Tabung Luahan Isi Hati

Friday, December 27, 2013

STATUS


ASSALAMUALAIKUM!


1) Status : Sweet Ke?



Nak tanyalah, siapa pernah baca Sweet Ke? yang pernah dipost di blog ini? Ramai jugak yang tanya Ainaa bila nak sambung cerita tu. Tapi Ainaa nak minta maaf sangat-sangat sebab memang tak dapat nak sambung. Sebabnya? Salah satu sebab dah lama Ainaa tinggalkan cerita ni dan Ainaa silap sebab tak buat plot awal-awal. Jadi memang dah tak ingat plot cerita ni. Huhu Okay, I know.... I'm not a good writer. Sebab yang lain adalah cerita SK ini agak kebudak-budakkan dan Ainaa sendiri letih nak menulis cerita SK ni. I'm sorry but sebagai pengganti, Ainaa bawa cerita Kasih Kembali Bersatu yang telah dipost pada 11/12/13. Harap korang berpuas hati dengan cerpen KKB walaupun Ainaa tahu cerita KKB banyak kekurangannya tapi Ainaa dah cuba buat yang terbaik.


2) Status: Tabahkanlah Hatiku Ya Allah


Banyak jugak ya sambutan untuk cerpen Tabahkanlah Hatiku Ya Allah ini. Thanks to all. By the way, ramai yang bertanya kemana sambungan cerpen ini. Dan jawapannya ada dalam buku Antologi Cerpen:Hujan Turun Lagi. Korang boleh dapatkan buku antologi ini di kedai-kedai buku yang berdekatan.


3) Status : Bercuti Untuk Setahun


Yeah! Bercuti. Bercuti dari menulis untuk setahun. Only 1 year.... after that, I'll back for write a short story and... oh! manuskrip! Ya, ya.... Manuskrip! Memang berangan nak siapkan satu manuskrip selepas setahun ini. Harap-harap mampu siapkan satu manuskrip. Cerita apa? Err... Entahlah. Nanti difikirkan kemudian.


4) Status: Cerita Dalam Perancangan


Nikahi Aku memang Ainaa suka untuk menulis cerita itu. So insyaAllah cerita SK adalah cerita yang pertama Ainaa akan siapkan selepas kembali menulis semula. Yang lain, cerita Oh! My Sexy, Maafkan Kami (sequel Kasih Kembali Bersatu) dan Kembali Ke Jalan Yang Diredhai. Kalau ikutkan yang sebenar, banyak lagi cerita-cerita yang perlu disiapkan tapi tak naklah cakap cerita apa. Tak berani. Yang empat cerita ini punya pun banyak kali Ainaa fikir sama ada nak beritahu atau tidak. Bukan apa, nanti ada yang tertunggu-tunggu, nanti tengok-tengok satu habuk cerita pun tak ada. Itu yang Ainaa nak elakkan.

Cerita NA dan OMS tu, dah Ainaa tulis sikit-sikit. Dan memang Ainaa bersemangat nak siapkan tapi tak tahulah kut-kut selepas setahun semangat itu hilang ke benua Afrika. huhuhu cerita KKJYD dan MK belum ada satu pun jalan ceritanya dalam fikiran Ainaa ini. Kena banyak perhatikan sekeliling dan baca buku untuk dapat lebih banyak idea. Hmm....

...................................
THANKS kepada yang selalu menyokong Ainaa dan ternanti-nanti cerita daripada Ainaa. Menulis ini adalah salah satu hobi Ainaa selain membaca tapi dengan adanya pembaca lah Ainaa semakin bersemangat untuk menulis.

 SORRY sebab Ainaa tak boleh nak tulis cerita banyak-banyak seperti penulis yang lain. Ada tanggungjawab lain yang Ainaa perlu selesaikan sebelum mengambil keputusan untuk menulis. Harap korang memahami.


THANK YOU, YOU !!  = )

1 comment:

Anonymous said...

Alaaa sedihnyaa *sweet ke?* dh tkde huhuu 😭 anyway, best of luck writer! We always support you. 💕