Tabung Luahan Isi Hati

Friday, June 1, 2012

Cerpen : Dialah Aaron Aziz Aku (Part 1)

Syok sangat tulis cerpen ni sampai MDC bab 4 tak tertulis. Haha entry ni istimewa sempena 1 Jun 2012. Lepas ni saya tak tahu boleh update entry baru lagi ke tidak. Sebab mulai minggu hadapan saya mula busy semula. Sedihnya. Hmmm...Kalau dah baca tu jangan lupa tinggalkan komen tau.  (:


..................................


( Korang Suka Cover Yang Mana ? ) :)



Bismillah…Hidup ini penuh dengan suka duka. Mula-mula bersama keluarga, lepas tu dengan kawan, lepas tu dengan teman istimewa, lepas tu dengan tunang dan hinggalah ke destinasi seterusnya. Alam rumah tangga. Ya, betul tu. Begitu juga Amirah.

Rasa baru je semalam mama menghantar Amirah pergi tadika. Dan rasa baru je tadi papa ajar Amirah naik basikal bersama roda tambahan. Namun semuanya sudah bertahun-tahun berlalu. Sekarang Amirah sudah berumur 28 tahun.

Amirah seorang pengajar di sebuah University of Nottingham Malaysia, seorang anak bongsu kepada pasangan Encik Faidil dan Puan Umirah, seorang adik bongsu kepada 3 orang abang. Amir, Amirul dan Amin. Dan juga seorang… Isteri dan ibu.

Amirah yang sedang memandang taman landskap hasil seni suaminya sendiri tersenyum. Tersenyum apabila mengingati suami tercinta dan anak-anak tersayang. Dari tersenyum, meletus ketawa kecil. Lucu apabila mengenangkan usaha dia memikat suaminya ketika dahulu.

“Sayang ketawakan apa tu? Hmm..” saat itu juga dia merasa tangan sasa milik suaminya melingkar dipinggangnya. Dagunya diletakkan di atas bahu kanan Amirah.

“Teringatkan jejaka yang Ira ‘usha’ dulu....”balas Amirah bersembunyi.

“Hah? Sayang…sayang cakap betul-betul.” Tubuh Amirah dipalingkan mengadap tubuhnya.

“Betul lah ni!” bersungguh-sungguh Amirah mengiakan. Amirah senyum sembunyi. Lucu melihat muka suaminya yang sudah masam mengalahkan asam jawa.

“Siapa lelaki tu?” tidak dapat tahan lagi Amirah terus melepaskan ketawa apabila mendengar suaminya bertanya dengan nada cemburu. Amirah meletakkan jari telunjuknya dibibir dan membuat seolah-olah sedang membayangkan imej seseorang.

“Emm…Dia handsome, tinggi, badan pun tough, kulit kuning langsat, seorang arkitek dan….” Dijeling sekilas ke arah suaminya yang sudah mengerutkan dahi.

“Dan dia suka pakai cap!” dilihat suaminya sudah tersenyum nakal. Cepat betul moodnya berubah.

“Aik? Macam kenal je?” Amirah ketawa lagi dan memandang semula ke arah taman landskap. Sekali lagi pinggang Amirah dirangkul. Amirah tersenyum dan terus senyum. Kelakuan si suami hanya dibiarkan kerana saat ini, dia ingin mengulas semula kenangan lama…

…………………………..

Aira !! ” Aira yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek  terkejut dengan suara yang menjerit betul betul di tepi telinganya .

“ Aduh! Sakitnya.” Aira menggosok pinggang belakangnya .

“Haa! Padam muka kau! Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengeh– sengeh depan laptop kau ni ya? Siap meniarap pulak tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara. Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.” bebel Amirah sambil mencekak pinggang .

“Kalau ya pun kau nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut tangan Aira. Marah pun marah jugak, tapi tak kan dia nak biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni, Badrul datang serang Amirah. Kecoh dibuatnya.

“Kau yang menjerit mengalahkan bini tarzan ni kenapa?”

“Amboi, mulut! Aku cili kan! Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”

“Dia tu pun menyusahkan aku je nak memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak payah lah nak ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” ujar Amirah. Aira tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni. Mak nenek cun! Haha.

“Lorh, kenapa tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspress’.

“Eh, aku pulak!” Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit  Aira ke boleh lah Amirah pergi karate Si Badrul tu.

“Irah! Sini kejap.” Panggil Aira.

“Apa dia?”

“Marilah sini kejap.” Malas-malas Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.

“Apa dia? Korang kalau berborak pun tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar percakapan orang bakal jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi pun tak senang.” Ujar Amirah.

“Alah kau ni. Asyik dengan cerita jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate saya a.k.a bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang dimaksudkan Aira. Dan…

Haa aaaa

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai


“ Irah, Irah! Amirah!!” jerit Aira kepada Amirah yang tercengang.

“Aaron Aziz.” Spontan nama artis yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah. Aira dan Badrul berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

“Aariz Azwan.”

Amirah menongkat kepala dengan tangan. Fikirannya jauh melayang, tapi jasatnya masih berada di café tersebut. Sekejap-sekejap dia tersenyum, kemudian menggigit bibir dan sekejap-sekejap mata dijulingkan ke atas.

“Hoi!!” sergah Aira. Hampir sahaja muka Amirah menghempap meja café. Aira yang membuat muka tak bersalah dijeling.

“Kau ni…Nasib baik muka aku tak jatuh kena meja ni. Kalau kena kan tak pasal-pasal benjol pulak dahi aku.”

“Kau tu hah jauh termenung. Aku dah duduk depan kau pun kau tak perasan. Dah sampai mana dah? Shah Alam?” sekali lagi Amirah menjeling.

“Dalam banyak-banyak tempat yang ada kat dalam dunia ni, kat situ jugak lah kau sebut ya.”Aira ketawa. Memang dia sengaja menyebut Shah Alam.

“Ala…Abang ‘Aaron Aziz’ kau kan tinggal kat situ. Manalah tahu kau dah sampai dah kat sana.”

“Banyaklah kau.”

“Tapi kan…Kenapa muka dia mirip dengan Aaron Aziz ya? Artis-artis Malaysia semuanya aku tak minat kecuali Aaron Aziz. Yang aku minatnya artis-artis Jepun. Tapi kenapa muka dia mesti mirip dengan satu-satunya pelakon Malaysia yang aku minat ni?”beritahu Amirah.

“ ‘Dia’ tu siapa?” usik Aira.

“Aariz Azwan lah.” Jawab Amirah geram.

“Jodoh kau dengan dia lah kut.”

“Macam kau cakap, kau lebih suka artis Jepun berbanding artis Malaysia. Dan hanya Aaron Aziz artis Malaysia yang kau suka. Mungkin Allah titipkan jodoh kau dengan orang yang mukanya mirip Aaron Aziz. And of course bukan yang mirip artis Jepun. Kalau tidak memang aku gelakkan kau tujuh keturunan lah.Hihi.” ejek Aira.

“Kenapa pulak?” tanya Amirah tidak puas hati.

“Yalah, orang Jepun bukan handsome pun. Sekali tengok, lelaki dan perempuan muka sama saja. Dah lah bahasa dia bunyi macam kasar sikit.” Amirah yang mendengar ejekan dari mulut Aira mengetap bibir.

“Amboi, sedapnya kau mengata negara yang aku kagum ya! Eh, negara dia lebih maju dari negara kita tau. Tu, kereta Honda City yang kau pakai tu, buatan Jepun tau! Dulu kau pakai kereta Pesona kau merungut. Bunyi sanalah, bunyi sinilah. Kena servis sanalah, servis sinilah. Sejak kau pakai Honda City tak ada lah pulak aku dengar kau merungut. Malah, jadi kereta kesayangan kau adalah.”

“Aku bukan tak kagum negara dimana tempat aku dilahirkan ni. Malah aku bersyukur menjadi rakyat sini. Tak ada perang-perang, aman je negara Malaysia ni. Yang aku kagum dengan negara Jepun sebab teknologi dia, artis-artis kat sana, cerita-cerita yang dia buat, peraturan negara dia dan masyarakat dia.” Terang Amirah panjang lebar.

“Yalah, yalah.” Dengan malas Aira balas. Tidak terkata dengan ‘hujah’ Amirah tadi.

“Eh, esok kita pergi rumah Badrul tau. Ada buat makan sikit kat rumah dia.” Ajak Aira.

“Buat makan? Kenapa? Sempena kau dengan Badrul nak menikah ke?” tanya Amirah blur.

“Ish! Bukan lah. Kan minggu lepas dah buat. Yang ni sempena menyambut kepulangan Aariz.” Terang Aira.

“Balik dari mana?”

“Kau ni…Kan Badrul dah bagitahu kat kau semalam. Aariz kan dulu belajar kat UK. Badrul cakap minggu depan dia dah start kerja. Jadi arkitek.”

“Ooo…”balas Amirah pendek sambil mengangguk kepala.

“Ingat tu. Esok jangan pulak tiba-tiba kau cakap ada hal kat uni.”

“Yalah..”

5 comments:

Hani said...

rasa macam pendek sangat walaupun ni untuk cerpen je :)

Ainaa Azlan said...

hani - hani, ni baru part 1 . hihihi belum full lgi. :D sb tulah pendek

Hani said...

oh yeke? maaf, sy taktahu. tak sabar nak tunggu full punya :D

yad'z said...

wink3.. yea boleh komen.. huhu... cecepat update.. ngee~

#kite minat korea walaupon muka guys dia lagi 'cantik' dari gurl.. ahahah.. ;p

q.min.z said...

indah la bahasa yg ainaa pki.. suka baca^^

nsb la chapter ainaa pendek2 je.. sempat la curi2 bca sekarang...walaupun tgh busy.. huhhu