..................................
( Korang Suka Cover Yang Mana ? ) :)
Bismillah…Hidup ini penuh dengan suka duka. Mula-mula bersama
keluarga, lepas tu dengan kawan, lepas tu dengan teman istimewa, lepas tu
dengan tunang dan hinggalah ke destinasi seterusnya. Alam rumah tangga. Ya,
betul tu. Begitu juga Amirah.
Rasa baru je semalam
mama menghantar Amirah pergi tadika. Dan rasa baru je tadi papa ajar Amirah
naik basikal bersama roda tambahan. Namun semuanya sudah bertahun-tahun
berlalu. Sekarang Amirah sudah berumur 28 tahun.
Amirah seorang
pengajar di sebuah University of Nottingham Malaysia, seorang anak bongsu
kepada pasangan Encik Faidil dan Puan Umirah, seorang adik bongsu kepada 3
orang abang. Amir, Amirul dan Amin. Dan juga seorang… Isteri dan ibu.
Amirah yang
sedang memandang taman landskap hasil seni suaminya sendiri tersenyum.
Tersenyum apabila mengingati suami tercinta dan anak-anak tersayang. Dari
tersenyum, meletus ketawa kecil. Lucu apabila mengenangkan usaha dia memikat
suaminya ketika dahulu.
“Sayang
ketawakan apa tu? Hmm..” saat itu juga dia merasa tangan sasa milik suaminya
melingkar dipinggangnya. Dagunya diletakkan di atas bahu kanan Amirah.
“Teringatkan
jejaka yang Ira ‘usha’ dulu....”balas Amirah bersembunyi.
“Hah?
Sayang…sayang cakap betul-betul.” Tubuh Amirah dipalingkan mengadap tubuhnya.
“Betul lah ni!”
bersungguh-sungguh Amirah mengiakan. Amirah senyum sembunyi. Lucu melihat muka
suaminya yang sudah masam mengalahkan asam jawa.
“Siapa lelaki
tu?” tidak dapat tahan lagi Amirah terus melepaskan ketawa apabila mendengar
suaminya bertanya dengan nada cemburu. Amirah meletakkan jari telunjuknya
dibibir dan membuat seolah-olah sedang membayangkan imej seseorang.
“Emm…Dia
handsome, tinggi, badan pun tough,
kulit kuning langsat, seorang arkitek dan….” Dijeling sekilas ke arah suaminya
yang sudah mengerutkan dahi.
“Dan dia suka
pakai cap!” dilihat suaminya sudah tersenyum nakal. Cepat betul moodnya
berubah.
“Aik? Macam
kenal je?” Amirah ketawa lagi dan memandang semula ke arah taman landskap.
Sekali lagi pinggang Amirah dirangkul. Amirah tersenyum dan terus senyum.
Kelakuan si suami hanya dibiarkan kerana saat ini, dia ingin mengulas semula
kenangan lama…
…………………………..
“ Aira !! ” Aira yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek terkejut dengan suara yang menjerit betul
betul di tepi telinganya .
“ Aduh!
Sakitnya.” Aira menggosok pinggang belakangnya .
“Haa! Padam muka
kau! Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengeh– sengeh depan laptop kau ni ya? Siap meniarap pulak
tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara. Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.” bebel Amirah sambil mencekak
pinggang .
“Kalau ya pun
kau nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut
tangan Aira. Marah pun marah jugak,
tapi tak kan
dia nak biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni, Badrul datang serang Amirah. Kecoh
dibuatnya.
“Kau yang
menjerit mengalahkan bini tarzan ni kenapa?”
“Amboi, mulut!
Aku cili kan!
Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”
“Dia tu pun
menyusahkan aku je nak memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak
payah lah nak ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” ujar
Amirah. Aira tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni.
Mak nenek cun! Haha.
“Lorh, kenapa
tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke
tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspress’.
“Eh, aku pulak!”
Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke
ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat
luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit Aira ke boleh lah Amirah pergi karate Si
Badrul tu.
“Irah! Sini
kejap.” Panggil Aira.
“Apa dia?”
“Marilah sini
kejap.” Malas-malas Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.
“Apa dia? Korang
kalau berborak pun tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar
percakapan orang bakal jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi
pun tak senang.” Ujar Amirah.
“Alah kau ni.
Asyik dengan cerita jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate
saya a.k.a bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang
dimaksudkan Aira. Dan…
Haa aaaa
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
“ Irah, Irah!
Amirah!!” jerit Aira kepada Amirah yang tercengang.
“Aaron Aziz.”
Spontan nama artis yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah.
Aira dan Badrul berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil
sambil menggeleng kepala.
“Aariz Azwan.”
Amirah menongkat kepala dengan tangan. Fikirannya jauh
melayang, tapi jasatnya masih berada di café tersebut. Sekejap-sekejap dia
tersenyum, kemudian menggigit bibir dan sekejap-sekejap mata dijulingkan ke
atas.
“Hoi!!” sergah
Aira. Hampir sahaja muka Amirah menghempap meja café. Aira yang membuat muka
tak bersalah dijeling.
“Kau ni…Nasib
baik muka aku tak jatuh kena meja ni. Kalau kena kan tak pasal-pasal benjol pulak dahi aku.”
“Kau tu hah jauh
termenung. Aku dah duduk depan kau pun kau tak perasan. Dah sampai mana dah?
Shah Alam?” sekali lagi Amirah menjeling.
“Dalam
banyak-banyak tempat yang ada kat dalam dunia ni, kat situ jugak lah kau sebut
ya.”Aira ketawa. Memang dia sengaja menyebut Shah Alam.
“Ala…Abang ‘Aaron Aziz’ kau kan tinggal kat situ. Manalah tahu kau dah sampai
dah kat sana.”
“Banyaklah kau.”
“Tapi kan…Kenapa muka dia
mirip dengan Aaron Aziz ya? Artis-artis Malaysia semuanya aku tak minat
kecuali Aaron Aziz. Yang aku minatnya artis-artis Jepun. Tapi kenapa muka dia
mesti mirip dengan satu-satunya pelakon Malaysia yang aku minat
ni?”beritahu Amirah.
“ ‘Dia’ tu
siapa?” usik Aira.
“Aariz Azwan
lah.” Jawab Amirah geram.
“Jodoh kau
dengan dia lah kut.”
“Macam kau
cakap, kau lebih suka artis Jepun berbanding artis Malaysia. Dan hanya Aaron Aziz
artis Malaysia
yang kau suka. Mungkin Allah titipkan jodoh kau dengan orang yang mukanya mirip
Aaron Aziz. And of course bukan yang mirip artis Jepun. Kalau tidak memang aku
gelakkan kau tujuh keturunan lah.Hihi.” ejek Aira.
“Kenapa pulak?”
tanya Amirah tidak puas hati.
“Yalah, orang
Jepun bukan handsome pun. Sekali tengok, lelaki dan perempuan muka sama saja.
Dah lah bahasa dia bunyi macam kasar sikit.” Amirah yang mendengar ejekan dari
mulut Aira mengetap bibir.
“Amboi, sedapnya
kau mengata negara yang aku kagum ya! Eh, negara dia lebih maju dari negara
kita tau. Tu, kereta Honda City yang kau pakai tu, buatan Jepun tau! Dulu kau
pakai kereta Pesona kau merungut. Bunyi sanalah, bunyi sinilah. Kena servis
sanalah, servis sinilah. Sejak kau pakai Honda City tak ada lah pulak aku
dengar kau merungut. Malah, jadi kereta kesayangan kau adalah.”
“Aku bukan tak
kagum negara dimana tempat aku dilahirkan ni. Malah aku bersyukur menjadi
rakyat sini. Tak ada perang-perang, aman je negara Malaysia ni. Yang aku kagum dengan
negara Jepun sebab teknologi dia, artis-artis kat sana, cerita-cerita yang dia buat, peraturan
negara dia dan masyarakat dia.” Terang Amirah panjang lebar.
“Yalah, yalah.”
Dengan malas Aira balas. Tidak terkata dengan ‘hujah’ Amirah tadi.
“Eh, esok kita
pergi rumah Badrul tau. Ada
buat makan sikit kat rumah dia.” Ajak Aira.
“Buat makan?
Kenapa? Sempena kau dengan Badrul nak menikah ke?” tanya Amirah blur.
“Ish! Bukan lah.
Kan minggu
lepas dah buat. Yang ni sempena menyambut kepulangan Aariz.” Terang Aira.
“Balik dari
mana?”
“Kau ni…Kan
Badrul dah bagitahu kat kau semalam. Aariz kan
dulu belajar kat UK.
Badrul cakap minggu depan dia dah start kerja. Jadi arkitek.”
“Ooo…”balas
Amirah pendek sambil mengangguk kepala.
“Ingat tu. Esok
jangan pulak tiba-tiba kau cakap ada hal kat uni.”
“Yalah..”
5 comments:
rasa macam pendek sangat walaupun ni untuk cerpen je :)
hani - hani, ni baru part 1 . hihihi belum full lgi. :D sb tulah pendek
oh yeke? maaf, sy taktahu. tak sabar nak tunggu full punya :D
wink3.. yea boleh komen.. huhu... cecepat update.. ngee~
#kite minat korea walaupon muka guys dia lagi 'cantik' dari gurl.. ahahah.. ;p
indah la bahasa yg ainaa pki.. suka baca^^
nsb la chapter ainaa pendek2 je.. sempat la curi2 bca sekarang...walaupun tgh busy.. huhhu
Post a Comment