.............................
Bercinta selepas berkahwin! Itulah prinsip
hidup Naziehah yang kemas digenggam. Dalam masa yang sama, Naziehah takut untuk
mendirikan rumah tangga kerana kisah silam yang menghantuinya dan yang memberi
impak besar di dalam hidup Naziehah.
Naufal, CEO muda di sebuah syarikat Co TNS
Holding terpaut dengan Naziehah disaat mata mereka bertentangan. Semakin lama
perasaan itu bertukar menjadi CINTA. Naufal tekad ingin memperisterikan
Naziehah lalu menyuruh ibu bapanya merisik untuknya.
“Alhamdulillah.” Ayat itulah yang terkeluar
dari mulut Naufal apabila mengetahui bunga di taman belum berpunya. Yang lebih
menggembirakan, lamaran Naufal diterima baik oleh Naziehah.
“Takut!” satu patah perkataan yang berlegar
di dalam fikiran Naziehah. Tetapi perkahwinan itu tetap diteruskan.
Bagaimanakah penerimaan Naufal setelah mengetahui rahsia besar yang tersemat di
dalam dada Naziehah? Mampukah dia meneruskan perkahwinan itu? Dan bagaimana
pula dengan Irfan yang mencintai Naziehah dari dulu lagi?
“Aku tak boleh
terima semua ni! Kau memang sengaja nak perangkap aku kan?!” – Naufal.
“Saya minta
maaf, Encik Naufal. Tapi semua ini bukan kehendak saya!” – Naziehah.
“Ir minta maaf
Zie. Ir tahu semua ni salah Ir, Ir tak patut tinggalkan Zie dulu. Ir menyesal!
Terimalah Ir semula, Zie…” – Irfan.
3 comments:
menarik... xsabar nak baca
kapan mahu buat cerpennya.... hari2 masuk sini tapi belum ada.. huuhuhhu
nzlyna'im - thanks :)
yad'z - sorry yadz... skarang ni sy tngh busy. boleh curi2 on9 je tp xsempt nk mnulis. maybe tuk 2-3 buln blog ni sunyi kut.
Post a Comment