Hihihi, sorry kawan-kawan. Tak ada DA triple. Tak sempat nak sudahkan. Tapi dalam kelas tadi... tengah boring-boring saja-sajalah tulis nama dan watak cerpen. Dan terhasillah My Hubby, My Brother. Sinopsis je. Saya memang macam tu, tengah boring-boring mula lah idea lain datang. Sekali lagi, sorry ya sebab DA triple tak ada. D;
................................
"Abang, jomlah pergi dating!!" - Mardhihah
"Malaslah....Mardhi pergilah sendiri. Abang kan baru balik, penat!" - Irfan Shah
Melayan kerenah Mardhihah memang memenatkan. Mardhihah, seorang anak manja dan sangat rapat dengan abangnya, Irfan Shah. Setiap hari, setiap masa Irfan Shah perlu melayan kerenah adiknya yang agak mengada-mengada dan tersangatlah manja. Setiap permintaannya, harus ditunaikan. Mama dan papanya hanya mampu menggeleng kepala. Salah mereka juga kerana terlalu memanjakan anak bongsu mereka dan memberi apa sahaja yang dia mahu.
"Abang jahat! Abang tipu!! Abang janji tak nak tinggalkan Mardhi. Tapi kenapa abang nak pergi juga? Abang jahat. Mardhi benci abang!!" - Mardhihah
"Abang tak tinggalkan Mardhi. Abang pergi sekejap je, abang nak pergi belajar. Abang janji, abang akan balik secepat mungkin. Lepas tu, boleh lah kita pergi Pulau Jeju. Mardhi kan teringin nak pergi sana..." - Irfan Shah
Parah!! Mardhihah mengamuk setelah mendapat tahu abangnya hendak sambung belajar di Australia. Berminggu-minggu Mardhihah melancarkan 'perang' dengan abangnya. Irfan Shah berusaha memujuk adik manjanya sampailah dia kehilangan idea untuk memujuk. Fawwaz, sahabat Irfan Shah yang juga akan berangkat ke Australia cuba memujuk Mardhihah. Dan ternyata usahanya berjaya. Akhirnya, Mardhihah merelakan Irfan Shah pergi ke negara kangguru itu.
7 tahun berpisah dan tibalah masanya Irfan Shah pulang ke tanah air. Sudah tentu Mardhihah orang yang paling gembira. Kepulangan Irfan Shah disambut dengan perasaan teruja dan gembira. Tapi, Mardhihah pelik. Kenapa Irfan Shah berubah? Sudah tidak mesra dengannya seperti dulu. Irfan Shah bagaikan mengelak darinya, seperti ada rahsia yang tidak diketahuinya.
"Kahwin??" - Mardhihah
Lebih mengejutkan Mardhihah apabila mama dan papanya menyuruh dia berkahwin dengan Irfan Shah. Abang kandungnya sendiri!!
"Apa yang mama dengan papa merepek ni? Kenapa suruh Mardhi kahwin dengan abang? Abang tu abang kandung Mardhi. Darah daging mama papa!!" - Mardhihah
"Papa rasa, dah tiba masanya Mardhi tahu perkara sebenar. Lagipun, Mardhi dah masuk 23 tahun." - Dato' Razlan
"Mama minta maaf sayang. Tapi ni untuk kebaikan kamu. Mama tak nak dah tanggung dosa semua ni. Mama tak sanggup!" - Datin Zainab
Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Rahsia apakah yang terbongkar yang selama ini tersimpan rapi di antara Dato' Razlan dengan Datin Zainab? Adakah rahsia itu yang membuatkan Irfan Shah berubah? Berkahwinkah Irfan Shah dengan Mardhihah? Dan apa kesudahannya....
_______________________________________
"Abang tak paksa, Mardhi....Tapi abang juga lelaki. Mardhi jangan paksa abang buat benda yang abang tak suka!" - Irfan Shah
"Abang yang buat Mardhi macam ni! Abang tipu Mardhi, abang curang. Abang hipokrit!!" - Mardhihah
__________________________________________
"Kan aku dah cakap, jangan kacau Mardhi!!" - Irfan Shah
"Salah ke aku nak temankan Mardhi ketika dia menangis? Salah ke aku nak tenangkan dia? Bukan buat dia menangis macam kau!" - Fawwaz
"Kau menyibuk pasal apa? Dia isteri aku!" - Irfan Shah
_________________________________________
"Kenapa kau buat semua ni? Kau nak apa? Tolonglah.....Tolong jangan ganggu aku!" - Mardhihah
"Aku cuma nak Irfan. Irfan sayang aku. Dia cintakan aku. Tapi, sebab wasiat bodoh tu aku dengan dia terpisah. Dan sebab kau! Kalau kau tolak wasiat tu tentu sekarang aku dengan dia dah berkahwin. Dah hidup bahagia!" - Zara
"Kau nak sangat dia kan? Ambik lah! Kau ingat aku nak sangat? Kau nak dia kan, kau nak hidup bahagia dengan Abang Irfan kan? Hah! Kenapa kau tak suruh je dia ceraikan aku?! Kalau dia cintakan kau dan sayang kau kenapa dia tak ceraikan aku je?" - Mardhihah
4 comments:
wah.. mcm best je... hehe
Macam best je.. tpi nape tak publish lgi kak??
Best la kak.. tpi nape tak publish lgi ni?
Ni hanya sinopsis je ke? Xde sambungan?? Sedihnya..
Post a Comment