Tabung Luahan Isi Hati

Friday, May 2, 2014

Review: Cinta Mekar Di Hati - Rose Harissa

Tajuk: Cinta Mekar Di Hati
Penulis: Rose Harissa
Terbitan: Alaf 21
5*/5*

TENGKU ADY RAFIZAL, sering kali dikejar oleh Tengku Alis. Calon isterinya yang sudah diatur oleh keluarga. Pulang ke Malaysia juga satu paksaan dari Tengku Alis dan mummy nya, Tengku Kamsiah yang suka mengatur hidup anak-anak. Ady Rafizal melarikan diri setelah tibanya di Malaysia dan mula bekerja di Restoran Rempah Ratus, milik ayah kepada kawan baiknya, Saifulizam. Di restoran itu juga lah dia bertemu dengan Fasha, gadis yang lemah lembut dan berdikari. Baru dua bulan mengenali Fasha, Ady Rafizal yakin sudah ada perasaan cinta antara mereka. Kerana tidak tahan dengan sikap Tengku Alis dan kerana perasaan cintanya terhadap Fasha, Ady Rafizal nekad mahukan Fasha menjadi suri di hatinya.

Baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Ady Rafizal menerima dugaan iaitu dia dibuang kerja kerana pengaruh Tengku Kamsiah. Dalam masa yang sama juga Ady Rafizal tiba-tiba diserang penyakit yang doktor sendiri tidak dapat kesan. Rumah tangga mereka terus dilanda badai apabila Fasha diculik. Sedar-sedar sahaja Fasha dapat tahu yang dirinya diselamatkan oleh Fahrin. Ady Rafizal hilang pertimbangan. Dirinya seperti orang yang hilang akal. Tanpa sedar, ringan sahaja mulut Ady Rafizal melafazkan akad dengan Tengku Alis. Ady Rafizal sendiri buntu kenapa dia boleh mengikut telunjuk Tengku Alis dan Tengku Kamsiah.

Untuk mengelakkan Ady Rafizal terus mencari Fasha, Tengku Alis membawa Ady Rafizal lari ke Kota London. Lama-kelamaan Ady Rafizal terpaksa tunduk merayu dengan Tengku Alis supaya melepaskannya pulang ke Malaysia. Apabila sudah berjaya pulang ke Malaysia, Tengku Kamsiah pula menghalangnya. Ady Rafizal dikurung dalam bilik membuatkan Ady Rafizal menghadapi tekanan hidup yang hampir-hampir membuatkannya jadi gila. Sudahnya, Ady Rafizal terpaksa menanggung sakit dan tekanan yang dialaminya.

Penyakit apakah yang dialami Ady Rafizal setelah berkahwin dengan Fasha? Berjayakah Ady Rafizal keluar dari penjara yang dicipta oleh Tengku Kamsiah? Ketemukah Ady Rafizal dengan Fasha, isteri yang amat dicintainya? Dan siapa pula Fahrin yang sebenarnya?

JAWAPAN ITU SEMUA ADA DALAM CINTA MEKAR DI HATI !!!


No comments: