Tabung Luahan Isi Hati

Friday, January 10, 2014

Review: Kontrak Janji Setia Antara Kita - Aii Fariza




Tajuk : Kontrak Janji Setia Antara Kita
Penulis: Aii Fariza
Terbitan: Kakinovel
5*/5*

Novel KJSAT ini adalah salah satu dari novel favourite saya. Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Sakinah yang berkahwin dengan duda beranak satu. Yang menjadi masalah, Rafiq membenci dan mendendam kepada bekas isterinya kerana curang sehingga menyebabkan Rafiq menganggap semua perempuan itu sama saja. Walaupun Rafiq melayan Sakinah dengan dingin namun Sakinah tetap berlembut. 

Dah nama pun tinggal sebumbung dan tambah pula dengan sikap Sakinah yang lemah lembut dan penuh keibuan walaupun umurnya masih muda…. Akhirnya Rafiq jatuh cinta terhadap isterinya. Time diorang berbaik ni part yang paling sweet tau! Tapi baru sahaja mahu menyemai cinta lebih mendalam, Maria dating membuat kacau. Disebabkan cemburu terhadap Tengku Rizal dan sikap Rafiq yang menuduh melulu itu membuatkan Sakinah keguguran. 

Bagaimana penerimaan Sakinah terhadap Rafiq? Dan apakah yang terjadi apabila Suraya, bekas isteri Rafiq kembali? Semua itu korang baca sendiri lah novel Kontak Janji Setia Antara Kita ini. Mungkin novel ini juga bakal menjadi novel favourite anda juga