Tabung Luahan Isi Hati

Sunday, October 21, 2012

Berhenti Menulis

 


    Salam semua. Terlebih dahulu saya nak minta maaf sangat sebab cerpen Sweet Ke? tak dapat disiapkan lagi. Saya tak tahulah sama ada ada tak orang yang menunggu SK ni tapi saya tetap nak minta maaf. Saya bercadang nak berhenti menulis hanya untuk seketika. InsyaAllah tak lama. Apabila saya buka blog saya rasa bersalah dan merasa tak layak untuk menulis cerita seperti penlis-penulis yang lain. Semuanya sebab saya tak dapat menyudahkan cerita saya dengan cepat malah untuk satu cerita/cerpen sahaja sudah berbulan-bulan mengambil masa untuk menemu titik akhir. Sebab itu juga saya masih belum sedia untuk membuat novel walaupun hati meronta-ronta ingin menulis dan berangan ingin mengeluarkan senaskah novel di rak kedai-kedai buku.

    Memang hobi saya suka membaca dan dari membaca lah timbul perasaan ingin menulis.Tapi nak buat macam mana. Tuntutan sebagai seorang yang masih mencari ilmu membuatkan saya sibuk. Membuatkan saya selalu terkejar-kejar masa. Walaupun sekarang saya sudah tidak sibuk tapi idea untuk menulis entah melayang ke benua mana. Ya pasti, tangan saya akan kelu apabila ingin menulis. Saya kagum dengan penulis-penulis di luar sana tidak kira lah sama ada penulis sebenar-benarnya atau penulis di blog. Mereka mampu menulis sebuah cerita yang mampu membuatkan pembaca tersenyum, bersedih, menangis dan tertawa. Seperti Hanni Ramsul, Acik Lana, Aisya Sofea, Meen Zulaikha, Suri Ryana, Ana Sofiya dan ramai lagi.

    Blog Luahan Isi Hati insyaAllah tak akan sunyi dan saya akan cuba post apa sahaja asalkan ada entry. Dan saya juga berharap korang masih ingin mengikuti entry di blog saya walaupun blog saya bukan blog tersohor seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen atau Pen Merah. Selepas saya ingin menulis semula, insyaAllah Sweet Ke? akan tersiar di blog Luahan Isi Hati, Penulisan2u dan di Novel Melayu Kreatif. Selepas itu cerpen Nikahi Aku pula akan menyusul. Sekali lagi saya memohon maaf atas apa yang berlaku.



Salam Sayang,
AinaaAzlan

2 comments:

Suria November said...

berhenti menulis? Wohoo. Satu keputusan yang drastik. Jangan rasa tak layak. Semua penulis menulis dengan gaya tersendiri. Hanna doakan semoga akan ada novel kat kedai yang tertera nama 'Ainaa Azlan.'

Psstt. Ainaa pun mampu buat pembaca menangis dan ketawa kalau menulis dengan tulus dan ikhlas.. *nak panggil apa eh. Akak ke adik. Tak tahu umur berapa* muehehe

Unknown said...

@hanna aleeya naaah, bukan terus berhenti menulis. sekejap aje. Amin! hihi terima kasih hanna :)

insyaAllah. ainaa harap dapat menulis dgn sebaik mungkin wlaupun slalu kesuntukn masa. *pnggil Ainaa aje. :)