Pendek je part kali ni tapi harap-harap korang suka lah. Meh jom baca DA triple. Kita tengok apa yang berlaku pada Amirah Humaira dan Aariz Azwan. ( :
........................................
“Jadi dia suruh kau tackle dia, macam tu?” Amirah mengangguk
menjawab pertanyaan Aira.
“ Gila! Nampak
gentleman si Aariz tu tapi tak rupanya !!” Aira menggeleng kepala beberapa
kali.
“Siti Amirah
Humaira. Kau ni dah diibaratkan perigi mencari timba tahu tak? Sepatutnya Aariz
lah yang tackle kau. Kalau setakat tanya kau suka dia tak, okeylah lagi.
Straight forward, lagi gentleman. Tapi ni siap suruh kau tackle dia lagi, kerja
gila namanya tu!” bidas Aira.
“ Dah dia cakap
kalau aku suka dia, tackle dia sampai dia jatuh hati kat aku. Jadi ni lah yang
aku tengah ushakan.” Balas Amirah tak mahu mengalah.
“Irah,Irah…Hantu
mana lah yang merasuk kau ni.” Keluh Aira sambil menggeleng. Amirah hanya
membuat muka selamba.
Aira memandang
Amirah yang sedang membalut kotak yang diisi sehelai baju kemeja bewarna purple
dan tali leher bewarna putih. Siap letak dengan kad pink pulak tu! Ada wangi-wagian lagi.
Macam kad nikah pun ada jugak.
“Kau rasa dia
suka tak baju kemeja yang aku beli ni?” tanya Amirah.
“Entah.” Balas
Aira pendek.
“Kau ni..macam
tak suka je aku dengan dia. Ke kau suka dia?” duga Amirah. Aira mencubit pinggang Amirah membuatkan dia
terjerit.
“Apa kau ni?
Sakit tau!” Amirah menggosok pinggangnya yang terasa pedih.
“Mulut kau tu
celupar sangat kenapa? Boleh pulak kau cakap aku suka mamat tu.Hei! Tak ingin
aku! Aku dah ada Badrul, buat apa aku cari yang lain. Cari penyakit namanya tu.
Badrul lagi handsomelah daripada kembar Aaron Aziz kau tu!” bidas Aira lalu
melarikan diri. Tahu dirinya akan dikerjakan Amirah, jadi sebelum apa-apa baik
buka langkah seribu!
“Aira!! Mari
sini kau!” Amirah bangun dan mengejar Aira. Tak lari mana pun sebenarnya, hanya
mengilingi set sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu.
“Stop-stop!!”
Aira mengangkat tangan tanda mengalah dan merebahkan diri di atas sofa. Begitu
juga Amirah.
“Kau ni punya
pasal. Tak pasal-pasal ‘tawaf’ sofa pulak kita malam ni. Badan aku ni pun dah
berpeluh.” Ujar Amirah tercungap-cungap mencari oksigen.
“Ala..Sekali-sekala, apa
salahnya? Kira jogging lah ni. Pagi esok dah tak payah nak jogging. Boleh
bangun lewat sikit.”
“Banyaklah kau.
Ingat bersenam ni buat sekali saja ke, lepas tu tak payah buat? Huh! Tahu
sangat perangai kau, malas bangun pagi time weekend. Sebab tulah semakin
‘tembam’.” Gurau Amirah. Aira yang mendengar terus bangun. Cermin besar yang
ada kat ruang tamu itu dipandang sambil menilik dirinya.
“Weh, betul ke
aku semakin tembam ni? Aduh! Kenapa aku tak perasan ni?” Amirah menutup mulut,
menahan ketawa.
“Ha’ah, semakin
tembam aku tengok kau sekarang. Kau jangan Aira, nanti kesian Badrul. Macam
mana dia nak ‘angkut’ kau kalau kau berat? Kan terbalik pulak, kau pulak yang ‘angkut’
Badrul. Haha” melihat Amirah yang sudah ketawa terbahak-bahak membuat Aira
sedar yang dirinya dipermainkan.
“Kau tipu aku kan, Irah?” Aira
mencapai bantal kecil dan dilemparkan ke arah Amirah.
‘Yes! Tepat-tepat
landing atas muka kau Amirah. Nasib lah.’ Sorak Aira dalam hati apabila bantal
kecil yang dilempar betul-betul mengena muka Amirah.
Ketawa Amirah
serta-merta berhenti. Aira yang sedang tersengih sambil melangkah beberapa
tapak kebelakang diberi sebuah jelingan tajam. Dia bangun dan apabila setapak
Aira mengundur diri, setapak jugaklah dia mara ke hadapan.
“Hehe. Peace.”
Ujar Aira sambil membuat gaya
kedamaian sebelum berlari ke kamar tidurnya yang berada di tingkat atas.
“Nur Aira Mohd
Nordin!!” jerit Amirah bergema di rumah teres 2 tingkat itu. Manakala Aira yang
berada di dalam kamar tidur sudah terguling-guling di atas katil sambil ketawa
tak henti. Sampai meleleh air mata dibuatnya.
“Nasib kau lah,
Amirah Humaira.”
“Humaira buat apa kat sini?” tanya Aariz.Sungguh dia terkejut
melihat Amirah yang tercongok dihadapannya sambil bibir tak lekang dengan
sebuah senyuman.
Amirah hanya
mengangkat kening. Dia menutup pintu dan berjalan ke arah Aariz yang masih
terkejut akan kehadirannya di pejabat Aariz. Pagi tadi dia call Aariz tapi tak
diangkat jadi dia call Badrul. Badrul cakap Aariz ada kat pejabat.
Mula-mula dia
pelik jugak lah Aariz ada kat pejabat
tapi setelah Badrul menyatakan yang Aariz ada kerja yang masih belum
diselesaikan dipejabat, terus dia membuang perasaan itu. Amirah meminta alamat
tempat Aariz dan membuat keputusan untuk surprise kan Aariz.
“Rajinnya abang.
Hujung minggu macam ni pun sanggup pergi pejabat. Boleh saya duduk?”
“Err…duduk lah.”
Balas Aariz tergagap-gagap.
“Abang terkejut
eh sampai tergagap-gagap dibuatnya? Hihi.” teka Amirah sambil duduk di hadapan
Aariz. Beg kertas sederahana besar diletakkan di atas meja yang memisahkan dia
dan Aariz.
“Saya nak bagi
sesuatu kat abang. Nah, ambik lah. Special for my Aaron Aziz.” Amirah ketawa
kecil dengan kata-katanya sendiri. Aariz tersenyum kelat. Sesekali matanya
melirik ke arah pintu yang tertutup rapat.
“Senyap je abang
dari tadi..Tak suka ya saya datang sini?” Amirah sedikit terasa hati dengan
Aariz yang diam bagai tak suka akan kehadirannya.Belum sempat Aariz membalas,
pintu dibuka dari arah luar.
“Sayang…kenapa
you lambat sangat? Kata sekejap je. Lama tau I tunggu you dalam kereta.”
Amirah terbangun
dengan kehadiran perempuan cantik yang berpakaian agak seksi. Persis seorang
model, dengan bentuk tubuh badan yang cantik, rambut panjang yang berikal
keperangan dan berpakain dress sikat paras paha dan terdedah di bahagian bahu.
Tapi bukan itu
yang membuatkan Amirah terbangun. Tetapi kerana panggilan ‘sayang’ kepada
Aariz.
“Bella, kan I suruh you tunggu
dalam kereta.” Ujar Aariz. Bella berjalan mendekati Aariz. Badannya dilentokkan
dan digeselkan pada tubuh Aariz. Tidak berkelip mata Amirah melihatnya.
“You lambat
sangat, jadi I naik lah.” Balas Bella.Kemudian dia memandang Amirah.
“Ni siapa
you?”tanya Bella. Aariz menarik nafas panjang. Lidahnya kelu untuk bertutur.
“Bella, ni
Amirah Humaira, kawan tunangnya Badrul. Dan Humaira, ni Bella…” Aariz tidak
meneruskan ayatnya. Amirah menghulurkan tangan dan Bella menyambut. Amirah
tersenyum kelat, Aariz tak kenalkan dia sebagai kawan dia tapi sebagai kawan
Aira.
“Hai, I Bella,
tunang Aariz.” Amirah terasa hatinya dihiris-hiris dengan pisau tajam. Dia cuba
mengawal riak mukanya.
“Oh, nice to
meet you. Bertuah Aariz dapat tunang macam awak, cantik!”
“Haha.Thanks. I
kerja sebagai model. You?”
“Belajar lagi.”
“Sama umur
dengan Aira lah ni?” Amirah mengangguk.
“Awak pernah
jumpa dengan Aira?”
“Tak. Aariz yang
cakap tunangnya Badrul nama Aira.” Beritahu Bella.
“Oh..”
“Tak apalah.
Saya mintak diri dulu ya.” Amirah mencapai tas tangannya dan bersalam semula
dengan Bella.
“Bye.” Ujar
Bella sambil melambai ke arahnya. Amirah membalas. Sempat juga dia melihat
Bella cuba
mencium pipi Aariz semasa dia hendak menutup pintu. Terus dia berlari ke arah
lif dan keluar dari bangunan itu. Air mata laju merembas keluar.
“Eh, kenapa ni Irah?” tanya Aira.
Dia yang tengah
syok-syok makan mee goreng yang dimasak oleh Amirah pagi tadi sambil menonton
Princess Hour terkejut apabila pintu rumah dibuka dari arah luar dengan
mengejut. Lebih mengejukkannya apabila melihat Amirah yang lecun dengan air
mata.
“Ira…” Amirah
menerpa ke arah Aira dan memeluk sahabanya. Dia menangis di bahu Aira. Aira
menggosok belakang Amirah, berharap dapat menenagkan Amirah. Setelah tangisan
Amirah reda dia menarik Amirah duduk.
“Cuba kau cakap
kat aku Irah, kenapa kau menangis ni?”
“Aa..Aariz,
Irah. Aariz…” Aira mengerutkan dahi.
“ Kenapa dengan
Aariz?” Amirah memejamkan mata. Dia menceritakan apa yang berlaku di tempat
kerja Aariz tadi. Aira setia mendengar. Sesekali dia menggeleng kepala dan
sesekali dia medengus kasar.
“Kurang ajar
punya Aariz!! Patutlah aku rasa pelik je dengan Aariz ni. Ada agenda rupanya! Huh! Siaplah kau Aariz! Ada hati nak permainkan
BFF aku ya? Siap kau!” marah Aira lalu bingkas bangun. Tudung Ariani yang ada
di atas sofa dipakai dan dicapai kunci keretanya.
“Eh, kau nak
pergi mana Ira?” Amirah berdiri apabila melihat Aira menuju ke pintu rumah yang
terbuka luas dari tadi.
“Aku nak pergi baling
mamat playboy tu dalam lombong!!” Amirah menarik Aira yang sudah membuka pintu
keretanya. Pintu kereta ditutup dan menarik Aira masuk ke dalam rumah semula.
“Kau ni…kuat ke
nak angkut dan baling dia tu?” balas Amirah bergurau. Pintu rumah ditutup.
“ Kuat ke tak
kuat, aku tak kira. Pandai sangat nak permainkan kau siapa suruh. Huh! Suruh
kau tackle dia konon, puih!” Amirah tergelak melihat Aira membuat gaya meludah.
“Ketawa pulak
kau.” Aira menjeling dan melabuhkan punggung di atas sofa.
“Kau tu
lah..Lucu.” Amirah tersenyum.
“Terima kasih,
Aira.”
“Untuk?”
“Sebab kau, aku
boleh tersenyum lagi ni.”Aira tersenyum dan terus memeluk Amirah.
“Kau kan kawan baik aku.”
Ujar Aira.
“Kawan baik..”
balas Amirah sambil ketawa kecil.
Bersambung~
7 comments:
la....abang aariz pun lelaki jgk rupanya .. dh nama pun laki.. xblh lari dgn penipuan dan suka perempuan sexy.. hoho..
abang aariz..sedih tau abg buat cam ni.. huhu
ps: td tgk aaron aziz kat melodi. YA ALLAH handsomenya dia....tlg la bg aaron aziz kat ak jgk... muka sebijik..tp bdn xyah la bsq sgt cam dia...huhu..^^
erk? Aariz lelaki lah qminz. hihi blur kejap qminz ckp mcm tu
lorh..aaron aziz keluar melodi tdi? adeh! terlepas. huhu xbuka lg tv hri ni. terlepas nk tengk abang handsome tu >.<
lol.. maksud sy.. abang aariz ni mcm lelaki yg lain jgk.
lelaki sume same je..
sian aaron aziz.. pasal jedjaidi cr mslh dgn dia lg lh. dia nmpk cam letih je.. tp maintain handsome..
thn nmpk bini die... ah.. *jeles*
sampai part bape cerpen ni yunk?
aina , tak sambung lagi ke ?
@YADZ setakat ni jea.. lepas ni nak post full edition punya. hihi
@SyahiRahmat insyaAllah akan dipost yang full edition. tp bukn msa terdekt nilah. sy busy skit sekarang ni, sorry ya. :)
Post a Comment