Tabung Luahan Isi Hati

Saturday, November 23, 2013

Lagi Teaser Kasih Kembali Bersatu


Assalamualaikum!

Masih ingat lagi tak prolog Kasih Kembali Bersatu yang pernah saya post dalam blog ini lebih kurang dua bulan yang lepas? Hee lama tu... Pasti anda semua dah tak ingat. Maaf ya saya tak update dan tak sempat untuk menulis. Dua bulan sebelum ini saya siapkan diri menghadapi peperiksaan. Sekarang baru ada masa nak sambung balik cerita tu. 

Dan ini ada lagi teaser KKB sebelum saya post cerita tu dalam blog.
Tapi KKB belum siap. Dalam proses. Tapi dah gatal tangan nak buat sekuel Kasih Kembali Bersatu.
Siapa yang friend dengan saya akan tahulah perkembangan KKB ini. Okey, stop membebel. Kita baca teaser KKB. Sikit aje. Jangan marah ya.


.......................



- TEASER PERTAMA -

Mata Rusyaidi meliar di kawasan koridor hospital itu. Sekejap memandang ke kiri kemudian ke kanan. ‘Tadi kata nak ikut…. Ni ghaib dah ni. Bayang-bayang tak nampak pun.’ Desis Rusyaidi. Sejak keretanya mula masuk ke kawasan hospital lagi kereta yang dilanggarnya menghilang dengan tiba-tiba. Dia memandang pintu di hadapannya. Sejam sudah berlalu tetapi Rihana dan Ros Aalia masih belum keluar dari bilik doktor.

Dan pada masa itu juga pintu terbuka. Terus dia bangun mendapatkan Rihana dan anaknya. “Macam mana?”

“Kena dua jahitan.” Beritahu Rihana.

I’m sorry. Sebab I Aalia jadi macam ni.”

“Benda dah jadi. Jomlah ambil ubat kat farmasi.” Rusyaidi mengangguk. Mereka kemudia berjalan menuju ke lif kerana farmasi ada pada tingkat satu dalam bangunan hospital ini. Keluar sahaja dari lif terus dituju tempat dikehendaki namun langkah mereka dihalang dengan satu suara.

“Macam mana dengan anak you?”

Rusyaidi berpaling tetapi tidak Rihana. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu kenapa tapi dia merasai suara itu seiras dengan seseorang yang amat dikenalinya. Dia cuba menahan debaran dan menggeleng kepala bagi menidakkan apa yang berada di fikirannya.

“Sekarang dah okey. Tapi dahi dia kena dua jahitan juga.” Rihana hanya mendengar. Tubuhnya perlahan-lahan berpaling ke belakang. Dan apabila melihat gerangan yang sedang bercakap dengan Rusyaidi membuatkan mukanya berubah. Terus pucat lesi.


.......................................

- TEASER KEDUA -

“Abang nak apa?” tanya Rihana lagi.

“Abang nak Rihana, isteri abang dan Ros Aalia, anak abang.” Rusyaidi melangkah setapak tapi terhenti apabila Rihana membuat isyarat tahan dengan tangan.

“Abang nak Ana dan Ros Aalia kembali semula kat abang.”

“Abang minta maaf sebab tipu Ana selama ini. Maaf sebab abang tak beritahu perkara sebenar.” Katanya lagi.

“Apa yang abang buat memang tak salah. Islam tak melarang. Tapi maaf, bang. Ana memang tak boleh. Ana tak mampu.” Rihana menarik nafas sebelum menyambung lagi.

“Dua tahun…. Dua tahun Ana ditipu abang. Selepas dua tahun baru Ana tahu. Tu pun sebab Aiman yang terlepas cakap. Kalau tak memang abang tak akan cakap kan?” Air mata mula mengalir. Sungguh! Kalau adik Ahmad yang tidak terlepas cakap, mungkin suaminya akan terus mendiamkan diri dan merahsiakannya sampai ke hari ini.

“Bukan macam tu, sayang…. Abang takut. Abang…..” Ahmad tertunduk. Sedar yang dirinya takut dengan perkara ‘berani mati’ yang dilakukan. Sudah buat tapi takut untuk hadapi akibatnya.

................................

Wokeyh! Cukup disini sahaja teaser KKB.
Jom tinggalkan komen untuk beri kata-kata semangat. Hee   (*≧▽≦)

2 comments:

nur farine said...

mcm best .. tp kenapa teaser pertama ngn kedua sama ???

Ainaa Azlan said...

@nur farine. eh? hehe sorry. tak perasan. :) ok dah letk teaser kedua