Tabung Luahan Isi Hati

Thursday, June 7, 2012

Cerpen : Dialah Aaron Aziz Aku (Part 2)


Kesian kat korang terpaksa baca cerpen saya ni part by part kan ? huhu tapi saya sibuk, bergelar 'pelajar' lagi kan. Hihi tahu dah sibuk tapi tangan gatal nak hasilkan karya. Jemputlah baca DA triple daripada saya yang tak seberapa ni. Dah baca komen tau. Hihi  : D


...............................

( DA triple part 1 DISINI )


Malam ke esokkannya, Amirah mengenakan dress labuh muslimah bewarna peach dan shawl sedondon. LipIce dicalit dibibir selepas menyapu bedak SilkyGirl dimuka. Walaupun simple tetapi Amirah tetap kelihatan anggun malam itu.

“ Irah! Siap dah ke?” kedengaran suara Aira bertanya di sebalik pintu yang tertutup rapat.

“Siap dah..”balas Amirah sambil membuka pintu. Tak ketingganlan juga beg tangan berjenama Prada yang bewarna peach, hitam dan putih.

“Ya Allah, Amirah! Cantiknya kau..” Aira menghampiri Amirah. Sungguh dia terkejut melihat Amirah, sangat cantik!

Memang dia akui Amirah pandai mengikut fesyen terkini. Tak seperti dia. Amirah lah yang mengajar dia bergaya mengikut fesyen terkini. Kalau tidak tentu dia masih memakai tudung Ariani seperti mula-mula dia masuk uni.

“Cantiklah sangat. Kau pun apa kurang. Aku jamin kalau Badrul tengok kau mesti dia terpegun. Entah-entah malam ni jugak dia heret kau jumpa tok kadi.Haha.” gurau Amirah. Aira menampar lengan Amirah. Merah dibuatnya muka dia.

“Jomlah! Dah pukul 8 malam ni. Badrul pun dah sms dah ni, tanya bila nak datang.”ujar Aira.

“Jom!” mereka beriringan ke arah kereta Honda City milik Aira. Dalam perjalanan macam-macam cerita yang keluar. Sekejap Aira mengusik Amirah tentang Aariz. Sekejap Amirah pula mengusik Aira tentang Badrul.

Kereta diparking dihadapan rumah keluarga Badrul. Beberapa buah kereta juga ada disitu. Mungkin milik saudara-mara Badrul. Sambil keluar dari perut kereta, Aira menghantar pesanan ringkas kepada Badrul menyatakan mereka sudah sampai.

Amirah memandang rumah banglo dua tingkat itu yang terang-benderang. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa gemuruh. Padahal ini bukan kali pertama dia datang ke rumah keluarga Badrul.

“Aira, jom.” Amirah memandang Aira dan Badrul yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Dia tersengih malu sebelum berlari anak.

“Mama, Aira dengan Amirah dah sampai ni!” laung Badrul.

 Aira dan Amirah bersalaman dengan saudara-mara perempuan Badrul. Selepas itu muncul pula Puan Delia, mamanya Badrul bersama seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Puan Delia disebelahnya.Aira terlebih dahulu bersalam dengan mama Badrul. Amirah mencebik dalam diam.

‘ Nak ambik hati bakal mak mertua kata kan.’ Gumam Amirah.

Amirah bersalam dengan Puan Delia dan diikuti wanita yang berada di sebelahnya. Tanpa diduga wanita itu memeluknya. Amirah terkejut. Begitu juga Aira yang melihatnya.

“Kamu Amirah ya? Siti Amirah Humaira?” tanya wanita itu.

“Err…Ya, saya.”

“  Nama makcik Ramlah, mamanya Aariz. Panggil makcik mama je.”ujar Puan Ramlah. Amirah tercengang. Dia menjeling sekilas ke arah Badrul yang sedang membisikkan sesuatu kepada Aira sambil sesekali dua orang itu menjeling ke arahnya.
 
“ Ha, semua dah ada kan? Jom kita makan. Lepas tu nak menemu ramah pun boleh. Sekarang ni kita makan dulu.” Celah papa Badrul.

Amirah dan Puan Ramlah orang terakhir yang sampai ke meja makan. Semua orang sudah mengambil tempat. Puan Ramlah mengambil tempat disebelah seorang lelaki, suaminya mungkin. Dan hanya satu tempat kosong…disebelah Aariz Azwan! Dalam terpaksa Amirah menarik juga kerusi disebelah Aariz. Muka Aariz langsung dia tidak pandang.

Suasan makan malam itu hanya diriuhkan dengan perbualan saudara-mara Badrul. Amirah dan Aira hanya bersuara apabila ditanya,

“Amirah. Tambah lah udang tu. Mama tengok tak ada lauk pun dalam pinggan Amirah tu.” Tegur Puan Ramlah.

“Eh, ada ni ma..”balas Amirah. Amirah berpaling ke kiri apabila tiba-tiba ada tangan yang meletak udang dalam pinggannya.

Aariz yang sedang tersenyum itu dipandang. Dia membuat isyarat supaya Amirah makan. Amirah melarikan pandangan ke pinggannya. Segan direnung oleh Aariz.

‘ Dalam rumah pun nak pakai cap..’ gumam Amirah. Dari hari pertama dia berjumpa dengan Aariz lagi di atas kepalanya akan ada cap.

“Amboi, belum apa-apa dah tunjuk romantik ya abang long.” Usik perempuan yang bertocang. Semua yang ada kat situ ketawa dan mula lah usik-mengusik. Amirah hanya tersenyum malu.

“Kenapa duduk kat luar ni?” tanya Aariz kepada Amirah yang berada di taman bunga Puan Delia.

Amirah senyum sedikit. Selepas makan tadi mereka semua duduk berbual di ruang tamu. Amirah hanya diam dan senyum. Last-last dia meminta izin kepada Puan Delia untuk melihat taman bunga yang ditanam sendiri oleh Puan Delia.

“Saja. Nak tengok taman bunga Aunty Lia ni. Cantik belaka ya bunga-bunga yang ditanam Aunty Lia.” Puji Amirah. Dia tidak sedar bila Aariz mendekatinya. Dia menjarakkan sedikit ruang antara dia dengan Aariz.

“Suka saya tak?”

“Erk!” Amirah terasa seperti tertelan tulang ikan saja. Air liur ditelan.

“Suka saya tak?” ulang Aariz. Wajahnya hanya bersahaja.

‘Aduh! Apahal dia ni straight forward sangat ni ? Dah lah aku tak reti nak tipah tetipu orang ni.’

“Amirah Humaira. Awak suka saya tak?” tanya Aariz lagi. Kali ni mukanya serius.

“Err…su…suka…Suka lah jugak.” Lambat-lambat Amirah balas.

‘Panas! Panas ! Rasa muka aku dah terbakar ni!’

“Kalau awak suka saya, tackle saya.” Ujar Aariz. Amirah yang mendengar sudah terlopong.

“Tac…Tackle awak?”

“Ya, tackle saya. Tackle sampai awak berjaya curi hati saya.”

“Apa awak cakap ni? Jangan nak main-main ya..”

“Saya serius ni! Awak tackle saya sampai awak berjaya curi hati saya. Lepas tu saya akan kejar awak. Bukan untuk ambik hati saya balik, tapi saya nak ambik hati awak pulak.” Terang Aariz. Amirah tercengang.

Peningnya!!” teriak Amirah.

“Irah! Kau kenapa?” Aira memandang pelik ke arah Amirah yang sedang memegang kepala. Tadi dia yang sedang menonton televisyen terus bergegas ke bilik Amirah apabila terdengar jeritan.

“Hah? Ah… Tak, tak ada apa.” Amirah tersengih. Aira menjongket bahu sebelum menutup semula pintu bilik Amirah.

Amirah melepaskan keluhan sebelum berbaring di atas katil. Kipas yang ligat berpusing dipandang. Namun, fikirannya berserabut.

“Tackle dia?” saat itu juga dia teringatkan mak ayahnya yang berada di Kota Bharu.

‘Mak dah bising-bising tanya calon dah ada ke tidak. Aku pulak dah berumur 25 tahun. Abang-abang aku semua dah kahwin. Tinggal aku sorang jelah yang belum kahwin.’ Gumam Amirah.

“Kalau aku tackle dia tak salahkan? Lagipun, aku dah buat solat istikharah. Alhamdullilah, Allah sudah bagi petunjuk.”

“Em..Tackle…Ya, mesti! Tackle Aariz Azwan!” ujar Amirah penuh yakin sebelum berlari menuju ke tingkat bawah. Dia berdiri dihadapan Aira yang ralik menonton cerita My Girl.

“Kau ada nombor handphone Aariz tak?” terus diujar soalan sebelum sempat Aira bersuara.

“Hah?” Aira terpinga-pinga.

“Nombor handphone Aariz.”

“Tak ada. Kau nak…Eh, Amirah!” Tanpa menunggu Aira menyudahkan ayatnya, Amirah terus  berlari semula ke atas dan mengambil handphonenya yang berada di dalam bilik. Nombor seseorang dicari.

“Hello? Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Ha! Kenapa call? Tak pernah-pernah nak call aku tub-tub call pulak dia hari ni.” Ujar disebelah talian.

“Aku nak nombor handphone Aariz.” Amirah berterus-terang tanpa menjawab gurauan Badrul.

“Hah? Kau cakap apa dia tadi?”

“Aku nak nombor handphone Aariz.” Ujar Amirah semula.

“Hello, Hello? Amirah! Kau cakap kuat sikit. Tak dengarlah. Bising kat sini.” Beritahu Badrul. Amirah menjulingkan matanya ke atas. Walaupun dia tahu Badrul tidak berbohong. Dia yang disebelah talian ni pun boleh mendengar. Mungkin Badrul ada kat site kut.

“Aku. Nak. Nombor. Handphone. Aariz Azwan!!” sepatah-patah Amirah bersuara dengan sedikit menjerit.

“Lah! Cakaplah awal-awal. Okey-okey, nanti aku sms kau nombor dia.” Amirah mengeluh.

‘Aku dah cakap awal-awal lah Badrul!!’ jerit Amirah dalam hati. Talian diputuskan. Amirah berjalan mundar-mandir di dalam bilik. Handphone ditangan dipegang kemas. Seketika kemudian handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

“ Malam nanti aku call.” Amirah tersenyum memandang nombor handphone yang terpapar di skrin handphonenya. Kalau orang lain ada ni, sah-sah Amirah dicop budak ‘kureng’.

Assalamualaikum. Siapa ya ni?” Amirah tersengih apabila terdengar suara disebelah talian.

“Ehem. Waalaikummussalam. Teka lah.”

“Siti Amirah Humaira ya?” Amirah ketawa senang.

“Pandainya dia.Hihi.”

“Haha. Comel lah suara awak dalam phone.”

“Ya ke? Habis tu kat luar tak comel lah?”

“Eh, comel! Amirah Humaira. Saya call awak kemudian ya.” Belum sempat Amirah bertanya talian sudah diputuskan. Amirah mengeluh kecewa. Namun kemudian handphonenya berbunyi. Terus butang hijau ditekan.

“Kenapa matikan talian tadi?” tanya Amirah.

“Saya takut top up awak habis. Jadi biar sayalah yang call.” Beritahu Aariz. Sekali lagi Amirah ketawa.

“Lah. Tak apalah. Top up saya banyak. Awak tu, tak takut top up habis ke?”

“Tak boleh jugak. Awak tu masih pelajar. Lain lah saya ni. Dah nak start kerja dah. Lagipun saya pakai bil.”

“Ouh, okey. Awak makan malam dah?”

“Dah. Humaira?”

“Humaira? Haha. Saya dah makan tadi dengan Aira.”

“Haah, Humaira. Nama awak jugak kan.”

“Memanglah nama saya. Tapi kenapa panggil Humaira? Tak pernah dipanggil dek orang lain. Panggil saya Amirah je. Nak kasi lebih pendek lagi Irah.” Beritahu Amirah.

“No. Humaira sound cute to me. Lagipun, Humaira cakap tak ada lagi kan orang panggil awak macam tu. So that’s mean only me can call you, Humaira.”

“Baik, tuan Aariz Azwan.Hihi.”
“Awak pun, panggil lah saya dengan nama special. Kata nak tackle?” serta merta muka Amirah merah.

“Err… Nak panggil apa?”

“Emm.. Kawan-kawan saya kat sini panggil saya Aariz. Kat UK pulak diorang panggil Azwan. Sebab kat sana dah ada kawan saya yang namanya Aariz. Aariz Danial. Jadi, awak kena panggil saya Abang lah. Belum pernah lagi orang panggil saya abang.”

“Hari tu saya dengar saudara Badrul panggil awak abang.”

“Oh. Masa makan malam kat rumah Aunty Lia ya? Yang berambut tocang tu. Budak tu adik saya, Aina namanya. Cik Amirah Humairah. Dia panggil saya abang long. Kan lain tu bunyinya. Abang dengan abang long. Kadang-kadang terkeluar along saja. Call me abang ya?” beritahu Aariz. Amirah mengigit bibir.

‘ Nak panggil dia abang ke tak? Abang atau Aariz ? Abang atau Aariz.’ Amirah berkira-kira. Seketika kemudian dia teringatkan tentang tackle Aariz tu.

“ Abang. Okey, abang. Saya panggil abang, abang ya..” Amirah terdengar Aariz ketawa di hujung talian.

“Sejuk hati saya dengar awak panggil macam tu. Nasib baik tak jatuh jantung saya.”

“Kalau jatuh saya sambut.” Amirah menjauhkan sedikit handphone dari telinga. Suara Aariz yang ketawa kuat membuatkan telinganya terasa nyaring.

“Ketawa pulak dia. Saya cakap betul-betul ni! Kalau jatuh saya sambut.”

“Haha. Luculah Humaira ni.”

“Emm…Abang, saya nak tidur dah ni. Dah pukul 10 malam. Kita berbual-bual esok-esok lah pulak ya?” Amirah menutup mulut menahan kuap.

“La..Mengaju ke? Okey, abang tak ketawa dah ni.”

“Bukan lah. Saya betul-betul mengantuk ni.”

“Ya ke? Baru pukul 10 malam ni.”

“Saya kadang-kadang tidur awal, kadang-ladang tidur lewat. Okey lah, ngantuk sangat dah ni.”

“Emm…tak apalah. Esok abang call.” Kedengaran suara Aariz sedikit kecewa.

“Good night. Sweet dream, dear.” Ujar Aariz.

“Hmm…Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Amirah meletakkan handphonenya di atas meja. Suhu air cond dinaikkan sedikit sebelum mula mula merebahkan badan di atas katil.

Dia tersenyum mengingati perbualannya dengan Aariz tadi. Amirah menahan kuap. Seketika kemudian dia terlelap, tidur dalam senyuman. Pasti tidurnya malam ni lebih lena.

Apa kejadah kau ajak aku masuk tempat pakaian lelaki ni?” tanya Aira pelik.

Selepas makan tengah hari tadi, Amirah mengajaknya ke  Pavilion. Dia hanya mengikut, lagipun sambil-sambil tu bolehlah dia singgah ke kedai buku. Tengok-tengok novel. Sekarang, Amirah mengheretnya ke tempat pakaian lelaki pulak.

“Nak beli bajulah. Tak kan nak basuh kereta kau pulak kat sini.” Aira menjulingkan matanya ke atas apabila Amirah berloyar buruk dengannya.

“Ya lah nak beli baju. Tapi untuk siapa? Abang-abang kau? Hai, bini abang-abang kau ka nada. Sejak bila pulak kau baik hati sangat ni? Biasanya kedekut bukan main.”

“Hei! Aku bukan kedekutlah, tapi berjimat-cermat tahu tak? Lagipun aku beli untuk abang aku buat apa? Time hari jadi atau anniversary abang-abang aku baru aku bagi hadiah. Tak ada maknanya nak bagi saja-saja. Perabis pulus aja.”

“Habis tu nak beli kat abah kau? Tempat kita masuk ni bahagian kemeja. Tak silap aku, sejak abah kau pencen guru ni dah tak pakai baju kemeja.”

“Memanglah abah aku tak pakai dah baju kemeja. Tapi ni aku bukan nak beli kat abang-abang, abah atau sepupu-sepapat aku. Tapi untuk Aariz.” Beritahu Amirah akhirnya.

“Hah! Aariz? Kau biar betul Irah?!” tanya Aira sedikit menjerit.

“Syhh. Slow lah sikit, dengar kat orang lah.” Amirah menyiku lengan Aira sambil tersengih malu ke arah pelanggan dan juga pekerja di situ.

“Eh, kau kena explain kat aku ni. Macam mana..”

“Ya, ya. Nanti kat rumah aku bagitahu kau. Sekarang ni, kita pilih dulu baju kemeja yang sesuai dengan ‘kembar’ Aaron Aziz tu.” Pintas Amirah.

Bersambung ~

7 comments:

D' Black Writer said...

nice story :)

riyadh said...

hehe..caam lawak jer..pompuan tackle lelaki...

yoyo_icecube said...

sy komen dr atas ye..

first skali... kaya gila amirah ni.. blh pki PRADA... hhuhuhu. *jeles*

ho my god....mak dia dh suh pggl mama... ah.... *tak semena2 terharu*

part yg amirah kutuk kata dlm umah pun pki cap.. seriously gelak besar.. mmg cam aaron aziz.

highlight of the chapter part aariz tanya, "suka saya tak?"
waktu tu mmg blh byg aaron aziz yg tanya, dgn suara2 dia skali..
saya dgn sepenuh hati menjerit sekuat2nya dlm bilik: "SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA"

abang aariz ni.. bukan men lg pggl nm penuh... ah... *tergoda*

part "knp tak ckp awal2"
gelak guling2

part telephone.. ho my god.... sweetnye biler die letak phone sbb nk call blk.. huhu.. mmg memahami..

amirah.. kena tangkap ikan besar ni.. dh la handsome.. wow.. mengancam.. mcm aaron aziz.. huhu

Unknown said...

@D'Black Writer TQVM :)

@Riydh haha memng jrng dibuat orng kan ? hihi

@Qminz mula2 sy tengk komen awak terus trangkat sbelah kening. hihi panjang ouh..

nk buat pengakuan ni, sbenarnya sy pkai hentam jea jenama beg prada tu. hehe search kat google beg yg cute lepas tu tkeluar jenama prada. ambik jealah. hihi tak tau pulk mahal.

btw thank you sebab suka dengan DA triple ni. insyaAllah klu sy ada msa sy bca pulk karya2 qminz. lgpun dh bnyk ketinggalan ni. bca HSHI bab 22 tu pun blur. hihi

AnakPakZohar said...

amboi kemain baik aaron aziz tu. haha... haha.. lai lai.. next part~

Zierwa Zainal said...

nk smbungan die... hehe...

yoyo_icecube said...

kalau sy suka mmg sy akan komen pnjg2. biasa lah..sy mmg mcm ni. lg pun sy ta penulis mmg suka komen pnjg2 haha.

hehe.. prada tu jenama terkenal.. dr.. hurm.. mn eh lupa dh..

handbag dia dlm..urm... rm 5k kot br dpt.. lupa dh.. huhu.. dh lama tak tgk.. kite mmpu tgk je. nk beli tak mampu..