Tabung Luahan Isi Hati

Monday, April 28, 2014

Review: Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul


Tajuk : Pergilah Air mata
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan: Kakinovel
4.4*/5*

Sekali lagi nak review novel penulis favourite saya. Novel Pergilah Air Mata sebuah novel yang plotnya tersusun kemas dan gaya bahasa yang senang difahami. Nak kata cerita ni jalan cerita yang ‘berat’ pun tak dan ‘ringan’ pun tak. Sedang-sedang aje.

Kisah macam ni, Sabrina seorang perempuan yang lurus, lemah-lembut dan anak yatim. Sabrina tidak mempunyai ramai kawan. Kawannya hanyalah Ikmal merangkap kekasihnya dan seorang lagi, Maria, sahabat yang dia taruh kepercayaan 100%.

Malang sekali pada suatu malam, Sabrina ditangkap basah bersama lelaki yang tidak dikenalinya, Badrul di bilik hotel. Mereka terpaksa menikah atas arahan Datuk Hamdi, papa Badrul. Kejadian itu membuatkan Akmal dan Maria menjauhkan diri dari Sabrina. Malah, Maria menggantikan tempat Sabrina iaitu bertunang dan berkahwin dengan Badrul. Sabrina turut dibuang kerja dan jawatan yang dipegangnya juga jatuh kepada Maria. Bukan itu sahaja, Datin Hamidah, mama Badrul dan Badrul turut membenci Maria dan menganggap Sabrina adalah perempuan jahat yang memerangkap Badrul kerana ingin belot harta Badrul.

Sabrina terus dilayan dingin di rumah yang seperti penjara itu. Mujur sahaja ada Kak Milah, orang gaji di rumah tu walaupun pada mulanya Kak Milah turut melayan Sabrina dengan dingin. Walaupun sudah kahwin dengan Sabrina, Badrul tetap ingin menikahi kekasih hatinya, Dayana. Pada mulanya Dayana tak mahu tapi selepas dipujuk oleh Badrul dan Sabrina sendiri dan setelah ditabur janji oleh Badrul untuk lepaskan Sabrina apabila waktunya….. Akhirnya Dayana bersetuju.

Tapi bukan senang beristeri dua. Dengan Sabrina, Badrul sering bersikap tegas namun dia suka sikap Sabrina yang patuh akan segala arahannya. Berlainan pula dengan Dayana. Badrul terlalu manjakan Dayana sehingga Badrul sendiri tidak dapat kawal Dayana. Dayana seorang yang pentingkan kerjayanya. Membuatkan mereka selalu jauh dan membuatkan Badrul sering kali mencari Sabrina.

Untuk tahu lebih lanjut bagaimana Sabrina berhadapan dengan rumah tangganya dan untuk tahu siapakah dalangnya yang memerangkap Sabrina dan Badrul… Bacalah novel Pergilah Air Mata ini. Nilai dengan mata hati anda sendiri…..


Wednesday, April 16, 2014

Review: Ributnya Cinta - Phidot



Tajuk : Ributnya Cinta
Penulis: Phidot
Terbitan: Siti Rosmizah(SR Publication)
4*/5*

Prince No Smile. Gelaran untuk Tengku Esmael Malik. Di Park Choi Collage, Malik bertemu dengan Edasha. Dari bergaduh, timbul bibit-bibit cinta antara mereka. Belum pun Malik luahkan perasaan cintanya terhadap Edasha, Malik menerima satu panggilan yang membuatkan dia tergesa-gesa meninggalkan Edasha. Dan itulah hari terakhir Edasha berjumpa dengan Malik. Malik tidak dapat dihubungi. Lelaki itu hilang begitu saja.

Sehingga lah lima tahun kemudian…. Edasha bertemu kembali dengan Malik di T.E. Holdings Sdn. Bhd. Dan Tengku Esmael Malik sebagai CEO di T.E Holdings. Anehnya, Malik seolah-olah tidak mengenali Edasha. Lebih mengejutkan Edasha apabila mendapat tahu Emma ialah kekasih Malik.

Oleh sebab rancangan keluarga yang ingin menyatukan mereka berdua, Malik mula bersikap kasar dan dingin dengan Edasha. Pada mulanya, Malik lah orang yang paling kuat menentang dari perkahwinan itu berlaku. Tapi kerana dendam terhadap Emma yang berlaku curang, Malik terus buat bersetujuan untuk berkahwin dengan Edasha.

Bulan madu bukanlah diantara mereka berdua sahaja. Malah Emma dan Akim turut berada di tempat di mana mereka berbulan madu. Di pihak Malik, entah kenapa dia merasa marah apabila Edasha rapat dengan Akim. Lebih-lebih lagi apabila munculnya Raden Jeofry, pemilik resort tempat penginapan mereka.

Pulang ke Malaysia, mereka kembali memulakan lakonan mereka di hadapan keluarga. Tak lama kemudian Malik membawa Edasha tinggal di kondominuimnya. Hidup mereka seolah-olah orang asing tapi Edasha tetap melakukan tugas rumah. Tapi yang buat Edasha terkilan apabila Malik ada melayannya seperti orang gaji.

Cukup sampai disini saja. Jika ingin tahu, bagaimanakah hubungan mereka selanjutnya? Dan bagaimana pula hubungan Malik dengan Emma dan Edasha dengan Akim dan Jeofry…. Dan apa sebenarnya yang berlaku kepada Malik selama 5 tahun lelaki itu menghilangkan diri? Jika ingin tahu kesuluran cerita ini, silalah ke kedai buku berdekatan anda dan dapatkan novel berjudul RIBUTNYA CINTA karya PHIDOT.