“Pengantin
lelaki lari!” Tadi dia yang menangis sampai bahunya terhinjut – hinjut mula
meraung. Berita yang baru disampaikan oleh abangnya itu memang membuat dia mahu
bunuh diri. Dah lah dia tertangkap ketika ‘bermesra’ dengan kekasihnya dan
sekarang saat mereka akan dinikahkan kekasihnya melarikan diri!
“Aku tak kira! Aku nak kau heret kekasih kau datang jumpa Tok Kadi
sekarang jugak ! Adik tak guna! Tak habis – habis nak memalukan keluarga kita.”
amuk abang.
“Adik tak sayang emak dengan abang ke?
Sanggup Adik lakukan perkara terkutuk tu! Emak nak kamu pujuk kekasih kamu tu,
minta dia bertanggungjawab.” rintih emak.
…………………………………………………………………
Ashraff melihat isterinya yang
baru dinikahi 3 jam yang lalu sedang termenung di hujung katil. Dia mengeluh.
Raina Elisya Bt. Rahman. Walaupun sudah 10 tahun tidak bersua muka namun dia
masih dapat mengecam Raina.
Mana mungkin dia
lupa, Raina cinta pertamannya. Satu – satunya perempuan yang dia cintai dan
sampai sekarang cintanya tidak beralih. Ashraff mendekati isterinya. Satu
keluhan dilepaskan. Kecewa dengan Raina.
“Raina.” Raina
memandang Ashraff dengan pandangan kosong. Ashraff kelu . Sudah 10 tahun tidak
berjumpa dan sekarang……Raina berada dalam bilik bersamanya dalam keadaan berstatus
suami isteri .
“ Raina. Lamakan
kita tak berjumpa?” Ashraff mengetuk kepalanya sendiri. Dia tidak tahu macam
mana nak mulakan bicara.
“Kenapa awak
kahwin dengan saya jugak? ” pertanyaan Ashraff diabaikan . Ashraff tersentak .
“ Kenapa awak
sanggup kahwin dengan saya ? Awakkan dah tahu hal sebenar . Kenapa awak masih
nak teruskan ? Kenapa ? ” suara Raina mula meninggi sambil disusuli air mata
yang laju membasahi pipinya .
“ Syyyh . . . . .
” Ashraff memeluk Raina . Cuba
meredakan tangisan sang isteri dengan mengusap rambut Raina yang panjang
separas dada dan berikal .
Haruman rambut Raina menyebabkan dadanya
berkocak . Ashraff cuba
mengawal diri . Dalam keadaan yang belum stabil sekarang , dia belum bisah menyentuh
Raina walaupun mereka dah sah menjadi suami isteri .
“ Dah lewat ni,
awak tidur dulu ya? ” ujar Ashraff sambil bangun dari katil. Raina menunduk
sambil mengesat sisa – sisa air mata.
“Jangan risau,
saya takkan sentuh awak.” Ashraff tersenyum manis ke arah Raina sebelum berlalu
ke bilik mandi. Spontan tangan Raina naik ke dada kirinya.
‘ Kenapa dengan
aku ni ? ’
Raina mengeliat. Perlahan –
lahan dia mengosok kelopak matanya yang terasa berat .Raina memandang Ashraff
yang masih dibuai mimpi. Lebih tepat lagi , dia merenung wajah suaminya .
‘Kacak jugak Si
Ashraff ni ya...Tapi kenapa Ashraff sanggup menggantikan tempat Farhan? Farhan.
Argh! Jantan tu memang tak guna! Sebab dia lah keluarga aku dapat malu besar !’
akibat geram, Raina secara tak sengaja tertumbuk perut Ashraff.
“Allah!” Ashraff terbangun.
Terasa perutnya senak. Raina pula sudah menggelabah.
“Err... Sorry.
Sorry awak, saya tak sengaja.” Ashraff memandang Raina. Kening belah kirinya
terangkat. Raina pula menggigit hujung bibirnya , muka dah merah .
“Saa..Saya....
Saya yang salah. Saya minta maaf. Saya tak sengaja pukul awak.” tergagap Raina
dibuatnya.
“Awak geram
tengok saya ya? Sebab saya kacak sangat tapi tak boleh nak peluk. Tu yang awak
tumbuk perut saya ya? ” usik Ashraff. Matanya melirik ke arah Raina sambil
tersenyum nakal. Muka Raina bertambah merah, sebiji macam tomato!
‘Ya Allah!
Seksinya suara mamat ni pagi–pagi macam ni. Jantung aku ni pun mula lah buat
hal.’
“Kenapa jeling –
jeling kat saya ni? Hmm? Ke.... Awak dah
jatuh cinta kat saya?”
“Eh! Mana ada!”
Cepat – cepat Raina bangun dari katil.
Belum sempat
Raina melangkah ke bilik mandi, Ashraff
terlebih dahulu menarik tangan Raina membuatkan Raina jatuh atas riba
Ashraff. Mata mereka saling bertentangan. Jantung Raina dah macam baru lepas
berlari 300 m . Nafas Ashraff sudah tersekat – sekat. Ashraff mendekatkan
mukanya dengan muka Raina, ingin menyentuh bibir isterinya. Raina kaku.
Tok tok tok
Raina menolak
tubuh Ashraff apabila terdengar ketukan pintu. Ashraff pula dah jatuh tergolek
di tepi katil .
“Ashraff, Raina.
Dah bangun ke belum? Subuh dah nak habis ni.” suara mamanya Ashraff, Puan
Khatijah kedengaran disebalik pintu .
“Aaa...Dah. Dah
bangun ma.” laung Ashraff. Raina mendekati Ashraff dan menolong Ashraff bangun.
Mereka hanya membisu sehingga Ashraff bersuara.
“Saya nak solat
ni...Awak... Err. Boleh solat tak?” tanya Ashraff teragak – agak. Raina hanya mengganguk.
“Kalau macam tu,
kita solat berjemaah?” Raina memandang Ashraff sebelum mengangguk.
“ Okey .”
………………………………………
“ Han nak bawak
Ina ke mana ni?” tanya Raina sambil matanya tak lepas memandang sekeliling.
Farhan hanya senyum. Kereta Satria Neo milik Farhan mula menyusuli masuk ke pekarangan
kawasan rumah elit .
“Han! Kenapa Han
diam je? Han nak bawak Ina pergi mana ni? Ina nak balik lah!” tanya Raina
sekali lagi. Kali ini ‘volumenya’
lebih tinggi.
“Sayang, jangan takut. Han bukan
nak bawak lari Sayang ke Siam
pun. Relax , okey?”
Farhan memegang
tangan Raina lalu dkucup tangan yang lembut itu . Perlahan – lahan Raina menarik
tangannya. Inilah yang dia tak suka dengan sikap kekasihnya. Suka pegang –
pegang .
“ Ina nak balik lah Han . Dah petang
ni, nanti emak dengan abang Ina marah.”
“Ala... Okey, Han janji.
Kita pergi sekejap je. Lepas kita bosan, kita balik lah .” Farhan cuba
memujuk Raina. Tanpa Raina sedari, ada makna disebalik kata – kata Farhan.
Kereta diberhentikan di bawah garaj rumah banglo dua tingkat. Rania turut turun
dari kereta.
“Welcome, Sayang.”
“Rumah siapa ni?”
“Rumah Han.” Raina memandang
Farhan. Dahi dah berkerut – kerut.
“Buat apa kat
rumah Han ni? Bukan kea Han cakap family Han tak ada? Pergi oversea.”
“Yealah. Memang diorang pergi oversea. Tak
salah kan Han
bawa Ina datang ke rumah Han? Lagi pun, Ina kan belum pernah lagi datang ke rumah Han.
Jom lah masuk.” Raina mengikut Farhan dari belakang. Seketika kemudian dia
terpegun.
“Oh My!
Cantiknya rumah Han!” Raina terjerit kecil. Farhan hanya senyum. Membiarkan
Raina yang ralit memerhati ruang tamu rumahnya.
“Ina tengok –
tengoklah dulu ya. Han nak pergi tukar baju kejap.” Raina menjeling sekilah ke
arah Farhan yang sudah mendaiki tangga.
“Besarnya rumah
Farhan. Perabot pun nampak macam mahal – mahal belaka. Aku tak sangka pulak
yang aku sedang bercinta dengan orang berada. Baik pulak tu !” gumam Raina .
Raina tersenyum sambil memandang gambar
seluruh ahli keluarga Farhan yang tergantung di dinding berdekatan akuarium.
Namun seketika senyuman Raina mati apabila ada seseorang yang memeluk dia dari
belakang.
“ Eh! Apa ni?”
“Raina,sayang…”
berderu darah Raina apabila mendengar suara Farhan di cuping telinganya. Raina cuba melepaskan
pelukan Farhan namun tidak berjaya. Malah pelukan semakin dikemaskan.
“Farhan! Apa Farhan buat ni?” Raina
meronta – ronta.
“Lepas lah Han!” Farhan akhirnya
melepaskan Raina. Cepat – cepat Raina menjauh.
“Han dah gila ke
apa? Mana boleh Han peluk Ina. Kita bukan muhrim!” tegas Raina. Farhan senyum
menggoda. Tahu sangat dengan Raina yang bersikap ‘alim – alim kucing’.
‘Alah! Perempuan
macam Raina ni, belai sikit dah jatuh tersungkur punya.’ desis hati Farhan.
“Kenapa takut sangat
ni sayang? Han peluk jelah. Bukan buat apa – apa pun. Tak kan Raina tak sudi dipeluk Han?’
“ Bukan muhrim!
Berdosa!” tegas Raina. Tapi Raina akui, kadang – kala dia terbuai dengan sikap
Farhan. Sikap Farhan yang selalu mengambil berat dan selalu melontarkan kata –
kata manis membuatkan dia selesa. Membuatkan dia terasa disayangi.
“Sorry,sayang... Han janji, Han
tak akan sentuh Raina lagi. Janji.”
“ Janji?”
“ Janji!” Farhan
mengangkat tangannya tanda berjanji. Raina tersenyum.
Sudahnya mereka
hanya berbual – bual. Disebabkan Raina terlalu asyik berbual dengan Farhan, dia
alpha akan dirinya yang berdua – duaan dengan kekasihnya. Perbualan mereka
terhenti apabila loceng rumah Farhan berbunyi serta ketukan di pintu utama.
Raina mengangkat
kening tanda bertanya. Farhan pula menjongket bahu. Farhan bangun menuju ke
pintu utama dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang datang
ke rumahnya. Seorang anggota polis bersama tiga orang berkopiah. Raina berjalan
ke arah Farhan yang kelihatan kaku di hadapan pintu. Saat mata Raina terpandang
‘tetamu’ Farhan, terus dia rebah jatuh ke bumi.
………………………………
“Raina...” Raina
tersentak apabila ada tangan yang menyentuh lembut bahunya. Habis melayang
lamunannya tadi. Raina tersenyum ke arah ibu mertuanya. Puan Khatijah membalas
senyuman isteri anak sulungnya.
“Raina...Emak dengan abang Raina
dah tahu perkara sebenar?” tanya Puan Khatijah.
“Belum, ma..”
“Ashraff?” lambat – lambat Raina
menggelang.
Puan Khatijah merenung Raina yang sedang
menunduk. Dia tahu perkara sebenar yang berlaku. Dia tahu kes tangkap khalwat
antara Raina dengan kekasihnya. Dan dia juga tahu yang Raina masih ‘dara’ sebelum
berkahwin dengan anaknya.
Raina terperangkap dengan rancangan bekas
kekasih Farhan. Segalanya telah dimaklum oleh penyiasat upahannya untuk
menyelidik kes tangkap khalwat Raina.
Memang dia
terkejut akan Ashraff yang menawar diri untuk mengantikan tempat Farhan. Sebab
itu dia pengupah penyiasat sebelum bersetuju.Emak Raina, Puan Faridah merupakan
kawan baiknya sejak dulu lagi. Tapi tentang hal anaknya yang tiba – tiba hendak
mengantikan Farhan, dia tidak tahu sebabnya. Biarlah…Mungkin anaknya ada sebab
tertentu.
Ashraff berjalan
perlahan – lahan menuju ke arah Raina dan Mamanya. Dia meletakkan jari
telunjuknya ke bibir saat Raina ingin menyatakan sesuatu.
“Mama!” sergah Ashraff. Saja dia nak mengenakan mamanya.
“Oh mama kau,
mama aku..” latah Puan Khatijah. Ashraff tergelak besar manakala Raina pula
menutup mulut, menahan ketawa.
“Bertuah punya
anak! Kamu nak mama mati cepat ke?” Puan Khatijah pura – pura marah anaknya.
Lengan Ashraff dipukul.
“Tulah mama..Melamun
je. Mama rindu kat papa ya? Alah mama ni, Ashraff baru ‘culik’ papa sekejap
mama dah rindu segala.” sakat Ashraff.
Raina pula tergelak kecil. Baru dia tahu yang
Ashraff ni sikapnya suka menyakat orang. Patutlah kemain je Ashraff menyakat dia subuh tadi.
“Kamu ni kan...” Ashraff terjerit apabila tangan
mamanya dah mencubit pinggangnya
“Aduih ma...Berbisa
betul cubitan mama ni ya.” ujar Ashraff sambil mengosok pinggangnya yang terasa
pedih.
“Amboi! Berborak
tak ajak papa.” Encik Malek yang turun dari tangga bersuara. Dia mengambil
tempat di sebelah Puan Khatijah dan diletak pula tangannya di atas bahu isteri
tercinta. Ashraff dan Raina tersenyum melihat Encik Malek ‘beromantik’ dengan
Puan Khatijah.
“Mama ni hah...Rindu
kat papa…”sakat Ashraff lagi. Dia yang sedari berdiri tadi sudah duduk di
sebelah Raina. Raina disebelah dijeling sekilas. Jelas kelihatan Raina tidak
senang duduk.
“Mama rindu kat
papa? Papa pun rindu kat mama!” ujar Encik Malek sambil merenung Puan Khatijah.
Puan Khatijah mencubit lengan suaminya. Anak dengan Ayah sama saja!
“Ha! Kamu berdua
pulak bila nak pergi honeymoon?” Encik Malek beralih ke arah anaknya dan
menantunya pula.
“Insya-Allah
lusa pa..Ash dah tempat tiket ke France. Bilik pun dah ditempah.”
beritahu Ashraff. Raina memandang Ashraff. Tak percaya dengan apa yang keluar
dari mulut suaminya.
“Hmm...Baguslah.” Kepala Encik
Malek Terangguk – angguk.
“Berapa lama kamu kat sana?” tanya Puan Khatijah
pula.
“ Seminggu Ma.
Tapi Ashraff ambil cuti dua minggu. Kiranya, seminggu lagi untuk uruskan rumah
yang Ashraff beli tu.” mata Raina terbeliak. Cuti dua minggu?? Dia hanya
mengambil cuti selama tiga hari saja..Dan rumah ?
“Awak tak beritahu saya pun yang kita akan pergi holiday?”
tanya Raina setelah dia menarik Ashraff supaya masuk ke dalam bilik.
“Bukan holiday
lah sayang..Tapi honeymoon.” balas Ashraff sambil tersengih. Suka dia apabila
melihat muka Raina yang merah macam tomato. Comel!
“Saja nak surprise
kat awak. Awak suka tak tempat yang saya pilih tu? Takut jugak saya kut – kut
awak tak suka honeymoon kat France.”
Raina mendiamkan diri . Sebenarnya dia bukan tak suka cuma ….
“ Awak tak perlu
lah buat semua tu. Tak perlu habiskan duit awak untuk saya. Lagipun, awak dah selamatkan
maruah keluarga saya. Saya...” bicara Raina terhenti apabila Ashraff bertindak
mengucup lembut bibir Raina. Raina tergamam.
Jangan cakap macam tu lagi. Saya ikhlas kahwin
dengan awak.” ujar Ashraff sebelum keluar dari bilik. Perlahan – lahan Raina
menyentuh bibirnya. Walaupun hanya beberapa saat namun kucupan Ashraff masih
terasa hangat.
“Aduih! Jangan macam – macam Raina
!! Sedar sikit diri kau tu!” ujar Raina perlahan.
“ Apa yang dibebelkan tu?” celah
satu suara. Hampir – hampir Raina melatah.
“Ish! Awak ni ...Terkejut saya
tahu tak!” Raina mengurut dadanya.
‘Aku ingat mamat
ni keluar dah. Rupa-rupanya ada lagi dalam bilik ni. Harap – harap dia tak
tengok riaksi aku dan tak dengar apa yang aku cakap tadi.’desis hati Raina .
“Maaflah buat
awak terkejut. Cuma tadi baru saya teringat . Lusa kan
kita dah nak pergi France,
jadi saya nak bawak awak pergi rumah emak. Petang ni kita bertolak.”
“Rumah mak?” Ashraff menganguk.
“Err….Ash.Saya
rasa….Saya tak boleh ikut awak pergi France kut.” lambat – lambat Raina
beritahu Ashraff. Ashraff menjongket kening.
“Saya ambil cuti
tiga hari je wak…”sambung Raina.Ashraff membulatkan matanya . Terkejut dengan
apa yang baru didengarinya.
“Apa awak cakap?
Tiga Hari ?? Awak ambil cuti kahwin hanya tiga hari?!” secara tak sengaja suara
Ashraff menjadi kuat, Raina menunduk. Ashraff meraup mukanya.
‘Bini aku ambil
cuti kahwin hanya tiga hari? Mana ada orang pergi honeymoon sorang – sorang!
Aku punyalah semangat ambil cuti dua minggu. Tapi Raina …. Haih! Tak boleh jadi
ni! Aku tak kira! Aku nak Raina pergi honeymoon dengan aku jugak.’ nekad hati
Ashraff.
“Saya nak awak ikut juga. No
excuse!” tegas Ashraff .
“Eh! Habis, klinik saya macam
mana?”
“ Suruh je Aina gantikan tempat
awak. Tu kan
klinik awak dengan dia.”
“Tapi …”
“Kan saya dah cakap! No
excuse!” terus Ashraff keluar dari bilik. Raina pula terkebil –kebil di tepi
katil.
“Hah! Ada
apa datang sini?”sergah abang Raina, Rizal. Raina berdiri di belakang suaminya
sambil memegang sedikit baju Ashraff. Kecut perut dia tengok abang dia yang
berwajah macam singa jantan tak makan sebulan!
“Apa khabar bang?”
Ashraff menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rizal. Rizal menyambut hujung
jari.
“Eh! Ashraff,
Raina.” Puan Faridah menerpa ke arah anak bongsunya. Sekelip mata Raina berada
dalam pelukan Puan Faridah.
“Raina, anak mak.”
Puan Faridah mencium pipi dan dahi anaknya. Raina yang berada dalam pelukan
Puan Faridah sudah mengalirkan air mata. Ashraff dan Rizal hanya menjadi
pemerhati.
“ Dah, dah. Jom
masuk Ash, Ina.”ujar Puan Faridah. Puan Faridah dan Raina masuk ke dalam rumah
diikuti Ashraff dan Rizal.
“Ada apa kamu berdua datang
sini?” belum pun Raina dengan Ashraff duduk di atas sofa, Rizal bertanya dengan
muka yang garang.
“Err…Ash dengan
Ina datang sini nak bagitahu yang lusa kami dah nak bertolak ke France..”beritahu
Ashraff.
“Haih! Orang
kahwin ‘express’ pun pergi honeymoon jugak ke?”perli Rizal sambil mata tak
lepas memandang tajam ke arah adiknya.
Memang Rizal
masih marah lagi dengan Raina . Arang yang Raina conteng ke muka dia dengan
emak belum hilang lagi. Dan dia juga tahu yang sepatutnya dia tak marah kat Ashraff.
Sebalikya harus berterima kasih sebab Ashraff lah yang menyelamatkan keluarga
dia dari dipandang hina oleh penduduk kampung. Cuma….Dia pelik. Kenapa Ashraff
sanggup kahwin dengan Raina?
“Rizal…”Puan
Farizah menggeleng. Rizal mendengus lalu berlalu ke biliknya. Pintu bilik
dihempas kuat.
“Maafkan Rizal ya Ash.”
“Takpe mak. Ash faham.”
“Tadi kamu kata,
lusa dah pergi honeymoon kan?
Jadi sebelum kamu berdua pergi honeymoon tu tidur kat sini dulu ya?” pinta Puan
Farizah.
“Kami memang nak
bermalam kat sini pun mak.” Raina yang sedari tadi membisu mula bersuara.
“Haa!Baguslah
kalau macam tu.Mama kamu apa khabar Ashraff?Dia…Boleh terima ke?” soal Puan
Farizah berhati – hati . Takut Raina terasa hati dengannya .
“Alhamdullillah,
Mama sihat.Mama dengan papa pun boleh terima. Oh ya! Mama kirim salam kat mak.”
“Waalaikummussalam…Syukurlah
kalau mama dan papa kamu boleh terima. Senang hati mak.” Puan Farizah menarik
nafas lega. Takut jugak dia kalau – kalau sahabat baiknya tidak boleh terima
keadaan anaknya.
“Kamu berdua
berehat lah dulu. Bilik adik tu pun mak kemaskan tiap-tiap hari. Mak nak pergi
masak dulu.” Ujar Puan Farizah sambil bangun. Mahu berlalu ke dapur. Ashraff
dan Raina turut bangun.
“Biar adik tolong mak . Awak
pergilah rehat dulu.”
“Eh! Tak payah.
Kamu pergi je berehat dengan suami kamu tu. Biar mak yang masak.” Puan Farizah
berlalu ke dapur. Meninggalkan Raina dan Ashraff yang masih berdiri di tengah –
tengah ruang tamu rumahnya.
“So?” tanya Ashraff. Raina
menjungkit bahu .
“ Jomlah .”Ashraff mengambil beg
pakaian yang sederhana besar itu lalu mengikut Raina dari belakang. Beg bagasi
yang perlu dibawa ke France
ditinggalkan di dalam kereta.
“Masuklah.Bilik
saya kecil je kalau nak dibandingkan dengan bilik awak. Katil dalam bilik saya
pun katil bersaiz queen je.”Ashraff yang mendangar kata – kata Raina terus
menutup pintu bilik. Beg diletakkan di tepi almari pakaian . Raina yang
memandang pelik ke arahnya didekati .
‘ Apahal ni ?’
desis Raina. Raina berundur ke belakang apabila Ashraff mendekatinya
sehinggalah dia terperangkap. Tak boleh nak lari dah. Ashraff telah mengepung
Raina dengan kedua-dua belah tangannya diletakkan di pintu bilik yang tertutup
rapat.
“Kenapa dengan
awak ni hah? Saya tak suka awak cakap macam tu! Saya suami awak, awak isteri
saya. Semua milik saya,milik awak juga! Dan semua milik awak, milik saja jugak.
Termasuklah .... Awak . Awak milik Allah s.w.t , milik keluarga awak dan awak
milik saya!” tegas Ashraff.
“Tolonglah.
Tolong jangan cakap seolah–olah saya ni orang asing, orang yang memandang
harta...Tolong jangan cakap macam tu lagi. Kalau saya dengar awak cakap macam
tu lagi, saya heret awak naik ke atas katil!” ugut nakal Ashraff. Dia senyum
sembunyi. Dia saja je nak gertak Raina. Tapi kalau Raina sudi apa salahnya.
Hehe
“Erk!” Raina terkedu dengan
ugutan Ashraff. Berdiri bulu roma dia.
‘Hish! Seram!’
desis hati Raina sambil menggeleng kepala beberapa kali. Terus terlepas ketawa
yang ditahan Ashraff, lucu apabila melihat Raina kalut macam tu.
“Haha…Saya gurau
je ...Luculah awak ni.” ujar Ashraff sebelum merebahkan badan di atas katil.
Raina mengetap bibir.
‘Apa yang lucunya cik abang
oooi!!’
“ Benci lah awak ni!”
“Sayang awak.”
balas Ashraff . Mata masih terpejam tapi bibir tersenyum lebar. Tak kisah lah
kalau Raina anggap dia bergurau pun. Belum tiba masanya lagi untuk dia berterus
terang. Kaki Raina mendekati Ashraff yang masih berbaring. Bantal yang elok tersusun
di kepala katil dicapai.
“Benci! Benci!
Benci!!!” Raina memukul badan Ashraff dengan bantal tadi. Geram betul dia dengan
Ashraff ni. Ashraff bangkit tetapi tidak pula dia menahan Raina dari terus
memukul badannya dengan bantal yang empuk itu. Malah, ketawa kecil yang keluar
dari mulut lelaki kacak itu. Raina berhenti memukul Ashraff.
‘Kenapa dengan
mamat ni? Bukan nak marah atau mengelak. Tapi boleh pulak dia ketawa! Ish!’
Raina memandang
Ashraff. Ashraff membalas renungan isterinya sambil senyum menggoda.
“Apa senyum– enyum?” Sekali lagi
Ashraff tertawa.
‘Mak aihh! Garangnya bini aku ni.
Senyum pun tak boleh. ‘ desis Ashraff.
“Kenapa? Tergoda
ke?” Ashraff mencuit hidung isterinya. Cepat – cepat Raina menepis.
‘Eeee…Nak je aku
smack down dia ni! Tapi tak boleh
buat ! Nanti tulang aku pulak yang patah! Tengok body suami aku ni pun tahu . Body
tough gitu!’ Raina menjeling tajam ke arah Ashraff yang sedang tersengih . Dia
bangun dari terus duduk di birai katil dan berlalu ke bilik mandi .
“Wah! Cantiknya!” pegun Raina.
Dia merebahkan badannya di atas katil. Kini, mereka berada di Hotel Concorde La
Fayette. Paris,France. Ashraff merebahkan badannya
disisi isterinya .
“ Suka?”
“ Suka sangat!
Ni lah pertama kali saya jejak ke Kota Cinta ni tau! Patutlah dulu Aina happy
gila masa suami dia nak bawak Aina honeymoon kat sini.” Raina bangun menuju ke
balkoni.
“Wah! Awak,
awak! Marilah sini. Marilah.” Raina menarik Ashraff ke arah balkoni. Ashraff
hanya menurut. Kini, jelas kelihatan menara Eiffel yang megah berdiri.
Pemandangan menara Eiffel memang sungguh menarik pada waktu malam. Diterangi cahaya
yang bewarna keemasan. Raina tersenyum.
“Cantik kan?” Ashraff memandang
Raina yang masih ralit menikmati pemandangan menara Eiffel. Kemudian matanya
jatuh ke tangannya yang masih dipegang oleh Raina.
“Cantik.” balas
Ashraff sambil mengemaskan pegangan tangan Raina. Raina tidak menolak. Mereka
sama – sama menikmati suasana yang romantik itu.
“ Cepatlah!”
gesa Ashraff.
“Tak nak!”
“Alah! Kali ni je.Please……”
Ashraff meleretkan perkataan ‘please’. Cuba untuk memujuk Raina. Raina
mencuka. Geram dengan Ashraff yang nak dia dan Ashraff bergambar bersama. Dia
tak suka bergambar!
“Saya tak
minatlah nak bergambar – gambar ni . Rimas!” bantah Raina. Ashraff tidak peduli.
Dia meminta tolong kepada mat salleh
yang sedang mendongok memandang menara Eiffel supaya mengambil gambar dia dan
Raina. Ashraff menarik Raina berdiri disampingnya, pinggang Raina dipeluk. Klik!
“One more, please ” pinta Ashraff.
Mat salleh tadi mengganguk dan
tersenyum.
“Okey. Say
cheese…” Klik! Raina tergamam. Ashraff mencium pipinya! Dia memandang Ashraff
yang mengucapkan terima kasih kepada mat
salleh tadi .
Ashraff melihat
gambar yang baru ditangkap tadi. Ashraff tersenyum tatkala gambar dia sedang
memeluk pinggang Raina sambil mencium pipi gebu itu. Tambah pula latar belakang
menara Eiffel. Memang cantik.
“Awak saja je ya?”
“ Apa?”
“Tadi…Yang awak cium pipi saya
tadi kenapa?”
“Tak boleh ek?” Raina mengetap
bibir. Geram dengan Ashraff yang saja buat blur.
“ Tak boleh!” Ashraff hanya
senyum.
“Eh! Ada jual aiskrim lah. Awak
nak tak?” tanya Ashraff tatkala terpandang penjual aiskrim dengan ven.
“Perisa vanilla
tau!” pesan Raina. Sememangnya dia suka aiskrim yang berperisa vanilla. Ashraff
meninggalkan kamera DSLR berjenama Canon itu kepada Raina sebelum membeli aiskrim.
Raina memerhati langkah Ashraff.
“Raina....”
Raina kaku. Dia kenal suara itu! Perlahan – lahan dia berpaling. Dan betul lah
sangkaan nya. Ya, memang suara itu milik lelaki yang bernama Farhan!
“Far.....Farhan .” Raina masih
kaku memandang Farhan.
“Ina .... Sayang.
Maafkan Han...” terdengar panggilan keramat itu terus dia teringatkan si suami.
Raina menoleh ke arah Ashraff. Nampaknya Ashraff masih beratur untuk membeli
aiskrim.
Patutkah dia
meninggalkan Farhan dan menapak ke arah Ashraff? Ataupun terus berhadapan
dengan Farhan. Lelaki yang pernah dicintainya. Lelaki yang hampir – hampir
menjadi miliknya tetapi melarikan diri di hari pernikahan!
“Pergi!” Raina
merenung tajam ke arah Farhan. Farhan cuba mencapai tangan Raina tapi Raina
menepisnya.
“Ina, Han…”
“Pergi! Aku tak
nak tengok muka kau!” halau Raina. Belum sempat Raina meninggalkan Farhan
terlebih dahulu menyambar lengan Raina.
“Raina. Maafkan
Han. Han tahu, Han salah. Tapi masa tu Han belum sedia lagi dan sekarang Han
dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Kita kahwin ya?”
rayu Farhan. Raina tercengang . Kahwin…..Dengan Farhan?
“Kau tahu tak
selepas kau lari keluarga aku dapat malu besar? Kau tahu tak yang abang aku
mula membenci aku, adik kandungnya sendiri. Disebabkab tindakan bodoh kau tu!”
Raina menengking Farhan. Biar Farhan tahu betapa sakit hatinya.
Aku dah kahwin.” sambungnya . Mata Farhan
membulat. Kepala digeleng beberapa kali.
“Ina tipu kan? Han tahu, Raina saja bagi alasan macam
tu.”
“Aku datang ke Paris ni ….Dengan suami
aku. Kami datang honeymoon kat sini.” beritahu Raina.
“Farhan.
Percayalah yang aku dah kahwin. Dan tolong ……tolong lepaskan tangan aku dan
pergi dari sini.”
“Baiklah. Han
pergi dari sini tapi untuk mempercayai Raina dah kahwin memang Han tak percaya.
Dan Ina perlu ingat, walaupun Raina dah kahwin ….Han cuba untuk dapatkan Raina kembali
ke pangkuan Han.” ujar Farhan lalu meninggalkan Raina. Raina mengeluh. Tak
sangka yang dia akan berjumpa dengan Farhan di sini.
Ashraff mengetap bibir dan
mengepal tangannya. Terasa hatinya dicucuk – cucuk dengan pisau.
‘Siapa gerangan
lelaki itu? Berani dia pegang tangan isteri aku! Siapa dia?’ bertubi – tubi
soalan yang berlegar di dalam fikirannya . Ashraff mendekati Raina. Raina
tersentak. Ashraff hanya senyum dan membuat selamba. Seolah – olah dia tidak
melihat adegan ‘panas’ sebentar tadi. Aiskrim perisa vanilla dihulur .
“ Errr …Terima kasih.” teragak –
agak Raina menyambut. Dia tersenyum hambar. Perlukah dia memberitahu Ashraff?
“Sedap kan?” Ashraff merenung
Raina. Kalau ikutkan hatinya yang tengah mendidih ini, ingin sahaja dia
bertanya akan gerangan lelaki yang memegang tangan Raina. Tapi disabarkan hati
juga.
“Ahh? Owh,
erm……Sedap!” kemudian mereka tidak bersuara lagi. Setelah habis makan aiskrim,
Ashraff bangun melangkah ke hotel. Raina mengikut dari belakang.
Bukk !
Mujur sahaja Raina
sempat menstabilkan badannya. Kalau tidak tentu sahaja dia jatuh terlentang
kebelakang.
‘Haish! Laki aku
ni...Kalau nak berhenti tu pun bagi lah signal dulu! Nasib baik aku tak jatuh.’
Raina menjeling suaminya. Ashraff mencapai tangan Raina sebelum meneruskan
langkahnya.
Terkial – kial
Raina mengikut langkah Ashraff. Dia memandang tangannya yang berada dalam
genggaman Ashraff kemudian di alih pula pandangan ke belakang badan suaminya.
Dan spontan bibir Raina mengukir senyuman.
Ashraff mengalih kedudukannya.
Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Lepas tu menelentang. Malam itu dia tidak
dapat melelapkan mata. Dia resah. Ashraff memandang Raina di sebelahnya.
‘Siapa lelaki
tu, Raina? Adakah dia bekas kekasih awak?’ Ashraff bangun dan menuju ke dalam
bilik mandi. Paip air dibuka dan dia membasuh mukanya dengan kasar. Cermin
dihadapannya dipandang. Taatkala itu dia terbayang lelaki petang tadi memegang
tangan isterinya.
“Aaaargh !”
Raina terbangun dari tidurnya. Terkejut dia dengan jeritan dari bilik mandi
itu. Cepat – cepat Raina melangkah ke bilik mandi apabila Ashraff tiada
disebelahnya.
“Ash! Awak ke
kat dalam? Awak kenapa?” takut – takut Raina bertanya sambil mengetuk pintu
bilik mandi. Senyap. Sekali lagi Raina memanggil dan Ashraff membuka pintu.
Berdiri tegak di hadapan Raina dengan muka tegang.
“Ash…… Awak okey?” takut
dibuatnya Raina. Raina menundukkan kepala, takut dengan muka tegang Ashraff.
Seketika kemudian Raina menekup mulut.
“Ash! Tangan awak berdarah lah!”
Raina terjerit kecil. Tangan Ashraff dicapai.
“Macam mana
boleh jadi macam ni Ash?” Ashraff menarik tangannya perlahan dan masuk ke dalam
bilik mandi, pintu dibiarkan terbuka.
Raina ternganga apabila ternampak cermin bilik
mandi sudah retak dan sedikit pecah. Dia meluru ke Ashraff yang sedang membasuh
luka ditangan. Lengan Ashraff ditarik keluar dan menyuruh Ashraff duduk di atas
sofa . Ashraff hanya menurut cuma muka masih tegang.
Raina berlalu ke
bilik mandi dan kembali semula dengan bekas air, kain dan kotak first aid kit. Dia duduk bersila di
hadapan Ashraff dan tangan suaminya yang cedera itu dibersihkan terdahulu
sebelum membalut dengan pembalut luka.
“ Kenapa awak
pergi tumbuk cermin dalam bilik mandi tu ?” Raina menggangkat muka apabila
tiada sebarang jawapan. Mereka bertatapan seketika sebelum Raina menunduk
semula.
“Raina Elisya.”
Raina tersentak. Dia memandang pelik ke arah Ashraff. Ashraff mengambil bekas
air,kain dan kotak first aid kit dan
diletakkan di atas meja. Tangan Raina ditarik supaya duduk di sebelahnya.
“ Duduk sini.” setelah Raina
duduk…Ashraff memegang bahu Raina.
“Saya nak tanya awak dan tolong
jujur dengan saya.”
“Siapa lelaki
yang pegang tangan awak petang tadi ?”Raina terkejut dengan soalan Ashraff.
Tidak menyangka yang Ashraff nampak Farhan memegang tangannya.
“Jawap Raina Elisya!”
“ Errr…Dia, dia Farhan..”
“Bekas kekasih?” Raina hanya
diam. Angguk pun tidak, geleng pun tidak.
“Macam mana dia
boleh ada kat sini?Kenapa dia pegang tangan awak tadi? Apa yang dia nak?”
bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ashraff. Dia dah tak boleh tahan,
dia kena tanya juga Raina.
“Saya tak
tahu.”jawab Raina perlahan. Tak kan
dia nak cakap Farhan mahu berkahwin dengannya. Sekarang ni pun muka laki dia
tegang semacam…
“Betul?”Ashraff
pandang Raina meminta kepastian. Raina mengangguk. Ashraff terdiam seketika.
‘Tak kan Raina tak tahu? Aku
nampak Raina berbual-bual dengan mamat tu. Pasti Raina tahu apa yang bekas
kekasih dia nak. Tapi… Apa ?’fikir Ashraff. Bahu Raina dilepaskan dan dia mula
merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu.
“Saya penat. Nak
tidur. Awak pun tidur lah…Dah tengah malam ni.” Raina memandang belakang
Ashraff yang sudah berbaring membelakanginya. Perlahan – lahan dia memanjat
katil dan baring mengadap belakang Ashraff.
“Terima
kasih..”ucap Ashraff. Raina memeluk Ashraff dari arah belakang. Tidak tahu
kenapa, dia terasa nak sejuk kan
hati suaminya dengan memeluk badan Ashraff.
“Maaf sebab buat
awak marah….”
Kini, sudah 3 hari berlalu selepas kejadian itu. Hubungan
Raina dan Ashraff pula semakin renggang. Seorang ke utara dan seorang ke
selatan. Ashraff dengan rajuknya, Raina dengan rasa bersalahnya.
Ada 2 hari lagi untuk mereka
menghabiskan masa di Paris. Raina merancang untuk kembalikan sikap romantis
suaminya sebelum pulang ke Malaysia.
Dia tidak betah dengan Ashraff yang sekarang. Dia mahu suaminya yang dulu…
“
A….abang.”panggil Raina. Ashraff berpaling, jelas kelihatan Ashraff terkejut
dengan panggilan yang baru keluar dari mulut Raina.
“Err…Abang, nak
tak kita keluar pergi jalan-jalan. Ina bosan lah..Asyik terperat dalam bilik
je.” Raina berpaling ke arah lain. Mukanya terasa panas.
Ashraff
ternganga seketika sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Terasa hatinya
berbunga-bunga mendengar Raina memanggilnya ‘abang’. Terus terbang rajuknya.
Bayang-bayang Farhan yang memegang tangan Raina sudah melayang jauh.
‘Dia panggil aku
abang tadi kan?
Ke aku silap dengar? Raina panggil aku abang!’
Sebenarnya, dari
malam di mana Raina bertindak memeluknya lagi hatinya telah sejuk kembali. Cuma
dia saja nak bermanja, nak Raina pujuk dia.
“Jom!”ucap
Ashraff dengan ceria. Raina melopong, tak sangka hanya dengan memanggil
Ashraff, abang…rajuk lelaki itu terus hilang.
“Apa yang Ina
menungkan tu?”Raina memandang Ashraff yang sudah siap memakai baju T-shirt
berkolar dan berjalur hitam putih. Seluar jean
yang dipakai juga bewarna hitam.
“Raina pakai
baju ni ya?”Raina menyambut huluran Ashraff sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
Baju blaus berjalur hitam putih dan skirt labuh bewarna hitam itu dipandang.
‘ Saja je suruh
aku pakai baju ni…Konon-konon nak nampak seperti ‘lovely married’ lah tu…’
Raina memandang Ashraff yang ralit mengambil gambar Louvre
Pyramid. Sekarang, mereka berada di Louvre
Museum setelah penat
berjalan di Notre Dame. Dari tadi Ashraff asyik ambil gambar je, Raina pula
ditinggalkan terkebil-kebil dibelakangnya. Raina mendengus sambil memaling muka
ke arah lain.
“Dari tadi
tangkap gambar piramid je, bini kau yang tercegak kat tepi ni tak nak pulak kau
ambil.Huh! Lebih baik ambil gambar aku daripada tangkap gambar benda tu.”bebel
Raina seorang diri.
“Ina jugak yang
tak sudi bergambar dengan abang. So abang ‘bergambar’ jelah dengan piramid ni.
Haih! Orang lain ambil gambar dengan bini, kita jugak lah yang ambil dengan
objek tak bergerak tu. Nasib, nasib.” gurau Ashraff. Terkejut Raina dibuatnya.
Entah bila lah suaminya menapak ke arahnya… Raina diam, malu dengan Ashraff.
Klik!
“ Eee! Apa abang
ni…”
“ Apa? Abang
tangkap gambar isteri abang lah ni. Ya lah, tadi dia jugak cemburu sebab abang
tak snap gambar dia..” Ashraff
tersengih melihat Raina menjeling.
Bahu Raina
dipeluk dan dia menangkap gambar mereka berdua. Raina terkedu. Pipinya dengan
pipi Ashraff berlaga, kalau dia berpaling ni…hish!
“Raina…” Ashraff
dengan Raina serentak berpaling ke hadapan. Berderu darah Ashraff apabila
melihat lelaki tempoh hari berada betul-betul di hadapannya. Raina sudah
gelabah.
‘Apahal mamat ni
tegur kita orang ni? Aduh! Mampus aku, mesti Ashraff mengamuk.’Raina memandang
tajam ke arah Farhan.
Farhan yang melihat pandangan Raina hanya
membuat tidak nampak. Dia menghulur tangan sambil tersenyum untuk bersalam
dengan Ashraff. Ashraff menyambut hambar.
“Farhan.”
“Ashraff”
Ashraff menarik tangannya kembali. Kalau ikut kan hatinya, dia mahu lunyaikan si Farhan ni
namun disabarkan juga hati. Raina yang melihat ketegangan antara dua lelaki itu
terus memaut lengan Ashraff. Empat mata memandang Raina.
“Abang, jom lah
balik hotel. Ina penat lah..”bisik Raina tapi tetap didengari Farhan.
“Habis tu,kawan
sayang ni?”balas Ashraff. Farhan mengepal tangannya. Rasa sakit telinganya
mendengar Raina dan Ashraff berabang dan bersayang.
“Biarlah dia…”
Ashraff tersenyum, suka apabila Raina menunjuk sikap negatif terhadap Farhan.
“Ehem…Aku minta
diri dulu ya..”
“Dah nak balik?”
“Ya. Lagipun aku
dengan isteri aku dah lama kat sini.”perkataan isteri sengaja ditekan, biar
Farhan sedar yang Raina hanya milik dia seorang.
“Pergi dulu
ya…”Farhan mengangguk sambil matanya tak lepas memandang pasangan suami isteri
itu berlalu. Raina pula terkial-kial mengikut langkah suaminya.
‘Ish! Kaki
panjang betul lah dia ni. Langkah besar sedepa!’
“Awak, perlahan
lah sikit. Penat saya berlari-lari anak tau!” Raina berhenti, begitu juga
Ashraff.
“Ops!Sorry…Tak
perasan pulak.”Ashraff tersengih. Pinggang Raina dipeluk supaya mereka berjalan
beriringan.
“Nak pergi mana
ni?”Ashraff berpaling.
“Balik hotel
lah. Nak pergi mana lagi?”
“Alah, Ina belum
puas lagi lah. Jom lah kita jalan-jalan dulu. Banyak lagi tempat yang
belum kita
pergi. Kita pergi Paris
River Cruise ya? Lepas tu pergi Château de Chambord. Emm malam ni pulak kita
pergi Montparnasse Tower, boleh tengok bandar-bandar yang ada kat Paris ni. Esok pagi-pagi
lagi kita pergi ke Palace
of Versailles pulak. Aina
cakap kalau nak pergi tengok taman Versailles,
lebih baik pergi pagi. Nyaman udara kat sana,
pasti cantik kan
bunga-bunga yang ada kat taman tu….” Teruja Raina. Ashraff mengeleng kepala
mendengar tempat-tempat yang disebut Raina.
‘ Aku pun tak
tahu tempat-tempat kat sini. Ni mesti si Aina lah tu yang bagitahu…Haih! Sayang
bini punya pasal, aku ikut je lah. Kan
tak ikut takut panjang pulak muncung isterinya tu, boleh buat hanger lagi.’
“ Abang ikut je
yang…Sayang sebut je mana sayang nak pergi, abang bawa kan. Tapi dengan syarat mesti bertemankan
abang.” Hidung Raina dipicit tanpa sempat dia mengelak.
‘Gila romantik
cik abang aku ni. Panggil aku ‘sayang-sayang’ lagi. Nak luluh jantung aku
dibuatnya. Tangan dia pulak…Hish! Suka sangat cuit hidung aku, tahulah hidung
aku mancung.Huh!’ desis Raina.
Pintu dihempas kuat oleh Ashraff. Raina memejam mata seketika
dan perlahan-lahan air mata membasahi pipinya. Percutian mereka sepatutnya ada
2 hari lagi tamat begitu sahaja sebaik Ashraff membuat keputusan untuk pulang
ke Malaysia.
“ Awak memang
ada hati lagi kat jantan tak guna tu kan?
Awak jawab Raina Elisya!!” tengking Ashraff. Dadanya berombak menahan amarah yang
mula menguasai dirinya. Raina menggeleng disusuli air mata yang tak henti-henti
mengalir.
“Sa….saya
berani…bersumpah yang Farhan tiada dalam hati saya walaupun sebesar zarah. Saya
memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi!” tangisan Raina yang semakin
kuat itu menyukarkan dia untuk bersuara.
“ Awak jangan
bohong saya Raina! Setelah apa yang awak buat ingat saya boleh percaya ke? Awak
ingat saya akan berdiam diri setelah melihat isteri saya berpeluk sakan dengan
jantan lain hah?! Saya percaya yang mama cakap awak terperangkap dengan Farhan
dulu. Tapi sekarang awak nak cakap apa? Awak tak sengaja berpeluk dengan dia?
Macam tu?” bahu Raina dipegang kejap. Raina menggeleng.
“Awak silap. Apa
yang awak lihat tu salah! Awak salah sangka Ashraff!!”
“Diam!! Saya tak
nak dengar apa-apa lagi.”Ashraff menghayun kaki keluar dari bilik mereka. Buat
sementara ni dia perlu jauh dengan Raina. Takut dia akan bertindak mengasari
isterinya kalau lebih lama dia berada di situ. Mujur sahaja semasa mereka
sampai mama dan papanya tiada di rumah. Kalau tidak pasti pertengkaran mereka
akan didengari dan tentu sahaja kepulangan mereka pada hari ini menjadi tanda
tanya.
………………………………….
Malam itu, Raina
menunggu Ashraff di kolam renang untuk makan malam bersama. Katanya sakit perut
sebab tu Ashraff menyuruh Raina tunggu di kolam renang. Raina memandang
sekeliling sebelum matanya terarah ke susuk tubuh yang amat dia kenal. Farhan.
“Ina apa
khabar?” Raina tersenyum kelat. Farhan dah tahu dia sudah bersuami, rasanya tak
perlu kut dia nak ‘aku’ ‘kau’ lagi..
“Sihat je.
Err…macam mana awak boleh ada kat sini?” Farhan tersenyum.
“ Saya pun
menginap kat hotel ni..”
“Hah?”
“Saya
cakap….Saya pun menginap kat hotel ni.” Ulang Farhan. Sungguh Raina terkejut.
‘Tak kan hotel ni jugak kut?’
“Ouh…” dia
memandang air kolam yang tenang itu. Raina bertambah tidak selesa apabila
Farhan berganjak mendekatinya.
“Raina
Elisya…Maafkan Han ya atas apa yang berlaku? Han menyesal… Han menyesal sebab
tinggalkan Ina tapi masa tu Han belum bersedia menggalas tanggungjawab seorang
suami. Sekarang Han dah bersedia, Han nak jadi suami kepada Ina…” Farhan
mencapai tangan Raina dan mengengamnya. Raina terkedu.
“Ap…Apa…Apa yang
Han cakap ni?”
“ Raina Elisya,
sudikah awak kembali kepada saya dan menjadi suri hati saya?” Tangan Raina yang
digengam dibawa ke dadanya. Raina cuba menarik namun semakin kemas
pula pegangan Farhan.
“Farhan! Awak
sedar tak apa yang awak cakap tu? Saya ni isteri orang!” Raina memandang
sekeliling, dia takut Ashraff melihat dan salah sangka kepadanya.
“Han sedar! Han
sedar Ina… dan Han tahu Ina isteri Ashraff. Jadi….Ina mintak cerai ya? Ina
mintak Ashraff ceraikan Ina dan lepas tu kita kahwin. Kita kahwin ya Ina?” rayu
Farhan. Raina merentap kasar tangannya.
“ Gila!!” belum
sempat Raina meninggalkan Farhan keseorang di situ, Farhan bertindak memeluk
Raina dari arah belakang.
“ Raina Elisya..
Farhan betul-betul cintakan Raina dan Farhan yakin yang Raina juga masih
cintakan Han. Han tahu Ina tak bahagia kan
hidup dengan Ashraff? Kita kahwin ya? Farhan cintakan Raina Elisya…” luah
Farhan. Belum sempat Raina melenting, dia terpaku. Dari panahan tajam mata
lelaki itu, dia tahu… Lelaki itu amat marah.
“ Raina!!”
Ashraff berjalan laju ke arah manusia yang sedang berpeluk-pelukan itu. Dengan
kasar dia menarik Raina menjauh dari Farhan sebelum satu tumbukan melayang
tepat ke muka Farhan.
“Kurang ajar!
Berani kau peluk isteri aku hah!! Jantan tak guna!” sekali lagi dia menumbuk
Farhan. Farhan jatuh tersungkur di tepi kolam. Ashraff menarik kolar baju
Farhan supaya berdiri.
“Kau dengar sini
baik-baik! Jangan kau berani nak sentuh isteri aku walaupun hanya hujung jari.
Aku tak benar kan!
Kalau kau berani-berani lagi sentuh isteri aku, mampus kau aku kerjakan!
Faham!!” sejurus itu Ashraff menumbuk Farhan sehingga menyebabkan Farhan jatuh
ke dalam kolam.
Raina yang melihat
sudah terduduk. Dia gerun dengan wajah garang Ashraff sekarang dan dia juga
risau dengan Farhan. Dah lah tubuh Farhan lemah dek dikerjakan oleh suaminya
dan Raina tak yakin yang Farhan masih boleh berenang dengan keadaannya itu.
Ashraff menarik tangan Raina namun Raina mengeraskan diri.
“Awak..Farhan,
awak. Saya takut dia lemas. Tolong selamatkan dia. Tolong…” marah Ashraff
semakin membuak-buak mendengar rayuan isterinya.
“ Lagi bagus
kalau dia lemas!” ujar kasar Ashraff. Tubuh Raina dicepung dan bawa jauh dari
situ. Tempat dimana iserinya dilamar oleh lelaki lain…
…………………………………………
Raina tersedar dari lamulan panjangnya apabila merasa dirinya
bukan lagi keseorang di taman lankskap mama. Puan Khatijah duduk disebelah
menantunya sambil tersenyum. Raina hanya membalas dengan senyuman kelat.
“ Ina buat apa
duduk kat sini sorang-sorang? Kan
dah malam ni.”
“Saja ambik
angin ma..” suasana sunyi ketika. Hanya kedengaran cengkering dan disusuli
dengan angin sempoi-sempoi yang menampar lembut pipi Raina. Raina memandang
dada langit yang gelap tanpa kelipan bintang. Bulan pun tak kelihatan. Mungkin
sebentar lagi nak hujan..
“Kenapa boleh
jadi sampai macam ni? Mama bukan nak masuk campur hal rumah tangga kamu dan Ash
tapi mama risau tengok kamu berdua ni. Dah 3 hari berlalu sejak kamu berdua
pulang dari Paris
tapi mama tengok hubungan kamu dengan Ash dingin.” Terang Puan Khatijah.
Memang dia
tertanya-tanya akan hubungan anak dan menantunya yang dingin sejak pulang dari
bulan madu. Puan Khatijah dan Encik Malek terkejut apabila mereka pulang dari
Port Dickson mendapati Raina dan Ashraff sudah pulang terdahulu. Sepatutnya
keesokannya baru anak dan menantunya bertolak pulang.
Raina melepaskan
keluhan berat. Tidak tahu apa yang patut dia jawab. Semuanya salah dia. Kalau
dari awal dia dah tinggalkan Farhan tentu semua ni tak kan menjadi. Tentu Ashraff tak kan mengamuk.
Ashraff… sejak kejadian tu, Ashraff tak
nak tengok muka dia. Malam-malam pun Ashraff akan tidur di bilik kerja. Nampak
je kelibat Raina, Ashraff terus angkat kaki ke bilik kerja.
“ Semua ni salah
Ina ma… Sebab Ina, Ash jadi dingin dan cepat marah. Salah Ina ma…”rintih Raina.
“ Cuba
kamu cerita kat mama apa yang dah berlaku masa kamu berdua pergi bulan madu
tu?” Raina menarik nafas.
Dia menceritakan kejadian yang berlaku di Paris yang menyebabkan
satu-satunya anak teruna Puan Khatijah dan Encik Malek mengaum bagai harimau
yang sedang kelaparan. Puan Khatijah mengusap bahu menantunya yang sudah
teresak-esak.
“Astagfirullahaladzim…Habis
tu kamu tak cakap yang Farhan bertindak peluk kamu?” tanya Puan Khatijah sambil
menggeleng kepala.
“ Dah. Dah
banyak kali Ina cuba terang kan kat Ash. Tapi Ash
tak nak dengar. Belum pun Ina buka mulut Ash dah angkat kaki.”
“ Tak apa lah..
Nanti mama cuba
cakap kat Ashraff. Kamu sabar ya?” pujuk Puan Khatijah. Raina mengangkat muka.
“Ma, esok Ina
nak jumpa Aina boleh?” Puan Khatijah tersenyum.
“Tanya Ashraff.
Dia suami kamu.” Puan Khatijah menepuk bahu Raina beberapa kali sebelum bangun
masuk ke dalam rumah.
Raina terkebil – kebil sendirian sebelum
melangkah masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kakinya mencecah anak tangga
pertama, kedengaran enjen kereta. Jam dinding dipandang.
“Dah pukul
sebelah empat puluh malam. Awal pulak dia balik hari ni.” Gumam Raina.
Sejak pulang ke Malaysia,
Ashraff akan keluar selepas balik kerja dan akan pulang selepas jam berginjak
angka satu. Tanpa menuggu Ashraff, Raina terus mengatur langkah ke bilik
mereka. Belum pun Raina menutup pintu, terasa pintu ditahan dari luar.
Kelihatan Ashraff berdiri tegak dengan sebelah tangan menahan pintu dari
ditutup.
‘ Aik? Cepatnya
dia naik? Dia nak tidur dalam bilik ni ke malam ni? ’
Ashraff menutup
pintu dan berlalu ke katil. Tanpa menghiraukan si isteri yang tertanya-tanya
dekat muka pintu, dia merebahkan badannya di atas katil. Terangkat kening Raina
melihat Ashraff sudah berbaring di atas katil. Dengan baju kemeja dan stoking
yang belum dibuka lagi.
“Awak… tak nak
mandi dulu ke?” sepi.
“Awak, kalau ya
pun letih sangat tukar lah baju tu dulu.” Raina menghampiri Ashraff. Dilihat
Ashraff sudah memejamkan mata. Raina mendekatkan bibirnya ke telinga Ashraff.
“Abang tidur dah
ke?” Ashraff membuka mata apabila suara Raina menyapa lembut dekat dengannya.
Wajah Raina yang senyum menggoda itu ditenung.
“Bangun pun.”
ujar Raina sambil bergerak menjauh dari Ashraff. Seram pulak pandangan suaminya
itu.
“Kenapa?” tangan
Raina dipegang.
“ Hah?” Raina
terpinga-pinga. Ashraff bangun dari terus berbaring. Raina yang sedang berdiri
ditarik rapat dengannya sampai Raina terduduk disisinya.
“Kenapa
berhenti?” Raina buat muka. Tak faham apa yang dimaksudkan Ashraff.
“Bukan ke tadi
Ina nak goda abang? Kenapa berhenti? Kenapa nak lari? Ina takut abang sentuh
Ina? Kan Ina goda abang, jadi tak salah kan
kalau abang sentuh sekali pun. Lagipun…We are married couple.” Bisik Ashraff.
Raina terlopong.
“Hah? Mana ada!
Bila masa pulak saya nak goda awak. Nonsense!” Raina cuba bangun dan terus berlari ke
bilik mandi. Pintu bilik ditutup dan dikunci. Dia bersandar di pintu sambil
tangan mencengkam dadanya.
‘Kenapa dengan
aku ni? Kenapa dengan jantung aku ni?’
Selepas setengah
jam berlalu, Raina sudah tidak tahan berada dalam bilik mandi. Air cond dari
bilik menubusi celah pintu dan hujan yang sudah yang mula membasahi bumi
membuatkan udara dalam bilik mandi menjadi sejuk.
Perlahan-lahan
Raina membuka pintu. Kepala dijenguk keluar dan dilihat Ashraff sudah lena di
atas katil.
“Alah! Aku nak
tidur mana pulak malam ni? Tak kan
nak tidur atas sofa kut? Dah lah sejuk ni.” Gumam Raina perlahan.
“Tidur je kat
sini.” Raina terlompat apabila disergah begitu.
“Isy, awak ni.
Jangan buat saya terkejut macam tu. Kus semangat!”
“Tidurlah.”
Sepatah Ashraff menjawab sebelum memejamkan mata semula. Raina ambil tempat
disebelah Ashraff dan mengiring ke arah Ashraff.
‘ Mata dia…
Hidung dia…Dan, bibir dia…’
“Kacak ke saya
ni?”
“Hah?” Raina
tersentak.
“Yalah…dah awak
asyik tenung saya. Kacak sangat ke saya ni sampai tak berkelip mata awak tu
tengok saya.” Ujar Ashraff dengan mata terpejam.
‘Eh? Adui,
kantoi! Buat malu je. Dia ni pun, mata terpejam tapi boleh pulak dia nampak aku
tenung dia. Ish!’
“Mana ada…”
meleret suara Raina sebelum dia mengambil bantal yang berada di bawah kepalanya
dan menutup muka dengannya.
Sesaat kemudian
dia merasa tangan sasa milik Ashraff melingkar dipinggangnya. Raina mengintai
dicelah bantal tapi sekejap sahaja kerana Ashraff sedang merenungnya dengan
pandangan yang agak ‘seram’. Lebih tepat lagi pandangan seorang suami.
Lama mereka
berkedaan macam tu sebelum Raina membuat keputusan untuk mengalihkan bantal
dari terus menutupi mukanya.
‘Fuh! Sikit lagi
aku nak lemas kalau terus pekup muka aku dengan bantal ni.’
“Ashraff….”
“Emm…” sahut
Ashraff dengan mata masih terpejam.
“Esok saya nak
jumpa Aina boleh?”
Senyap.
Raina berpaling
dan cuba
mengalihkan tangan Ashraff. Tetapi usahanya tidak berjaya. Apalah sangat kudrat
dia berbanding Ashraff yang berbadan sasa itu.
“ Don’t you dare
go out from my hug.” Ashraff bersuara sedikit tegas.
Mata yang sejak
tadi terpejam dicelik. Dia menolak bahu Raina. Dari mengiring, Ashraff sudah
menindih tubuh genit Raina. Mata Raina sudah membulat menunjukkan dia terkejut
dengan tindakan berani Ashraff.
Berkali-kali dia
menolak badan Ashraff supaya menjauh dari badannya. Namun Ashraff tidak
mengalihkan badannya langsung. Malah semakin mendekatkan mukanya dengan Raina
yang sememangnya hanya tinggal beberapa inci lagi. Raina memejamkan mata.
“Abang cintakan
Raina Elisya.” Bisik Ashraff romantis. Raina terkedu. Tangannya yang kuat
menolak dada Ashraff tadi juga terhenti.
“Hah?” Raina
memandang Ashraff yang sedari tadi merenungnya.
“Sudikah Raina
Elisya menjadi isteriku dalam erti kata sebenar?” bibir Raina terketar-ketar
untuk bertutur.
“A..Apa Ash
cakap ni? Ina tak faham..” tutur Raina perlahan namun masih mampu didengari
Ashraff.
“Abang tahu,
Raina faham apa yang abang maksudkan.” Balas Ashraff dengan mata semakin layu
memandang Ashraff. Dia menarik nafas panjang seketika bagi mengawal nafasnya
yang semakin berat.
“Sudi tak sayang
jadi suri hati abang untuk seumur hidup? Jodoh itu milik kita, sayang.. Tiada
yang bisah memisahkan kita melainkan maut. Sayang…” tutur Ashraff lagi apabila Raina
hanya berdiam diri, terkaku pastinya.
Raina melihat ke
dalam mata Ashraff yang semakin layu, mencari keikhlasan daripada sinaran
matanya. Raina memejamkan mata seketika sebelum merangkul leher Ashraff dan
berbisik.
“Hanya abang
yang berhak ke atas diri Ina. Dari hujung rambut, hingga ke hujung kaki Ina
adalah hak abang. Halal untuk abang.” Bisik Raina lalu mengucup pipi suaminya.
Bibir Ashraff mengukir senyuman gembira.
“Izinkan abang
memilikimu, sayang.. I want you for the rest of my life, always and forever.”
Balas Ashraff dalam nada romantis. Raina mengangguk sebelum Ashraff melabuhkan
bibirnya di bibir Raina.
“Abang
mencintaimu sayang, isteriku Raina Elisya.”
“Ina cintakan
abang, suamiku Ashraff Muslim.”
Malam itu,
terlakarlah satu malam bersejarah buat pasangan suami isteri itu. Bersatulah
dua jasad dengan disaksikan hujan yang mula membasahi bumi.
Raina terjaga apabila merasa hembusan nafas lembut di
telinganya. Semakin lama hembusan itu mula beralih pangkal lehernya.Dengan mata
yang masih tertutp, tangan Raina cuba menolah ‘benda’ yang menganggu
lenanya.
“Aduh!” Raina
membuka mata dan alangkah terkejutnya melihat Ashraff yang berada dekat
dengannya.
“Sayang kenapa
tampar abang?” rengek Ashraff. Tak sakit pun sebenarnya, saja nak bermanja
dengan isteri kesayangannya.
“Eh, awak buat
apa kat sini?” soalan dibalas dengan soalan. Ashraff menjegilkan mata.
“Sayang
ni..takkan lupa semalam selepas kita melaluinya bersama.” Jawab Ashraff nakal.
Raina mengerutkan dari, memproses semula perkara yang berlaku semalam. Seketika
kemudian, muka Raina memerah.
‘Alahai, macam
mana aku boleh lupa ni?’
Ashraff ketawa
melihat muka isterinya yang sudah merah. Raina mencubit perlahan lengan Ashraff
apabila menyedari ketawa Ashraff semakin kuat.
“Slow lah sikit..
Nanti dengar dek mama dengan papa.”
“Ala..Apa salah diorang
dengar. Kalau diorang dengar tentu diorang turut gembira sebab anak menantu
mereka bergelak ketawa subuh-subuh macam ni.” Balas Ashraff sambil tersengih.
“Sayang…Terima
kasih pasal semalam.” Raina menutup mukanya dengan comforter. Ashraff ketawa
senang.
“Tak payah nak
malu-malu lah sayang. Abang dah tengok semuanya.” Ashraff terjerit apabila
tangan Raina mencubit kuat pinggangnya. Dia menggosok pinggang yang dicubit
tadi, pedih.
“Amboi! Sejak
bila sayang pandai main cubit-cubit ni? Abang gigit tangan tu kan..”
“Abang lah,
nakal !!”
“Abang nakal
dengan sayang je, dengan orang lain abang garang!” balas Ashraff sambil
bermain-main dengan rambut isterinya. Raina hanya tersenyum.
“Abang…”
“Ya, sayang…”
“Ina nak jumpa
dengan Aina pagi ni boleh?”
“Buat apa?”
“Saja. Lama tak
jumpa dengan Aina sejak dah kahwin dengan abang ni.”
“Sayang nak
jumpa kat mana?”
“Kat Secret
Recipe dekat-dekat ni je.”
“Abang ikut,
boleh?” Raina memandang Ashraff.
“Nanti Aina malu
lah dengan abang.”
“Ajak lah suami
dia sekali.”
“Aqil?”
“Ouh, Aqil eh
nama suami dia? Haa, suruh Aina bawak Aqil sekali.”
“Abang yakin ke
ni?” Ashraff memandang pelik ke arah Raina.
“Lah, kenapa?
Macam tak suka je abang ikut sekali.” Ujar Ashraff dengan nada sedih.
“Yalah… Dulu
masa sekolah rendah,Ina pernah tangkap cinta kat dia.” Usik Raina. Ashraff
membulatkan matanya lalu pantas menggeleng.
“Oh, no, no and
no! Kalau macam tu sayang pergi dengan Aina saja lah. Cakap kat Aina jangan
bawak suami dia sekali.” Raina ketawa.
“Abang ni…Ina
gurau jelah. Ina tak pernah jatuh cinta kat dia lah. Aina yang suka suami dia
sejak sekolah rendah. Alhamdullillah, diorang ada jodoh. Kahwin juga Aina
dengan Aqil.” Beritahu Raina. Ashraff mengetap bibir. Geram dipermainkan Raina.
“Oh, tipu abang
ya! Nak kena ni.” Ashraff memegang kedua-dua belah pipi Raina dan cuba
untuk mengucup bibir isterinya tetapi tersasar ke pipi apabila Raina
memalingkan mukanya ke arah lain. Ashraff menggeletek Raina. Bergema ketawa
Raina dan Ashraff dalam kamar tidur itu.
Tok! Tok! Tok!
“Pengantin baru
ooi! Kut ya pun nak bergurau senda suami isteri pagi-pagi lah sikit. Ni baru
pukul 4 pagi. Mama dengan papa pun nak tidur jugak.” Terdengar jeritan Puan
Khatijah.
“Haah, betul
cakap mama tu. Ash! Jangan ‘buli’ menantu papa sudah. Bagilah isteri kamu tu
tidur.” Suara Encik Malek pula kedengaran.
Ashraff dengan
Raina berpandangan sebelum menekup mulut menahan ketawa. Kedua-duanya diserbu
malu apabila ‘ditangkap basah’ oleh mama dan papanya sendiri.
“Abang lah ni! Kan dah kena tegur. Malu
tau tak!” bisik Raina.
“Abang pun malu
jugak ni.” Balas Ashraff juga dalam nada berbisik.
“Eh, kejap. Yang
kita berbisik-bisik ni kenapa, sayang?”
“Entah lah.”
Terus melepas ketawa pasangan suami isteri itu tapi masih mengawal suara supaya
tidak didengari oleh Puan Khatijah dan Encik Malek.
“Syyhh.” Raina
meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.
“Sambung tidur
jom, sayang.” Ajak Ashraff sambil tersenyum menggoda. Raina membulatkan matanya
sambil mencubit perlahan lengan Ashraff. Tapi dia tidak menolak apabila Ashraff
membawa dia ke dalam pelukan, malah membalasnya dengan erat.
“Aina, rindunya aku kat kau!!” Raina berpelukan dengan Aina.
Ashraff dan Aqil tersenyum melihat lalu bersalaman antara satu sama lain.
“Aku pun rindu
kau, Raina!” balas Aina selepas meleraikan pelukan.
“Kau nampak lain
lah, Ina. Nampak berseri. Semakin berisi pun ya jugak. Ada apa-apa ke ni?” Raina menjegilkan
matanya.
“Eh, apa pulak aku.
Aku pengantin baru lagi kut. Kau tu, dah kahwin setahun tak kan belum ada isi lagi kut?” usikan Raina
dibalas dengan ketawa Aina dan Aqil. Aina menegakkan tiga jarinya menyebabkan
Raina menekup mulut, jelas kelihatan dia terkejut.
“Kau mengandung
tiga bulan?!” tanya Raina sedikit menjerit. Aina mengangguk dengan bangga. Aqil
merangkul pinggang isterinya sambil tersenyum.
“Maknanya kau
mengandung sebelum aku nikah lagi lah?”
“Haah tapi aku
tak tahu pun. Selepas kenduri kat rumah kau, Aqil nampak aku semakin tembam dan
selera aku pun semakin banyak. Pinggang pun tak seraping dulu. Jadi my hubby ni
pun suruh aku buat pregnant test. Dan inilah keputusannya..’ ujar Aina gembira
sambil menunjukkan ke arah perutnya yang sudah sedikit memboyot.
“Wah! Tahniah,
Aina!” ucap Raina. Mahu saja dia menarik sahabatnya ke dalam pelukan andai Aqil
tidak memeluk Aina.
“Tahniah, bro.
Aku ingat sempat lagi aku nak rushing lintas korang. Tapi tak sempatlah
nampaknya. Korang buat projek awal sangat.” Kata-kata Ashraff menyebabkan dua
jejaka itu ketawa kuat sampai pelanggan yang ada kat Secret Recipe itu
tertoleh-toleh. Raina dan Aina mencubit pinggang suami masing-masing.
“Macam ni lah
orang lelaki. Kalau cakap je pasal benda ni memang bukan main lagi seronoknya.”
Raina mengiyakan kata-kata Aina.
“Haah, betul tu.
Ketawa sampai tak ingat dunia dibuatnya.” Ashraff dan Aqil hanya tersengih
mendengar bebelan Raina dengan Aina.
“Sayang nak
makan apa?” tanya Ashraff dan Aqil serentak. Raina berpandangan dengan Aina.
“Cheese cake!!”
balas Aina dan Raina juga serentak menyebabkan meletus ketawa dari mulut
mereka.
1
tahun kemudian…
“Sayang…Hati-hati tau!”
pesan Ashraff sambi membantu Raina keluar dari perut kereta.
“Apalah, abang ni..Ina tak
apa-apalah.”
“Sayang tu mengandung. Kena
lah berhati-hati.”
“ Lima bulan baru kut.” Ashraff mencekak
pinggang.
“Sayang ni, sejak
mengandung ni mulut tu suka menjawab ya.” Raina memuncungkan bibirnya apabila
ditegur.
“Angkara siapa? Abang jugak
kan..”
kata-kata Raina membuatkan Ashraff ketawa kuat. Raina mencubit lengan Ashraff.
“Orang tengok lah, bang.”
“Biarlah orang tengok,
sayang.. Biar diorang tahu yang abang ada isteri secantik sayang!” ujar Ashraff
sambil memeluk Raina, erat sekali.
“Abang ni, puji Ina kenapa?
Mesti ada apa-apa ni kan?”
tanya Raina sambil mimik mukanya sengaja dimasamkan.
“Sebab sayang abang ni
sememangnya makhluk Tuhan yang paling seksi bagi abang.” Bisik Ashraff
romantis.
“Dah lah, bang. Nak
romantik-romantik pulak dia kat tempat awam macam ni. Ina dah meremang bulu
roma dah ni. Tengok!” gurau Raina sambil menunjukkan sedikit lengannya. Ashraff
sudah memasamkan mukanya apabila mendengar jawapan isteri kesayangannya.
“Abang romantik dengan
sayang je..ke sayang nak suruh abang romantik dengan orang lain?” balas Ashraff
menyebabkan satu cubitan singgah di lengannya.
“Abang jangan nak menggatal
cari yang lain ya!” Ashraff tersengih dan menghadiahkan kucupan lembut di pipi
isterinya.
“Abang gurau je, sayang.
Sayang saja yang abang cinta, always and forever. Remember that.” Ujar Ashraff
sebelum mencuit hujung hidung Raina.
“I know..” balas Raina
manja.
“Assalamualaikum,
Ina…Ashraff.” Mereka berdua pantas berpaling apabila ditegur. Mereka terkedu
apabila melihat Farhan berada dibelakang mereka.
“Far…Farhan!” suara Raina
terketar-ketar menyebut nama itu. Ashraff menarik Raina supaya berdiri
dibelakangnya. Wajahnya sudah berubah tegang.
“Kau buat apa kat sini?”
tanya Ashraff mendatar. Raina hanya diam tidak berkutik.
“Aku datang sini bukan nak
bergaduh, Ashraff.” Jawab Farhan tenang.
“Huh! Aku ingat kau dah
mati lemas.”
“Abang…” Raina menarik
sedikit baju Ashraff, baginya suaminya tidak patut berkata begitu. Farhan
tersenyum kelat.
“Maafkan aku pasal kejadian
kat kolam dulu. Aku tak sepatutnya peluk Ina dan aku sedar, aku gila masa tu.
Menyuruh Raina bercerai dengan kau semata-mata aku ingin memilikinya, memang
satu kerja gila.” Farhan berhenti sejenak.
“Kau perlu tahu ini
Ashraff, tiada apa yang berlaku di antara aku dengan Raina semasa kita orang
ditangkap basah. Bekas kekasih aku berdendam, dia yang kebetulan nampak aku
bawa Raina kerumah aku terus menghubungi pihak JAWI.”
“Aku nak ucapkan terima
kasih kepada kau sebab menggantikan aku semasa malam akad nikah tu. Dan terima
kasih kerana menjaga Raina.” Farhan menjeling sekilas ke arah Raina dan matanya
jatuh ke arah perut Raina yang sudah mula memboyot.
“Aku buat semua tu kerana
aku cintakan Raina Elisya.” Balas Ashraff. Farhan tersenyum sambil mengangguk.
“Assalamualaikum…” Raina,
Ashraff dan Farhan berpaling ke arah gerangan yang memberi salam. Kelihatan
seorang perempuan manis bertudung. Farhan memberi senyuman manis sebelum
merangkul pinggang isterinya.
“Ashraff, Raina. Kenalkan
Elis, isteri aku.” Raina dengan Ashraff berpandangan.
“Dulu, nyaris aku nak lemas
tapi alhamdullilah, aku selamat. Semuanya jasa baik Elis. Elis
yang kebetulan untuk mengambil angin di kolam tu terus memanggil pengawal hotel
apabila melihat aku terkapai-kapai di kolam.” Beritahu Farhan. Raina tersenyum
sambil mengangguk beberapa kali.
“Bi, bi ada bawak tak kad
kawin tu?” tanya Farhan dekat Elis.
Elis mengangguk
lalu mengeluarkan kad yang dimaksudkan Farhan dari beg tangannya.
“Ni kad kahwin kita orang.
Jemputlah datang ya?” ujar Elis
sambil menghulurkan kad kahwin kepada Raina. Raina menyambut dengan rasa hairan
tetapi dia tetap tersenyum.
“Bro, korang kahwin bila
sebenarnya ni?’ pertanyaan Ashraff membuatkan Farhan tertawa. Sudah di agak
soalan yang bakal disoal oleh pasangan di hadapannya.
“Dah sebulan kami kahwin,
buat majlis kenduri lewat sikit.”
“Ouh.” Ashraff memeluk
Raina. Rasa gembira kerana sudah tiada lelaki yang cuba-cuba untuk merampas
isterinya.
“Datang tau. Korang bakal
jadi tetamu istimewa kita orang.” Raina ketawa kecil mendengar seloroh Elis.
“InsyaAllah, saya dengan
Ashraff datang.” Ujar Raina.
“Dua minggu lagi kan majlis tu?” tanya
Ashraff. Farhan dan Elis
serentak mengangguk.
“Kenapa? Kau ada hal ke?”
pertanyaan Farhan membuatkan Raina pantas berpaling ke arah Ashraff. Ashraff
membalas pandangan isterinya sebelum berkata.
“Aku planning nak bawak
Raina jalan-jalan. Kata orang second honeymoon .” Ujar Ashraff sambil ketawa
diikuti ketawa Farhan. Elis
hanya ketawa kecil.
“Amboi! Yang kat dalam tu
pun belum keluar dah nak buat projek tambah satu orang lagi ke?” usik Farhan.
“Apa salahnya?” seloroh
Ashraff membuatkan tangan Raina pantas sahaja mencubit lengan suaminya. Farhan
dan Elis
tersenyum melihatnya.
“Tak apa lah. Kita orang
nak pulang dah ni. Nak edar kad kahwin ni.” Ujar Farhan. Mereka bersalaman
sebelum Farhan dan Elis
melangkah meninggalkan taman bunga itu.
“Tak sangka ya, Farhan dah
kahwin.” Ashraff mengangguk mengiyakan kata-kata Raina.
“Alhamdullillah. Lepas ni
tak adalah lelaki yang berkelakuan gila untuk merampas isteri abang ni.”
“Apalah abang ni. Tak baik
cakap macam tu.”
”Yalah. Tapi betul ni,
abang happy sangat-sangat ni tau. Sebab tu baru terdetik tadi nak pergi second
honeymoon dengan sayang.” Bisik Ashraff. Raina menampar lembut lengan Ashraff.
“Gatal!!”
Special
part : SECOND HONEYMOON ASHRAFF AND RAINA ELISYA AT SHERATON LANGKAWI BEACH
RESORT
“Abang!” panggil Raina dari
dalam kamar mandi. Tiada sahutan daripada Ashraff membuatkan Raina cepat-cepat
mencuci mukanya. Sambil mengelap mukanya dengan tuala kecil, dia melangkah
keluar. Matanya meliar di dalam bilik resort yang sudah didiami dua malam.
“Mana my hubby ni..” rungut
Raina apabila kelibat Ashraff tidak kelihatan di dalam bilik itu. Angin yang
kuat meniup membuatkan Raina berpaling ke arah balkoni yang terbuka. Kakinya
melangkah ke balkoni, juga Ashraff tiada di situ.
Raina masuk semula ke dalam
bilik. Pintu gelonsor ditutup kerana angin pagi itu membuatkan dia kesejukan,
tak elok untuk baby yang dikandung. Handphonenya dicapai. Baru sahaja Raina
ingin mendail nombor Ashraff tetapi handphonenya sudah berbunyi. Skin
handphonenya terpapar nama “ My Hubby”. Terus butang hijau ditekan.
“Abang! Abang kemana? Dari
tadi Ina cari abang tapi tak jumpa-jumpa. Sampai hati abang ya tak tunggu
Ina..” sergah Raina diselit dengan nada sedih. Sememangnya dia terasa dengan
Ashraff kerana meninggalkannya. Sensitif betul sejak mengandung ni.
“Sayang…” seru Ashraff
dengan nada lemah membuatkan Raina panik.
“Kenapa ni bang?’
“Sayang…tol…tolong abang..”
sayup-sayup kedengaran suara Ashraff disusuli dengan bunyi ombak.
“Abang! Abang kat mana ni?
Kenapa abang mintak tolong? Abang ada masalah ke?” bertubi-tubi soalan yang
dilemparkan Raina.
“Sayang, datang kat tepi
pantai ni. Cepat,yang..Abang…Abang sakit.”
“Abang sak…Hello, hello
abang? Abang!!” jerit Raina apabila talian dimatikan dengan tiba-tiba. Wajahnya
berubah pucat. Terus disarungkan cardigan dan tudung sebelum keluar dari bilik
resort itu. Raina berlari laju ke pantai tetapi dia masih berhati-hati kerana
kandungannya yang baru mencecah 5 bulan. Matanya meliar di kawasan pantai yang
agak ramai dengan pengunjung.
Handphonenya yang sempat
dirembat tadi berbunyi.
“Sayang datang sebelah
timur yang.” Belum pun sempat Raina bertanya suaminya sudah mematikan talian.
Dia berlari ke arah timur pantai. Sekali lagi matanya mencari Ashraff, tapi
juga tidak kelihatan. Di kawasan pantai sebelah itu tiada pengunjung. Raina
terduduk, dia mula menangis teresak-esak.
Raina mengangkat muka
apabila terdengar musik. Sayup-sayup sahaja bunyinya. Terus dia mencari di mana
datangnya musik itu. Matanya meliar kasar sampailah Raina terkaku, terkaku
memandang Ashraff yang sedang elok memegang mikrofon. Dibelakangnya ada
sekumpulan pemain musik.
Ashraff menghadiahkan
senyuman manis kepada isteri tercintanya. Perlahan-lahan Ashraff berajalan
sambil diiringi dengan musik yang baru dimainkan. Ditangannya ada mikrofon.
(Ashraff)
Berakhir
sudah pencarian cintaku
Jiwa
ini tak lagi sepi, hati ini telah ada yang miliki
Raina menutup
mulut dengan tangannya. Lagu tu!! Penghujung Cintaku nyanyian Ungu. Ya, lagu
yang amat dia meminati. Sekarang ini suaminya menyanyikan lagu ini untuk dia.
Huluran tangan Ashraff disambut Raina. Ashraff menghalakan mikrofon dekat
dengan mulut Raina.
(Raina)
Tiba
diriku di penghujung mencari cinta
Diri
ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri.
(Ashraff)
Aku
akan menikahimu, aku akan menjagamu
Ku
akan selalu di sisimu seumur hidupmu
(Raina)
Aku
akan menyayangimu,ku kan
setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu
seumur hidupmu
Ashraff memeluk
pinggang Raina dan Raina membalasnya. Air mata yang menuruni pipi dibiarkan.
Sungguh dia terharu kerana Ashraff sanggup menyanyikan lagu yang dia minat
untuk dia.
(Duet
: Ashraff & Raina)
Tiba
diriku di penghujung mencari cinta
Hati
ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
(Raina)
Aku
akan menyanyangimu, ku kan
setia kepadamu (kepadamu)
Ku kan selalu disisimu
seumur hidupmu
(Ashraff)
Woooo
aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
Ku
akan selalu di sisimu seumur hidupmu
(Duet
: Ashraff & Raina)
Nananana
nananana nananana nananana
Ku kan selalu di sisimu
seumur hidupmu
Seumur
hidupmu, seumur hidupmu..
Seumur
hidupmu, seumur hidupmu…..
Ubun-ubun Raina dikucup
kemudian ibu jarinya mengelap air mata Raina sambil merenung Raina dengan
perasaan yang penuh dengan cinta. Raina membalas pandangan suaminya sebelum
menghadiahkan Ashraaf satu ciuman di pipi
“Abang mencintaimu,
isteriku Raina Elisya”
“Ina pun mencintai abang,
suamiku Ashraff Muslim.”
TAMAT
11 comments:
best,tpi msih ada ksilapan ejaan .
BTW,i like this cerpen n that cover !
best gila...
Romantik giler suami dia!!!!!!!!!!!!
Best tapi yang d tgh2 crita agak boring sikit.
Best cerita ni cuma masa suaminya nya dingin dgn raina, cerita ni mcm serabut je. Tp lain2 ok. Cerita ni best sweet ending♡
Its awesome!
Like mostly
Hmm....romantic nye!!!!
malunye sym sorang baca cerpen ni
Kelakar.. dah nangis nangis, boleh terus nyanyi.. hahaha
romantik giler.. klu buat novel ny mesti orang akn baca punya.. ataupown tayang cite ny kt tv.. hhahaaa
Post a Comment