Tabung Luahan Isi Hati

Tuesday, May 29, 2012

Review Novel : Kuseru Rindu Itu - Hanni Ramsul



LUAHAN ISI HATI SAYA


Bagi saya novel ni memang best , tersangat ! Hisyam tersangat lah buta , buta hati ! hish ! geram pulak kalau teringatkan Hisyam menduakan Idayu dan menceraikan Idayu tanpa unsur soal selidik atau periksa !

Cuba bayangkan sang suami yang hidup dengan sang isteri sudah hampir 7 tahun tapi sang suami beranggapan yang dia tiada rasa secalit cinta pun buat sang isteri tapi sayangnya sang suami menganggap dia hidup dengan sang isteri hanya kerana rasa tanggungjawab seorang suami ? cis, kejam kau Hisyam . ( Emo sikit )

sedih kan ? meleleh jugak air mata baca novel ni . Yang si Maisara pulak gatal duk 'berkasih' dengan suami orang. Kalau wujud si Maisara ni memang nak lempang habis, buat penganggu rumah tangga orang je.

Patut contohi Idayu yang tersenyum walaupun pahit , tetap berlembut walaupun dia tahu yang Hisyam curang , mencuba mencuri hati si suami dan tidak cepat melatah .

Ada satu yang saya suka dengan Hisyam ni . Sikap tidak suka berbohong dia . Yup ! Walaupun Hisyam 'berkasih' dengan Maisara tapi hatinya tak tenang , selalu teringat akan isteri , terlalu takut untuk memberitahu Idayu yang dia nak kahwin lain sebab takut hati isterinya terluka. Tapi sayang , Idayu dari awal dah tahu dan dari awal lagi hati Idayu terluka . . . .
SINOPSIS

KUSERU RINDU ITU
HANNI RAMSUL
SEMENANJUNG: RM 26.00
SABAH/SARAWAK: RM 29.00


Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

No comments: