Tabung Luahan Isi Hati

Saturday, February 14, 2015

Tempat Pertama Pertandingan Menulis Cerpen Bersama I Luv Novel


Assalamualaikum.

ALHAMDULILLAH. Siapa sangka kalau trademark Ainaa 'Biar Mimpi Menjadi Kenyataan' betul-betul terjadi. Kalau dulu, tiba-tiba Ainaa terkejut dengan pihak Ilham Grup Buku yang menyatakan cerpen Ainaa bertajuk Tabahkanlah Hatiku Ya Allah terpilih untuk diterbit dalam Antologi Cerpen Hujan Turun Lagi seperti yang dinyatakan dalam ENTRY INI <--- klik

Alhamdulillah.

Pada tahun lepas pula, pihak I Luv Novel ada buat pertandingan menulis cerpen sempena Karnival Novel 2014. Yang ni Ainaa betul-betul tak sangka apabila pada 22 Sept. 2014, I Luv Novel buat keluar keputusan dan nama yang paling teratas sekali tu adalah nama Ainaa. Berkali-kali Ainaa tengok. Tak cukup dengan tu, siap tanya mak ayah betul ke apa yang Ainaa tengok ni atau hanya ilusi. 

Macam mana tak percaya kalau penulis otai yang hebat seperti Syamnuriezmil, Ezza Maisara, Ayumi Syafiqah, Ilya Abdullah dan lain-lain pun turut serta dalam pertandingan tu.




Siapa sangka kan? Ainaa sendiri tak percaya. Alhamdulillah. Rezeki Ainaa. Dan patut ucapkan TERIMA KASIH kepada pihak I LUV NOVEL yang memilih cerpen Kasih Kembali Bersatu sebagai pemenang tempat pertama. Terima kasih, terima kasih dan TERIMA KASIH!! ^_^

Siapa yang belum pernah baca cerpen Kasih Kembali Bersatu tu boleh teruskan baca di ENTRY INI <--- klik