Tabung Luahan Isi Hati

Sunday, December 7, 2014

Cerpen: Papa Untuk Mama


Assalamualaikum! Kembali lagi dengan cerpen yang keberapa entah. Haha Yang penting penulisnya Ainaa Azlan. Kuakua. Cerpen ni dari bulan empat lagi siap tapi belum rasa nak kongsi dengan pembaca sekalian. 

Kali ini, Ainaa bawa kembali kepada pembaca semua. PESANAN PENTING, jangan harapkan cerita cerpen ini sweet mweet, dan cerita ini pun bukan cerita romantik de amor. Cerpen ini cerita biasa-biasa saja.


DAH BACA, JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMEN.

KOMEN POSITIF ATAU NEGATIF, SEMUANYA DITERIMA. = )



“Isteri papa buat apa tu?” Suriati tersentak cuma seketika sebelum bibirnya melebarkan senyuman buat suami tercinta. Dilentokkan kepalanya di bahu Aiman Aikal apabila bahunya dirangkul.

“Saja nak tengok bintang-bintang atas langit tu. Cantik kan?”

“Cantik….” Balas Aiman Aikal perlahan.

“Anwar dah tidur?”

“Dah. Hari ni Anwar suruh papa nyanyikan dia lagu Twinkle Twinkle Litter Star.” Suriati tergelak kecil.

Teringatkan anak sulung mereka, Aiman Anwar yang sering kali mahu didodoikan kalau tidak memang budak kecil itu tak akan lena. Yang jadi mangsa Encik Hubby lah. Haih! Sudah lapan tahun pekahwinan mereka dan Aiman Anwar sudah berusia tujuh tahun. Semakin hari semakin banyak kerenahnya. Tak habis-habis nak dera papa dia.

Tiba-tiba Suriati terasa tangan kanannya digenggam oleh Aiman Aikal dan dibawa ke bibir lalu dikucup sebelum meluruskan ke langit. Suriati faham dengan permainan suaminya lalu diluruskan jari telunjuk sebelum Aiman Aikal melakukan perkara yang sama.

 Kedua-dua tangan yang bercatum itu dikawal oleh Aiman Aikal dan lelaki itu membuat pergerakan seolah-olah sedang melakar sesuatu di dada langit. Suriati tersenyum dengan lakaran suaminya. ‘I love U’. Itulah yang permainan cinta yang selalu Suriati bermain dengan Aiman Aikal.

Masing-masing tidak bersuara tapi yang jari mereka yang bertaut mesra saling berbalas melakar di dada langit. Kini giliran Suriati yang mengawal lalu dilakar ayat, ‘I love U too’. Kemudian bergilir-gilirlah mereka melakar dan meneka sambil diiringi dengan ketawa kecil.

“Mama sayang papa tak?” Tanya Aiman Aikal tiba-tiba.

“Sayang…. Sayang sangat-sangat!”

“Betul mama cintakan papa?” Suriati tergelak kecil kemudian tangannya memicit kedua-dua belah pipi suaminya membuatkan mulut Aiman Aikal memuncung. Suriati gelak lagi.

“Mama cinta sangat-sangat kat papa! Cinta sangat-sangat!! Betul tak tipu.”

Aiman Aikal senyum sambil memegang kedua-dua belah tangan Suriati. Dari dulu lagi, Suriati suka buat macam tu. Nakal. “Papa pun sayang mama sangat-sangat. Dan papa cintakan Suriati sampai bila-bila, sayang. Always love you.” Balas Aiman Aikal sebelum memeluk erat tubuh isterinya. Suriati membalas.

“Papa harap mama tak berhenti cintakan papa walaupun hayat papa sudah tiada.” Suriari melepaskan pelukan dan memandang tajam ke arah Aiman Aikal. Sejak dua menjak ini itulah pesanan Aiman Aikal kepadanya. Dan dia tidak sukakannya! Walaupun kita mesti sentiasa ingat akan kematian tetapi dia tidak sanggup kehilangan suami tercinta.

“Papa boleh tak jangan cakap macam tu? Mama tak suka! Papa akan sentiasa ada dengan mama dan Anwar.” Balas Suriati tertahan. Dia mahu melangkah ke dalam bilik apabila lengannya ditarik Aiman Aikal.

“Suriati….” Aiman Aikal memegang hujung dagu isterinya.

“Ya, papa akan sentiasa berdamping dengan mama dan anak-anak kita sehingga hujung nyawa papa. Selagi papa masih hidup, selagi umur papa masih bersisa di dunia ini…. Papa akan jaga isteri dan anak-anak papa. Papa sayang kamu semua. Papa sayang Anwar dan Suriati, isteri papa. Forever!”

Aiman Aikal menyeka air mata Suriati yang sudah menitis. Dipeluk tubuh isteri tercinta lalu memberi kucupan hangat di ubun-ubun Suriati.

I love you, wife….”

………………………

Selepas selesai sediakan baju kerja untuk Encik Suami, Suriati menjengah ke bilik anaknya sebelum turun ke bawah untuk sediakan sarapan. Jejak saja kaki ke dapur terus dikeluarkan bahan-bahan untuk memasak.

“Nasi Goreng atau Bihun?” gumam Suriati.

Dia mengambil keputusan untuk menyediakan nasi goreng. Minyak dipanaskan terdahulu sebelum bawang merah ditumis bersama lada merah dan dimasukkan ke dalam kuali. Daging ayam yang sudah diptong kecil-kecil dimasukkan ke dalam kuali sehingga dibiarkan ayam sedikit masak sebelum memecahkan dua biji telur. Dikacau sehingga telur menjadi pecahan kecil-kecil kemudian baru dimasukkan nasi ke dalam kuali.

“Ermm…. Sedapnya bau.” Tegur Aiman Aikal sambil mendukung Aiman Anwar. Isterinya didekati lalu dihadiahkan ciuman di pipi. Suriati tersenyum.

“Kenapa masuk dapur ni? Pergilah tunggu kat meja. Nanti berbau pula baju kemeja papa ni.” Suriati menekan suis ‘Off’ pada dapur elektrik kemudian dimasukkan nasi goreng yang sudah siap dimasak ke dalam mangkuk nasi.

“Nasi goreng spesial siap!”

Suriati melangkah ke meja diikuti suami dan anaknya. Diletakkan mangkuk nasi di atas meja sebelum mengambil Aiman Anwar. “Awalnya anak mama bangun.” Pipi montel Aiman Anwar dicium lalu membuatkan anaknya suka terkekeh-kekeh. Nasi goreng disendukkan untuk Aiman Aikal. Kemudian Suriati berlalu ke dapur untuk membuat air milo panas.

“Mama, malam nanti kita keluar ya?” ajak Aiman Aikal apabila Suriati sudah melabuhkan punggung disisinya.

“Ke mana?” Dipandang sekilas ke arah suaminya sebelum nasi goreng disuapkan kepada Aiman Anwar.

“Kita pergi ICity nak tak? Lama dah kita tak pergi sana. Lepas tu kita pergi pula Piramid Mall, seperti dulu-dulu.” Aiman Anwar yang terdengar terus menjerit teruja.

“Yea! Yea! Nak pergi ICity!!”

“Tapi papa mesti penat. Papa pulang petang lelah-lelah lepas tu malam keluar pula. Kita keluar hujung minggu ini pun tak apa. Mama tak nak papa Anwar ni letih. Nanti jatuh sakit pula.” Ujar Suriati membuatkan senyuman di bibir Aiman Aikal semakin melebar.

“Ni buat papa semakin sayang mama Anwar ni. Tapi, untuk anak papa yang handsome dan isteri papa yang jelita ni…” Hidung Aiman Anwar dipicit membuatkan anaknya menjerit.

“Papa!! Sakitlah.” Cemburut Aiman Anwar manakala mama dan papa mereka sudah meledakkan tawa.

“Papa tak akan letih. Everything about both of you, I can do it. Tapi…. Mama kena bagi papa energy lah malam nanti. Topup balik.” Dihujung ayatnya Aiman Aikal berbisik lalu dihadiahkan kenyitan mata kepada Suriati. Dia tersenyum nakal.

“Boleh aje…” balas Suriati selamba juga beserta senyuman nakal. Aiman Aikal membuat muka teruja sebelum kedua-duanya ketawa. Aiman Anwar yang tidak tahu apa-apa turut mengekeh ketawa.

………………………

“Yea! Yea! Papa ajak pergi jalan-jalan. Papa ajak jalan-jalan.” Suriati tersenyum mendengar sorokan Aiman Anwar. Gembira betul anaknya apabila papa dia ajak keluar. Suriati menggeleng kepala melihat Aiman Anwar yang sudah melompat-lompat sambil menjerit.

“Anwar, jom tukar baju. Sekejap lagi papa balik.” Dengar sahaja arahan dari mamanya terus Aiman Anwar berlari ke tingkat atas.

“Jangan lari Aiman Anwar! Nanti jatuh.”

Suriati menggeleng kepala kemudian dia tersenyum sendiri apabila terpandang foto keluarga mereka. Dan matanya terhenti pada satu frame besar yang terletak di tengah-tengah dinding. Dalam gambar itu ada Suriati dan Aiman Aikal serta Aiman Aikal ketika berusia tiga tahun.

Tiba-tiba terasa rindu akan suaminya membuak-buak membuatkan Suriati pantas mencapai handphone dan didail nombor telefon Aiman Aikal. Lama telefon berdering sehingga panggilannya masuk ke voicemail. Suriati mencuba lagi namun masih hampa. Perlahan-lahan  tangan menyentuh dada kiri yang tiba-tiba berdengup kencang. Suriati menggeleng kepala seraya menarik nafas.

“Astaghfirullah Al-Azim… Mungkin papa tengah drive kut.”

“Mama cepatlah! Nanti papa tunggu.” Jerit Aiman Anwar di tangga.

“Ya… Mama datang.” Balas Suriati kemudian bingkas bangun. Namun langkahnya terhenti apabila handphone berbunyi. Segera diangkat apabila nama suaminya tertera.

“Assalamualaikum, papa….” Ujar Suriati ceria.

“Puan…. Puan isteri kepada Encik Aiman Aikal ke?” dahi Suriati berkerut apabila suara asing menyapa telinganya.

“Ya saya. Kenapa handphone suami saya dengan encik?”

“Begini puan, sebenarnya suami puan terlibat dengan kemalangan. Tapi, maafkan kami puan. Suami puan meninggal di tempat kejadian. Sekarang dibawa ke hospital Ampang.”

Dupp!!

Handphone terjatuh di atas karpet tebal diruang tamu. Darah bagaikan disirat keluar. Seluruh badannya menggigil sehingga Suriati melorot jatuh. Air mata tanpa dipaksa mengalir deras mengikut lekuk pipi. Suriati teresak-esak di situ. Tidak percaya akan kejadian yang meragut nyawa suaminya dengan sekelip mata.

…………………..

Aiman Airil mengelap peluh di dahi sambil melabuhkan punggung di kerusi bawah kanopi. Melepaskan lelah selepas bertungkus lumus mengangkat dan membasuh periuk belanga. Air yang sudah disediakan diteguk sebelum matanya terhenti pada bekas adik iparnya.

Di wajahnya jelas kelihatan mendung. Tentu sekali majlis tahlil untuk Aiman Aikal membuatkan wanita itu kembali teringatkan arwah suaminya. Keluhan panjang dilepaskan.

“Uncle Airil….” Aiman Airil berpaling.

“Anwar, mari.” Aiman Anwar terus melompat ke riba bapa saudaranya lalu dirangkul tangan di bahu Aiman Airil.

“Uncle, papa mana?” Tanya si kecil. Matanya sekejap terpejam sekejap terbuka menandakan kantuk sudah menguasai diri. Aiman Aikal mendiamkan diri. Tidak tahu jawapan apa harus diberi kepada Aiman Anwar. Matanya dikalih ke arah Suriati yang sudah menghampiri mereka.

“An, jom masuk tidur.” Ajak Suriati apabila dari jauh dia mula perasan yang anaknya belum tidur. Rasa kesal dihati apabila hari ini dia sudah mengabaikan Aiman Ainwar kerana asyik melayan kesedihan. Sepatutnya dia perlu kuat untuk anaknya yang kehilangan seorang ayah.

“Mama, papa mana?” soalan yang sama dari Aiman Anwar Cuma dituju kepada mamanya pula.

Suriati menarik nafas menahan sebak sebelum bersuara. “Papa tak ada sayang…. Allah sudah ambil papa.” Aiman Anwar yang sudah beralih ke dukungannya dipeluk erat sambil mengusap belakang Aiman Anwar. Aiman Airil hanya memerhati.

“Kenapa Allah ambil papa? An nak papa, mama.” Aiman Anwar mula menangis sambil meronta-ronta.

“An sayang… Allah ambil papa sebab Allah sayang papa.”

“Allah sayang papa?” Suriati hanya mengedipkan mata. Ciuman sayang dilepaskan di dahi Aiman Anwar.

“Mama dodoikan Anwar ya.” Pujuk Suriati kemudian berkalih kepada Aiman Airil.

“Abang Airil, Atie masuk tidur dulu.” Pinta Suriati dan Aiman Airil hanya mengangguk. Dia hanya memandang sehingga kelibat dua beranak itu hilang. Keluhan dilepaskan. Ya Allah…. Kau berikanlah kekuatan kepada mereka.

“Abang sayang Atie dan Anwar. Abang janji akan jaga diorang seperti yang kau pinta, dik.”

……………………..

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam apabila pintu biliknya diketuk. Aiman Airil membuka pintu dan tersembur wajah Suriati di situ. Dia tidak terkejut kerana sudah setahun lebih arwah Aiman Aikal meninggal, pasti suatu malam Suriati akan ke biliknya.

“Anwar tak boleh tidur lagi?” tekanya dan disambut dengan dengan anggukan Suriati. Bergegas Aiman Airil bergerak ke bilik hujung. Aiman Anwar yang sedang menangis di atas katil didekati lalu dipeluk tubuh kecil itu.

“Kenapa An tak tidur lagi ni?”

“An nak dodoi….”

Kan mama An ada.”

“Tak nak! Nak papa dodoi. Mama dodoi tak sama dengan papa.” Adu Aiman Anwar. Begitulah sikap Aiman Anwar apabila kanak-kanak itu rindukan arwah papanya. Dan hanya seorang saja yang boleh dodoikan Aiman Anwar sama seperti arwah Aiman Aikal lakukan.

“Mari uncle dodoikan.” Suriati ralit memandang Aiman Airil yang sedang dodoikan Aiman Anwar dengan lagu ‘Baa Baa Black Sheep’ siap dengan gayanya.

Melihat akan itu, Suriati mula sebak. Aiman Airil persis arwah suaminya, Aiman Aikal! Air mata yang mengalir disapu apabila perasan Aiman Airil mula mengundur dari katil selepas Aiman Anwar lena.

“Thanks Abang Airil. Kalau abang tak ada, Anwar tentu akan berjaga.” Ucapnya ketika Aiman Airil mahu beredar ke biliknya.

“No problem. Untuk anak saudara abang tu, apa saja apa sanggup.” Suriati hanya tersenyum dan terangguk-angguk.

“Suriati, kalau esok malam dan seterusnya biar abang dodoikan Anwar ya? Nanti Anwar boleh jatuh sakit kalau asyik tidur lewat.”

“Err… Tapi, bang….” Suriati serba-salah. Ada benar dengan kata-kata Aiman Airil tapi dia tidak mahu anaknya terbiasa dengan lelaki itu. Lagipun di hatinya sudah membuat keputusan untuk berpindah dari rumah mertuanya ini. Dia mahu mulakan hidup baru tanpa bergantung kepada sesiapa.

“Tak apalah Abang Airil. Lagipun bukan tiap-tiap malam Anwar tak boleh tidur. Lama-lama nanti terbiasalah dia….” Luah Suriati juga. Segera dia melangkah ke biliknya meninggalkan Aiman Airil yang tidak sempat bersuara.

……………………….

“Atie…..”

Suriati berpaling dan tersenyum kepada Puan Latif, ibu mertuanya. “Ibu, duduklah.” Suriati beralih sedikit untuk memberi ruang kepada Puan Latif melabuhkan punggung disebelahnya.

“Cerita apa yang Atie tengok ni?” tanya Puan Latif sekadar membuka bicara. Matanya terhala ke kaca televisyen dan tak lain tak bukan yang ditonton isteri arwah anak keduanya ini drama melayu. Sudah sebati dengan minat Suriati yang suka menonton drama tempatan.

“Sedih cerita ni, ibu.  Suami dia sanggup jual tubuh isteri dia kat kawan lepas kalah dalam judi. Menderita isteri dia.”

“Hmm…. Ibu nak cakap sikit dengan Atie boleh?” Suriati senyum kemudian mengangguk kepala. Alat kawalan jauh TV dicapai dan diperlahan peti suara.

“Ibu nak cakap apa?” soal Suriati apabila sudah bersila di hadapan Puan Latif. Dia tahu pasti ada sesuatu yang penting untuk dibicarakan.

“Suriati tak nak kahwin lagi ke? Ibu bukan apa, Anwar tu…. Masih kecil untuk kehilangan kasih sayang seorang ayah. Atie pun masih muda untuk hidup sendiri.”

Suriati tertunduk.

“Atie tak boleh, ibu…. Jiwa Atie masih dengan arwah. Atie tak boleh lupakan Abang Aikal.”

Puan Latif menghela nafas.

“Atie tak boleh selamanya macam ni. Ibu sayang, Atie. Ibu sayang cucu ibu. Ibu tak sanggup tengok cucu ibu membesar tanpa kehadiran seorang ayah. Atie fikir-fikirlah semula. Ibu tak berhak nak memaksa.”

“Ibu masuk tidur dulu…..”

………………………….

“Mama.”

“Ya, sayang?”

“Mama….” Kening Suriati terangkat melihat Aiman Anwar yang masih teragak-agak dihadapannya.

“An nak papa….”

Suriati tersentak. Tentu anaknya itu rindu dengan papanya.

“An… kan papa dengan Allah. Papa dah tak boleh bersama kita macam dulu,” kepada Aiman Anwar diusap sayang. Kesian anaknya, kehilangan papa yang manja dengan Aiman Anwar.

“Uncle Airil kan ada. Uncle boleh jadi papa untuk kita mama, kan?” Suriati tercengang. Terkejut dengan bicara anaknya. Mata bundar anaknya yang terkelip-kelip di hadapannya dipandang. Ya Allah….

“Mama, boleh ya uncle jadi papa kita? Uncle kan sayang kat kita.” Tambah Aiman Anwar.

Suriati berdehem dan tanpa jawapan dia menarik Aiman Anwar ke dalam pelukan. Dan ketika mengubah posisi itulah kornea matanya menangkap susuk tubuh Aiman Airil yang berdiri di hujung tangga.

Mata mereka saling memandang tapi hanya seketika sebelum lelaki itu melangkah ke tingkat atas.

……………………

“ Suriati, abang serius bila abang cakap mahu kahwin dengan Atie.” Terang Aiman Airil apabila Suriati menganggap dia hanya bergurau. Wajah Suriati yang jelas terkejut dipandang.

Suriati tertunduk.

“Jangan disebabkan Abang Airil kesiankan kami anak beranak, abang sanggup kahwin dengan Atie.” Aiman Airil menggeleng. Sungguh! Dia ingin kahwin dengan Suriati kerana cinta yang terpendam mula berputik semula. Bukan simpati semata-mata dan bukan kerana arwah Aiman Aikal yang mahu dia menjaga mereka anak beranak.

Suriati merupakan junior nya ketika mereka sama-sama belajar di salah satu universiti tempatan. Bertahun dia mencintai Suriati dalam diam dan saat-saat ingin meluahkan perasaan, baru Aiman Airil tahu cinta Suriati sudah dimiliki. Milik adik kandungnya sendiri, Aiman Aikal!!

Kini, setelah Aiman Aikal meninggalkan mereka buat selama-lamanya dan setelah hampir tiga tahun dia kembali rapat dengan Suriati kerana adanya Aiman Anwar…. Cinta ini mula berputik semula. Kali ini dia nekad melamar Suriati!

“Kalau hanya perasaan kesian, abang tak akan lamar jadi isteri abang, Suriati. Abang…. Abang suka Atie. Abang betul-betul ikhlas nak jadikan Atie isteri abang.”

“Suriati, kahwin dengan abang? Jadi isteri abang?”

Suriati bingkas bangun dari duduknya dan membelakangi Aiman Airil. Air mata yang mengalir disapu sebelum memandang ke arah Aiman Airil. Lambat-lambat dia menggeleng kepala lalu berlalu meninggalkan lelaki itu.

Aiman Airil tercengang. Mukanya yang sudah memerah diraup. Tubir matanya terasa berair tapi dia langsung tiada keinginan untuk mengelapnya. Sekali lagi dia kecewa. Dengan orang yang sama. Juga dengan cinta yang sama….

Puan Latif yang sedari tadi melihat dari balkoni biliknya turut mengalirkan air mata. Sedih melihat anak lelakinya menitiskan air mata. Nafas panjang dihela.

“Sabar, nak…Ibu tahu dia mula cintakan kamu juga. Tapi dalam masa yang sama arwah masih berada dengan jiwanya.”

…………………

Terketar-ketar tangannya menolak pinti wad itu. Matanya menangkap sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Suriati mendekati dan dia dapat mengesan wajah yang dahulunya tak ada cacat cela tapi kini penuh dengan calar dan luka dalam yang pasti akan meninggalkan parut.

Pagi sebelum ini ketika Suriati sampai ke rumah Puan Latif, ibu mertuanya tiba-tiba menerpa ke arahnya sejurus keluar dari kereta. Puan Latif teresak-esak.

“Ibu, kenapa ni?” tanyanya cemas ketika itu. Tubuh Puan Latif dipeluk dan cuba menenangkan wanita itu.

“Airil….”

“Atie, Airil….”

“Kenapa dengan Abang Airil? Kenapa ibu?” Suriati turut cemas. Apatah lagi melihat Puan Latif menangis tanpa henti. Tentu ada perkara buruk yang berlaku kepada Aiman Airil!

“Airil aksiden. Tolong bawah ibu ke hospital.” Suriati tergamam namun cepat-cepat dia tersedar dan kini…. Di sini dia. Di dalam bilik wad yang menempatkan Aiman Airil. Lama Suriati memandang Aiman Airil yang lena sebelum cepat-cepat menyedarkan diri apabila mata lelaki itu bergerak.

“Abang Airil dah sedar?!”

Aiman Airil tersenyum nipis. Sebenarnya sudah lama dia tersedar cuma sengaja menutup matanya. Dia tidak sanggup Suriati melihat dia lemah begini walhal baru semalam dia berjanji dalam lamarannya untuk menjaga Suriati dan Aiman Anwar.

“Abang nak Atie panggil doktor? Atau abang nak minum ke?”

Aiman Airil menggeleng.

Dia menggamit Suriati supaya mendekatinya. Suriati hanya menurut.

“Abang tak perlukan doktor. Abang tak nak minum air. Abang cuma perlukan Suriati dan Aiman Anwar. Abang nak kahwin dengan Atie.”

…………….

“Papa untuk nenek.”

“Papa untuk Anwar.”

“Papa untuk….”

“Mama!!” sambung Aiman Anwar lagi sambil menerpa memeluk mamanya. Dihadiahkan ciuman di pipi Suraiti.

Suriati dan Aiman Anwar tergelak. Sebelah tangannya mengusap rambut Aiman Anwar manakala sebelah lagi erat bersulam dengan jemari isterinya…. Suriati. Ciuman kasih sayang turut dilepaskan buat Aiman Anwar dan Suriati.

Siapa sangka disebalik kemalangan yang menimpanya lima bulan yang lalu, rupa-rupanya ada hikmah. Siapa sangka sebaik sahaja dia melawar Suriati untuk kali kedua, dalam keadaannya yang sakit, lamarannya segera diterima Suriati.

Perasaannya ketika itu usah dicakap, sangat-sangat gembira! Sakit-sakit di seluruh tubuhnya pun terasa hilang begitu. Yang lemah terbaring pun rasanya sudah boleh melompat-lompat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya dia ketika itu.

“Anwar, pergi kat nenek kejap.” Pinta Aiman Airil. Sengaja kerana mahu berdua-duaan sekejap dengan isterinya.

“Ok!” terus Aiman Anwar meloncat turun dan mencari neneknya di tingkat bawah.

“Sayang….”

“Ya?”

“Macam mana ya Atie boleh jatuh cinta dengan abang?”

Suriati tergelak kecil. Badannya disandar ke badan Aiman Airil. “Kenapa tanya?”

“Saja nak tahu…. Yalah, orang tu kita terlantar kat hospital baru nak terima. Manalah tahu orang tu jatuh cinta dengan abang sebab muka abang yang calar-balar tu.” Suriati tergelak. Bahu Aiman Anwar ditepuk.

 “ Bukan sebab ni….” Tangannya naik menyentuh parut panjang dari pipi ke dagu yang sudah mula hilang sedikit tapi masih jelas kelihatan di mata.

“Tapi sebab sikap penyayang abang.”

“Cara abang layan Anwar… Cara abang jaga kami….”

“Semua buat Atie jatuh cinta dengan abang.”

Aiman Anwar menangkap tangan Suriati kemudian di bawa rapat ke bibir. Dikucup bertalu-talu sebelum menggigit hujung jari runcing isterinya. Suriati terjerit kecil,

“Abang ni!!” Suriati bersuara geram.

“Abang apa?” tanya Aiman Airil sambil mendekatkan mukanya.

“Abang…. Abang….”

“Hmm?”

“Abang jahat!”

Aiman Airil tangkas menangkap tangan Suriati yang ingin menolak mukanya. Dia tersenyum nakal.

“Mana ada jahat, sayang…”

Muka terus didekatkan. Masih mahu mengusik si isteri.

“Abang nakal aje,”

“Papa!!”

“Hish!” Aiman Airil segera menjauhkan mukanya dan tangan Suriati turut dilepaskan. Mata Aiman Anwar yang sudah nampak kuyu dipandang.

“Papa. Nak dodoi.”

Suriati tersenyum. Tak habis-habis dengan dodoi. Asalkan jangan lekat sampai ke tua sudah, anak mama. Keningnya terangkat apabila melihat Aiman Airil yang keluar semula dari bilik tidur mereka.

“Mari abang dodoikan sayang sekali.”

Suriati tergelak namun dia hanya menurut langkah Aiman Airil. Tak boleh nak lari dah. Suriati memejamkan mata. Ya Allah… semoga kebahagian ini kekal milikku.

[ TAMAT 11/04/14 ]

Much Love,
AinaaAzlan

Saturday, December 6, 2014

Jawapan Sambungan Cerpen Tabahkanlah Hatiku Ya Allah



Assalamualaikum semua. Ampun! Maaf! Sorry sangat-sangat! Busy tahap berjuta lebah sampai dah berbulan-bulan tak buka blog. 

Rupanya walaupun cerpen Tabahkanlah Hatiku Ya Allah dah lama Ainaa post dalam blog ni, tapi masih ada lagi yang tercari-cari. Cerpen tu ada separuh jalan sebab cerpen dah terbit dalam buku. Haha Alhamdulillah. Rezeki tu. Cerpen pertama yang diterbit. Hehe

Walau apa pun sayu hati pulak tengok-tengok komen dari pembaca semua. Terharu pun ada sebab masih ada yang tercari-cari cerita penuh cerpen THYA ini. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! = )




komen-komen dari pembaca di blog.


Disebabkan ramai yang tak jumpa buku tu sebab buku tu print terhad aje. Haha Korang BOLEH BACA CERPEN TABAHKANLAH HATIKU YA ALLAH DI SINI !!! Pandai-pandai carilah ya. Kan dah besar-besar semuanya. Heee Dah baca janganlah diamkan diri aje, KOMEN dan TEGUR lah apa yang patut dan apa yang tak patut. Haha

Komen positif atau negatif semuanya saya terima sebagai cabaran dan semangat untuk saya terus berkarya dengan lebih baik.  = )

Friday, October 10, 2014

Cover Cerpen


Assalamualaikum! Hai!

Lama betul blog ni ditinggalkan tanpa bertuan. Hehe Nak buat macam mana tuan punya tanah pemalas nak update blog. Ok, tak pun sebenarnya. Daku ini teringin sangat nak update cerita baru. Dan teringin sangat-sangat untuk kembali mengarang cerita. Tapi semuanya terhalang oleh masa dan kerja peribadi.
Nanti-nantilah korang tahu kenapa. Haha

Ok sekarang ni, untuk lepaskan rindu daku ini untuk merepek di blog ini,
jadi tertulislah entry ini. Kuakua. Sambil-sambil nak beritahu korang yang mana selama ni sudi baca cerpen-cerpen Ainaa Azlan... bahawa ada cerita baru!
Hee cerita apa? Biar gambar berbicara = P

Isteriku Raina Elisya - published june 2012


 Dialah Aaron Aziz Aku - published August 2012


 Tabahkanlah Hatiku Ya Allah - published january 2013


 Kasih Kembali Bersatu - published december 2013


Papa Untuk Mama

Indahnya Cinta

Tiada Lagi Dia - published June 2014

Yang mana rasa tak ada dalam blog tu.... Itulah cerita baru. Ada yang Ainaa dah update dalam blog. Bagi yang belum baca lagi cerpen-cerpen kat atas, sudikanlah diri untuk membacanya. Boleh cari dalam blog cerpen-cerpen itu.

Monday, June 16, 2014

Cerpen: Tiada Lagi Dia


Assalamualaikum!

1- saya tahu saya tak pandai buat cerita sampai orang nangis atau ketawa.

2- Jangan marah kalau cerita ni tak seperti yang diharapkan.

3- Yang mana ada salah mohon jangan segan silu mahu menegur.

4- Selamat membaca : )


....................



Jeritan  seorang gadis muda bergema di rumah separuh siap dan sudah lama ditinggalkan. Kaki tangannya meronta-ronta meminta dilepaskan. Sudah puas dia memekik meminta tolong dan meminta kesian belas namun semuanya hanya sia-sia. Tiada siapa yang dengar. Tiada siapa yang simpati.

Makin kuat dia melawan, makin bernafsu mereka yang melihat sambil terkekeh-kekeh kemenangan. Malah tanpa belas kasihan, empat orang lelaki jahanam itu seronok ‘mengerjakan’ seorang gadis Melayu dengan kasar. Tak cukup dengan itu, mereka bergilir-gilir menyeksa.

Terus terusan menyeksa.

Sadis.

Gadis itu pasrah. Badannya cukup terseksa dengan serangan bertubi-tubi empat jahanam itu. Akhirnya, dia terkulai tidak sedarkan diri dengan penyeksaan itu semua.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur, ayat 2)

……………………

“Anak umi tengok apa?”

Teguran dari uminya membuatkan Izzat mengalihkan pandangan, memandang Puan Ramlah. Izzat tersenyum. Perlahan-lahan kepala digelengkan. Tangan Puan Ramlah digamit sebelum mencium tangannya.

“Macamlah umi tak nampak.” Komen Puan Ramlah.

“Tak sengaja umi.”

Puan Ramlah menepuk bahu Izzat beberapa kali.

“Nama dia Nurul. Nurul Wahida.” Ujar Puan Ramlah seraya dilabuhkan punggung disebelah Izzat.

“Siapa Nurul?”

“Adik kecil molek itu, yang anak umi ralit tengok sampai umi datang tak sedar.”

Izzat tersengih. Nak kata apa lagi, memang dia tidak sengaja untuk merenung lama perempuan bernama Nurul Wahida itu. Dari pagi tadi lagi dia nampak wajah itu di Rumah Annisa’ milik uminya yang menempatkan remaja-remeja perempuan yang tersasar. Tapi wajah itu…. Nurul Wahida, tiba-tiba muncul hari ini. Mungkin penghuni baru.

Apa yang menarik matanya untuk terus melihat adalah wajah sedih yang jelas terpancar di muka Nurul Wahida. Air mata dan Nurul Wahida seolah-olah tidak boleh berpisah. Sentiasa mengalir di pipi yang sedikit tembam itu. Izzat seolah-olah dapat merasa derita itu. Entah kenapa, hadir di lubuk hatinya untuk berkongsi derita yang dialami Nurul Wahida.

“Izzat….” Puan Ramlah menegur apabila mata anaknya masih galak memerhati Nurul Wahida. Kepada digeleng-gelengkan. Naluri ibunya sudah dapat meneka sesuatu. Tak pernah anaknya begini, kebiasaannya Izzat orang yang selalu menjaga pandangan matanya.

Seperti mana Allah Subhaanahu Wata’ala berfirman, bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." Surah An-Nur 24:30.

“Maaf, umi.” Izzat beristighfar dalam hati. Dia mengalihkan duduknya di hadapan Puan Ramlah, membelakangi tempat duduk Nurul Wahida.

“Kalau Izzat nak tahu, Nurul baru dimasukkan di sini semalam. Kesian dia, Izzat. Baru berumur 20 tahun tapi dia…. Nurul dirogol, diseksa.” Cerita Puan Ramlah.

“Astaghfirullah!”

“Kesian umi melihatnya. Dari semalam, Nurul hanya diam dan menangis. Makan pun sedikit. Itu pun setelah umi pujuk dia. Allah…. Memang sadis cerita Nurul. Dirogol empat lelaki yang tiada perikemanusiaan. Manusia zaman sekarang semakin kejam, Izz…. Ramai insan yang tidak berdosa teraniaya. Allahu Rabbi.”

“Astaghfirullah Al-azim…..” mengucap panjang Izzat mendengar cerita uminya.

Wajarlah, Nurul Wahida kelihatan menderita. Rupa-rupanya ini yang dialaminya. Difikirnya, ingatkan Nurul Wahida sama dengan penghuni lain di Rumah Annisa’, terlanjur dengan pasangan kekasih masing-masing. Malah ada yang hubungan terlarang sedarah. Allahu Rabbi…..

Izzat terkalih ke belakang namun kelibat Nurul Wahida sudah tidak kelihatan. Izzat bersandar di kerusi batu itu, berkalih memandang awan yang indah terbentuk. Tak dapat dielak, fikirannya asyik teringatkan seraup wajah itu. Sempat dia titipkan doa untuk Nurul Wahida supaya terus tabah sebelum kedengaran azan dari surau berdekatan. Izzat bergegas ke surau untuk menunaikan solat Asar.

Dia tidak mahu melengahkan solat kerana Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". Riwayat Al-Hakim.

……………………..

Izzat keluar dari keretanya dan terus menuju ke Rumah Annisa’. Apabila melalui ruang koridor, dia mula pelik kerana tiada sesiapa di situ. Keadaan di situ hanya sunyi sepi tanpa ada penghuni yang lalu. Kepala dijenguk ke taman landskap, juga tiada sesiapa. Pelik! Jam tangan dilihatnya. Baru menunjukkan jam 9 malam. Tak akan semua dah tidur?

Dia mengambil keputusan untuk ke bilik uminya namun baru beberapa langkah, dia terlihat akan salah seorang penghuni di Rumah Annisa’ yang berlari ke arahnya.

“Assalamualaikum, Abang Izzat!!”

“Waalaikumussalam, Nurin. Kenapa lari-lari ni? Kalut semacam jea saya tengok.” Tanya Izzat kepada Nurin.

“Abang Izzat, ada…ada…orang…ngamuk…ada…”Nurin termengah-mengah. Susah dia nak bercakap apabila nafasnya tersekat-sekat.

“Apa dia awak cakap ni? Saya tak faham. Ok-ok. Nurin, tarik nafas dulu.” Nurin mengikuti kata Izzat. Ditarik nafas dalam-dalam beberapa kali sebelum memberitahu berita yang terbantut tadi.

Ada orang mengamuk kat Bilik Dorm Mawar. Dia nak bunuh diri! Cepat Abang Izzat!! Cepat!!”

Izzat terkejut namun apabila melihat Nurin sudah berlari ke arah bilik dorm, dia terus berlari ke sana. Selama ini, tak pernah lagi penghuni di situ ingin bunuh diri. Siapa yang buat onar ini? Izzat tertanya-tanya tapi kakinya semakin dipercepatkan apabila terlihat pekerja-pekerja dan penghuni Rumah Annisa’ berkumpul di hadapan pintu bilik Dorm Mawar apatah lagi dia dapat mendengar pekikan seorang perempuan. Mereka yang berada di situ memberi laluan apabila terlihat akan Izzat.

“Jangan dekat!! Jangan!!”

Izzat tergamam. Terkejut melihat Nurul Wahida yang memegang pisau lipat dan mengacah ke pergelangan tangannya sendiri. Segera Izzat menghampiri Puan Ramlah dan beberapa pekerja Rumah Annisa’ yang sedang menenangkan dan memujuk Nurul Wahida.

“Izzat. Tolong umi, Izzat.” Puan Ramlah sudah mengalirkan air matanya. Hatinya tersentuh melihat Nurul Wahida yang tertekan sampai nekad ingin bunuh diri. Mujur sahaja penghuni bilik Dorm Mawar yang lain ternampak dan segera menghalang serta memberitahunya.

Izzat melangkah ke hadapan Puan Ramlah dan yang lain-lain untuk mendekati Nurul Wahida. “Nurul, jangan macam ni. Bahaya pisau kat tangan tu. Mari bagi kat saya.” Pujuknya sambil terus mendekati Nurul Wahida namun terhenti apabila dirinya pula diugut.

“Jangan dekat!! Selangkah ke depan, aku bunuh kau!” pisau lipat yang tadi berada di lengannya dihala ke arah Izzat.

“Ya Allah… Ingat Tuhan, Nurul! Berdosa Nurul buat macam ni.”

“Aku tak peduli!! Kau dengan lelaki jahanam itu semuanya sama! Kau semua jahanam! Syaitan!! Pergi! Pergi!!” Terundur Izzat ke belakang apabila Nurul Wahida bertindak menghayunkan pisau ke depan.

“Aku tak nak hidup. Aku nak mati!! Hidup aku jahanam sebab kamu semua. Aku nak mati!” bagaikan orang gila Nurul Wahida berteriak dan pisau di bawa semula ke pergelangan tangannya.

Apabila terlihat akan tindakan drastik Nurul Wahida, Izzat nekad menerpa ke arah Nurul Wahida dan merampas pisau lipat itu. Mereka bergelut. Muka Izzat berkali-kali dicakar dan ditampar namun tangannya kemas memegang tangan kanan Nurul Wahida yang memegang pisau sehingga tangannya terluka.

Puan Ramlah dan mereka yang lain turut membantu apabila Izzat berjaya merampas pisau lipat itu. Izzat menyuruh Nurin untuk mendapatkannya segelas air dan segera dituruti Nurin. Apabila segelas air sudah berada di tangannya Izzat membaca beberapa ayat suci al-Quran untuk menangkan Nurul Wahida. Segera dihulur kepada uminya untuk diraup ke muka dan diminum Nurul Wahida.

Nihela nafas lega apabila melihat Nurul Wahida sudah beransur tenang. Izzat keluar dari Dorm Mawar sambil menunggu Puan Ramlah keluar. Sempat dibasuh mukanya di paip air yang berada di luar dorm.

“Macam mana boleh jadi macam ni, umi?” tanya Izzat sejurus Puan Ramlah keluar dari dorm.

“Umi tak tahu, Izz…. Sedih umi tengok Nurul. Allah…”

Melihat akan Puan Ramlah menangis, Izzat memeluk uminya. Izzat tidak sangka begitu nekad sekalinya Nurul Wahida sampai sanggup cuba nak bunuh diri. Tidak dapat dia bayangka jika itu benar-benar terjadi. Izzat tergeleng-geleng kepala. Entah kenapa hatinya tidak sanggup untuk melihat lagi derita Nurul Wahida yang ditanggung seorang diri. Cintakah? Atau hanya dasar belas kasihan sesama Islam? Izzat tidak tahu tapi hanya doa yang boleh di sampaikan.

Ya Allah, kau lindungilah hamba-Mu yang bernama Nurul Wahida. Kau kuatkanlah hatinya dalam menempuh ujian-Mu ini.

………………….

LIMA BULAN BERLALU.……

“Bang, nak saya tolong?” sapa Izzat kepada Abang Man yang bekerja sebagai tukang kebun.

“Haa, kamu Izzat. Boleh juga kamu nak tolong.”

Cangkul tanah diambil dan segera Izzat membantu Abang man. Hari ini, Abang Man mahu menambahkan lagi lanskap taman bunga. Dia dan Puan Ramlah hanya mengikut apa sahaja cadangan Abang Man jika ianya baik untuk persekitaran dan udara yang nyaman.

Sedang asyik mencangkul, Izzat terpandang Nurul Wahida yang tunduk merenung ke dalam kolam ikan. Sempat juga matanya menangkap perubahan ketara pada Nurul Wahida sebelum menyambung semula kerjanya. Masakan dia tidak perasaan apabila Nurul Wahida semakin kurus, pipinya cengkung jelas kelihatan.

Teringatkan selama lima bulan Nurul Wahida berada di Rumah Annisa’, Nurul Wahida sering kali demam mengejut, batuk berterusan dan lelah setiap masa. Bukan itu sahaja, sakit kepala dan mual setiap kali makan pun turut dialami Nurul Wahida. Semuanya diberitahu oleh uminya. Berkali-kali diajak dan dipujuk Puan Ramlah untuk buat pemeriksaan di hospital tapi setiap kali itu juga ditolak Nurul Wahida. Apatah lagi kalau Izzat memujuk, memang tidak akan dilayan.

“Nurul!!!”

Bunyi jeritan ramai itu mengejutkan Izzat. Pantas sahaja dia berpaling dan berlari mendapatkan Nurul Wahida yang sudah jatuh terkulai. Disuruh penghuni-penghuni Rumah Annisa’ untuk memapah Nurul Wahida ke keretanya. Nurul Wahida perlu segera di bawa ke hospital. Walaupun perkara ini sudah biasa berlaku sejak 5 bulan yang lalu, tapi kalau sudah asyik sakit dan ada perubahan ketara pada tuan punya badan, jangan sesekali diambil mudah. Dia tidak mahu lagi mengikut kepala Nurul Wahida yang degil ke hospital.

……………………

Di ruang koridor hospital, sudah hampir setengah jam Izzat duduk bersandar di atas kerusi yang disediakan. Entah bagaimana hendak gambarkan perasaannya sekarang ini. Sedih, kecewa dan kasihan? Semuanya bercampur aduk. Masih terngian-ngian lagi di telinganya setiap patah perkataan yang keluar dari mulut doktor yang merawat Nurul Wahida.

“Maaf saya katakan tapi ianya positif. Setelah beberapa kali kami buat ujian darah Nurul dan memang ternyata……. Nurul positif HIV. Tanda-tanda yang kita dapat tengok pun jelas ada pada Nurul.”

Pengesahan dari doktor itu memang buatkan dia terkedu. Tak dapat dia jangka kan riaksi Nurul Wahida apabila dapat tahu semua ini. Ya Allah…. Begitu berat sekali dugaan terhadap Nurul Wahida. Seorang perempuan yang teraniaya oleh syaitan bertopengkan manusia. Sudahnya Nurul Wahida masih tertekan dan trauman dengan kes rogol dan seksa itu. Inikan pula mahu menghabiskan sisa-sisa hidup bertemankan virus yang satu itu? Virus HIV yang paling ditakuti dan kadar peratus untuk meneruskan hidup sangat tipis. Allahu Rabbi…..

Izzat merenung muka pintu wad yang menempatkan Nurul Wahida. Sungguh dia tidak berani untuk memberitahu berita ini semua kepada Nurul Wahida jadi dia hanya mengharapkan Puan Ramlah yang khabarkan. Walaupun umi menangis teresak-esak ketika pengesahan Nurul Wahida sebagai pesakit AIDS, tapi uminya sendiri yang tawarkan diri untuk menguruskan semua ini.

Tidak betah di situ, perlahan-lahan Izzat bangkit mendekati pintu wad. Baru tangannya menolak sedikit pintu kedengaran tangisan Nurul Wahida.

“Apa salah Nurul umi? Kenapa penyakit kotor ini ada pada Nurul? Umi, tolonglah…. Tolong cakap semua ini bohong. Tolong, umi. Tolong Nurul. Nurul tak nak. Ya Allah! Ya Allah!!”

Izzat tahan nafas sesaat. Tanpa sedar matanya turut bergenang air mata. Fikirnya, Nurul Wahida akan meraung dan bertindak agresif seperti dahulu tapi kini yang didengarinya dan dilihatnya adalah sebaliknya walaupun Nurul Wahida masih merintih dan menangis.

Diambil langkah untuk meninggalkan wad itu. Sekarang ini yang dia termampu hanya bersujud dan mendoakan untuk Nurul Wahida. Tapi dia akan pastikan selepas ini Nurul Wahida akan berkongsi derita itu dengannya.

………………………..

“Umi benarkan?”

Wajah Puan Ramlah dipandang penuh harapan. Walaupun mungkin dia dikatakan gila, tapi dia ikhlas. Dia betul-betul yakin dengan keputusan yang diambil. Solat istikharah sudah dibuat sejak sebulan yang lalu dan hatinya kuat untuk membuat pilihan yang tepat. Sekarang ini, hanya restu dari ibunya sahaja yang ditunggu-tunggu.

Puan Ramlah diam tak terkata. Kalau itu yang Izzat pilih, dia pun suka. Tapi ada yang menjadi penghalang dalam fikirannya. Yang itu susah untuknya bersetuju. Kalau benar terjadi, bagaimana dengan Izzat? Tidak kah anaknya itu terfikir tentang yang satu itu?

“Umi bukan tak setuju. Tapi… Nurul tu… Izzat faham kan?”

Izzat menarik nafas dalam-dalam. Sudah diagak memang itu yang ada dalam fikiran Puan Ramlah. Tapi bagi Izzat biarlah itu menjadi urusannya dengan Allah. Yang lebih penting baginya, dia mahu menjaga Nurul Wahida yang sudah semakin teruk keadaannya. Perkara ini telah pun diberitahu kepada Nurul Wahida seminggu yang lalu sebelum Nurul Wahida dimasukkan ke hospital. Walaupun wanita itu berkali-kali keras menolak dan mengatanya gila, tapi syukur lama-lama pujukannya berjaya meraih persetujuan Nurul Wahida.

“Izz faham dan Izz tahu kalau dah nikah kemungkinan besar Izz sendiri terdedah pada virus HIV. Tapi Izz harap umi faham. Izz nak jaga Nurul, umi. Tentang yang lain, jangan umi risau. Izzat sayang dia umi…. Izzat sayang Nurul Wahida.” Luah Izzat akhirnya. Dipandang mata Puan Ramlah yang berkaca-kaca dengan penuh harapan. Lama menanti dan sudahnya Puan Ramlah menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

“Nikah lah, nak. Umi restukan perkahwinan Izzat dengan Nurul.”

………………………..

Akad nikah yang patut berlangsung bulan hapadan dipercepatkan gara-gara Nurul Wahida dimasukkan ke hospital semula. Kali ini keadaannya sangat teruk membuatkan Izzat mengambil keputusan untuk bernikah pada hari itu juga di hospital. Tiada pakaian pengantin, tiada juru kamera dan tiada sebarang majlis. Dirinya hanya berpakaian baju melayu putih dan Nurul Wahida hanya memakai kain telekung yang dihadiahkan oleh Puan Ramlah.

Izzat memegang tangan tok kadi dengan kemas. Jujur katakan, hatinya berdebar-debar. Sesekali dikerling juga ke arah Nurul Wahida bersandar di kepala katil dengan pandangan yang sayu.

“Izzat, dah sedia?” tanya Ustaz Bukhairi selaku tok kadi.

Dipandang dahulu wajah uminya dan beberapa kawan baiknya sebagai saksi akad nikah sebentar lagi. Nafas dihela lalu kepala diangguk.

“Saya sedia.”

“Mohd Izzat bin Hafezz. Aku nikahkan dikau dengan Nurul Wahida binti Luqman dengan mas kahwinnya…..”

“Izzat, Nurul! Nurul!!”

Terkejut dengan suara Puan Ramlah, Izzat lekas lepaskan tangan Ustaz Bukhairi dan berdiri mendekati Nurul Wahida.  Ustaz Bukhairi dan teman-temannya yang lain turut bangun.

“Izz, Nurul... Izz… Nurul….” Puan Ramlah memeluk badan Nurul Wahida.

Izzat terkaku melihat mata Nurul Wahida tertutup rapat walaupun sudah berkali-kali digerak Puan Ramlah.  Tahulah dia…. Nurul Wahida kini sudah pergi untuk selamanya. Tanpa segan silu air mata lelakinya jatuh berderai ke pipi. Terasa bahu dipegang Ustaz Bukhairi dan rakan-rakan. Dan Izzat hanya mampu memandang wajah Nurul Wahida yang sudah kaku dalam pelukan puan Ramlah.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”- surah Al-Jumu’ah: 8

.............TAMAT...........

Terima kasih sudi membaca.
Janganlah segan silu tinggalkan komen.
:)

MuchLove,
AinaaAzlan