Tabung Luahan Isi Hati

Monday, April 30, 2012

Mata Dan Cinta Bab 3

      Salam 1 Mei dari saya... Hehe Saya tahu, saya lambat update entry baru. Sebabnya korang boleh baca kat atas post ini. Mula-mula korang masuk lagi dah ada terpapar di skrin sebab-sebab saya lambat update. MDC bab 3 ni kiranya special untuk korang sempena hari pekerja.  Hehe kalau ikutkan memang tak sempat nak menulis tapi dengan mencuri sedikit masa untuk bekarya, boleh lah jugak saya taip siki-sikit. Maaf lama menunggu dan terima kasih sudi menunggu. Huhu Ni je yang saya sempat menulis. Pendek kan? Hope korang tak marah. ;')

...............................

Bab 3

   Mata aku meliar melihat bilik sederhana besar itu. Terdapat dua katil bujang,dua almari pakaian dan juga ada dua meja belajar. Aku belum lihat lagi roommate aku. Harap-harap jangan dapat yang gedik sudah. Aku sudah sampai di Kuala Lumpur dengan Raihan 2 jam yang lalu. Pakcik aku tak jadi balik pulak. Sebenarnya aku nak naik bas tapi Raihan dah menawar diri nak hantar aku ke sini, aku pun tak tolak lah. Save budget sikit. Merasa jugak lah aku naik kereta Honda Accord warna silver milik Raihan tu.

Aku keluarkan cadar bercorak bunga-bunga kecil dan hamparkan di atas tilam sebelah kanan. Yang sebelah kiri tu dah ada cadar bercorak rama-rama. Pasti kepunyaan roommate aku. Apalah kau Mawar, memang lah roommate kau punya. Tak kan nenek kau pulak. Keluhan dilepaskan.

“Pink lagi…”komen aku perlahan apabila melihat semua barang roommate aku warna pink! Perlu ke semua barang kita warna merah jambu? Memang aku tak nafikan yang warna merah jambu tu kelihatan comel. Tapi jangan lah semuanya nak pink. Nampak sangat ‘keperempuanan’.

“Assalamualaikum…” aku berpaling. Mata aku membulat dan mulut ternganga. Gerangan yang memberi salam juga seperti aku.

“ Ain??”

“ Mawar??”

Eh, eh…Serentak pulak. Tanpa menunggu lama, Ain terus menerpa ke arah aku dan memeluk aku. Pelukan Ain aku balas.

“Mawar! Kenapa kau boleh ada kat sini ni?”

“ Aku sambung belajar lah..”

“What? Sambung belajar? Kat sini?” jerit Ain. Adeih, boleh pekak aku macam ni.

“ Ya lah… Kau pulak buat apa kat sini?” soalan bodoh aku itu dibalas dengan tumbukan di lengan.

“Adui, sakitlah!” lengan aku digosok. Laici kang punya kawan, tumbuk aku slow-slow sudah lah wei. Ni main kuat-kuat pulak, aku bagi kan.

“Yang kau tanya soalan ‘bernas’ tu kenapa? Kau kan sedia maklum yang aku belajar kat sini.” Papp! Aku menepuk dahi. Macam mana lah aku boleh lupa tentang bestfriend aku sorang ni.

“Sorry lah bep. Aku lupa yang kau belajar kat sini dan lupa jugak nak bagitahu kau yang aku nak sambung belajar kat sini.Hehe...”

“ Kau ni…umur baru 19 tahun tapi dah nyanyuk. Ish-ish…kesian kawan aku sorang ni.. Muda tapi nyanyuk.” Ain menggeleng kapala beberapa kali.

“Adoi!!” ambik kau! Kan aku dah guna ilmu yang aku belajar dengan nenek.

“Kau ni kan! Cubitnya…Mak aih…Pedihnya sampai ketulang!”

“ Kau bukan tak tahu, aku ni kan cucunya Mak Som. Pakar dalam bab-bab mencubit ni.” Dengan bangga aku berkata. Tengok si Ain ni, bibir dah terjuih dah. Aku tarik kan..

“ Aku dah muak dah tadi masa tengok semua barang yang ada dalam bilik ni warna pink. Ingatkan akan bertambah kawan aku yang ada ‘penyakit’ merah jambu macam kau. Fuh! Selamat aku.” Dengan slamber aku mengutuk Ain. Ain dah mengetap bibir. Geram lah tu…

“Hey! Pink itu comel tau!”

“Apa-apa je lah sahabatku..”

“Eh, pergi makan nak?”tanya Ain. Aku menggeleng.

“ Tak nak ah..Aku dah makan dengan abang Raihan tadi.”

“Wah! Kau datang dengan abang Raihan?” aku hanya mengangguk.

“Abang Raihan sekarang apa khabar? Aku dengar sekarang dia jarang balik kampung, kenapa ek? Macam mana ya muka abang Raihan sekarang? Mesti semakin handsome kan…” Pelik! Aku sebut je nama mamat senyum tu terus Ain jadi sikap curious. Hmm…ni mesti ada something yang dia tak bagitahu aku ni…

“Dia sihat je. Emm…aku ada tanya jugak dia kenapa jarang balik kampung, dia cakap dia sibuk sejak akhir-akhir ni.Eh,Ain! Kau tahu tak, masa abang Raihan balik tu aku pergi rumah dia. Saja nak singgah-singgah kejap. Dia bagi aku coklat dengan baju kurung moden, dia beli kat Dubai lagi! Memang cantik habis lah baju tu, kalau kau tengok mesti terbeliak mata kau. Aku jamin.” Aku menunggu riaksi Ain. Ternyata benar sekali tekaan aku tu, muka Ain berubah. Ain hanya tersenyum kelat. Sebenarnya aku saja je cakap lebih-lebih tadi, nak tengok sejauh mana Ain boleh simpan rahsia tu sorang-sorang.

“Oh! Best lah kau dapat souvenir daripada abang Raihan. Eh, jom teman aku makan. Lapar lah…aku belum makan malam lagi ni…” pandai kau belok belah lain ya Ain…

“Hmm…Jom lah aku teman kau.”kesian pulak aku dengar si Ain ni tak makan lagi. Kan ada jugak mati kebuluran anak manja ni.

      “Air jus epal satu dengan mee udang satu ya…”pesan Ain.

“Jus oren satu ya bang..” setelah membuat pesanan pelayan itu berlalu. Aku menjongket kening apabila Ain memandang aku.

“Minum je?” tanya Ain hairan. Aku hanya mengangguk.

“Aku nak tanya kau,boleh?” haih! Main mintak izinlah pulak si Ain ni.

“Tanya je lah..”

“Kau dengan err….abang Raihan macam mana?”dalam diam aku tersenyum. Nampaknya Ain sendiri yang menjerat dirinya sendiri.

“Macam mana apa?”tanya aku buat-buat tak tahu. Tak kan nak straight to point pulak, kenalah buat suspen!

“Yalah…hubungan kau dengan abang Raihan macam mana?”

“ Macam biasalah...” aku jeling sekilas kat Ain.

“Kenapa?’

“Saja tanya..”hai, lemah je bunyinya, Ain… Belum sempat aku nak buka mulut pelayan tadi dah tercegak depan meja kami. Diletaknya pesanan kami tadi satu persatu. Aku menyedup air jus oren setelah pelayan itu berlalu. Ummpp….nikmatnya.

“ Okey, sekarang ni giliran aku pulak nak tanya kau. Tapi kau mesti jawab dengan sejujur-jujurnya..Faham?” Ain memandang pelik ke arah aku sambil mengangguk.

“ Kau suka kat abang Raihan kan?”

Pffftt!!

“ Weih! Apa ni? Pengotor ar kau ni.” tisu dicapai dan aku lap muka aku yang dibasahi dengan air jus epal. Cis! Buat malu je dia ni, hilang keayuan aku!

“Err…Sorry, sorry…Emm tadi kau tanya apa?” eleh! Buat-buat tak dengar pulak apa yang aku tanya tadi. Kalau tak dengar tak adanya nak tersembur cik Ain…

“ Kau suka kat abang Raihan kan?” ulang aku. Ain sudah gelisah, sekejap tunduk sekejap garu batang hidungnya.

“Ma…Mana ada. Merepek je kau ni Mawar..Haha.” Ain buat-buat ketawa.

“ Aku suka abang Raihan.” Terus mati ketawa sumbing Ain. Dia memandang tepat ke arah aku. Aku mencebik. Buat muka terkejut monyet lah pulak.

“Kau….biar betul?”

“Betul lah!” dengan yakin aku jawab.

“ Cik Ain… kau dengar baik-baik eh. Aku. Suka. Abang. Raihan. Dan aku tahu kau pun suka abang Raihan malah lebih dari tu..” Dahi Ain berkerut. Tak faham lah tu…

“ Maksud kau?”

“ Kau bukan saja suka abang Raihan malah kau cintakan abang Raihan.” Ceh! Pandai kau berkata-kata ya Mawar.. Aku tengok Ain dah tergamam.

“ Betul kan apa yang aku cakap ni?” Ain menunduk.

“ Tapi kau pun suka dia…” ujar Ain perlahan. Aku ketawa kuat sampai ada yang tertoleh-toleh kat aku. Apa lah kau Mawar… budak tak tahu malu betul. Tadi orang tengok kau sebab muka kau basah dengan jus epal Ain, ni kau pulak yang mengilai macam pontianak.

“Hello! Excuse me… Kau tak boleh beza kea ‘suka’ dengan ‘cinta’? Aku suka dengan abang Raihan tak bemakna aku cintakan dia. Aku anggap mamat senyum tu abang aku je tau.” jelas aku.

“Mamat senyum?”

“ Abang Raihan a.k.a Mamat Senyum. Gelaran aku bagi khas untuk dia. Abang Raihan tu senyum je…aku marah dia senyum, aku cakap dia senyum, aku takut dia senyum, aku melawak pun dia senyum. Entah-entah aku menangis pun dia senyum jugak kut. Tak tahu lah tu. Aku belum pernah lagi teringin nak nangis depan dia. Eh, kau jangan cakap kat abang Raihan pulak yang aku gelar dia mamat senyum. Aku belum gila lagi nak gelar depan dia macam tu. Dibuatnya dia tarik muka dengan aku, tak ke merajuk satu-satunya abang kesayangan aku tu.” Panjang lebar aku jawab. Minum air sikit..

“Oh, Okey…Aku tak bagi tahu kat dia sebab aku setuju apa yang kau cakap tu tapi tak bemakna aku setuju kau gelar abang Raihan macam tu. Kau nak tahu tak aku gelar dia apa pulak?” aku hanya mengangkat kening.

“ Abang sayang handsome…” belum pun Ain menyudahkan kata dia air jus oren yang aku minum terus tersembur. Apa lagi, muka Ain lah menjadi mangsa. Aku ketawa tak ingat dunia. Ambik kau, Ain! Tadi aku yang kena ni kau pulak yang kena. Banyak mata-mata yang melihat aku dengan Ain. Mungkin mereka fikir kita orang datang dari planet Pluto kut. Eh, apa kau merepek ni Ain?

“Weih! Kau gelar mamat senyum tu ‘abang sayang handsome’? Gila! Kemaruk sangat apa?” slamber aku mengutuk Ain. Ain yang sedang mengelap mukanya itu menjeling tajam.

“ Amboi, mulut! Aku cili mulut kau tu baru tahu. Sedap kau cakap aku kemaruk. Dah memang dia handsome dan memang aku sayang dia dan sememangnya dia ‘abang’ dari kita. Huh!” marah Ain. Sedap minah ni panggil aku kemaruk. Aku cakap kat abang Raihan yang dia gelar abang Raihan tu mamat senyum kan baru tahu! Eh, tak boleh! Nanti dia cakap aku gelar abang Raihan abang sayang handsome pulak.. Naya aku….

“Hehe…Dah lah, tu…makan mee udang kau tu. Dah kembang dah aku tengok. Kan tak sedap pulak. Tadi cakap lapar sangat.”

“Yalah, yalah…nak makan lah ni…” aku memandang sekeliling sambil minum air jus oren. Pandangan aku terhenti pada jejaka yang agak handsome. Tidak jauh dari meja yang aku duduk ni. Dia juga sedang melihat ke arah aku sambil tersenyum. Aku balas senyuman dia, kepala diangguk sedikit. Waduh! Tak tahu pulak aku ada mamat handsome yang juga makan kat sini. Mesti dia tengok gelagat kita orang tadi. Malunya!

4 comments:

jesse said...

hehhe...besttt...(^^)v

Nur Atikah Mohamad said...

best..x sbar tggu next n3 n_n

yoyo_icecube said...

maaf sebab lmbt dtg baca dan komen.

chapter kali ni ringan...sy suka..
then...hehe.. ad watak baru eh?
tak sabar nak tahu sape laki hndsome yg usha diorg tu.. hehe

Anonymous said...

takde sambungan ka writer?