Tabung Luahan Isi Hati

Saturday, June 9, 2012

Cerpen : Dialah Aaron Aziz Aku (Part 3)


Pendek je part kali ni tapi harap-harap korang suka lah. Meh jom baca DA triple. Kita tengok apa yang berlaku pada Amirah Humaira dan Aariz Azwan.  ( :


........................................


DA triple PART 1 dan PART 2
 
Jadi dia suruh kau tackle dia, macam tu?” Amirah mengangguk menjawab pertanyaan Aira.

“ Gila! Nampak gentleman si Aariz tu tapi tak rupanya !!” Aira menggeleng kepala beberapa kali.

“Siti Amirah Humaira. Kau ni dah diibaratkan perigi mencari timba tahu tak? Sepatutnya Aariz lah yang tackle kau. Kalau setakat tanya kau suka dia tak, okeylah lagi. Straight forward, lagi gentleman. Tapi ni siap suruh kau tackle dia lagi, kerja gila namanya tu!” bidas Aira.

“ Dah dia cakap kalau aku suka dia, tackle dia sampai dia jatuh hati kat aku. Jadi ni lah yang aku tengah ushakan.” Balas Amirah tak mahu mengalah.

“Irah,Irah…Hantu mana lah yang merasuk kau ni.” Keluh Aira sambil menggeleng. Amirah hanya membuat muka selamba.

Aira memandang Amirah yang sedang membalut kotak yang diisi sehelai baju kemeja bewarna purple dan tali leher bewarna putih. Siap letak dengan kad pink pulak tu! Ada wangi-wagian lagi. Macam kad nikah pun ada jugak.

“Kau rasa dia suka tak baju kemeja yang aku beli ni?” tanya Amirah.

“Entah.” Balas Aira pendek.

“Kau ni..macam tak suka je aku dengan dia. Ke kau suka dia?” duga Amirah. Aira  mencubit pinggang Amirah membuatkan dia terjerit.

“Apa kau ni? Sakit tau!” Amirah menggosok pinggangnya yang terasa pedih.

“Mulut kau tu celupar sangat kenapa? Boleh pulak kau cakap aku suka mamat tu.Hei! Tak ingin aku! Aku dah ada Badrul, buat apa aku cari yang lain. Cari penyakit namanya tu. Badrul lagi handsomelah daripada kembar Aaron Aziz kau tu!” bidas Aira lalu melarikan diri. Tahu dirinya akan dikerjakan Amirah, jadi sebelum apa-apa baik buka langkah seribu!

“Aira!! Mari sini kau!” Amirah bangun dan mengejar Aira. Tak lari mana pun sebenarnya, hanya mengilingi set sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu.

“Stop-stop!!” Aira mengangkat tangan tanda mengalah dan merebahkan diri di atas sofa. Begitu juga Amirah.

“Kau ni punya pasal. Tak pasal-pasal ‘tawaf’ sofa pulak kita malam ni. Badan aku ni pun dah berpeluh.” Ujar Amirah tercungap-cungap mencari oksigen.

“Ala..Sekali-sekala, apa salahnya? Kira jogging lah ni. Pagi esok dah tak payah nak jogging. Boleh bangun lewat sikit.”

“Banyaklah kau. Ingat bersenam ni buat sekali saja ke, lepas tu tak payah buat? Huh! Tahu sangat perangai kau, malas bangun pagi time weekend. Sebab tulah semakin ‘tembam’.” Gurau Amirah. Aira yang mendengar terus bangun. Cermin besar yang ada kat ruang tamu itu dipandang sambil menilik dirinya.

“Weh, betul ke aku semakin tembam ni? Aduh! Kenapa aku tak perasan ni?” Amirah menutup mulut, menahan ketawa.

“Ha’ah, semakin tembam aku tengok kau sekarang. Kau jangan Aira, nanti kesian Badrul. Macam mana dia nak ‘angkut’ kau kalau kau berat? Kan terbalik pulak, kau pulak yang ‘angkut’ Badrul. Haha” melihat Amirah yang sudah ketawa terbahak-bahak membuat Aira sedar yang dirinya dipermainkan.

“Kau tipu aku kan, Irah?” Aira mencapai bantal kecil dan dilemparkan ke arah Amirah.

‘Yes! Tepat-tepat landing atas muka kau Amirah. Nasib lah.’ Sorak Aira dalam hati apabila bantal kecil yang dilempar betul-betul mengena muka Amirah.

Ketawa Amirah serta-merta berhenti. Aira yang sedang tersengih sambil melangkah beberapa tapak kebelakang diberi sebuah jelingan tajam. Dia bangun dan apabila setapak Aira mengundur diri, setapak jugaklah dia mara ke hadapan.

“Hehe. Peace.” Ujar Aira sambil membuat gaya kedamaian sebelum berlari ke kamar tidurnya yang berada di tingkat atas.

“Nur Aira Mohd Nordin!!” jerit Amirah bergema di rumah teres 2 tingkat itu. Manakala Aira yang berada di dalam kamar tidur sudah terguling-guling di atas katil sambil ketawa tak henti. Sampai meleleh air mata dibuatnya.

“Nasib kau lah, Amirah Humaira.”

Humaira buat apa kat sini?” tanya Aariz.Sungguh dia terkejut melihat Amirah yang tercongok dihadapannya sambil bibir tak lekang dengan sebuah senyuman.

Amirah hanya mengangkat kening. Dia menutup pintu dan berjalan ke arah Aariz yang masih terkejut akan kehadirannya di pejabat Aariz. Pagi tadi dia call Aariz tapi tak diangkat jadi dia call Badrul. Badrul cakap Aariz ada kat pejabat.

Mula-mula dia pelik jugak lah Aariz ada kat  pejabat tapi setelah Badrul menyatakan yang Aariz ada kerja yang masih belum diselesaikan dipejabat, terus dia membuang perasaan itu. Amirah meminta alamat tempat Aariz dan membuat keputusan untuk surprise kan Aariz.

“Rajinnya abang. Hujung minggu macam ni pun sanggup pergi pejabat. Boleh saya duduk?”

“Err…duduk lah.” Balas Aariz tergagap-gagap.

“Abang terkejut eh sampai tergagap-gagap dibuatnya? Hihi.” teka Amirah sambil duduk di hadapan Aariz. Beg kertas sederahana besar diletakkan di atas meja yang memisahkan dia dan Aariz.

“Saya nak bagi sesuatu kat abang. Nah, ambik lah. Special for my Aaron Aziz.” Amirah ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Aariz tersenyum kelat. Sesekali matanya melirik ke arah pintu yang tertutup rapat.

“Senyap je abang dari tadi..Tak suka ya saya datang sini?” Amirah sedikit terasa hati dengan Aariz yang diam bagai tak suka akan kehadirannya.Belum sempat Aariz membalas, pintu dibuka dari arah luar.

“Sayang…kenapa you lambat sangat? Kata sekejap je. Lama tau I tunggu you dalam kereta.”

Amirah terbangun dengan kehadiran perempuan cantik yang berpakaian agak seksi. Persis seorang model, dengan bentuk tubuh badan yang cantik, rambut panjang yang berikal keperangan dan berpakain dress sikat paras paha dan terdedah di bahagian bahu.

Tapi bukan itu yang membuatkan Amirah terbangun. Tetapi kerana panggilan ‘sayang’ kepada Aariz.

“Bella, kan I suruh you tunggu dalam kereta.” Ujar Aariz. Bella berjalan mendekati Aariz. Badannya dilentokkan dan digeselkan pada tubuh Aariz. Tidak berkelip mata Amirah melihatnya.

“You lambat sangat, jadi I naik lah.” Balas Bella.Kemudian dia memandang Amirah.

“Ni siapa you?”tanya Bella. Aariz menarik nafas panjang. Lidahnya kelu untuk bertutur.

“Bella, ni Amirah Humaira, kawan tunangnya Badrul. Dan Humaira, ni Bella…” Aariz tidak meneruskan ayatnya. Amirah menghulurkan tangan dan Bella menyambut. Amirah tersenyum kelat, Aariz tak kenalkan dia sebagai kawan dia tapi sebagai kawan Aira.

“Hai, I Bella, tunang Aariz.” Amirah terasa hatinya dihiris-hiris dengan pisau tajam. Dia cuba mengawal riak mukanya.

“Oh, nice to meet you. Bertuah Aariz dapat tunang macam awak, cantik!”

“Haha.Thanks. I kerja sebagai model. You?”

“Belajar lagi.”

“Sama umur dengan Aira lah ni?” Amirah mengangguk.

“Awak pernah jumpa dengan Aira?”

“Tak. Aariz yang cakap tunangnya Badrul nama Aira.” Beritahu Bella.

“Oh..”

“Tak apalah. Saya mintak diri dulu ya.” Amirah mencapai tas tangannya dan bersalam semula dengan Bella.

“Bye.” Ujar Bella sambil melambai ke arahnya. Amirah membalas. Sempat juga dia melihat Bella cuba mencium pipi Aariz semasa dia hendak menutup pintu. Terus dia berlari ke arah lif dan keluar dari bangunan itu. Air mata laju merembas keluar.

Eh, kenapa ni Irah?” tanya Aira.

Dia yang tengah syok-syok makan mee goreng yang dimasak oleh Amirah pagi tadi sambil menonton Princess Hour terkejut apabila pintu rumah dibuka dari arah luar dengan mengejut. Lebih mengejukkannya apabila melihat Amirah yang lecun dengan air mata.

“Ira…” Amirah menerpa ke arah Aira dan memeluk sahabanya. Dia menangis di bahu Aira. Aira menggosok belakang Amirah, berharap dapat menenagkan Amirah. Setelah tangisan Amirah reda dia menarik Amirah duduk.

“Cuba kau cakap kat aku Irah, kenapa kau menangis ni?”

“Aa..Aariz, Irah. Aariz…” Aira mengerutkan dahi.

“ Kenapa dengan Aariz?” Amirah memejamkan mata. Dia menceritakan apa yang berlaku di tempat kerja Aariz tadi. Aira setia mendengar. Sesekali dia menggeleng kepala dan sesekali dia medengus kasar.

“Kurang ajar punya Aariz!! Patutlah aku rasa pelik je dengan Aariz ni. Ada agenda rupanya! Huh! Siaplah kau Aariz! Ada hati nak permainkan BFF aku ya? Siap kau!” marah Aira lalu bingkas bangun. Tudung Ariani yang ada di atas sofa dipakai dan dicapai kunci keretanya.

“Eh, kau nak pergi mana Ira?” Amirah berdiri apabila melihat Aira menuju ke pintu rumah yang terbuka luas dari tadi.

“Aku nak pergi baling mamat playboy tu dalam lombong!!” Amirah menarik Aira yang sudah membuka pintu keretanya. Pintu kereta ditutup dan menarik Aira masuk ke dalam rumah semula.

“Kau ni…kuat ke nak angkut dan baling dia tu?” balas Amirah bergurau. Pintu rumah ditutup.

“ Kuat ke tak kuat, aku tak kira. Pandai sangat nak permainkan kau siapa suruh. Huh! Suruh kau tackle dia konon, puih!” Amirah tergelak melihat Aira membuat gaya meludah.

“Ketawa pulak kau.” Aira menjeling dan melabuhkan punggung di atas sofa.

“Kau tu lah..Lucu.” Amirah tersenyum.

“Terima kasih, Aira.”

“Untuk?”

“Sebab kau, aku boleh tersenyum lagi ni.”Aira tersenyum dan terus memeluk Amirah.

“Kau kan kawan baik aku.” Ujar Aira.

“Kawan baik..” balas Amirah sambil ketawa kecil.

Bersambung~

7 comments:

q.min.z said...

la....abang aariz pun lelaki jgk rupanya .. dh nama pun laki.. xblh lari dgn penipuan dan suka perempuan sexy.. hoho..

abang aariz..sedih tau abg buat cam ni.. huhu

ps: td tgk aaron aziz kat melodi. YA ALLAH handsomenya dia....tlg la bg aaron aziz kat ak jgk... muka sebijik..tp bdn xyah la bsq sgt cam dia...huhu..^^

Ainaa Azlan said...

erk? Aariz lelaki lah qminz. hihi blur kejap qminz ckp mcm tu

lorh..aaron aziz keluar melodi tdi? adeh! terlepas. huhu xbuka lg tv hri ni. terlepas nk tengk abang handsome tu >.<

q.min.z said...

lol.. maksud sy.. abang aariz ni mcm lelaki yg lain jgk.

lelaki sume same je..

sian aaron aziz.. pasal jedjaidi cr mslh dgn dia lg lh. dia nmpk cam letih je.. tp maintain handsome..

thn nmpk bini die... ah.. *jeles*

yad'z said...

sampai part bape cerpen ni yunk?

SyahiRahmat said...

aina , tak sambung lagi ke ?

Ainaa Azlan said...

@YADZ setakat ni jea.. lepas ni nak post full edition punya. hihi

Ainaa Azlan said...

@SyahiRahmat insyaAllah akan dipost yang full edition. tp bukn msa terdekt nilah. sy busy skit sekarang ni, sorry ya. :)