Tabung Luahan Isi Hati

Thursday, September 27, 2012

Sweet Ke? (Part 3)

OMG! Betul-betul tak ingat dah macam mana plot cerita ni. Jadi main hentam aje apa yang ada dalam kepala otak saya ni. Sorry ya sebab lama menunggu. InsyaAllah Sweet Ke? full akan menyusul. Jangan tanya bila sebab saya sendiri tak boleh agak bila cerpen ni akan siap. Yang pasti, selesai aje kerja-kerja saya, saya akan bercuti dan masa itulah saya akan cuba mensiapkan SK ni. Hup, fighting!!  = D

.......................

Rafidah mengeluh apabila melihat gerangan yang menghampirinya. Dia yang kebosanan terus pergi ke pasaraya terdekat keseorangan dan sekarang sedang makan tengah hari di McDonald’s sekaligus mengisi perut yang sedari tadi berbunyi.

“Hai, Puan Syaza Rafidah! Sorang aje ke?” sapa Amir, gelaran ‘puan’ itu sengaja ditekan. Amanda yang turut serta menarik kerusi di sebelah kakak iparnya manakala abangnya pula sudah duduk di hadapan Rafidah.

“Eh, taklah. Tengah tunggu orang kampung saya. Adalah satu bas.” Amanda tersenyum lucu kemudian memandang Amir yang mengangkat kening.

“Fida keluar kenapa tak ajak aku? Bahaya kau jalan sorang-sorang. Jadi apa-apa macam mana? Zaman sekarang, macam-macam kes yang berlaku setiap hari. Kau kena hati-hati tau!” Amanda bersuara. Dia menggunakan ‘aku-kau’ kerana umur mereka sama sahaja lagipun mereka teman sepermainan masa kecil-kecil dulu.

“Aku pandai jaga diri!” Amanda terdiam. Lima minit berlalu diantara mereka sorang pun tak ada yang membuka mulut. Hanya kedengaran bising dari penggunjung McDonald’s di pasaraya itu sahaja.

“Fida keluar kenapa tak cakap kat abang?” Tanya Amir tetapi pertanyaannya tidak dijawab Rafidah.

“Err...Aman pergi window shopping kejap.”Melihat Rafidah yang tidak menjawab membuatkannya terasa tidak enak lebih-lebih lagi melihat muka serius abangnya. Jadi lebih baik dia meninggalkan pasangan itu.

“Kenapa tak minta izin dulu nak keluar?” tanya Amir sekali lagi.

“Kan saya dah hantar sms. Kira saya dah minta lah tu!”

“Macam tu aje? Kenapa perlu pergi senyap-senyap kemudian hantar sms cakap nak keluar. Fida tahu tak yang abang risau masa tu? Ditelefon tidak berangkat, hantar sms bukan nak direply. Dahlah Fida cakap nak keluar aje. Tak ada cakap nak pergi mana, dengan siapa.”

“Ingat sikit, awak tu bersuami. Kena minta izin dulu! Jangan buat suami awak ni risau.
                                             
“Apa masalahnya? Saya dah hantar sms dah kat awak yang saya nak keluar! Cukup lah.”

“Ada saya kata boleh?” begitulah Amir. Panggilan akan berubah kalau dirinya geram serta marah dengan Rafidah. Memang dia akui yang Rafidah agak keras kepala tetapi keras macam mana sekalipun Rafidah tetap akur walaupun mula-mula kena bertengkar.

Rafidah mendengus geram. Asyik nak ikut kata dia aje! Rafidah mencapai Cornetto Sundae Chocolate, sudah tiada selera nak makan GCB McDonald’s yang dibeli. Dia memandang sekeliling, lebih baik dia mencuci mata daripada membalas pandangan Amir yang tajam.

“Sedapnya GCB dia, bak sini sikit.” Rafidah membulatkan mata apabila Amir merampas burgernya dan makan dengan penuh nikmat.

“Ni saya punya lah!” Rafidah merampas semula dan memakannya.

“Apa tengok-tengok?”

“Awak makan bekas saya..” Rafidah berhenti mengunyah. Dia memandang Amir yang tersengih kemudian memandang burger ditangan. Memang betul dia makan tempat Amir gigit tadi. Perlahan-lahan Rafidah meletakkan burger dan minum air. Amir pula ketawa, lucu melihat telatah Rafidah juga senang hati kerana Rafidah makan tempat bekasnya.

Rafidah menjeling dan tanpa menghiraukan Amir yang masih dengan ketawanya, Rafidah menghabiskan burger GCB nya. Baru sahaja dia ingin bangun untuk membasuh tangan, Amir terlebih dahulu meraih tangannya dan serta merta mata Rafidah terbuntang apabila dengan selambanya Amir menjilat jari jemarinya yang melekat dengan sos yang dicampur dalam burger GCB.

Rafidah menarik lengannya dan memandang sekeliling. Ada sekumpulan gadis-gadis remaja yang perasan. Mereka menjeling-jeling, ada yang buat muka meluat dan ada yang memandangnya dengan sinis. Rafidah mencapai beg sandarnya dan terus ke tempat cuci tangan.

“Huh! Selamba badak punya Amir! Ada ke patut jilat tangan aku. Kan aku jugak yang malu! Siap kau! Nak main-main dengan aku ya?” marah Rafidah sendirian. Mulutnya terkumat-kamit marah dengan sikap Amir.

“Siapa yang nak main-main?” Rafidah menjeling tajam Amir yang sedang minum air coke nya.

Tanpa mempedulikan Amir, Rafidah laju melangkah keluar dari pasaraya itu. Memandangkan kaki Rafidah tidak lah panjang mana, Amir berjaya berjalan beriringan dengannya memandangkan Amir seorang yang tinggi lampai sedangkan dia hanya separas bahu lelaki itu.

“Tunggu kejap.” Langkah Rafidah terhenti apabila Amir memegang lengannya. Dia berpaling dan kelihatan Amir sedang menghubungi seseorang.

“Hello, Aman! Aman balik sendiri ya? Abang nak dating dengan Fida kejap.” Beritahu Amir kepada Amanda lalu memutuskan talian. Tangan Rafidah digenggam.

“Jom.”

“Pergi mana?”

“Dating.” Rafidah hanya mendiamkan diri dan kakinya terus melangkah mengikut Amir. Amir membuka pintu kereta untuk Rafidah dan tanpa berlengah Rafidah terus masuk ke dalam. Entah kenapa dia tidak melawan. Mungkin kerana dia sememangnya bosan dan hanya mengikut suaminya tanpa bantahan?

“Kenapa keluar sorang-sorang tadi?” tanya Amir mencecah kesunyian dalam kereta. Rafidah memandang sekilas ke arah Rafidah kemudian kembali memandang ke depan.

“Saja.”

“Kan boleh aje suruh Amanda teman. Aman pun suka shopping, ajak sahaja ke mana pasti nak diikut budak tu.” Amir mengerling ke arah Rafidah apabila tiada jawapan dari mulut isterinya itu.

“Kalau tak nak Aman teman, Rafidah boleh je call abang, abang pun boleh teman Fida.”

“Awak kan kerja.”

“Tapi abang boleh saja kerja half day kan? Untuk Fida bila-bila sahaja abang boleh temankan.” Balas Amir. Rafidah menjulingkan mata ke atas. Dalam hati dia mengejek, yalah tu!

“Lain kali jangan keluar sorang-sorang tanpa pengetahuan siapa-siapa kemana dan dengan siapa Fida pergi. Fida tahu, abang risau sangat masa Aman call cakap Fida tak ada dalam bilik. Abang terus pulang ke rumah dan masa tu juga abang baru terima mesej daripada Fida.”

“Mungkin Fida dah minta izin nak keluar tapi abang tetap risau. Fida tak cakap Fida nak kemana dan dengan siapa. Abang call Fida tak jawab, lagilah buat abang risau. Dah 5 buah pasaraya abang terjah, abang cari jugak Fida walau abang tahu susah sebab pasaraya kan besar dan banyak. Last-last Aman suruh abang pergi Carrefour Kota Damansara, mujur sahaja abang ternampak Fida kat McDonald’s.” luah Amir. Tangan kirinya mencapai tangan Rafidah dan digenggam. Seketika sahaja apabila Rafidah menarik tangannya semula.

Rafidah diam, sebenarnya kata-kata Amir mencuit hatinya. Sungguhkah sebegitu bersungguh-sungguh Amir mencarinya?

“Boleh saya tanya?”

“Apa dia?”

“Kenapa awak ambil berat pasal saya?” Amir berpaling.

“Fida isteri abang…”

“Oh, jadi awak layan saya dengan baik semata-mata tanggungjawab.” Pintas Rafidah tanpa sempat Amir menyudahkan kata-katanya.

“Ya tapi....”

“Tak apa, saya faham. Awak pun terpaksa kahwin dengan saya kan? Okey, kita seri.” Pintas Rafidah lagi. Amir mengeluh. Abang layan baik Fida sebab Fida isteri abang, tanggungjawab abang dan...sebab abang cintakan Fida dari dulu lagi. Cinta sangat-sangat. Bisik hati Amir.

“Kenapa berhenti kat sini?” tanya Rafidah apabila Amir memberhentikan kereta di tepi jalan kecemasan.

“Saja. Lagipun abang tak tahu nak bawa Fida ke mana.” Terangkat kening Rafidah mendengar jawapan daripada Amir.

“Kalau macam tu baik balik rumah.”

“Fida ada cadangan kita nak pergi dating ke mana?” Rafidah tidak menjawab, hanya menggeleng kepala.

“Pergi Port Dickson nak?”

“Malas.”

“ Lah, abang yang drive bukan Fida. Fida teman abang kat sebelah aje, bual-bual dengan abang.” Rafidah diam lagi. Malas melayan Amir.

“Ke Melaka?”

“Tak nak.”

“Haa! Kita pergi Genting Highland lah macam tu. Abang dah lama tak pergi sana.”

“Tempat budak-budak. Bosan!”

“Habis Fida nak ke Cameron?”

“Tak mau!” Amir mengeluh. Tangan meramas rambut, pening melayan kedegilan Rafidah.

“Kalau macam tu… kita balik ajelah.” Amir mula mengalah. Dia membetulkan duduk, mahu memandu pulang ke rumah.

“Tak nak.” Terus Amir berpaling ke sisi. Jawapan yang keluar dari mulut Rafidah membuatkan Amir ternganga.

“ Ke PD tak nak, ke Melaka tak nak, ke Genting dengan Cameron pun tak nak. Balik rumah pun Fida tak nak? Fida.... jangan buat abang hilang sabar, Fida...” Amir meramas rambutnya lagi. Kali ni lebih kuat sampai kusut-masai rambutnya. Rafidah berpaling ke luar tingkap.

“Fida nak ke Langkawi....” Amir berhenti meramas rambutnya dan memandang Rafidah. Perlahan-lahan terbit senyuman dibibir. Suara Rafidah seperti merengek. Perlahan tetapi meleret sahaja di telinganya. Dia suka macam tu.

“Oh, okey. Nak pergi dengan feri atau flight? Kita pergi dengan feri lah, baru best!” cadang Amir tanpa sedar air muka Rafidah sudah berubah.

“No! Kita naik flight. Tak payah bersusah payah naik feri!” pangkas Rafidah cepat-cepat.

“Alah, tak best. Feri…”

“Saya kata tak nak!!” Amir terdiam, tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dipandang Rafidah pelik namun kemudian baru dia teringatkan sesuatu yang penting. Tangan Rafidah dicapai dan diramas lembut.

“Fida… I’m sorry. Maafkan Am. Am lupa Fida masih trauma. Sorry... okey, kita naik flight ya? Nanti Am call kawan Am suruh uruskannya ya.” Rafidah hanya diam. Panggilan Amir sentiasa berubah-rubah. Sekejap abang-sayang, sekejap abang-Fida, sekejap saya-awak dan ni Am-Fida pulak. Sudahlah, dia malas ambil tahu itu. Suka hati Amirlah nak panggil apa pun.

Amir mendail sahabatnya yang menguruskan bahagian tiket di lapangan terbang, ingin menguruskan percutian pertama mereka setelah 2 bulan berkahwin. Tanpa berbulan madu. Bukan dia tak nak pergi tetapi Rafidah yang tak mahu. Alasannya?

“Tak ada faedah nak pergi honeymoon. Kita bukan pasangan kekasih saling mencintai. Kita kahwin sebab pilihan keluarga. Tanpa cinta.”

Tidak pernah dia lupa kata-kata yang keluar dari mulut Rafidah apabila diajak berbulan madu. Sungguh kecewa apabila ajakannya ditolak mentah-mentah. Sebagai suami, memang dia layak bertegas. Tapi rasanya akan memburukkan keadaan lagi apatah lagi dia sedia maklum yang Rafidah membencinya.

“Hello, Zaf…. Kau busy tak? Tiket flight ke Langkawi ada tak untuk hari ni?” Amir diam seketika.

“Tak ada? Esok pun tak ada? Hmm... aku baru nak pergi jalan-jalan kat sana.Bila tiket ada?” Amir mengerling sekilas ke arah Amirah.

“Okey, hotel kau tolong booking jugak ya. Thanks,bro.  Nanti apa-apa hal call.”

“Sorry. Zafran cakap tiket untuk hari ni dah full. Kita pergi minggu depan ya? Boleh abang minta cuti dulu.” Amirah hanya mengangguk. Entah kenapa dia terasa tidak sabar-sabar mahu pergi. Sebab dah lama tak pergi ke Langkawi atau sebab lain? Handphone Amir berbunyi sekali lagi menyetakkan Amir yang leka memerhati Amirah. Terus dia tekan butang hijau apabila nama Firdaus terpapar.

“Hello, Abang Man. Kenapa tiba-tiba call Am ni?” Rafidah memandang sekilas apabila nama Aiman disebut.

“Innalillahiwainnailaihirojiun….” Amir mengucap panjang lalu dia membalas pandangan Rafidah.

“Hospital mna? Kejap lagi Am dengan Fida sampai. Abang Man call Am kalau ada apa-apa.” Amir mematikan talian lalu diletakkan handphone di atas dashboard.

“Kenapa? Siapa yang masuk hospital?” Amir hanya diam. Dia menghidupkan kereta lalu tangan Rafidah dicapai tangan kirinya dan digenggam. Rafidah tidak menolak.

“Kenapa ni Amir?” Rafidah memandang pelik ke arah Amir. Pelbagai soalan yang berlegar di fikirannya. Kenapa seperti muka Amir gusar? Khabar berita apakah yang baru disampaikan Aiman?

Bersambung ~ 

TERIMA KASIH SUDI BACA!

Much Love,
AinaaAzlan

9 comments:

Ruunna Qizbal said...

smbung lgi... best sngat

HUDAPIS said...

nape yek?wat berdebr je.huhu

Ainaa Azlan said...

@Ruunna Qizbalnantikan yang full punya ya. thanks suka SK :D

Ainaa Azlan said...

@HUDAPIS haah lah. kenapa ya? hihi :D

Anonymous said...

I enjoy reading write-up. Hope i can discover a lot more articles like this one. Thanks for posting.

izzati said...

Bilaaaaa nak sambung ? I'm waiting :3

nurul wanie said...

Ainaa...bila nak sambung lg cerpen ni..dah lama tunggu...

Anonymous said...

nak yang fullllll :) boleh laaaaa cepat eh sambung ???

Bella Qirana said...

Cepat2 laa sambung..xsabar nk baca next en3..