak, Ira…Aku tak nak!” balas Amirah beremosi.

“Ya, ya.. Aku tahu. Kau sabar ya?” pujuk Aira. Dia memimpin Amirah masuk ke dalam rumah semula. Bunga-bunga Ros yang bertaburan di halaman rumah dibiarkan.

Seminggu selepas itu….

Irah, jom teman aku pergi Jusco. Barang-barang alat solek aku banyak dah habis.”pinta Aira ketika Amirah sedang mengadap laptop. Amirah berpaling dan berfikir sejenak.

“Okey, lagipun tak silap aku barang-barang dapur pun banyak yang dah habis.”

“Hah, kalau macam tu jomlah! Aku pergi tukar baju kejap.”balas Aira.

“Aku nak buat list barang yang perlu dibeli dulu, lepas tu baru tukar baju. Kau tunggu ya?”

“No problem.” Aira berlalu ke kamarnya, manakala Amirah melangkah ke arah dapur.

Selesai menyenaraikan barangan dapur yang perlu dibeli dan tukar baju, Amirah menapak ke dalam kereta Aira dimana Aira sedang menunggunya. Ketika dia masuk, Aira sedang bercakap di talian.

“Ira ada dalam kereta ni. Nak pergi Jusco dengan Amirah. Bard kat mana tu? Hah, kat rumah lagi? Laa, kan dah pukul 10 ni, kenapa tak pergi kerja lagi?Oh, macam tu. Okeylah Bard, Ira dah nak gerak ni. Okey, okey. I will. You too. Bye.”

“Amboi! Belum kahwin dah kena buat report ke nak pergi mana, dengan siapa, lama mana.” Ujar Amirah mengusik.

“Ish, mana ada! Kebetulan Bard call tadi. Dia cakap dia ambil cuti hari ni, nak ambil mama dan papa dia kat airport. Baru balik dari Bali katanya.” Balas Amirah sambil menghidupkan enjin kereta.

“Romantiknya Aunty Lia dengan Uncle Malek. Honeymoon kat Bali tu.”

“Mesti Bard pun romantik macam mama papa diorang kan?”

“Eh, mestilah!” jawab Aira membuatkan mereka sama-sama ketawa.

“Kita pergi Popular,jom.”ajak Amirah setelah mereka selesai membeli barangan dapur dan alat-alat solek Aira.

“Jom, jom. Banyak ni novel yang aku nak beli.” Balas Aira.

“Barang-barang ni?”

“Kita letak dalam kereta dulu.Lepas tu, baru kita pergi Popular.” Amirah mengangguk. Mereka menuju ke tempat parking kereta. Langkah Amirah terhenti ketika melalui Secret Recipe. Dia menggosok matanya beberapa kali.

“Irah, jomlah!” Amirah tersentak. Terus memandang Aira yang sudah beberapa tapak di hadapannya.

“Kau kenapa?” tanya Aira apabila Amirah sudah berada di tepinya.

“Err…Tak, tak ada apa-apa.” Amirah berpaling semula sebelum meneruskan langkah.

‘Salah orang kut.’ Gumam Amirah. Amirah dan Aira meletakkan barang yang dibeli tadi ke dalam boot kereta. Ketika memasuki pasar raya itu semula, Aira menarik tangan Amirah supaya berhenti.

“Kenapa? Kau ada nak singgah mana-mana ke?” tanya Amirah pelik lantas dibalas dengan gelengan.

“Irah, cuba kau tengok kat sana tu.” Amirah memandang ke arah yang ditunding oleh Aira. Bella!

“Bukan ke tu Bella, tunangnya Aariz? Siapa lelaki sebelah dia tu?” Amirah hanya mendiamkan diri, tidak mahu membalas. Tumpuannya kini lebih kepada Bella yang sedang memeluk mesra lengan lelaki yang berada di sisinya dan yang pasti lelaki tu bukan Aariz!

“Kawan dia kut?” ujar Amirah perlahan namun masih didengari Aira.

‘Jadi aku tak salah tengok lah tadi? Memang dia betul-betul Bellah, tunang Aariz.’desis Amirah.

“Kawan? Kawan apa macam tu, sampai berpeluk sakan, bergelak ketawa. Tapi kan, lelaki tu pun handsome juga ya? Macam mat salleh pulak.” Bidas Aira. Amirah mengiyakan. Memang lelaki yang bersama Bella itu handsome dan yang paling penting rambut dia blonde! Nampak gaya macam bukan orang sini.

“Tegur, jom!” Amirah membulatkan matanya apabila Aira sudah membuka langkah. Terus tangan Aira ditarik.

“Kau jangan nak buat kerja gila,ya? Biarlah dia, urusan dia. Kita ambil peduli pasal kita sudah.”

“Lah, tegur je kut.”

“Tak payah!”

“Ala, jomlah. Manalah tahu dia pun main kayu tiga macam Aariz. Memang padan sangatlah tu dengan Aariz. Sama-sama playboy dan playgirl !” sini Aira. Amirah terdiam. Dia tersedar semula apabila Aira sudah mendekati pasangan dua sejoli itu. Terus Amirah berlari anak mendapatkan Aira.

“Hai!” sapa Aira sewaktu Amirah sudah berdiri disisinya. Bella dan lelaki itu berpaling. Berubah wajah Bella tetapi tidak lelaki itu. Malah lelaki berambut blonde itu melemparkan senyuman.

“Hello!” balas lelaki berambut blonde itu. Dilihat Bella hanya tersenyum pahit.

“Tak silap I, you ni Bella kan?” tanya Aira berpura-pura ingin kepastian. Bella mengangguk.

“Masih ingat kita orang?”

“Of course lah I ingat… you both ni kan friendsnya Badrul dengan Aariz.” Balas Bella. Aira terangguk-angguk dan memandang sekilas ke arah Amirah yang sedari tadi mendiamkan diri.

“Tapi I bukan setakat friend tau dengan Badrul…”

“Ya, I tahu dia tunang kesayangan you.” Seloroh Aira disambung Bella. Mereka ketawa dan Amirah dengan lelaki yang bersama Bella itu hanya tersenyum.

“Ehem! Yang kat sebelah you ni siapa?”

“Err…ni Andrew.” Pendek sahaja jawapan Bella.

“Kawannya Bella ya?” Aira dan Amirah berpandangan. Mat salleh cakap melayu woo!! Desis Aira dengan Amirah.

“Eh, boleh cakap melayu?” tanya Amirah polos. Andrew ketawa.

“Yes. I tinggal kat sini dari kecil lagi. Lahir je kat London  tapi membesar kat Malaysia.” Terang Andrew.

“Oh, I Aira dan yang ni pula Amirah.”

“Nice to meet you, girls.” Balas Andrew dan Amirah dengan Aira mengangguk.

“Aariz tak ikut sekali ke?” serkap Aira. Bella terkedu.

“Why?” celah Andrew.

“Err…kami ingat tunang Bella ikut sekali.” Belum pun Aira bersuara, Amirah pula mencelah.

“Tunang?!!” tanya Andrew dengan nada terkejut. Sekarang ini, semua mata tertumpu kepada Bella. Bella menggigit bibir.

“Err…I…I akan terangkan. You both duduk lah dulu.” Gugup Bella. Amirah dan Aira hanya menurut. Dilabuhkan punggung di hadapan Bella dan Andrew. Suasana hening seketika, hanya kedengaran bunyi bising dari pelanggan Secret Recipe Jusco. Bella menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.

“Sebenarnya…”

Amirah sedang termenung semasa Aira baru pulang dari bertemu Badrul. Kepala digelengkan melihat Amirah yang menjadi keliru sejak akhir-akhir ni. Aira melabuhkan punggung disebelah Amirah.

Amirah tersentak tatkala ada tangan yang menyentuh pahanya. Terus dia memandang Aira yang sudah berada disebelah. Dia memandang pelik ke arah Aira.

“Eh, sejak bila pula kau duduk sebelah aku ni?”

“Baru je..” Amirah mengangguk. Dia memandang kaca televisyen yang terpasang tapi fikirannya melayang ke arah lain.

………………………..

“Sebenarnya…semua ni rancangan Aariz.” Amirah berpandangan dengan Aira.

“ Rancangan Aariz?” tanya Amirah menginginkan kepastian. Bella mengangguk.

“Keesokan selepas dinner kat rumah aunty Lia tu, Aariz call I. Dia minta I tolong dia buat you cemburu. Mula-mula I berat hati sebab takut kekasih I ni marah.” Bella memandang Andrew yang sedang melihatnya.

“Tapi selepas Aariz terangkan, baru I setuju. Lagipun I tahu, walaupun dari dulu Aariz digilai perempuan tapi Aariz tak melayan. Bila I tanya dia cakap dah ada someone special. Dan malam dimana Aariz pinta I tolong dia tulah baru I tahu yang someone special for him is you, Amirah.” Amirah terkedu. Dirinya ingin bersuara tetapi suaranya tidak terkeluar.

“Dan bi…I am sorry, okey? You know right that I just love you, baby..” Bella memegang tangan Andrew. Andrew yang mulanya kelihatan berfikir mula tersenyum sambil mengangguk.

“It’s okey and yes, I know you love me, baby. But I love you more.” Balas Andrew. Tangan Bella digenggam dan dibawa ke bibir. Aira berpaling ke arah lain.

“ So…hubungan you dengan Aariz dan Badrul sebenarnya?” tanya Aira apabila melihat temannya sudah tidak terkata. Bella ketawa.

“Cousin…”

“Really?” Aira memandang Bella dan Bella hanya mengangguk. Dalam hatinya sudah terbit rasa marah akan tunangnya yang sembunyikan semua ini daripanya.

“Tapi jangan cakap cakap kat Aariz tau yang I kasi tahu you both pasal rancangan tak jadi dia ni ya?” ujar Bella sedikit merayu. Serentak Amirah dan Aira mengangguk.

“Promise!”

………………………….

“Macam mana?” Amirah tersedar dari lamunanya. Terpinga-pinga dia dengan soalan Aira.

“Apa dia?” Aira menggeleng kepala.

“Aariz Azwan.” Amirah terdiam.

“Tak sangka ya rupa-rupanya semua ini hanya lakonan. Pandai betul Aariz merancang.”

“ Habis tu kau nak diamkan diri sahaja ke?” sambung Aira lagi. Amirah memandang Aira.

“Kau nak suruh aku buat apa?” terbit senyuman nakal di bibir Aira.

“ Aku dah banyak dosa dengan dia. Mengumpat dan menyumpah seranah dia sebab aku ingat dia nak permainkan kau. Tapi aku tak rasa nak minta maaf dengan dia. Aku nak dia berterus terang dengan kau dulu. Apa kata kita balas balik?”

“Macam mana?” Aira hanya diam tetapi bibirnya sudah mengukir senyuman herot.

Malam itu adiknya Aariz, Aina, Badrul dan Aira mengajaknya keluar dinner. Mula-mula dia malas nak mengikuti mereka tetapi Aina memaksanya ikut sekali. Jadi, untuk mengelakkan adiknya merajuk, diikuti juga kehendak budak manja itu.

“ Humaira…” seru Aariz tatkala matanya terpandang Amirah semasa memasuki Restoran Putera Ayu, Shah Alam.

“Eh! Tu bukan ke kawan abang long?” tanya Aina sambil menunding ke arah Humaira.

“Yalah.....Tadi Amirah ada cakap nak keluar dengan makan dengan kawan. Tak sangka pulak sama restoran.” Tambah Aira. Dijeling sekilas ke arah Aariz yang kaku memandang Humaira.

“Long, kenapa diam je? Marilah tegur…” cadang Aina. Mereka mendekati Humaira yang ralit menekan papan kekunci handphonenya. Bersms mungkin.

“Humaira..” Amirah berpaling. Terus dia berdiri.

“Err…”

“Mana kawan kau Irah?” celah Aira.

“On the way…”

“Aik? Belum sampai?”

“Dia ada hal kerja tadi, tak dapat dielakkan. Tak kisah lah. Tak sampai 15 minit pun aku tunggu dia. Eh, korang pun makan kat sini jugak ke?”

“Ha’ah, kak.” Sampuk Aina. Amirah tersenyum memandang adiknya Aariz.

“Hah! Molek lah sangat tu. Apa kata kita duduk semeja je.” Badrul yang dari tadi hanya diam bersuara.

“Aku okey je…” balas Amirah. Mereka mula mengambil tempat. Aariz duduk di sebelah Aina. Dan juga hadapan Amirah.

“Tak order lagi ke?” Tanya Aira. Amirah menggeleng.

“Aku tunggu kawan aku dulu. Korang order lah dulu.”

“Tak apalah. Kita orang tunggu kawan kau sekali.”

“Assalamualaikum.” Salam yang diberi membuatkan mereka semua berpaling. Kelihatan seorang jejaka berkulit sawo matang dan cermin mata berbingkai putih. Boleh tahan handsome orangnya tapi mana boleh lawan Aariz Azwan. Hihi.

“Waalaikummussalam. Eh, Abang Zaf… Duduk lah.” Jemput Amirah. Zafrul mengambil kerusi dan diletakkan disebelah Amirah. Agak rapat kedudukan mereka.

“Sorry, Irah Abang Zaf lambat. Lama ke tunggu?”

“Tak pun. Abang, kenalkan kawan-kawan Irah. Yang ni Aira, bestfriend merangkap housemate Irah.Ni tunangnya Aira, Badrul. Yang ni pula sepupu Badrul, Aariz dan yang sebelah dia pulak Aina. Adik Aariz.” Terang Amirah satu-satu. Zafrul bersalaman dengan mereka. Aariz pula tidak senang duduk tatkala terdengar Amirah memanggil Zafrul, abang.

“Dan korang, ni Abang Zafrul. Err....ka...” belum pun Amirah menyebut ‘kawan’, Zafrul terlebih dahulu memotong.

“Boyfriend Amirah.” Lancar sahaja mulut Zafrul mengakui yang dia pakwe Amirah. Aariz sudah terlopong manakala yang lain hanya senyum dan ada juga yang mengerling sekilas ke arah Aariz untuk melihat riaksinya.

“Boy...boyfriend?” tanya Aariz. Zafrul memandang Aariz sambil mengangkat kening.

“Ya, kenapa ya?”

“Err...Tak. Tak ada apa-apa. Cuma... Humaira tak pernah cakap pun dia ada boyfriend?”

“Menyibuk je awak ni, Aariz. Saya pun Amirah tak pernah cerita dia ada pakwe. Yang awak busybody sangat ni kenapa?” sinis Aira. Aariz memandang tajam ke arah Aira. Entah apa yang Aira tidak puas hati sangat dengan dia.

“Apa kata kita order dulu? Aina dah lapar ni!” celah Aina apabila menyedari ketegangan yang bakal mencetus di antara abangnya dan juga Aira. Badrul menggamit pelayan.

Seusai memesan, mereka kembali berbual semula. Hanya Aariz yang menjadi pendengar tak bertauliah. Mulutnya terkunci rapat dan matanya pula asyik menjeling ke arah Zafrul dan Amirah.

“Bila nak langsungkan ni?” Aariz tersentak. Terus dia memandang Aira.

“Langsungkan apa?” cepat sahaja Aariz menyampuk. Zafrul senyum.

“Majlis perkahwinan lah.” Jawab Zafrul selamba. Aariz menegakkan badannya. Dipandang Amirah lama, meminta kepastian. Amirah berpaling ke arah lain.

“Kahwin?”

“Kami cadang nak nikah hujung bulan ni.” Ujar Zafrul.

“No way!” Jerit Aariz, ditolak kerusi dengan kasar. Suaranya yang kuat itu menarik mata-mata pelanggang di restoran itu. Terkejut Amirah, Aira, Aina dan Badrul mendengar bantahan Aariz. Zafrul pula tersenyum lebar. Sudah diagak riaksi Aariz.

“Duduk dulu.” Aariz tidak peduli. Dipandang tajam ke arah Zafrul dan Amirah yang hanya menunduk.

“Apa semua ni Humaira?”

“Bukan ke awak suka dengan saya? Dia ni bukan kekasih awak kan? Awak tak kan nikah dengan dia kan? Macam mana lelaki ni boleh jadi kekasih awak kalau dulu awak cuba tackle saya?!” tengking Aariz. Amirah mengangkat muka sebelum bertindak bangun.

“Cakap baik-baik sikit ya!!” ujar Amirah. Mukanya merah menahan malu dan marah. Terasa maruahnya dipijak-pijak dengan kata-kata Aariz.

Orang ramai mula berbisik-bisik dan ada juga yang tersenyum sinis. Yang pasti, mereka menjadi tontonan orang ramai. Zafrul turut bangun apabila melihat keadaan semakin tegang.

“Sabar dulu Aariz. Saya belum habis cakap lagi.”

“Diam kau!!” pelawaan Zafrul dibalas dengan kasar.

“Aariz!” Badrul menarik bahu Aariz.

“Behave yourself!! Kat sini tempat awam.” Bisik Badrul.

“Err…Aina rasa baik kita pergi tempat yang sesuai.” Celah Aina. Terasa mukanya panas, malu sangat-sangat! Kalau lah dia tahu abangnya akan mengamuk macam ni, tak nak dia bawa Aariz pergi kat tempat awam macam ni! Memalukan sungguh.

“Betul cakap Aina tu. Kat sini tak sesuai.” Sokong Aira pula. Aariz terdiam. Dia melihat sekeliling, barulah dia tersedar sudah banyak mata-mata yang memandang.

Amirah menarik Aira meninggalkan restoran itu. Begitu juga mereka yang lain.

“Humaira!” Amirah memekakkan telinga dan melangkah laju menuju ke kereta papanya yang diparking agak jauh dari restoran.

“Siti Amirah Humaira!!” lengan Amirah dipegang kejap.

“What?!”

“Siapa Zafrul?”

“Siapa apa? Zafrul, Zafrul lah! Tak kan saya pulak.” Balas Amirah, sempat pula dia berloyar buruk disaat ini.

“Awak tak kan kahwin dengan dia kan?” Tanya Aariz perlahan.

“Kalau saya kahwin dengan dia pun kenapa?”

“Mana boleh! Awak kan suka saya!!”

“Siapa suka awak? Saya? Hee...Please lah! Tak ada class langsung.” Ejek Amirah. Aariz mencekak pinggang dan membulatkan matanya.

“What?! Awak rabun ya? Saya banyak punya handsome, awak cakap saya tak ada class?” Aariz mengetap bibir. Amirah ketawa mengejek, saja nak sakitkan hati Aariz.

“Hello. Mata saya belum rabun lagi ya. Okeylah, okeylah. Saya bagi awak chance, ada jugak lah handsome ‘sikit-sikit’. Tapi mana boleh lawan Abang Zafrul.” Semakin galak Amirah mengutuk Aariz walaupun semuanya bukan datang dari hati.  

Aira yang berada di tengah-tengah Amirah dan Aariz sudah pening. Sekejap dia memandang Amirah apabila Amirah bersuara dan kemudian berpaling ke arah Aariz tatkala lelaki itu membalas. Badrul yang baru tiba bersama Aina menarik lengan tunangnya.

“Hye...” baru sahaja Zafrul ingin mencelah tetapi dihalang oleh Amirah dan Aariz.

“what?!” ujar Amirah dan Aariz serentak. Zafrul mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah.

“Boleh tak dua-dua diam!!” jerit Aira yang sedari tadi hanya melihat pertengkaran sahabatnya. Amirah dan Aariz terdiam.

“Tak boleh ke korang jangan bertengkar kat sini? Dua-dua tak handsome tahu tak! Lagi handsome Badrul daripada Aariz dengan Zafrul.” Ujar Aira membuatkan Badrul tersenyum bangga manakala Amirah dan Aariz sudah menjulingkan mata ke atas. Zafrul hanya senyum.

“Tak kisah lah siapa-siapa pun yang handsome. Tapi saya nak tanya, Aariz suka Amirah ke?” pertanyaan Zafrul menyentakkan Aariz.

“Hah? Err…”

“Suka ke tak?” jerkah Zafrul.

“Suka, suka!!” Aina dengan Aira sudah ketawa. Amirah berpaling ke arah lain, cuba sembunyikan senyuman yang mula terbit di bibir.

“Kalau suka kahwin lah.”

“Hah?”

“Kamu ni Aariz, banyak songeh pulak. Nak kahwin tak dengan Amirah? Kalau tak nak biar saya saja yang kahwin.” Serkap Zafrul.

“Eh, mestilah nak! Tapi tadi...”

“Tipu je…” celah Zafrul.

“Tak kan lah saya nak kahwin dengan anak saudara saya sendiri. Mana boleh. Kamu kahwin lah dengan Amirah ni. Lagipun saya dah ada tunang, dah nak berkahwin dah.” Jelas Zafrul. Yang lain hanya tersengih dan Amirah pula buat-buat bodoh apabila Aariz memandang ke arahnya.

“Jadi, Humaira ni anak saudara Zafrul...Eh, Abang Zafrul?” Zafrul mengangguk.

“Semua ni saya yang rancang.” Beritahu Aira.

“Kenapa?”

“Sebenarnya kita orang dah tahu yang Bella tu bukan tunang awak tetapi sepupu awak. Jadi kita orang nak balas balik apa yang awak buat kat Amirah. So ni lah dia rancangan tu.”

“Dan memang dah berpakat dengan Badrul, Aina dan Abang Zafrul.Eh, bukan.. Ayah Su.” Amirah tersengih. Rasanya dia tidak perlu memanggil Ayah Su nya Abang Zafrul. Memanggil Zafrul dengan panggilan ‘Abang Zafrul’ memang kekok kerana sudah biasa memanggil ‘Ayah Su’.

“Okey, tugas Ayah Su setakat ni je rasanya. Ayah Su pergi dulu ya? Nak pergi jemput Mak Su kamu kat airport.”

“Amboi, Ayah Su! Belum kahwin dah ada ‘Mak Su’?”

“Alah, apa salahnya. Bulan depan jadi Mak Su kamu jugak kan? Okeylah,  Ayah Su pergi dulu ya..Korang selesai lah mana yang patut.” Pinta Zafrul dan berlalu ke arah keretanya yang diparking tidak jauh dari kereta Badrul.

“Jadi?” tanya Aariz setelah semuanya hanya mendiamkan diri.

“Apa?”

“Nak tak Humaira kahwin dengan abang?” panggilan ‘abang’ sudah digunakan semula tanpa mempedulikan Badrul, Aira dan Aina.

“Tak romantik langsung lah Abang Long ni… Cincin pun tak ada. Ya pun nak melamar ajak pergi candle light dinner lah dulu.” kutuk Aina. Aariz menjelirkan lidahnya.

“Yang tu selepas Humaira betul-betul setuju. Lepas tu barulah Abang Long melamar secara rasmi.”

“Hah, jawab lah setuju ke tidak?” sampuk Aira. Amirah tersipu-sipu, malu untuk mengiyakan tapi dia nak. Kata orang malu tapi mahu.

“Diam tu tanda setujulah. Kira jadi lah ni ya?” ujar Badrul.

“Kita kahwin bulan depan nak?”

“Hah?!”

Aku terima nikahnya Siti Amirah Humaira binti Faidil dengan mas kahwinnya RM500.00 tunai.”

Dengan sekali lafaz sahaja Amirah sah menjadi isteri kepada Aariz Azwan. Aariz mendekati isterinya, ehem! Pangkat baru tu. Tangan Amirah dicapai dan mula menyarungkan cincin dan memakaikan gelang tangan di pergelangan tangan isterinya. Amirah mengucup tangan Aariz, lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya.

Aariz tersenyum. Sejuk tangan isterinya. Sebaik sahaja Amirah menyarungkan cincin di jari Aariz, dagu Amirah dipegang lembut supaya dia dapat melihat wajah ayu itu yang sedari tadi menunduk sahaja. Baru sahaja bibirnya ingin mengucup ubun-ubun Amirah terlebih dahulu terkulai. Cepat-cepat Aariz merangkul badan isterinya supaya tidak jatuh.

“Eh, pitam ke?”

…………………….
2012 ( SEKARANG)

“Sayang!!” panggilan si suami mengejutkan Amirah dari terus mengingati masa lalu.

“Ya, abang. Kenapa?”

“Jauh sayang mengelamun. Kan abang dah ada kat sini. Sayang ingat siapa lagi?” Amirah menggeleng kepala, tidak habis-habis dengan cemburu suaminya.

“Sayang teringat masa dulu-dulu. Masa abang suruh sayang mengorat abang.Haha.” Amirah ketawa dengan kata-katanya sendiri. Begitu juga Aariz.

“Alah, sekejap je sayang ngorat abang. Lepas tu, sayang merajuk. Jadi abang jugaklah yang berusaha gigih memujuk pujaan hati. Susah pulak tu nak pujuk!” Amirah mencubit lengan suaminya.

“Sakit hati tau tak tengok orang yang kita suka dah ada tunang!”

“Suka je ke? Sayang dengan cinta tak?”  sakat Aariz.

“ Sekali lah tu.” Amirah menjeling geram ke arah Aariz. Jeling-jeling manja sebenarnya.

“Cuba lah sebut. Abang nak dengar. Bukan selalu sayang ucap kalimah tu.” Amirah memandang suami. Betul juga kata-kata Aariz itu, bukan selalu dia ucapkan ‘I love you’ kepada suaminya. Malu! Masa akad nikah dahulu pun dia pitam apabila Aariz mengucup ubun-ubunnya.

Bukan seperti Aariz yang selalu mengucapkan kata-kata romantis kepada dirinya. Boleh dikatakan setiap masa mereka bersama pasti bibir Aariz mengeluarkan kata-kata romantis dengan lembut dan penuh menggoda.

“Emm....” Dijeling sekilas ke arah Aariz. Aariz mengangguk.

“ Sayang…Cintakan abang!” terus sahaja dia menyembankan mukanya ke dada suaminya. Aariz tergelak kecil dengan kelakuan Amirah. Masih malu-malu seperti dahulu walaupun sudah 3 tahun mereka melayari bahtera bersama.

“I love you more, sayang...” Aariz mengeratkan lagi pelukan. Amirah pula seperti biasa, akan membalas pelukan si suami.

“Sayang...” Dia tersenyum, pasti suaminya hendak sesuatu kalau dah bergesel-gesel macam kucing jantan ni.

“Ya, abangku sayang.” Amirah menolak perlahan tangan suaminya yang sudah bergerak nakal di badannya. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas bahu Aariz.

“Abang nak anak boleh?” bisik Aariz romantis. Soalan Aariz kedengaran nakal sahaja di telinga Amirah.

“Lah! Kan kita dah ada hero-hero kita, Hazman Aariz dan Hazwan Aariz. Bukan anak ke tu?” ujar Amirah walaupun dia tahu maksud sebenar suaminya.

“Tu hero-hero kita. Abang nak cinderella kita pulak.” Amirah tersenyum. Tubuh Amirah  dicempung dan dibawa masuk ke dalam bilik. Mereka saling berpandangan dengan penuh rasa cinta.

“Abang semakin kacak lah. Lebih handsome daripada Aaron Aziz dah.” Puji Amirah.

“Dari dulu lagi abang kacak dan tentunya kacak daripada lelaki singapura tu. Sebab....abang adalah Aariz Azwan. Bukan Aaron Aziz.” Amirah tergelak manja.

“Ya, abang bukan Aaron Aziz tetapi Aariz Azwan, suami sayang.” balas Amirah. Aariz hanya senyum.

Sliding door ditolak dengan kaki dan menarik kain langsir menutupi sliding door dan serta-merta menjadikan bilik itu gelap. Perlahan-lahan Aariz mendekati katil dan meletakkan Amirah di atas katil.

“Kali ni kita namakan anak kita Aisya Humaira.” Bisik Aariz. Amirah tergelak. Macam-macam lah suaminya ini. Belum tentu dia akan mengandung dan kalaupun mengandung belum tentu perempuan. Apa-apa pun dia tetap berdoa agar rumah tangga mereka diberkati sampai ke akhir hayat dan mendapat anak yang soleh dan solehah.

TAMAT

TERIMA KASIH SUDI BACA !!

Much Love,
AinaaAzlan