Kesian kat korang terpaksa baca cerpen saya ni part by part kan ? huhu tapi saya sibuk, bergelar 'pelajar' lagi kan. Hihi tahu dah sibuk tapi tangan gatal nak hasilkan karya. Jemputlah baca DA triple daripada saya yang tak seberapa ni. Dah baca komen tau. Hihi : D
...............................
( DA triple part 1 DISINI )
Malam ke esokkannya, Amirah mengenakan dress labuh muslimah
bewarna peach dan shawl sedondon. LipIce dicalit dibibir selepas menyapu bedak
SilkyGirl dimuka. Walaupun simple tetapi Amirah tetap kelihatan anggun malam itu.
“ Irah! Siap dah
ke?” kedengaran suara Aira bertanya di sebalik pintu yang tertutup rapat.
“Siap
dah..”balas Amirah sambil membuka pintu. Tak ketingganlan juga beg tangan
berjenama Prada yang bewarna peach, hitam dan putih.
“Ya Allah,
Amirah! Cantiknya kau..” Aira menghampiri Amirah. Sungguh dia terkejut melihat
Amirah, sangat cantik!
Memang dia akui
Amirah pandai mengikut fesyen terkini. Tak seperti dia. Amirah lah yang
mengajar dia bergaya mengikut fesyen terkini. Kalau tidak tentu dia masih memakai
tudung Ariani seperti mula-mula dia masuk uni.
“Cantiklah
sangat. Kau pun apa kurang. Aku jamin kalau Badrul tengok kau mesti dia
terpegun. Entah-entah malam ni jugak dia heret kau jumpa tok kadi.Haha.” gurau
Amirah. Aira menampar lengan Amirah. Merah dibuatnya muka dia.
“Jomlah! Dah
pukul 8 malam ni. Badrul pun dah sms dah ni, tanya bila nak datang.”ujar Aira.
“Jom!” mereka
beriringan ke arah kereta Honda City milik Aira. Dalam perjalanan macam-macam
cerita yang keluar. Sekejap Aira mengusik Amirah tentang Aariz. Sekejap Amirah
pula mengusik Aira tentang Badrul.
Kereta diparking
dihadapan rumah keluarga Badrul. Beberapa buah kereta juga ada disitu. Mungkin
milik saudara-mara Badrul. Sambil keluar dari perut kereta, Aira menghantar
pesanan ringkas kepada Badrul menyatakan mereka sudah sampai.
Amirah memandang
rumah banglo dua tingkat itu yang terang-benderang. Entah kenapa tiba-tiba dia
terasa gemuruh. Padahal ini bukan kali pertama dia datang ke rumah keluarga
Badrul.
“Aira, jom.”
Amirah memandang Aira dan Badrul yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Dia
tersengih malu sebelum berlari anak.
“Mama, Aira
dengan Amirah dah sampai ni!” laung Badrul.
Aira dan Amirah bersalaman dengan saudara-mara
perempuan Badrul. Selepas itu muncul pula Puan Delia, mamanya Badrul bersama
seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Puan Delia disebelahnya.Aira
terlebih dahulu bersalam dengan mama Badrul. Amirah mencebik dalam diam.
‘ Nak ambik hati
bakal mak mertua kata kan.’
Gumam Amirah.
Amirah bersalam
dengan Puan Delia dan diikuti wanita yang berada di sebelahnya. Tanpa diduga
wanita itu memeluknya. Amirah terkejut. Begitu juga Aira yang melihatnya.
“Kamu Amirah ya?
Siti Amirah Humaira?” tanya wanita itu.
“Err…Ya, saya.”
“ Nama makcik Ramlah, mamanya Aariz. Panggil
makcik mama je.”ujar Puan Ramlah. Amirah tercengang. Dia menjeling sekilas ke
arah Badrul yang sedang membisikkan sesuatu kepada Aira sambil sesekali dua
orang itu menjeling ke arahnya.
“ Ha, semua dah
ada kan? Jom
kita makan. Lepas tu nak menemu ramah pun boleh. Sekarang ni kita makan dulu.”
Celah papa Badrul.
Amirah dan Puan
Ramlah orang terakhir yang sampai ke meja makan. Semua orang sudah mengambil
tempat. Puan Ramlah mengambil tempat disebelah seorang lelaki, suaminya
mungkin. Dan hanya satu tempat kosong…disebelah Aariz Azwan! Dalam terpaksa
Amirah menarik juga kerusi disebelah Aariz. Muka Aariz langsung dia tidak
pandang.
Suasan makan
malam itu hanya diriuhkan dengan perbualan saudara-mara Badrul. Amirah dan Aira
hanya bersuara apabila ditanya,
“Amirah. Tambah
lah udang tu. Mama tengok tak ada lauk pun dalam pinggan Amirah tu.” Tegur Puan
Ramlah.
“Eh, ada ni
ma..”balas Amirah. Amirah berpaling ke kiri apabila tiba-tiba ada tangan yang
meletak udang dalam pinggannya.
Aariz yang
sedang tersenyum itu dipandang. Dia membuat isyarat supaya Amirah makan. Amirah
melarikan pandangan ke pinggannya. Segan direnung oleh Aariz.
‘ Dalam rumah
pun nak pakai cap..’ gumam Amirah. Dari hari pertama dia berjumpa dengan Aariz
lagi di atas kepalanya akan ada cap.
“Amboi, belum
apa-apa dah tunjuk romantik ya abang long.” Usik perempuan yang bertocang.
Semua yang ada kat situ ketawa dan mula lah usik-mengusik. Amirah hanya
tersenyum malu.
“Kenapa duduk
kat luar ni?” tanya Aariz kepada Amirah yang berada di taman bunga Puan Delia.
Amirah senyum
sedikit. Selepas makan tadi mereka semua duduk berbual di ruang tamu. Amirah
hanya diam dan senyum. Last-last dia meminta izin kepada Puan Delia untuk
melihat taman bunga yang ditanam sendiri oleh Puan Delia.
“Saja. Nak
tengok taman bunga Aunty Lia ni. Cantik belaka ya bunga-bunga yang ditanam Aunty
Lia.” Puji Amirah. Dia tidak sedar bila Aariz mendekatinya. Dia menjarakkan
sedikit ruang antara dia dengan Aariz.
“Suka saya tak?”
“Erk!” Amirah
terasa seperti tertelan tulang ikan saja. Air liur ditelan.
“Suka saya tak?”
ulang Aariz. Wajahnya hanya bersahaja.
‘Aduh! Apahal
dia ni straight forward sangat ni ? Dah lah aku tak reti nak tipah tetipu orang
ni.’
“Amirah Humaira.
Awak suka saya tak?” tanya Aariz lagi. Kali ni mukanya serius.
“Err…su…suka…Suka
lah jugak.” Lambat-lambat Amirah balas.
‘Panas! Panas !
Rasa muka aku dah terbakar ni!’
“Kalau awak suka
saya, tackle saya.” Ujar Aariz. Amirah yang mendengar sudah terlopong.
“Tac…Tackle
awak?”
“Ya, tackle saya.
Tackle sampai awak berjaya curi hati saya.”
“Apa awak cakap
ni? Jangan nak main-main ya..”
“Saya serius ni!
Awak tackle saya sampai awak berjaya curi hati saya. Lepas tu saya akan kejar
awak. Bukan untuk ambik hati saya balik, tapi saya nak ambik hati awak pulak.”
Terang Aariz. Amirah tercengang.
“Peningnya!!” teriak Amirah.
“Irah! Kau
kenapa?” Aira memandang pelik ke arah Amirah yang sedang memegang kepala. Tadi
dia yang sedang menonton televisyen terus bergegas ke bilik Amirah apabila
terdengar jeritan.
“Hah? Ah… Tak,
tak ada apa.” Amirah tersengih. Aira menjongket bahu sebelum menutup semula
pintu bilik Amirah.
Amirah
melepaskan keluhan sebelum berbaring di atas katil. Kipas yang ligat berpusing
dipandang. Namun, fikirannya berserabut.
“Tackle dia?”
saat itu juga dia teringatkan mak ayahnya yang berada di Kota Bharu.
‘Mak dah
bising-bising tanya calon dah ada ke tidak. Aku pulak dah berumur 25 tahun.
Abang-abang aku semua dah kahwin. Tinggal aku sorang jelah yang belum kahwin.’
Gumam Amirah.
“Kalau aku
tackle dia tak salahkan? Lagipun, aku dah buat solat istikharah. Alhamdullilah,
Allah sudah bagi petunjuk.”
“Em..Tackle…Ya,
mesti! Tackle Aariz Azwan!” ujar Amirah penuh yakin sebelum berlari menuju ke
tingkat bawah. Dia berdiri dihadapan Aira yang ralik menonton cerita My Girl.
“Kau ada nombor
handphone Aariz tak?” terus diujar soalan sebelum sempat Aira bersuara.
“Hah?” Aira
terpinga-pinga.
“Nombor
handphone Aariz.”
“Tak ada. Kau
nak…Eh, Amirah!” Tanpa menunggu Aira menyudahkan ayatnya, Amirah terus berlari semula ke atas dan mengambil
handphonenya yang berada di dalam bilik. Nombor seseorang dicari.
“Hello?
Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.
Ha! Kenapa call? Tak pernah-pernah nak call aku tub-tub call pulak dia hari
ni.” Ujar disebelah talian.
“Aku nak nombor
handphone Aariz.” Amirah berterus-terang tanpa menjawab gurauan Badrul.
“Hah? Kau cakap
apa dia tadi?”
“Aku nak nombor
handphone Aariz.” Ujar Amirah semula.
“Hello, Hello?
Amirah! Kau cakap kuat sikit. Tak dengarlah. Bising kat sini.” Beritahu Badrul.
Amirah menjulingkan matanya ke atas. Walaupun dia tahu Badrul tidak berbohong.
Dia yang disebelah talian ni pun boleh mendengar. Mungkin Badrul ada kat site
kut.
“Aku. Nak.
Nombor. Handphone. Aariz Azwan!!” sepatah-patah Amirah bersuara dengan sedikit
menjerit.
“Lah! Cakaplah
awal-awal. Okey-okey, nanti aku sms kau nombor dia.” Amirah mengeluh.
‘Aku dah cakap
awal-awal lah Badrul!!’ jerit Amirah dalam hati. Talian diputuskan. Amirah
berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Handphone ditangan dipegang kemas.
Seketika kemudian handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“ Malam nanti
aku call.” Amirah tersenyum memandang nombor handphone yang terpapar di skrin
handphonenya. Kalau orang lain ada ni, sah-sah Amirah dicop budak ‘kureng’.
“Assalamualaikum. Siapa ya ni?” Amirah tersengih apabila
terdengar suara disebelah talian.
“Ehem.
Waalaikummussalam. Teka lah.”
“Siti Amirah
Humaira ya?” Amirah ketawa senang.
“Pandainya
dia.Hihi.”
“Haha. Comel lah
suara awak dalam phone.”
“Ya ke? Habis tu
kat luar tak comel lah?”
“Eh, comel!
Amirah Humaira. Saya call awak kemudian ya.” Belum sempat Amirah bertanya
talian sudah diputuskan. Amirah mengeluh kecewa. Namun kemudian handphonenya
berbunyi. Terus butang hijau ditekan.
“Kenapa matikan
talian tadi?” tanya Amirah.
“Saya takut top
up awak habis. Jadi biar sayalah yang call.” Beritahu Aariz. Sekali lagi Amirah
ketawa.
“Lah. Tak
apalah. Top up saya banyak. Awak tu, tak takut top up habis ke?”
“Tak boleh
jugak. Awak tu masih pelajar. Lain lah saya ni. Dah nak start kerja dah.
Lagipun saya pakai bil.”
“Ouh, okey. Awak
makan malam dah?”
“Dah. Humaira?”
“Humaira? Haha.
Saya dah makan tadi dengan Aira.”
“Haah, Humaira.
Nama awak jugak kan.”
“Memanglah nama
saya. Tapi kenapa panggil Humaira? Tak pernah dipanggil dek orang lain. Panggil
saya Amirah je. Nak kasi lebih pendek lagi Irah.” Beritahu Amirah.
“No. Humaira
sound cute to me. Lagipun, Humaira cakap tak ada lagi kan orang panggil awak macam tu. So that’s
mean only me can call you, Humaira.”
“Baik, tuan
Aariz Azwan.Hihi.”
“Awak pun,
panggil lah saya dengan nama special. Kata nak tackle?” serta merta muka Amirah
merah.
“Err… Nak
panggil apa?”
“Emm..
Kawan-kawan saya kat sini panggil saya Aariz. Kat UK pulak diorang panggil Azwan. Sebab
kat sana dah
ada kawan saya yang namanya Aariz. Aariz Danial. Jadi, awak kena panggil saya
Abang lah. Belum pernah lagi orang panggil saya abang.”
“Hari tu saya
dengar saudara Badrul panggil awak abang.”
“Oh. Masa makan
malam kat rumah Aunty Lia ya? Yang berambut tocang tu. Budak tu adik saya, Aina
namanya. Cik Amirah Humairah. Dia panggil saya abang long. Kan lain tu bunyinya. Abang dengan abang
long. Kadang-kadang terkeluar along saja. Call me abang ya?” beritahu Aariz.
Amirah mengigit bibir.
‘ Nak panggil
dia abang ke tak? Abang atau Aariz ? Abang atau Aariz.’ Amirah berkira-kira.
Seketika kemudian dia teringatkan tentang tackle Aariz tu.
“ Abang. Okey,
abang. Saya panggil abang, abang ya..” Amirah terdengar Aariz ketawa di hujung
talian.
“Sejuk hati saya
dengar awak panggil macam tu. Nasib baik tak jatuh jantung saya.”
“Kalau jatuh
saya sambut.” Amirah menjauhkan sedikit handphone dari telinga. Suara Aariz
yang ketawa kuat membuatkan telinganya terasa nyaring.
“Ketawa pulak
dia. Saya cakap betul-betul ni! Kalau jatuh saya sambut.”
“Haha. Luculah
Humaira ni.”
“Emm…Abang, saya
nak tidur dah ni. Dah pukul 10 malam. Kita berbual-bual esok-esok lah pulak
ya?” Amirah menutup mulut menahan kuap.
“La..Mengaju ke?
Okey, abang tak ketawa dah ni.”
“Bukan lah. Saya
betul-betul mengantuk ni.”
“Ya ke? Baru
pukul 10 malam ni.”
“Saya
kadang-kadang tidur awal, kadang-ladang tidur lewat. Okey lah, ngantuk sangat
dah ni.”
“Emm…tak apalah.
Esok abang call.” Kedengaran suara Aariz sedikit kecewa.
“Good night.
Sweet dream, dear.” Ujar Aariz.
“Hmm…Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Amirah meletakkan handphonenya di atas meja. Suhu air cond dinaikkan sedikit
sebelum mula mula merebahkan badan di atas katil.
Dia tersenyum
mengingati perbualannya dengan Aariz tadi. Amirah menahan kuap. Seketika kemudian
dia terlelap, tidur dalam senyuman. Pasti tidurnya malam ni lebih lena.
“Apa kejadah kau ajak aku masuk tempat pakaian lelaki ni?”
tanya Aira pelik.
Selepas makan
tengah hari tadi, Amirah mengajaknya ke Pavilion. Dia hanya mengikut, lagipun
sambil-sambil tu bolehlah dia singgah ke kedai buku. Tengok-tengok novel.
Sekarang, Amirah mengheretnya ke tempat pakaian lelaki pulak.
“Nak beli
bajulah. Tak kan
nak basuh kereta kau pulak kat sini.” Aira menjulingkan matanya ke atas apabila
Amirah berloyar buruk dengannya.
“Ya lah nak beli
baju. Tapi untuk siapa? Abang-abang kau? Hai, bini abang-abang kau ka nada.
Sejak bila pulak kau baik hati sangat ni? Biasanya kedekut bukan main.”
“Hei! Aku bukan
kedekutlah, tapi berjimat-cermat tahu tak? Lagipun aku beli untuk abang aku
buat apa? Time hari jadi atau anniversary abang-abang aku baru aku bagi hadiah.
Tak ada maknanya nak bagi saja-saja. Perabis
pulus aja.”
“Habis tu nak
beli kat abah kau? Tempat kita masuk ni bahagian kemeja. Tak silap aku, sejak
abah kau pencen guru ni dah tak pakai baju kemeja.”
“Memanglah abah
aku tak pakai dah baju kemeja. Tapi ni aku bukan nak beli kat abang-abang, abah
atau sepupu-sepapat aku. Tapi untuk Aariz.” Beritahu Amirah akhirnya.
“Hah! Aariz? Kau
biar betul Irah?!” tanya Aira sedikit menjerit.
“Syhh. Slow lah
sikit, dengar kat orang lah.” Amirah menyiku lengan Aira sambil tersengih malu
ke arah pelanggan dan juga pekerja di situ.
“Eh, kau kena
explain kat aku ni. Macam mana..”
“Ya, ya. Nanti
kat rumah aku bagitahu kau. Sekarang ni, kita pilih dulu baju kemeja yang
sesuai dengan ‘kembar’ Aaron Aziz tu.” Pintas Amirah.
Bersambung ~
7 comments:
nice story :)
hehe..caam lawak jer..pompuan tackle lelaki...
sy komen dr atas ye..
first skali... kaya gila amirah ni.. blh pki PRADA... hhuhuhu. *jeles*
ho my god....mak dia dh suh pggl mama... ah.... *tak semena2 terharu*
part yg amirah kutuk kata dlm umah pun pki cap.. seriously gelak besar.. mmg cam aaron aziz.
highlight of the chapter part aariz tanya, "suka saya tak?"
waktu tu mmg blh byg aaron aziz yg tanya, dgn suara2 dia skali..
saya dgn sepenuh hati menjerit sekuat2nya dlm bilik: "SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"
abang aariz ni.. bukan men lg pggl nm penuh... ah... *tergoda*
part "knp tak ckp awal2"
gelak guling2
part telephone.. ho my god.... sweetnye biler die letak phone sbb nk call blk.. huhu.. mmg memahami..
amirah.. kena tangkap ikan besar ni.. dh la handsome.. wow.. mengancam.. mcm aaron aziz.. huhu
@D'Black Writer TQVM :)
@Riydh haha memng jrng dibuat orng kan ? hihi
@Qminz mula2 sy tengk komen awak terus trangkat sbelah kening. hihi panjang ouh..
nk buat pengakuan ni, sbenarnya sy pkai hentam jea jenama beg prada tu. hehe search kat google beg yg cute lepas tu tkeluar jenama prada. ambik jealah. hihi tak tau pulk mahal.
btw thank you sebab suka dengan DA triple ni. insyaAllah klu sy ada msa sy bca pulk karya2 qminz. lgpun dh bnyk ketinggalan ni. bca HSHI bab 22 tu pun blur. hihi
amboi kemain baik aaron aziz tu. haha... haha.. lai lai.. next part~
nk smbungan die... hehe...
kalau sy suka mmg sy akan komen pnjg2. biasa lah..sy mmg mcm ni. lg pun sy ta penulis mmg suka komen pnjg2 haha.
hehe.. prada tu jenama terkenal.. dr.. hurm.. mn eh lupa dh..
handbag dia dlm..urm... rm 5k kot br dpt.. lupa dh.. huhu.. dh lama tak tgk.. kite mmpu tgk je. nk beli tak mampu..
Post a Comment