Yang ni cerpen tau. Sebenarnya dah lama dah cover dan tajuk ni terpahat di dalam lappy tapi baru hari ni tiba-tiba ada mood nak menulis cerpen ni. Jangan tanya bila siap sebab saya menulis ni suka-suka je. Rasa seronok pulak menulis cerpen "Dialah Aaron Aziz Aku" ni.hihi Layan ~ jangan lupa tinggalkan komen : )
........................................
“ Aira !! ” Aira
yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek
terkejut dengan suara yang menjerit
betul betul di tepi telinganya .
“ Aduh! Sakitnya.”
Aira menggosok pinggang belakangnya .
“Haa! Padam muka
kau! Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengeh– sengeh depan laptop kau ni ya? Siap meniarap pulak
tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara. Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.” bebel Amirah sambil mencekak
pinggang .
“Kalau ya pun kau
nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut tangan
Aira. Marah pun marah jugak, tapi tak
kan dia nak
biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni, Badrul datang serang Amirah. Kecoh
dibuatnya.
“Kau yang
menjerit mengalahkan bini tarzan ni kenapa?”
“Amboi, mulut!
Aku cili kan!
Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”
“Dia tu pun
menyusahkan aku je nak memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak
payah lah nak ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” bebel
Amirah. Aira tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni.
Mak nenek cun! Haha.
“Lorh, kenapa
tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke
tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspress’.
“Eh, aku pulak!”
Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke
ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat
luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit Aira ke senanglah Amirah pergi karate Si
Badrul tu.
“Irah! Sini
kejap.” Panggil Aira.
“Apa dia?”
“Marilah sini kejap.”
Malas-malas Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.
“Apa dia? Korang
kalau berborak pun tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar percakapan
orang bakal jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi pun tak senang.”
Ujar Amirah.
“Alah kau ni. Asyik
dengan cerita jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate
saya a.k.a bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang dimaksudkan
Aira. Dan…
Haa aaaa
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
“ Irah, Irah! Amirah!!”
jerit Aira kepada Amirah yang tercengang.
“Aaron Aziz.” Spontan
nama artis yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah. Aira dan
Badrul berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil sambil menggeleng
kepala.
“Aariz Azwan.”
6 comments:
Wahhh syokni citer ni hihihi lawaklah si irah 2 sis..
ada sambungan dia eh?
ada . ni baru intro dia. hehe lupa pulk nk tulis kat tajuk yg ni intro bru
terima kasih farhanan :) hihi memang sy nk buat si Irah ni perwatakan dia lucu.
lol.... ainaa.. part yg lagu hindustan tu mmg xleh blah ha... lwk giler kot.. dh berlagu hindustan dh tu.. kkkkkkk...
OMG muka sebijik aaron ka??
NAKKKKKKKKKKKKKKKKK
hahaha ni ambik dri crite2 dlm tv lah ni. kan kebiasaannya pasti ad lgu2 tum paas aaye ni. jatuh cinta padng pertama lah ktakan. haha *imaginasi kuat
takdelah sbiji sngt. tp ada lah sparuh2 kut. hihi nak ke ? kalau ada sy pun nak!! kuakua :D
Post a Comment