....................................
“Awak, kita takutlah. Awak nak bawak kita pergi mana ni?” Tanya
budak perempuan itu. Lolipop dimasukkan ke dalam mulut.
“Am nak bawak
Fida pergi kat air terjun, cantik tau! Kawan Am yang tunjukkan semalam.” Jawab
budak lelaki berusia 12 tahun, 5 tahun lebih tua daripada budak perempuan yang
dipanggil Fida.
Fida hanya diam, sebenarnya dia
takut maknya marah kerana hari sudah petang. Tapi dia tidak bisah berbuat
apa-apa, tangannya sudah kemas digenggam Am.
“Tadaa!! Cantik
tak?” Am mendepakan tangannya. Tersengih dia apabila melihat Fida menunjukkan
muka teruja.
“Cantik, cantik! Eee…Sukanya kita.”
Fida mendekati batu besar dan duduk di atasnya. Begitu juga Am.
“Adik, hati-hati
kat situ dalam.” Laung satu suara. Am dan Fida berpaling ke arah pemuda yang
sedang bermandi-manda bersama kawan-kawannya yang lain.
“Abang Man
jangan risau. Am dengan Fida
bukan nak mandi pun, duduk kat atas batu ni je.” Balas Am. Fida mengangguk
menyokong Am.
“Hmm...Yalah.
Tapi hati-hati tau? Batu tu licin, takut tergolek jatuh dalam air pulak.” Pesan
Abang Man. Am
dan Fida terus tersengih, lucu dengan kata-kata Abang Man mereka.
“Fida, Fida suka
Am tak?”
“Suka!”
“Ya? Banyak
mana?”
“Emm…Sebesar lollipop ni.” Ujar Fida
sambil menunjukkan lolipop ditangannya.
“Alah, kecilnya...” balas Am. Fida
meletakkan jari telunjuknya di pipi, lagaknya seperti sedang berfikir.
“Ha! Sebesar kereta Abang Man!”
ujarnya lagi. Tangan yang memegang batang lolipop itu dihalakan ke arah kereta
Unser yang berada tidak jauh dari tempat air terjun itu.
“Wah, Fida
betul-betul suka kat Am ya?”
“Mestilah! Kita
suka sangat-sangat kat awak.”
“Kalau camtu,
nanti kita dah besar kita kahwin nak?”
“Nak!!” jawab
Fida riang. Asyik berbual sesame mereka, hujan mula turun renyai-renyai.
“Jom kita
balik.” Ajak Am sambil bangun dari duduknya. Selipar ditepi, dipegang.
“Okey.” Balas
Fida. Tanpa menunggu Fida, Am terlebih dahulu meloncat turun dari batu besar
itu.
“Awak…Argh!!” Am
berpaling apabila suara Fida begitu nyaring ditelinganya dan diikuti dengan
bunyi percikan air.
Am terkaku. Dia
terlalu terkejut melihat Fida yang terkapai-kapai. Selipar yang dipegang juga telah terlepas dari
tangan. Rasanya, kakinya menggeletar. Tidak boleh bergerak.
“Am!!” suara Fida yang menjerit
memanggilnya juga tidak menyedarkannya lagi. Sehingga lah Am terlihat
Abang Man yang sudah memangku tubuh kecil Fida ke darat. Terduduk dia disitu
melihat nafas Fida yang tercungap-cungap kekurangan oksigen.
“Fida….”
“Am! Kenapa
dengan Am ni? Kenapa Am tak selamatkan Fida? Am kan
boleh berenang!” marah Abang
Man.
“Am jahat! Kita
benci awak!!” jerit Fida sambil menangis teresak-esak. Am tidak memperdulikan
Abang Man yang marah, Cuma matanya mencerlung tajam ke arah Fida. Oleh
disebabkan terkejut dan takut yang amat, Am melarikan diri. Meninggalkan Fida
yang masih berlinangan air mata.
“Amir!!”
****
“Haa!! Mengelamun lagi.”
Rafidah tersentak. Hilang sudah bayang-bayang masa lalunya. Dia memandang
Amanda yang elok tercegak dihadapannya. Melihat Amanda, seperti melihat lelaki
yang dibencinya. Sebiji! Seperti difotostat je muka dua beradik ini.
“Kau nak ke mana lepas ni? Kelas dah
tak ada akan untuk hari ni.” Pertanyaan Amanda dibiar sepi. Rafidah mengemas
buku-buku yang bertaburan di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg sandarnya.
“Fida!” Rafidah memandang sekilas
lengannya yang sudah dipegang Amanda. Dia menarik lengannya dan menggalas beg
di bahu. Rafidah mula mengangkat kaki dan tatkala melalui sebelah Amanda, dia
berbisik.
“Jangan panggil aku Fida!” tegasnya.
Terkebil-kebil Amanda memandang kelibat Rafidah yang sudah menjauh.
****
Syaza Rafidah. Atau lebih dikenali
dengan panggilan Syaz di kalangan teman-teman kolejnya. Seorang gadis yang
pendiam dan ulat buku. Kebiasaannya, tentu pelajar perangai seperti ini akan
dicop ‘budak nerd’ tapi tidak bagi Syaza Rafidah.
Rupa parasnya yang dikurniakan
seperti bidadari membuatkan dia menjadi kegilaan ramai dalam kalangan lelaki.
Dan sudah tentu gadis-gadis di kolej ada yang mencemburuinya.
Sudah menjadi adat, setiap kolej
mesti ada jelitawan dan jejaka idaman malaya. Mungkin Syaza Rafidah
cantik rupawan tapi pendiam dan ‘stok’ ulat buku. Lain pula dengan jejaka
idaman malaya ini.
“Kyaa!!” suara-suara perempuan yang
menjerit membingitkan telinga Rafidah. Usah berpaling, dirinya sudah tahu apa
pennyebab gadis-gadis di kolej itu menjerit seperti terkena histeria.
“Amir.” Jejaka tampan yang
tersangatlah glamour di kolej itu. Siapa tidak mengenali Amir Ilias,
pensyarah muda yang sentiasa dikelilingi gadis-gadis. Sentiasa bermulut manis
dengan semua orang. Sudahlah lelaki itu handsome yang teramat, tambah
pula dengan status ‘anak Dato’’ yang dipegangnya. Isteri orang pun boleh terpegun, apatah lagi
gadis-gadis di luar sana.
“Fida!” Rafidah berpaling. Amir
sedang melambai ke arahnya. Matanya jatuh ke arah bahu dan lengan Amir yang
kemas dipegang perempuan perasan cantik, Shazalin atau nama glamournya,
Syazlyn.
‘Huh! Tak tahu
halal haram, dosa pahala ke?’ kutuk Rafidah sebelum berlari anak menuju ke
tempat parking kereta.
Amir yang
menjerit memanggilnya tidak dipedulikan. Amir Ilias. Ya, dialah lelaki yang dibenci Rafidah. Lelaki pengecut!
Tetapi, lelaki itu jugalah suaminya....
Bersambung ~
TERIMA KASIH SUDI BACA !
MuchLove,
AinaaAzlan
3 comments:
best dek,permulaan yg menarik.......sambung cepat2 ye.
terima kasih kak. tp xad mood nk smbung ni. insyaallah klu ad sy smbung ya? :)
Best ...akak/adik sye suke...
Post a Comment