Tabung Luahan Isi Hati

Thursday, November 29, 2012

Review: Awas! Bila Hati Dah Sayang - Tinta Biru

 


     Satu lagi novel selesai saya baca. Kawan saya cakap best dan dia ada cerita sedikit dalam bas. Masa tu dalam perjalanan ke Treengganu. Dengar dia cerita memang saya jadi geram dengan Amalina dalam Awas! Bila Hati Dah Sayang. First komen saya, sebelum Ikram dan Syafiqah berkahwin, uuh! Menyampah giler! Menyampah dengan dua orang tu lah. Si Sayafiqah melayan sangat dan Ikram pula mulut.... Amboi! Bukan main manis. Tabur gula sana-sini. Garang macam singa tak makan setahun pulak tu!

      Jujur saya cakap, saya lebih suka novel Tinta Biru yang dalam blog tu, Aku Suka Kau Benci. Cerita ABHDS saya rasa ayat dia berulang-ulang. Sama aje. Ayat masa Ikram tabur gula kat Syafiqah. Dengan perangai Ikram yang selalu 'masuk lif tekan sendiri', Syafiqah yang duk melayan aje Ikram. Jadi menyampah pula Ikram dengan Syafiqah ni.

     Tu komen sebelum diorang kahwin ya, selepas pula..... yang ni baru saya suka. Baca pun tersengih aje. Tapi yang geramnya, Ikram melayan sangat si Amalina tu. Amalina ni sebenarnya baik. tapi disebabkan cinta dia jadi jahat. Kesian Syafiqah. Tak pasal-pasal dapat 'madu'. Nasib baik sekejap aje dan nasib baik Khairil berubah baik. Oh ya, suka Ikram versi selepas kahwin. hihi

     Sekarang ni saya tak sabar tunggu Aku Suka Kau Benci. Tajuk asalnya Aku Suka, Kau Benci. Apa Kes? . Baca kat blog Tinta Biru sebelum ni memang best. Hope ASKB akan lebih best dari ABHDS. : )


.......................


Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )



Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

            “Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang  je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

            Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

            Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

            “Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro,  aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

            Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?

Monday, November 26, 2012

Tabahkanlah Hatiku, Ya ALLAH (Intro)

Perlahan-lahan merangkak menulis semula. = )

...............



“Aku terima nikahnya Siti Sarah binti Mohamed dengan mas kahwinnya sebanyak 80 ringgit tunai.”

Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya menitis jua. Aisya mengucap syukur lantas dikesat air mata supaya tidak dikelihatan orang lain. Tangan Aisya menggamit Sarah ke dalam pelukannya. Dicium kedua-dua belah pipi Sarah.

“Selamat pengantin baru, Sarah,” ucap Aisya.

“Terima kasih, kak..... Terima kasih,” balas Sarah sebak.

Aisya tersenyum. Air mata Sarah disapu dengan jemarinya. Dia melepaskan pelukan Sarah dan segera berginjak ke tepi. Memberi laluan kepada pengantin lelaki untuk menyarungkan cincin. Aisya duduk bersimpul di tepi Sarah dengan senyuman tak lekang dari bibir.

Pandangannnya jatuh ke arah lelaki itu. Mata mereka saling berbicara tetapi hanya untuk seketika apabila Aisya terlebih dahulu menunduk. Tidak berani menentang pandangan yang sayu itu. Tidak sanggup melihat mata lelaki itu yang sudah berkaca-kaca.

“Pengantin lelaki, cepat sarungkan cincin,” tegur saudara Sarah yang turut hadir.

Aisya mengangkat muka semula. Pada masa itu juga, Sarah mula menunduk mencium tangan suaminya. Perlahan-lahan Aisya bangkit dan mengundur. Senyuman masih menghiasi bibir sambil membalas sapaan saudara-mara. Tiba disebalik dinding yang memisahkan antara ruang tamu dan bilik tetamu, Aisya terus bersandar pada dinding.

Sekali lagi air matanya mengalir laju tanpa dapat ditahan. Murah sekali air matanya malam ini. Aisya menekup kuat mulutnya dengan tangan apabila tangisannya mula kuat dan kedengaran. Perlahan-lahan badan Aisya melorot jatuh bersama tangisan yang mula menggila.

“Selamat pengantin baru, abang….”

Monday, November 12, 2012

Review : Kalau Memang Harus Begitu - Acik Lana

 
cantik cover novel ni kan? ; D


   Hai hai hai!! hihi baru habis baca novel ni. 5 stars for this novel!! Memang the best! Masuk carta novel favourite saya. Saya buat review sikit aje ya? Kalau nak buat review sepenuhnya memang panjanglah entry kali ni. Nak tahu kisah dia beli aje, confirm korang suka punya!


Time Zidan Adiputra benci Adara

-  Time ni yang saya menyampah ketat-ketat dengan Tuan Putra ni. Padahal masa Adara tertumpah air dan terkena baju dia tu kecik punya hal. Tapi si Putra ni nak besar-besarkan pula sampai dia bermusuh dengan Adara. Satu lagi sebab Putra menyampah tengok pemakaian Adara yang kolot. Dia cakap tak up to date! Baru aje start bekerja tak sampai dua tiga jam Putra dah pecat Adara. Tapi Adara tak berhenti pun sebab Datuk Hamdi, ayahnya Putra cancel kan termination Adara. Memang naik angin lah Tuan Putra. Sejak tu dia memang layan Adara teruk sangat-sangat.


Zidan Adiputra jatuh cinta dengan Adara

-  Putra...Putra.... Cepat betul erk perasaan benci tu bertukar menjadi cinta? Ni lah bak kata pepatah, jangan terlalu membenci seseorang nanti lama-lama jatuh cinta lorh. haha okey, back to the story. Kemunculan Riyad, sepupu Putra menjadikan Adara seorang princess. Riyad berjaya mengubah Adara sampai Putra terkaku memandang Adara. Tergugat jugak Putra sebab dia nampak Adara mesra sangat dengan Riyad sampai lah Putra perasan yang dia dah betul-betul jatuh cinta. Macam-macam cara Putra buat supaya Adara sentiasa dengan dia jauh daripada Riyad. Adara pulak lebih senang dengan Riyad sebab Riyad suka memaksa tapi masih dengan tone lembut. Manakala Zidan Adiputra pula suka memaksa dengan keras. Time ni rasa menyampah jugak kat Putra. Dulu bukan main cakap benci lah, menyampah lah tapi sekarang.... semuanya bertukar indah belaka. Pigiiidah!

-   Masa annual dinner, Putra betul-betul jeles dengan Riyad sebab Adara menjadi pasangan Riyad malam tu. Tapi sekejap sahaja kerana kemunculan Kyra pada masa Riyad meluahkan isi hatinya kepada Adara. Baru aje hati Adara nak berbunga terus kecut balik tengok Kyra dengan mesra peluk Riyad. Riyad pun terkejut beruk jugak lah dengan kemunculan Kyra. Sepatutnya Kyra pulang ke Malaysia minggu hadapan. Sejak tu Adara mula melarikan diri daripada Riyad. Putra apa lagi, peluang depan mata digunakan habis-habisan lah! Sampai masuk meminang Adara tanpa pengetahuan Adara.


Zidan Adiputra bersatu cinta dengan Adara

- Nikah jugak dua orang ni. Dekat part nilah, mulalah irama-irama romantis antara mereka. hihi seriously saya cakap... Zidan Adiputra memang romantik giler!! Saya yang baca ni tuut cair. Panggilan 'sayang' tak pernah lekang dari bibir dia. Tapi ada jugak lah geram-geram sikit sebab..... Zidan layan biasa aje dengan perempuan-perempuan lain. Tak sengaja konon buat Adara jeles. Eleh! Masa Riyad pandang aje Adara pandai pulak nak jeles bagai nak rak. Padahal pandang aje kut. Adara berbalas senyum pun dah berbara hati. Ele ele... dia buat isteri dia macam tu apalah pulak kan? Masa ni jugak lah Zidan Adiputra yang terkenal dengan sikap sombong dia tu berubah. pelik jugak dibuatnya Adara. Tuan Putra yang dia kenal boleh bertukar menjadi 'ringan mulut'.


Pabila rumah tangga Zidan Adiputra dan Adara terumbang-ambing dilanda musibah

-  Huh! Dekat sini jugaklah saya geram kat Adara. Adara mengambil keputusan nak gugurkan kandungan dia. Sampai bergaduh dengan Putra. Putra memang mengamuk sakan lah! Dah janin dia, memang dia marah sangat kat Adara. Adara nak dermakan buah pinggang dia kat atuk dia tapi tak boleh sebab dia mengandung. Sebab tu dia nak gugurkan. Geram kat Adara, takkan lah sampai nak gugurkan kandungan? Tak pasal-pasal Putra merajuk bawa diri. Jadi Putra buat keputusan nak dermakan buah pinggang dia.

-   Tapi nasib Adara malang. Kandungan dia gugur sebab terjatuh. Lepas atuk dia sembuh, dia bertemu semula dengan Putra dan bersama semula dengan Putra. Tapi tak sampai beberapa jam semuanya hancur! Putra dapat tahu yang Adara dah tak mengandung dan dia fikir Adara sengaja menggugurkan kandungannya. Bergaduh besar lah. Dan sejak tu Putra dekat dengan Melissa, sepupu Putra. Melissa suka dengan Putra dan Putra pulak mengambil keputusan untuk dekat dengan Melissa. Apa lagi? Menggedik lah Melissa !! Ish! Part ni lah, memang saya betul-betul menyampah dan benci giler-giler kat Putra!! Hisye!!

-   Masa syarikat diorang buat family day tu paling saya geram. Sanggup Putra bawa Melissa dan bukan Adara!! Nasib baik Riyad sanggup bawa Adara. Sanggup Putra bermesra dengan Adara sampai sanggup manyapu losen kat tubuh Melissa. Dayus kut? Masa first Adara nak lemas tu, boleh dia kaku aje tanpa buat apa-apa! Huh! Memang dayus lah!! Dan lebih sadis, dia boleh cakap kat Adara yang dia nak kahwin dengan Melissa sewaktu Adara datang sebab tak sanggup tengok dia bermandi-manda dengan Melissa. Jahat kan? Lepas tu boleh pulak dia tinggal macam tu aje Adara kat pantai tu. Dah lah ombak tengah mengganas. Kan dah lemas isteri awak tu Tuan Putra! Nasib baik dia sempat selamatkan. Tapi dia pulak rebah. Sebab.... hah! Baca sendiri kalau nak tahu erk? Haha : D


Beli sekarang novel Kalau Memang Harus Begitu karya Acik Lana !!
 *5 stars !!*

Friday, November 9, 2012

Review : Aku Terima Nikahnya

 



     Indah khabar dari rupa. Peribahasa ni sesuai sangat dengan filem yang digilai orang ramai ni. Menyesal tak sudah pergi download. Mungkinlah ada yang tak puas hati dengan kenyataan saya ni tapi memang cerita ni membosankan. Setelah sekian lama tak tengok filem melayu, akhirnya saya terpedaya jugak dengan 'hasutan' sekeliling. Time kawan saya bercerita pasal Aku Terima Nikahnya ni bunyi macam best aje. Jalan cerita aje best kut. Tapi setelah saya download, hampeh! Lagu banyak sangat. Slow!

     Cerita ni mengisahkan Johan (AdiPutra) dan Arlisa (NoraDanish) berkahwin atas cinta sama cinta. Hidup pasangan ni bahagia dan sepadan lah katakan bak lagu dengan irama yang selalu bersama dan bergesal satu sama lain mengeluarkan musik yang romantis lagi merdu. Masa Arlisa temankan Johan memancing, Arlisa terjatuh ke dalam laut dan sudah tentunya Johan menjadi hero. Pergi ikut sekali terjun dan selamatkan Arlisa. Dalam banyak-banyak part, part yang tu saya suka sebab..... "No more... No more." sebab ayat ni! Yang dituturkan oleh Arlisa. Nampak comel aje Arlisa ketawa sambil kata macam tu.

     Tapi nak katakan, satu hari tu Johan pergi jogging. Ada sebuah kereta ni, dalam kereta memang kelam-kabut, isteri dia dah nak beranak. Sambil-sambil tu boleh pulak diorang bergaduh saat-saat genting macam tu. Dah tu masa sampai selekoh ada kereta dan mereka hampir-hampir bertembung tapi sempat dielak tapi.... terlanggar pulak Johan yang tengah berjoging. Pengsang kat situ!

    Nak kasi cerita lebih gempak lah katakan, masa Johan sedar tu dia tak ingat Arlisa sorang. Yang lain dia ingat. Jadi si Johan ni konon-konon nya tak percaya yang dia dah kahwin dan dia pun layan lah Arlisa dengan dingin. Tapi Johan ni boleh pulak layan kawan baik Arlisa, Suriya dengan baik sebab Johan berkenan dengan Suriya. Si Suriya pun layan aje, tak sedar kut yang Johan tu suami Arlisa. Nak kata lurus bendul, tak tahu yang Johan suka dia tak logik. Suriya bukan lurus bendul. Hisy! 

     Dan nak lagi gempak dan hot konon-kononnya, satu hari tu Suriya datang ke rumah Johan dan Arlisa tak ada masa tu. Masa tu Johan sakit kepala so dia tolong Johan ambil ubat. Dan duduk dekat dengan Johan yang duduk atas sofa manakala Suriya atas lantai. Dan dan masa tu jugak Arlisa pulang dan tersalah sangka. Sebab yang dia nampak macam Johan dengan Suriya tu duk kiss kut. Apa lagi, bertepik lah Arlisa. Terus dihalaunya Suriya. Lepas tu mintak cerai dengan Johan. Ceh!

    Tapi last-last Johan ingat semula dan bersama semula dengan Arlisa. Happy ending! Saya tak tengok pun sebenarnya, saya jump-jump kan cerita tu. Banyak sangat lagu dan banyak sangat part yang membosankan. Kalau korang nak tengok, tengok lah. Mungkin bagi korang cerita ni best. Okey, boleh lah. Tapi tak boleh lawan cerita mas Azzam dengan Anna. Memang setakat ni belum ada cerita yang boleh menyaingi Ketika Cinta Bertasbih. Titik!




Wednesday, November 7, 2012

Review : Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar

http://cdn.images.trosworld.com/product/Bila_Nak_Saksi_50760b05abc23.jpg 


     Hihi (tiba-tiba aje suka) Bukan apa, teringkat Usop Sontorion dengan Jelita. Dalam novel ni saya tertarik dengan perkahwinan mereka. Pelik! Mula-mula baca tu memang dah penuh naik tanda tanya kat atas kepala ni. Yalah, perkahwinan tanpa pengetahuan pengantin perempuan. Tak pernah saya dengar sebelum baca BNS ni. Biasanya kalau ditunangkan secara senyap-senyap tu adalah. Tapi dulu pernah jugak belajar tentang wali mujbir ni. Kagum dengan kak RM. Pandai reka cerita yang lain daripada yang lain. Pelik memang pelik tapi itulah kenyataannya. Best tak usah dicakap. Memang best!

     Tapi sikap Usop yang suka berahsia buat saya meluat larh. Memang geram-geram giler kat Usop ni. Dia boleh pulak senyum kat Jelita walaupun masa tu hati Jelita cemburu melihat Shila dekat dengan Usop. Paling-paling kesian Jelita. Masa Jelita mengandung tapi Usop yang menerima alahan. Okey, yang tu memang sweet. Tapi Usop jadi 'meluat' pulak dengan Jelita sampai kata Jelita busuk. Ish-ish.... Kesian Jelita.

     Last, saya nak cakap. Saya berkenan dengan cara Usop tackle Jelita. hihi Comel aje Usop ngorat Jelita macam tu. Berterus terang macam Usop ni kan baru 'jantan'. Macam abang saya cakap. Lelaki yang betul-betul 'jantan' ialah lelaki yang berani 'ngorat' mak ayah perempuan yang kita cinta tu terlebih dahulu sebelum nak ngorat anak dara mereka. Dengan kata yang lain, jumpa mak ayah pihak perempuan dan berterus-terang. Cakap yang kita suka kat anak makcik dan pakcik bla bla bla.... haha sampai esok pagi tak sudah macam ni.


   Hokeyh! Yang mana lagi sweet, Jelita dan Yusuff atau Wafiah dan Ilham ?
= )

Tuesday, November 6, 2012

Review : Dah Jodoh - Iman Nizrina

 


     Dah Jodoh. Walaupun novel ni terlalu nipis. Tapi novel ni paaaaling sweet, romantis dan comel! Hero dalam DJ ni ialah Nuqman. Korang nak tahu, Nuqman suami yang paaaaling romantik. Dari mula baca memang tersengih, tersenyum dan tergelak. Watak Nuqman memang menjadi kegilaan perempuan-perempuan di luar sana. Tak cukup dengan sifat romantik dia, tambah pula dengan sifat caring terhadap Nasira. dan sifat Nuqman yang tak habis-habis suka mengusik isterinya. Tapi Nuqman tu kuat cemburu. Tapi wajarlah sebab Nuqman suami Nasira.

     Nasira sebagai watak heroin dalam DJ pula comel aje. Suka merajuk, manja.... Tapi satu lah yang saya tak tahan, paggilan suami isteri diorang. Nuqman, B manakala Nasira, Love. Aduhai, mengada-ngada pun ya jugak. Nasib baik diorang dah jadi suami isteri. Saya ni pula memang menyampah dengan panggilan macam tu. 'Abang dan sayang' dalam hubungan suami isteri kan bunyi lebih sopan, hormat dan romantis. Tapi tak apalah, nasib baik cerita ni sedia romantik.

     Yang saya paling suka, apabila Nuqman dan Nasira kena usik dengan family diorang. Alahai, sampai saya jadi blushing. Malu sendiri lah pulak. Hihi memang sukalah!!

       Ayat dalam novel ni yang buat saya menjerit dan tak boleh lupakan ialah :-  "I've got you. I've got you. Alhamdulillah." ayat ni ditutur oleh Nuqman apabila dia berjaya tangkap Nasira yang hampir jatuh tangga. Dah lah masa tu Sira tengah mengandung. Nasib baik. Tak tahu dah nak cakap apa tapi yang pasti... novel Dah Jodoh ni akan jadi salah satu novel favourite selepas Sepuupuku Suamiku, Kuseru Rindu Itu, Rindu Dalam Sepi, M.A.I.D, Tak Mungkin Kuhindar dan Jodoh Itu Milik Kita. Semua novel saya sayang tapi novel favourite ni akan jadi kesayangan saya. Hihi : D 

     Setakat ni aje review saya untuk Dah Jodoh. Siapa yang belum baca lagi tu, laju-lajulah pergi serang Popular, MPH atau mana-mana kedai buku lah ya? Dah pergi tu terus beli Dah Jodoh tau! Nak cepat, nak senang, order online aje kat kakinovel.com . = D


........................

Dah Jodoh

RM18.00
Sinopsis:-
Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham.
Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan
ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya.
Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal
suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang
mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka
minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan
baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini
terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat
yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik
kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka
dinikahkan.
“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira
bertanya dengan lembut.
“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima
ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.
Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta
semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana
takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust
menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia
hendak melayan blues, hatinya terisi semula.
Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti
keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes
tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti
kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang
menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang
terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia
beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi
garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan
kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia
mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah
kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka
dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’
lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak
yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang
sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut
dibawa badai.
Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar
bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga
mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.
Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih
mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan
cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu?
Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?
“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima
takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”
SEMENANJUNG: RM 18.00 AHLI KN: RM 14.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00 AHLI KN: RM 17.00

Sinopsis:-

Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.

“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.

“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.

Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.

Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?

“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”

Review : Bebunga Kasih - Hani Fazuha

 


   Novel lagi. hihihi dah alang-alang tengah free ni, kita baca novel lah. Menfaatkan masa lapang. Kan? Haha Okey, kita balik kepada novel Bebunga Kasih. Baca novel ni kan.... berdiri bulu roma dibuatnya. Hisy! Seram!! Kesian Dya... ayahnya tak pernah anggap dia sebagai anak kandung kerana ada satu kejadian yang berlaku dulu. Rumah mereka dimasuki perompak dan merogal mak Dya. Dan dan masa tu jugak lah mak Dya mengandungkan Dya dan ayah Dya tertekan sebenarnya, sebab tu dia layan Dya dingin walaupun dia tahu isteri dia(mak Dya) mengandung sebelum kejadian tu lagi. 

    Yang seramnya, abang kandung Dya, Ari.... sanggup merogol adiknya sendiri dan tak mengaku yang Dya adik kandung dia. Ari terlalu obses dengan Dya. Hisy! Tukar cerita lah. Seram saya dibuatnya.

    Kesian kat Dya lagi sebab orang-orang yang suka kat Dya semuanya dah kahwin. Kecuali Zarif. Lelaki yang betul-betul sukakan Dya dan suka mengusik Dya masa zaman sekolah dahulu, Sweet aje Zarif dengan Dya. Tapi si Ari tu sanggup merogol adiknya lagi walaupun masa tu Dya dah kahwin dengan Zarif. Dan Dya bernasib malang kerana dia disahkan mengandung. Anak abang kandungnya!!

    Zarif pula tak dapat terima semua tu dan fikir yang Dya terlanjur dengan Shamir(salah sorang yang sukakan Dya) dan meminta Shamir bertanggungjawab. Jadi Zarid mengambil keputusan nak ceraikan Dya. Tapi alhamdulillah, tak jadi diceraikan. Segala rahsia Dya terbongkar apabila Nyza(kawan Dya) menceritakan semua rahsia Dya kepada Zarif. Termasuklah rahsia  Dya yang dirogol oleh Ari. Fuhh! Lega sekejap. Tapi.... yang membuatkan saya berdebar, semasa Dya terlibat dengan kemalangan dan nyawa Dya terancam. Nasib baik Zarif sempat selamatkan Dya. Sempat menarik Dya yang tersekat dalam kereta sebelum kereta meletup. Zarif hero!!


....................


Judul Buku : Bebunga Kasih
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Pengarang : Hani Fazuha
Muka Surat : 512 halaman
Harga : RM 19.90

Sinopsis

DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.
Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.
Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!
Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

Sunday, November 4, 2012

Review : Antara Benci & Rindu - Ida Farisya

 


    Akhirnya, dapat jugak saya baca novel ni. Memang lama teringin nak baca. Pinjam dengan kawan, dah alang-alang dia nak bagi pinjam kita sambar ajelah. hihi Novel ni memang best. Yusrizal dalam watak ABDR sangat romantik. Walaupun mula-mula baca tu rasa benci sangat-sangat kat dia sebab pernah sakiti dan curang dengan Ifa, isteri Rizal. Kagum dengan Rizal yang sanggup memikat hati Ifa semula dan walaupun dengan cara kesempatan saat Ifa kesempitan dan Rizal membuat syarat kepada Ifa sehingga Ifa terpaksa menjadi isteri Rizal untuk kali kedua.

    Cerita ni tak banyak sangat konflik antara Rizal dan Ifa. So saya pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. Yang pasti cerita ni memang best. Romantik habis! Rugi kalau tak baca. Kalau dah baca pun tak kan rugi. Memang suka dengan sikap Ifa yang main tarik-tali dan sikap Rizal yang berusaha gigih menagih cinta dan kasih sayang Ifa semula.

    Tapi yang sadisnya, Rizal pernah terlanjur dengan kekasihnya padahal masa tu dia dah tangkap cinta dengan Ifa tetapi disebabkan ego yang menguasai diri, Rizal tekad menjatuhkan talak ke atas Ifa apabila Ifa melihat dia bermadu asmara dengan kekasih Rizal, Anne. Selepas menceraikan Ifa, Rizal menikahi Anne tapi jodoh mereka tak panjang. Rumah tangga Rizal yang dibina kali kedua hanya bertahan selama 6 atau 8 bulan. Tu pun tiap-tiap hari mereka bergaduh sebab Anne tahu dalam diam Rizal berusaha menjejaki Ifa.

     Tu ajelah kut review saya untuk novel Antara Benci & Rindu ni. Korang jangan lupa baca ya novel ni? Sangat romantik tau! Hihi


.....................

Antara Benci Dan Rindu 

SEMENAJUNG:  RM19.00 AHLI KN: RM15.00 SABAH/SARAWAK: RM22.00 AHLI KN: RM18.00

  Sinopsis:
Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.

Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.

Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.

Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Saturday, November 3, 2012

Review : Rindu Di Awan Biru - Meen Zulaikha


Hai, Assalamualaikum !  ( :


    Hmm... berapa erk nak bagi star untuk novel ni? Okey, saya 4 bintang walaupun novel ini selayaknya mendapat 5 bintang. Ada sebab kenapa saya bagi 4 bintang. Kapten Akmal, oh! Memang geram giler kat jantan sorang ni. Dah kahwin tapi mengaku bujang dan Hanan pun dengan mudah kahwin dengan Kapten Akmal di Istanbul. Tapi ialah, perempuan mana yang tak cair kalau tiap-tiap hari kena tabur dengan ayat bunga-bunga cinta dan kata-kata sayang? Begitu juga Hanan, terpedaya dengan kata-kata cinta yang bermain di bibir Akmal. Kesian Hanan, ditipu hidup-hidup! Tak cukup dengan tu, 'mak' Akmal yang datang bertemu dengan mak Hanan rupa-rupanya hanyalah mak angkat Akmal dan bukannya mama Akmal. 

    Akmal buat macam tu sebab tahu mama dia terlalu sayangkan menantu kesayangannya iaitu isteri pertama Akmal, Maira. Akmal satu, penakut! Takut bini!! Akmal tak patut berpoligami sebab Akmal tak pandai bagi sama rata dengan Maira dan Hanan. Tapi yang saya paling geram apabila Akmal kahwin dengan Hanan sebab Maira tak nak anak dan dia pulak beria nak. Oh, God! Walaupun tingkah laku Akmal menunjukkan yang dia begitu cinta dan sayang kat Hanan tapi dalam masa yang sama dia juga sayang dan cinta kat Maira. Okey, kalau saya to say sorry awal-awal lah. Memang saya tak nak! Perempuan mana yang nak bermadu?

    Saya benci menyampah kat Akmal. Mulut... amboi, kemain tabur kata-kata cinta. Boleh pulak kahwin senyap-senyap. Maira pun satu, jahat! Asyik pentingkan badan aje. Dah tahu tak nak lepaskan Akmal kat mana-mana perempuan beranak lah!! Bagi Si Akmal tu anak. Habis cerita! Fuhh! Terbawa-bawa pulak menyampah kat Akmal dengan Maira ni.

    Akmal suka tuduh melulu, tak pasal-pasal ceraikan Hanan dengan talak tiga! Dan boleh pulak Akmal upah kawan baik dia, Ridzwan Shah, Ridz atau Shah kahwin dengan Hanan tapi bersyarat. Ridz sama sekali tidak boleh sentuh Hanan dan lepas aje akad nikah tu Ridz mesti ceraikan Hanan supaya Akmal boleh nikah semula dengan Hanan. Atau dalam novel ni panggil 'Cina Buta' . Tapi ada satu persoalan yang saya tertanya-tanya ni. Saya baca kahwin Cina Buta ni hanya sah apabila diorang dah 'bersama'. Kalau lah Ridz terima upah Akmal tu, Akmal boleh kawin ke dengan Hanan? Sah ke sebab cina buta ni sah kalau mereka dah 'bersama' kan? Yang 'bersama' tu kalau Hanan dah 'bersama' dengan Ridz ke Akmal? Errr.... tak faham saya. Huhu

    Hmm... sebab tulah saya hanya bagi novel ni 4 bintang. Last-last Hanan dengan Ridz kan tapi cerita Hanan dengan Ridz terlalu sedikit. Sebab tu saya tak puas hati. Lagi satu sebab cerita Akmal macam tergantung pun ya juga. Nak tahu juga apa terjadi dengan Akmal. Ya lah, memang dia tak boleh kahwin dah dengan Hanan sebab Hanan dah kahwin dengan Ridz tapi Akmal dengan Maira macam mana? Tapi.... kalau penulis cerita lagi kisah Akmal dengan Maira memang tebal lah novel ni kan? hihi apa-apa pun karya Meen Zulaikha memang terbaik!


............................

Rindu Di Awan Biru
Meen Zulaikha


Harga: RM 19.90
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 5 Jan 2011

Sinopsis

JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?