OMG! Betul-betul tak ingat dah macam mana plot cerita ni. Jadi main hentam aje apa yang ada dalam kepala otak saya ni. Sorry ya sebab lama menunggu. InsyaAllah Sweet Ke? full akan menyusul. Jangan tanya bila sebab saya sendiri tak boleh agak bila cerpen ni akan siap. Yang pasti, selesai aje kerja-kerja saya, saya akan bercuti dan masa itulah saya akan cuba mensiapkan SK ni. Hup, fighting!! = D
.......................
Rafidah mengeluh
apabila melihat gerangan yang menghampirinya. Dia yang kebosanan terus pergi ke
pasaraya terdekat keseorangan dan sekarang sedang makan tengah hari di
McDonald’s sekaligus mengisi perut yang sedari tadi berbunyi.
“Hai, Puan Syaza
Rafidah! Sorang aje ke?” sapa
Amir, gelaran ‘puan’ itu sengaja ditekan. Amanda yang turut serta menarik
kerusi di sebelah kakak iparnya manakala abangnya pula sudah duduk di hadapan
Rafidah.
“Eh, taklah.
Tengah tunggu orang kampung saya. Adalah satu bas.” Amanda tersenyum lucu kemudian memandang Amir yang
mengangkat kening.
“Fida keluar
kenapa tak ajak aku? Bahaya
kau jalan sorang-sorang. Jadi apa-apa macam mana? Zaman sekarang,
macam-macam kes yang berlaku setiap hari. Kau kena hati-hati tau!” Amanda bersuara. Dia menggunakan
‘aku-kau’ kerana umur mereka sama sahaja lagipun mereka teman sepermainan masa
kecil-kecil dulu.
“Aku pandai jaga diri!” Amanda
terdiam. Lima minit berlalu diantara mereka sorang pun tak ada yang membuka
mulut. Hanya kedengaran bising dari penggunjung McDonald’s di pasaraya itu
sahaja.
“Fida keluar
kenapa tak cakap kat abang?” Tanya
Amir tetapi pertanyaannya tidak dijawab Rafidah.
“Err...Aman pergi window shopping kejap.”Melihat
Rafidah yang tidak menjawab membuatkannya terasa tidak enak lebih-lebih lagi
melihat muka serius abangnya. Jadi lebih baik dia meninggalkan pasangan itu.
“Kenapa tak minta izin dulu nak
keluar?” tanya Amir sekali lagi.
“Kan saya dah hantar sms. Kira saya
dah minta lah tu!”
“Macam tu aje? Kenapa perlu pergi
senyap-senyap kemudian hantar sms cakap nak keluar. Fida tahu tak yang abang
risau masa tu? Ditelefon tidak berangkat, hantar sms bukan nak direply. Dahlah
Fida cakap nak keluar aje. Tak ada cakap nak pergi mana, dengan siapa.”
“Ingat sikit,
awak tu bersuami. Kena minta
izin dulu! Jangan buat suami awak ni risau.”
“Apa masalahnya?
Saya dah hantar sms dah kat awak yang saya nak keluar! Cukup lah.”
“Ada saya kata boleh?” begitulah
Amir. Panggilan akan berubah kalau dirinya geram serta marah dengan Rafidah.
Memang dia akui yang Rafidah agak keras kepala tetapi keras macam mana
sekalipun Rafidah tetap akur walaupun mula-mula kena bertengkar.
Rafidah mendengus geram. Asyik nak
ikut kata dia aje! Rafidah mencapai Cornetto Sundae Chocolate, sudah tiada
selera nak makan GCB McDonald’s yang dibeli. Dia memandang sekeliling, lebih
baik dia mencuci mata daripada membalas pandangan Amir yang tajam.
“Sedapnya GCB dia, bak sini sikit.”
Rafidah membulatkan mata apabila Amir merampas burgernya dan makan dengan penuh
nikmat.
“Ni saya punya lah!” Rafidah
merampas semula dan memakannya.
“Apa tengok-tengok?”
“Awak makan
bekas saya..” Rafidah berhenti mengunyah. Dia memandang Amir yang tersengih
kemudian memandang burger ditangan. Memang betul dia makan tempat Amir gigit
tadi. Perlahan-lahan Rafidah meletakkan burger dan minum air. Amir pula ketawa,
lucu melihat telatah Rafidah juga senang hati kerana Rafidah makan tempat
bekasnya.
Rafidah
menjeling dan tanpa menghiraukan Amir yang masih dengan ketawanya, Rafidah
menghabiskan burger GCB nya. Baru sahaja dia ingin bangun untuk membasuh
tangan, Amir terlebih dahulu meraih tangannya dan serta merta mata Rafidah
terbuntang apabila dengan selambanya Amir menjilat jari jemarinya yang melekat
dengan sos yang dicampur dalam burger GCB.
Rafidah menarik
lengannya dan memandang sekeliling. Ada
sekumpulan gadis-gadis remaja yang perasan. Mereka menjeling-jeling, ada yang
buat muka meluat dan ada yang memandangnya dengan sinis. Rafidah mencapai beg sandarnya dan terus ke
tempat cuci tangan.
“Huh! Selamba badak punya Amir! Ada
ke patut jilat tangan aku. Kan aku jugak yang malu! Siap kau! Nak main-main
dengan aku ya?” marah Rafidah sendirian. Mulutnya terkumat-kamit marah dengan
sikap Amir.
“Siapa yang nak
main-main?” Rafidah menjeling tajam Amir yang sedang minum air coke nya.
Tanpa mempedulikan Amir, Rafidah
laju melangkah keluar dari pasaraya itu. Memandangkan kaki Rafidah tidak lah
panjang mana, Amir berjaya berjalan beriringan dengannya memandangkan Amir
seorang yang tinggi lampai sedangkan dia hanya separas bahu lelaki itu.
“Tunggu kejap.” Langkah Rafidah
terhenti apabila Amir memegang lengannya. Dia berpaling dan kelihatan Amir
sedang menghubungi seseorang.
“Hello, Aman! Aman balik sendiri ya?
Abang nak dating dengan Fida kejap.” Beritahu Amir kepada Amanda lalu memutuskan talian. Tangan Rafidah
digenggam.
“Jom.”
“Pergi mana?”
“Dating.” Rafidah hanya mendiamkan
diri dan kakinya terus melangkah mengikut Amir. Amir membuka pintu kereta untuk
Rafidah dan tanpa berlengah Rafidah terus masuk ke dalam. Entah kenapa dia
tidak melawan. Mungkin kerana dia sememangnya bosan dan hanya mengikut suaminya
tanpa bantahan?
“Kenapa keluar sorang-sorang tadi?”
tanya Amir mencecah kesunyian dalam kereta. Rafidah memandang sekilas ke
arah Rafidah kemudian kembali memandang ke depan.
“Saja.”
“Kan boleh aje suruh Amanda teman. Aman
pun suka shopping, ajak sahaja ke mana pasti nak diikut budak tu.” Amir mengerling ke arah Rafidah
apabila tiada jawapan dari mulut isterinya itu.
“Kalau tak nak
Aman teman, Rafidah boleh je call abang, abang pun boleh teman Fida.”
“Awak kan kerja.”
“Tapi abang
boleh saja kerja half day kan?
Untuk Fida bila-bila sahaja
abang boleh temankan.” Balas Amir. Rafidah menjulingkan mata ke atas. Dalam
hati dia mengejek, yalah tu!
“Lain kali jangan keluar
sorang-sorang tanpa pengetahuan siapa-siapa kemana dan dengan siapa Fida pergi.
Fida tahu, abang risau sangat masa Aman call cakap Fida tak ada dalam bilik.
Abang terus pulang ke rumah dan masa tu juga abang baru terima mesej daripada Fida.”
“Mungkin Fida dah minta izin nak
keluar tapi abang tetap risau. Fida tak cakap Fida nak kemana dan dengan siapa.
Abang call Fida tak jawab, lagilah buat abang risau. Dah 5 buah pasaraya abang
terjah, abang cari jugak Fida walau abang tahu susah sebab pasaraya kan besar
dan banyak. Last-last Aman suruh abang pergi Carrefour Kota Damansara, mujur
sahaja abang ternampak Fida kat McDonald’s.” luah Amir. Tangan kirinya mencapai
tangan Rafidah dan digenggam. Seketika sahaja apabila Rafidah menarik tangannya
semula.
Rafidah diam, sebenarnya kata-kata
Amir mencuit hatinya. Sungguhkah sebegitu bersungguh-sungguh Amir mencarinya?
“Boleh saya
tanya?”
“Apa dia?”
“Kenapa awak
ambil berat pasal saya?” Amir berpaling.
“Fida isteri
abang…”
“Oh, jadi awak layan saya dengan
baik semata-mata tanggungjawab.” Pintas Rafidah tanpa sempat Amir menyudahkan
kata-katanya.
“Ya tapi....”
“Tak apa, saya faham. Awak pun
terpaksa kahwin dengan saya kan? Okey, kita seri.” Pintas Rafidah lagi. Amir
mengeluh. Abang layan baik Fida sebab Fida isteri abang, tanggungjawab abang
dan...sebab abang cintakan Fida dari dulu lagi. Cinta sangat-sangat. Bisik hati
Amir.
“Kenapa berhenti kat sini?” tanya
Rafidah apabila Amir memberhentikan kereta di tepi jalan kecemasan.
“Saja. Lagipun abang tak tahu nak
bawa Fida ke mana.” Terangkat kening Rafidah mendengar jawapan daripada Amir.
“Kalau macam tu baik balik rumah.”
“Fida ada cadangan kita nak pergi
dating ke mana?” Rafidah tidak menjawab, hanya menggeleng kepala.
“Pergi Port Dickson nak?”
“Malas.”
“ Lah, abang
yang drive bukan Fida. Fida
teman abang kat sebelah aje, bual-bual dengan abang.” Rafidah diam lagi. Malas
melayan Amir.
“Ke Melaka?”
“Tak nak.”
“Haa! Kita pergi
Genting Highland lah macam tu. Abang dah lama tak pergi sana.”
“Tempat
budak-budak. Bosan!”
“Habis Fida nak ke Cameron?”
“Tak mau!” Amir
mengeluh. Tangan meramas rambut, pening melayan kedegilan Rafidah.
“Kalau macam tu… kita balik ajelah.”
Amir mula mengalah. Dia membetulkan duduk, mahu memandu pulang ke rumah.
“Tak nak.” Terus Amir berpaling ke
sisi. Jawapan yang keluar dari mulut Rafidah membuatkan Amir ternganga.
“ Ke PD tak nak,
ke Melaka tak nak, ke Genting dengan Cameron pun tak nak. Balik rumah pun Fida tak nak? Fida.... jangan
buat abang hilang sabar, Fida...” Amir meramas rambutnya lagi. Kali ni lebih
kuat sampai kusut-masai rambutnya. Rafidah berpaling ke luar tingkap.
“Fida nak ke Langkawi....” Amir
berhenti meramas rambutnya dan memandang Rafidah. Perlahan-lahan terbit
senyuman dibibir. Suara Rafidah seperti merengek. Perlahan tetapi meleret
sahaja di telinganya. Dia suka macam tu.
“Oh, okey. Nak
pergi dengan feri atau flight? Kita pergi dengan feri lah, baru best!” cadang
Amir tanpa sedar air muka Rafidah sudah berubah.
“No! Kita naik
flight. Tak payah bersusah payah naik feri!” pangkas Rafidah cepat-cepat.
“Alah, tak best.
Feri…”
“Saya kata tak
nak!!” Amir terdiam, tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dipandang Rafidah
pelik namun kemudian baru dia teringatkan sesuatu yang penting. Tangan Rafidah dicapai
dan diramas lembut.
“Fida… I’m
sorry. Maafkan Am. Am lupa
Fida masih trauma. Sorry... okey, kita naik flight ya? Nanti Am call
kawan Am suruh uruskannya ya.” Rafidah hanya diam. Panggilan Amir sentiasa
berubah-rubah. Sekejap abang-sayang, sekejap abang-Fida, sekejap saya-awak dan
ni Am-Fida pulak. Sudahlah, dia malas ambil tahu itu. Suka hati Amirlah nak
panggil apa pun.
Amir mendail
sahabatnya yang menguruskan bahagian tiket di lapangan terbang, ingin
menguruskan percutian pertama mereka setelah 2 bulan berkahwin. Tanpa berbulan madu. Bukan dia tak
nak pergi tetapi Rafidah yang tak mahu. Alasannya?
“Tak ada faedah
nak pergi honeymoon. Kita bukan pasangan kekasih saling mencintai. Kita kahwin
sebab pilihan keluarga. Tanpa cinta.”
Tidak pernah dia
lupa kata-kata yang keluar dari mulut Rafidah apabila diajak berbulan madu.
Sungguh kecewa apabila ajakannya ditolak mentah-mentah. Sebagai suami, memang
dia layak bertegas. Tapi rasanya akan memburukkan keadaan lagi apatah lagi dia
sedia maklum yang Rafidah membencinya.
“Hello, Zaf….
Kau busy tak? Tiket flight ke Langkawi ada tak untuk hari ni?” Amir diam
seketika.
“Tak ada? Esok pun tak ada? Hmm... aku
baru nak pergi jalan-jalan kat sana.Bila tiket ada?” Amir mengerling sekilas ke
arah Amirah.
“Okey, hotel kau
tolong booking jugak ya. Thanks,bro.
Nanti apa-apa hal call.”
“Sorry. Zafran
cakap tiket untuk hari ni dah full. Kita pergi minggu depan ya? Boleh abang minta cuti dulu.” Amirah hanya
mengangguk. Entah kenapa dia terasa tidak sabar-sabar mahu pergi. Sebab dah
lama tak pergi ke Langkawi atau sebab lain? Handphone Amir berbunyi sekali lagi
menyetakkan Amir yang leka memerhati Amirah. Terus dia tekan butang hijau
apabila nama Firdaus terpapar.
“Hello, Abang
Man. Kenapa tiba-tiba call Am ni?” Rafidah memandang sekilas apabila nama Aiman
disebut.
“Innalillahiwainnailaihirojiun….”
Amir mengucap panjang lalu dia membalas pandangan Rafidah.
“Hospital mna?
Kejap lagi Am dengan Fida sampai. Abang Man call Am kalau ada apa-apa.” Amir
mematikan talian lalu diletakkan handphone di atas dashboard.
“Kenapa? Siapa yang masuk hospital?”
Amir hanya diam. Dia menghidupkan kereta lalu tangan Rafidah dicapai tangan
kirinya dan digenggam. Rafidah tidak menolak.
“Kenapa ni Amir?” Rafidah memandang
pelik ke arah Amir. Pelbagai soalan yang berlegar di fikirannya. Kenapa seperti
muka Amir gusar? Khabar berita apakah yang baru disampaikan Aiman?
Bersambung ~
TERIMA KASIH SUDI BACA!
Much Love,
AinaaAzlan
9 comments:
smbung lgi... best sngat
nape yek?wat berdebr je.huhu
@Ruunna Qizbalnantikan yang full punya ya. thanks suka SK :D
@HUDAPIS haah lah. kenapa ya? hihi :D
I enjoy reading write-up. Hope i can discover a lot more articles like this one. Thanks for posting.
Bilaaaaa nak sambung ? I'm waiting :3
Ainaa...bila nak sambung lg cerpen ni..dah lama tunggu...
nak yang fullllll :) boleh laaaaa cepat eh sambung ???
Cepat2 laa sambung..xsabar nk baca next en3..
Post a Comment