Tabung Luahan Isi Hati

Wednesday, March 12, 2014

Review: Ya Maulana - Hana Ilhami


Tajuk : Ya Maulana
Penulis: Hana Ilhami
Terbitan: Penerbit Karyaseni.
5*/5*

ADRA LIYANA seorang gadis bandar yang terpaksa ke Kampung Pulau Sayak untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort. Pertama kali berjumpa dengan Maulana Iqbal, Adra sudah gelarkan sebagai ustaz gothic hanya disebabkan Iqbal memakai celak. Adra menyampah dengan Maulana Iqbal. Dia terpaksa berurusan dengan Iqbal dan memujuk untuk Iqbal bersetuju untuk memindahkan Darul Ulum.

Namun Iqbal tetap dengan pendiriannya, tidak mahu Darul Ulum dipindahkan. Kerana sayangkan Rafiqi dan kerana tercabar dengan sikap Iqbal, Adra mengikut rancangan Rafiqi iaitu dengan memerangkap Iqbal namun rancangannya memakan dirinya. Iqbal diberi pilihan sama ada mahu meninggalkan Darul Ulum dan Kampung Pulau Sayak atau bertanggungjawab dengan menikahi Adra.

Kata putus sudah dibuat. Iqbal memilih untuk menikahi Adra. Gadis bandar yang banyah ‘songeh’ dan manja. Bukan senang untuk Iqbal mendidik Adra yang keras kepala sedangkan menyuruh Adra memakai tudung pun Adra selalu langgar.

Sikap Adra yang suka pakai pakaian seksi menjadi buah mulut orang kampung. Lebih teruk lagi apabila berita tentang Maulana Iqbal menikah dengan Adra kerana ditangkap basah tersebar. Membuatkan orang kampung dan anak-anak murid Iqbal di Darul Ulum hilang kepercayaan terhadapnya. Tambah pula dengan sikap Adra yang suka membantah cakapnya membuatkan Iqbal lebih rasa marah, geram dan selalu tercabar dengan Adra.

Lebih menyedihkan Iqbal apabila mendapat tahu Adra mempunyai hubungan dengan adiknya sendiri dan mendapat tahu bahawa Adra dan Rafiqi yang memerangkapnya pada malam kejadian itu.

Tapi lama kelamaan Adra sudah boleh menerima Iqbal dan mula berubah. Tapi apakah yang terjadi apabila orang kampung asyik mengata Iqbal dan Adra? Bagaiman pula dengan Sumayyah yang menjadi tanggapan Adra bahawa Sumayyah isteri pertama Iqbal? Bagaimana pula dengan Rafiqi? Dan adakah Darul Ulum berjaya dipindahkan?


SEMUANYA TERJAWAB DALAM YA MAULANA!!



1 comment:

Unknown said...

i alrdy finished dis in less than 24hrs..but almost 24hrs actlly..i just curious..is that novel was wrote based on own somebody truth story..?i felt..novelis such summayah