Tabung Luahan Isi Hati

Monday, May 26, 2014

Review: Playboy Itu Suami Aku?! - Suri Ryana



Tajuk : Playboy Itu Suami Aku
Penulis: Suri Ryana.
Terbitan: Kakinovel
5*/5*

Raja Adrian Benjamin, the king of crocodile. The most I like gelaran untuk Adrian@King itu. Buat saya ketawa seorang diri. Kisahnya macam ni…. Afina, seorang gadis bertudung dan nerd. Saat pertama mereka bertemu di kedai bunga, Afina hanya mengenali Adrian dengan gelaran King. Kali kedua mereka terjumpa, di majlis hari lahir kembar Afina iaitu Fisya dan lebih mengejutkan Afina apabila mendapat tahu Fisya adalah salah satu girlfriend kepada Adrian. Di majlis tersebut, Afina secara tidak sengaja tertampar Adrian dan membuatkan Fisya mengamuk manakala Adrian terasa tercabar.

Nak dipendekkan cerita, Afina terlibat dalam satu kemalangan yang meragut memorinya. Sedar-sedar sahaja Afina dapat tahu statusnya yang merupakan isteri kepada Raja Adrian Benjamin! Kehidupan Afina terus dibelengu persoalan dan Afina tidak putus mencari sebab dirinya terjebak dengan Adrian dalam dunia suami isteri.


Mereka terus bergaduh dan bergaduh. Ada sahaja yang digaduhnya. Lebih parah lagi apabila Mummy Adrian make over Afina menjadi gadis cantik jelita dan mengambil Afina menjadi PA Adrian. Biasanya Afina sakit hati dengan Adrian yang ramai girlfriend tapi kali ini Adrian pula perlu hadapi apabila Fahim menyukai Afina dan Dato’ Hashim yang menggatal dengan Afina.

Untuk selami lebih lanjut perjalanan hidup Adrian dan Afina, beli lah novel Playboy Itu Suami Aku?! ini. Saya yakin novel ini tidak akan mengecewakan pembaca malah mampu membuatkan pembaca jatuh cinta dengan PISA. Thumbs up for this novel and of course, 5*/5*


Friday, May 2, 2014

Review: Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa

Tajuk: Cinta Mekar Di Hati
Penulis: Rose Harissa
Terbitan: Alaf 21
5*/5*

TENGKU ADY RAFIZAL, sering kali dikejar oleh Tengku Alis. Calon isterinya yang sudah diatur oleh keluarga. Pulang ke Malaysia juga satu paksaan dari Tengku Alis dan mummy nya, Tengku Kamsiah yang suka mengatur hidup anak-anak. Ady Rafizal melarikan diri setelah tibanya di Malaysia dan mula bekerja di Restoran Rempah Ratus, milik ayah kepada kawan baiknya, Saifulizam. Di restoran itu juga lah dia bertemu dengan Fasha, gadis yang lemah lembut dan berdikari. Baru dua bulan mengenali Fasha, Ady Rafizal yakin sudah ada perasaan cinta antara mereka. Kerana tidak tahan dengan sikap Tengku Alis dan kerana perasaan cintanya terhadap Fasha, Ady Rafizal nekad mahukan Fasha menjadi suri di hatinya.

Baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Ady Rafizal menerima dugaan iaitu dia dibuang kerja kerana pengaruh Tengku Kamsiah. Dalam masa yang sama juga Ady Rafizal tiba-tiba diserang penyakit yang doktor sendiri tidak dapat kesan. Rumah tangga mereka terus dilanda badai apabila Fasha diculik. Sedar-sedar sahaja Fasha dapat tahu yang dirinya diselamatkan oleh Fahrin. Ady Rafizal hilang pertimbangan. Dirinya seperti orang yang hilang akal. Tanpa sedar, ringan sahaja mulut Ady Rafizal melafazkan akad dengan Tengku Alis. Ady Rafizal sendiri buntu kenapa dia boleh mengikut telunjuk Tengku Alis dan Tengku Kamsiah.

Untuk mengelakkan Ady Rafizal terus mencari Fasha, Tengku Alis membawa Ady Rafizal lari ke Kota London. Lama-kelamaan Ady Rafizal terpaksa tunduk merayu dengan Tengku Alis supaya melepaskannya pulang ke Malaysia. Apabila sudah berjaya pulang ke Malaysia, Tengku Kamsiah pula menghalangnya. Ady Rafizal dikurung dalam bilik membuatkan Ady Rafizal menghadapi tekanan hidup yang hampir-hampir membuatkannya jadi gila. Sudahnya, Ady Rafizal terpaksa menanggung sakit dan tekanan yang dialaminya.

Penyakit apakah yang dialami Ady Rafizal setelah berkahwin dengan Fasha? Berjayakah Ady Rafizal keluar dari penjara yang dicipta oleh Tengku Kamsiah? Ketemukah Ady Rafizal dengan Fasha, isteri yang amat dicintainya? Dan siapa pula Fahrin yang sebenarnya?

JAWAPAN ITU SEMUA ADA DALAM CINTA MEKAR DI HATI !!!