Tabung Luahan Isi Hati

Monday, February 10, 2014

Review: Sungguh! Aku Gilakan Kau - Izz Alejandra


Tajuk : Sungguh! Aku Gilakan Kau
Penulis: Izz Alejandra
Terbitan: Penulisan2u
5*/5*

Sungguh! Novel SAGK sangat best! Jalan ceritanya yang menarik. Novel ini mengisahkan Adrianna yang membuat kerja gila iaitu mahu menikah semata-mata mahu anak and then divorce! Danial, sahabat karib Adrianna menentang keras tindakan Adrianna namun Adrianna tetap berdegil. Tetapi disebabkan Adrianna ni cerewet, sampai sudah tidak ketemu lelaki yang sesuai dengan kriterianya. Tapi suatu hari, Danial sendiri yang menawar diri untuk menjadi suami Adrianna. Adrianna menolak tetapi mak Adrianna pula yang pujuk Adrianna untuk kahwin dengan Danial.

Kemudian, Adrianna dan Danial selamat menjadi suami isteri. Lepas kahwin Adrianna menjadi pelik sebab Danial tidak menyentuhnya lagi sedangkan mengikut persetujuan, Danial harus membuatkan Adrianna mengandung dan apabila dah beranak terus bercerai. Tapi semua it uterus jadi begitu sehingga Adrianna sendiri yang bertanya kepad Danial. Sebenarnya si Danial ni dah lama suka Adrianna dan setelah menjadi suami isteri dia memikat Adrianna dalam diam. Dan lepas tu macam-macam lah yang sweet berlaku. Romantik hokey!

Tapi mestilah ada ‘sour’nya juga. Semua yang sweet itu berlalu begitu sahaja selepas Adrianna disahkan mengandung dan perangai romantik Danial terus hilang dibawa angina selepas mendapat tahu Adrianna mengandung. Menjadi husband yang dingin tapi sedikit sikap ‘sweet’nya tu masih ada. Dan ada pula malaun mana entah sebar fitnah kat Danial. Dan ada pula pertengkaran yang berlaku antara Adrianna dan Danial sehingga menyebabkan Adrianna yang sarat mengandung berlari keluar dari rumah. Namun malang menimpa Adrianna apabila dirinya terlibat dalam kemalangan. Haa… okey. Setakat ini sahaja. Kalau nak tahu kisah penuh Adrianna dan Danial, sila-sila lah beli novel Sungguh! Aku Gilakan Kau yang mempu membuatkan pembaca tergila-gilakan novel ini.


No comments: