Tabung Luahan Isi Hati

Friday, April 6, 2012

Mata Dan Cinta Bab 2


Sorry coz lama menunggu dan terima kasih kepada siapa yang sudi menanti. Nak post pagi tadi sebenarnya tapi tak sempat pulak . Hope korang suka. = )

---------------------------
 
      Sambung belajarlah Wa. Biar pakcik yang tanggung. Kamu tu masih muda, buat apa nak kerja. Kamu tak teringin ke masuk universiti macam kawan-kawan kamu? Macam orang lain?”

“Wa nak jaga nenek lah…”

“Pakcik boleh jaga nenek, nanti pakcik ajak nenek tinggal dengan pakcik. Kalau nenek tak nak, kita boleh minta tolong Mak Timah dengan Mak Cik Ezah. Biar diorang tolong tengok-tengok kan nenek. Nanti setiap bulan Wa balik lah jenguk nenek.”

“Tapi….”

“Wa masuk Universiti Malaya ya? Dekat sikit dengan pakcik, senang pakcik nak jenguk-jenguk kamu. Bulan depan pakcik balik, lepas tu Wa ikut pakcik pergi KL ya?”

Aku mendongok apabila terasa bahu disentuh. Habis melayang lamunan aku tadi. Wajah nenek yang tersenyum itu aku balas dengan senyuman hambar. Dah tak boleh nak senyum ni…

“Jauh Wa termenung…Sampai nenek tercegak depan kamu pun kamu tak sedar.” Komen nenek.

“Wa fikir pasal sambung belajar tu ya?” perlahan-lahan aku mengangguk. Aku menghela nafas..Tadi petang, pakcik aku telefon, pujuk aku supaya sambung belajar. Ni mesti nenek bagitahu kat pakcik yang aku dah menganggur sekarang. Sekali lagi aku menghela nafas berat.

“ Tak elok mengeluh Wa..”tegur nenek.

“Wa nak cari kerja…”

“Cucu nenek, Mawar….Kamu ikut je apa yang pakcik kamu cakap ya? Nenek nak tengok cucu nenek yang comel ni berjaya.Kamu lah satu-satunya cucu yang nenek ada…”pujuk nenek. Aku pandang nenek dan memeluk tubuh itu. Aku rasa, aku perlu ikut cadangan pakcik dan nenek. Aku tak nak kecewa kan mereka.

“Nek, kalau Wa dah pergi KL….Nenek kena janji yang nenek akan jaga kesihatan nenek dengan baik ya?” aku sapu air mata nenek. Sebenarnya aku pun dah nak menangis cuma aku masih boleh kawal supaya air mata aku tak jatuh. Adeh! Drama queen lah pulak malam-malam jumaat macam ni.

“Betul ke ni Wa?” aku senyum sambil mengangguk.

“ Ya, nenek ku sayang.”nenek memeluk aku erat-erat. Aku balas pelukan nenek…Macam peluk kawan je, sebab badan nenek sebesar aku jugak, sama-sama tinggi. Patutlah aku tinggi, ikut nenek rupanya. Agaknya mak aku pun tinggi jugak kut…

“Dah lah, pergi masuk tidur.” Tidur? Jam dinding aku pandang sekilas…Lah! Pukul 11 malam dah rupanya. Tak pernah aku tidur lewat macam ni, biasanya pukul 10 aku dah terlentang atas katil bujang aku tu.

“ Ya lah nek. Tak perasan pulak dah malam sangat ni.. Tapi nenek masuk tidur dulu lah ya? Wa nak tengok tv, sekali-sekala tidur lewat okey jugak ni.”

“Hmm…Suka hati kamulah.” Aku tengok nenek dah bangun, aku pun turut bangun. Tangan nenek aku capai dan aku cium tangan tua itu. Memang dah kebiasaan bagi aku, sebelum tidur salam tangan nenek dulu. Setelah nenek masuk ke dalam biliknya…Aku baring di hadapan tv, kusyen kerusi pula diletakkan di bawah kepala.

“ Tak ada cerita best pun..” komen aku, tangan giat memicit angka pada romote tv. Butang OFF ditekan. Senang, habis cerita. Aku bangun dan melangkah ke arah pintu utama, pintu dibuka. Aku duduk di atas tangga.

“Nyamannya udara malam ni. Sejuk!”

Jalan yang hanya diterangi cahaya lampu jalan yang sudah malap aku pandang. Namun sebentar sahaja, kerana mata aku mula terarah pada ‘benda’ yang bergerak perlahan di atas jalan. Aku rasa…Kalau perempuan lain ni, mesti dah buka langkah seribu ke dalam rumah. Tapi aku masih seperti tadi, duduk di atas tangga.

Mata aku yang bulat dikecilkan, ingin melihat dengan jelas objek yang bergerak perlahan. Benda tu dah semakin hampir dengan rumah aku. Bulu roma aku dah terpacak, seram sejuk jugak aku dibuatnya weh! Tiba-tiba saja aku rasa panas, tapak tangan yang berpeluh aku lap kat baju. Semakin hampir benda tu, semakin berdebar-debar aku ni.

“Argh!” Aku mengurut dadaku berkali-kali. Raihan yang tersengih-sengih itu dihadiahkan jelingan tajam. Memang nak kena mamat ni…Kalau aku mati terkejut tadi,  dia lah orang pertama aku pergi cekik! Ish! Orang dah mati mana boleh nak cekik-cekik orang pulak, lainlah kalau aku bertukar jadi pontianak!

“Abang ni kan….Nasib baik Wa tak mati terkejut kat sini. Dah lah pakai baju melayu warna putih. Ingatkan jembalang mana dah”

“Maaf Mawar..Abang tak ada niat pun nak takutkan Mawar. Abang baru balik lepak dekat kedai Pak Hassan dengan kawan-kawan. Yang Mawar duduk sorang-sorang kat tangga ni kenapa? Kan bahaya tu, kut-kut ada penagih dadah yang lalu ke…Tak ke naya.” Oh! Baru balik lepak rupanya, lupa pulak rumahnya kat pekan. Jadi memang kena lalu rumah aku dulu lah kalau nak pergi kedai Pak Hassan tu,

“Bukan penagih dadah yang lalu pun, kan abang yang lalu ni..Saja je Wa ambil angin kat sini.” Raihan mengeleng kepala. Ada saja yang nak dijawabnya budak Mawar ni.

“Setahu abang…Mawar selalu tidur awal, ni hari ni kenapa pulak tidur lewat?” tahu-tahu je Raihan yang aku selalu tidur awal.Skodeng aku apa?

“ Wa tak boleh tidur la…” adu aku. Bukan nak mengada-ngada ya…Dah Raihan tanya, aku jawab lah dengan jujur.

“ Kenapa?”

“ Pakcik nak Wa sambung belajar lah. Nenek pun…”

“ Lepas tu?”

“ Wa fikir dah masak-masak. Wa nak sambung belajar. Bulan depan Wa dah kena pergi U Malaya tu…”

“ Malaya?” aku jeling ke arah Raihan. Sepatah-sepatah je kau tanya ya? Aku pulak yang kena jawab berjela-jela.

“Hmm…Ya lah. Kenapa?”

“Abang setiap hujung minggu abang akan balik KL, tumpang kat rumah kawan abang. Jadi boleh lah abang jenguk-jenguk Wa, mana lah tahu kut-kut Wa nak pergi jalan-jalan ke…boleh abang bawa kan.” Terang Raihan sambil tersenyum. Aku tersengih. Jalan-jalan ya? Peluang ni!

“Betul ke ni bang?”

“Betul lah…”

“Okey, thank you. Sayang abang Raihan tau!” Raihan tergelak kecil. Suka benar dia dengar ucapan sayang yang selalu keluar dari mulut Mawar.

Menara Berkembar Petronas terlayar di kotak fikiran. Aku belum pernah pergi lagi ke situ. Kawan baik aku, Ain cakap best jugak lah pergi situ tapi Ain cakap kalau pergi I-City yang berada di Shah Alam tu lagi best. Ada Taman Cahaya Lampu I-City, Sunway Pyramid yang dimana ada gelanggang ais, Snow Walk dan macam-macam lagi lah! Wah! Nanti aku nak ajak Raihan pergi sana lah. Hehe

“Kenapa?” aku berpaling ke arah Raihan .

“ Kenapa apa?”

“ Kenapa Wa tersengih-sengih je? Dah tak sabar nak pergi KL?”aduh! Dia ni ahli nujum apa? Kepala yang ditutupi dengan tudung bawal aku garu. Gatal kepala lah pulak.

“Ish! Mana ada. Abang ni… Wa tengah sedih-sedih ni, boleh pulak dia cakap kita tak sabar-sabar nak pergi KL. Sedih tau kena tinggal nenek dan kampung!” pandai kau nafikan ya Mawar? Aku jeling sekilas Raihan yang tengah tersenyum. Memang mamat senyum lah dia ni…

      Adam!!” siapa pulak yang panggil aku ni?

“Adam!!” selimut yang berada di hujung katil aku tarik dengan kaki.

“ Bangun Adam!! Dah lewat ni…” terpisat-pisat aku bangun sambil mengosok mata dengan tangan kanan. Hish! Mama ni…ada jugak pecah pintu bilik aku lepas ni.

“Adam!!” suara Puan Latifah semakin kuat kedengaran memanggil anak terunanya disusuli dengan ketukan pintu.

“Ya ma! Adam dah bangun ni..” laung aku. Handphone BlackBerry Curve 9380 dicapai.

“ Hah! Jam 8:30 pagi??” jerit aku. Terus aku meloncat turun dari katil dan bergegas ke bilik mandi. Seusai mandi, baju kemeja berjalur hitam biru dan seluar slack hitam dipakai. Dipadankan pula dengan tali leher warna hitam. Pintu yang terkuak membuatkan aku berpaling.

“Ma. Tolong…” aku tersengih ke arah mama.

“Kamu ni…Nama saja pensyarah, tapi pakai tali leher pun tak pandai…” bebel Puan Latifah sambil memakaikan tali leher Adam.

“ Kamu dah berumur 27 Dam…Bila nak bawa bakal menantu mama ke sini?” nak bawa macam mana ma? Calon pun belum ada!

“Belum ada calon lagi lah ma…Nanti lah Adam cari..Lagipun, baru 27 tahun…Muda lagi kut..”

“ Muda kamu cakap? Tengok anak Mak Milah sebelah rumah kita ni, umur sama dengan kamu. Tapi anak dah 2 orang. Kamu isteri pun tak ada..”

“ Nak buat macam mana Ma…Tak ada jodoh lagi..” yes! Jawapan yang paling tepat sehingga mama terdiam. Aku tersengih melihat mama bertindak mendiamkan diri. Satu-satunya senjata tak bagi mama mendesak aku kahwin.Hehe jahat betul ya kau Adam.

“Huh! Suka hati kamu lah. Mama bukan apa…Mama dan papa kan dah tua, nak jugak ada menantu dan cucu. Kalau kamu tak jumpa lagi calon, biar mama saja lah yang cari..” Haa, sudah! Mama nak buat macam orang dulu-dulu ke? Tapi aku dengar-dengar kahwin pilihan keluarga lebih manis. Bercinta selepas berkahwin lah ni? Okey jugak tu…

“ Boleh jugak tu ma…Tapi kalau Adam tak berkenan mama jangan nak paksa pula ya?”

“Hmm…Ya lah.” aku turut turun ke bawah apabila mama turun ke bawah. Kelihatan papa sedang berbual-bual dengan adik lelaki aku, Adnan.

“Patutlah dari tadi tak nampak mama…Berdua dengan anak kesayangan dia rupanya.Hmm..Nan..Kamu tengok lah mama kamu tu, berkepit je dengan abang kamu, papa kat sini ditinggalkan.” Gurau Abdul Qahhar. Aku dan Adnan dah tergelak mendengar gurauan papa. Mama dah memuncung.  Nampaknya papa kena pujuk mama lah lepas ni…

“Papa ni…Ada pulak macam tu. Anak abang ni hah. Umur dah 27 tahun tapi tak kahwin-kahwin lagi. Lain benar dengan papanya. Kalau kamu nak tahu, papa kahwin dengan mama masa papa umur 24 tahun lagi tau! Mama pun masa tu baru 22 tahun.”alamak! Tak habis lagi ke pasal kahwin tu? Ingat kan tadi dah habis.

“Betul tu Dam…Mama tu pilihan nenek kamu, nenek kamu lah yang kenal kan papa dengan mama. Mula-mula tengok mama papa dah terpaut, terus masuk meminang. Tak ada tunang-tunang, terus kahwin.”tambah Abdul Qahhar.  Kepala yang tak gatal aku garu. Papa ni….nak back up mama lah tu.

“Err…Pa,ma. Adam pergi dulu ya? Pukul 9 nanti Adam ada kelas. Hah! Nan…Kau nak pergi dengan abang ke?”

“Dengan abang lah…Aku mana ada kereta.”aku mencebik. Alasan! Motor ada tapi saja lah tu sebab kalau naik kereta BMW aku yang tak ada bumbung tu, semua perempuan tertoleh-toleh. Ya lah, dua jejaka idaman Malaya yang naik. Siapa yang tak terbeliak mata kan kan? Hehe

Aku bangun lalu bersalaman dengan mama dan papa. Sempat lagi aku menangkap ayat ‘ nak lari lah tu..’ yang keluar dari mulut mama. Aku sengih je lah. Adnan pun turut bersalam dan melangkah ke kereta BMW aku.

“Abang, mama rasa kan…Mama nak cari calon isteri untuk Adam. Apa kata abang?” Puan Latifah yang memeluk lengan suaminya bertanya.

“Abang tak kisah tapi jangan sampai memaksa sudah.”

“Hmm…Abang pun cari lah jugak. Mana lah tahu ada salah seorang anak kenalan abang tu boleh dibuat isteri kepada Adam.”

“Nantilah…Sayang, abang lapar lah.” Pinggang isterinya dipeluk.

“Ya Allah. Lupa lah yang abang belum sarapan. Marilah, mama ada buat roti hamlet kesukaan abang.”

“Ni yang abang sayang sangat kat sayang ni…” Abdul Qahhar mencium pipi isterinya.

“ Abang! Nanti jiran nampak lah..”bahu Abdul Qahhar ditepuk lembut.

“Biar lah…Isteri abang jugak, bukan orang lain…”Abdul Qahhar dan Puan Latifah sama-sama tersenyum manis. 

10 comments:

Afiqah Nabilah said...

Cerita keluarga Puan Latifah dan Abdul Qahhar tu cerita lain ke?

Unknown said...

cerita MDC jugak..diorang berdua tu mama papanya Adam ..

qminz said...

mmg dh lama, sy smpi lupa chapter 1 mcm mn. kena baca blk.. tp xpe..^^ hehehe...
owh... adam ini kah watak utama nye? hehehe

Unknown said...

ouh sorry sangat2 ya.. memang saya betul2 sibuk..

hehe yang tu kena tunggu lah :D

Mizz Atie Zieya Shukri said...

wah..menarik nni..follow awak :)

Unknown said...

haha.. bila nak smbung lagi ni :D

Unknown said...

hehe thanks ^^

Unknown said...

klau dh ada entry bru , nty sy shout kat blog awk ya . :)

Unknown said...

setakat ni bace boleh tahan .. nk kene bace yg sebelum ni .. arghhh! line tenet slow !

Unknown said...

thanks Naurah. karya awak lagi best, saya suka :D