Tabung Luahan Isi Hati

Sunday, September 30, 2012

Review Novel : Anugerah Cinta - Nurmi Syakimi

 


Baru habis baca novel ni. Saya bagi 5 bintang untuk novel ni. Oh, memang best sangat! Baca sinopsis dia pun geram terus 'rembat' dengan kawan nak baca. Hihi belek punya belek sampai ke titik akhir (tamat) rasa nak bagi penambar aje kat Tengku Faizal ni. Isy! Kejam. Eh, tak tak. Terlalu kejam! Terlopong saya baca part dia tergoda dengan isteri dia, Amirah dan meniduri isterinya tu. Tapi bukan tu yang buat saya terlopong plus mata membulat sampai nak terkeluar plus hati saya ni pun turut terhiris-hiris. Tapi sebab masa Tengku Faizal bersama dengan Amirah tu boleh pulak dia pergi bayangkan kekasih hati dia, Julia!! Ya Allah! Suami jenis apa entah dia ni. Isy! Tengok! Sampai saya terbawak-bawak geramnya. Huhu

Dari mula hingga akhir memang benci sangat-sangat kat Tengku Faizal. Ingatkan dia betul-betul dah tangkap cinta dengan isteri dia tapi masa last-last tu boleh pulak timbul 'sedikit' perasaan cemburu terhadap Julia sebab Julia bahagia disamping suaminya, Tengku Amirul merangkap sepupu Tengku Faizal. Oh, Tengku Faizal! I feel like to kill you, man!

Tu sahaja review daripada saya. Memang best dan terbaik lah kata BoboiBoy. Hihi Rugi kalau tak baca. Haa! Tunggu apa lagi? Pergilah rembat buku ni kat mana-mana kedai buku atau pinjam aje daripada kawan. Haha 

...................

Anugerah Cinta - Nurmi Syakimi (Alaf21)
Harga : RM19.90

NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati. Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh. Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya. Ketabahan dan kecekalan seorang wanita bergelar isteri, akhirnya dapat menggugat cinta antara Tengku Faizal dan Julia. Tengku Faizal beralah dalam diam. Keikhlasan luahan cinta Nur Amira berjaya mengetuk pintu hati. Namun, konflik datang menyentak jiwa. Nur Amira mesti ditinggalkan. Hari demi hari bakal memisahkan mereka. Berpisah bukan kerana maut! Berpisah bukan kerana cinta terhalang!

3 comments:

HUDAPIS said...

hemm..mcm lbh kurg je cite jauh dr cinta.tp x serupa la jln cite dia.hehe.

Ainaa Azlan said...

@HUDAPIS tp jauh dri cinta suami dia xadalh kejam sngt kan? hihi memng lebih kurng sebb diorang kahwin msa tu suami diorang dah ada kekasih. klau jauh dri cinta suaminya kahwin dgn dia sbb nak tunjuk kt kekasih dia yg dia boleh hidup tnpa permpuan tu... hoho :D

Anonymous said...

Assalamualaikum...Sis Aina.. Terima kasih kerana menyukai Anugerah cinta. Blog Aina sangat cantik... -NURMI SYAKIMI-