Tabung Luahan Isi Hati

Tuesday, July 31, 2012

Sweet Ke? (Part 1)

Ops! Sorry, DA triple tak boleh dipost lagi. Cerita pendek Sweet Ke? ni sebenarnya dah lari dari idea asal. hihi tulah, tak tulis sinopsis macam nilah jadinya. Maaf tau kalau karya saya agak bertaburan sebab saya tak menyediakan plot cerita. Idea tu ada tapi kadang-kadang idea akan berubah sama ada ubah sedikit dan ubah banyak. Semua karya saya tulis dengan spontan. Sebab tulah cerpen-cerpen saya yang sebelum ni ceritanya agak berterabur kan? Ke tak? Errr.... hihi biarlah. Meh jom layan Sweet Ke? dan kalau dah habis komen-komen lah sikit ya. Nak tahu jugak korang suka ke tidak cerita pendek yang ni. ; D


....................................







Awak, kita takutlah. Awak nak bawak kita pergi mana ni?” Tanya budak perempuan itu. Lolipop dimasukkan ke dalam mulut.

“Am nak bawak Fida pergi kat air terjun, cantik tau! Kawan Am yang tunjukkan semalam.” Jawab budak lelaki berusia 12 tahun, 5 tahun lebih tua daripada budak perempuan yang dipanggil Fida.

Fida hanya diam, sebenarnya dia takut maknya marah kerana hari sudah petang. Tapi dia tidak bisah berbuat apa-apa, tangannya sudah kemas digenggam Am.

“Tadaa!! Cantik tak?” Am mendepakan tangannya. Tersengih dia apabila melihat Fida menunjukkan muka teruja.

“Cantik, cantik! Eee…Sukanya kita.” Fida mendekati batu besar dan duduk di atasnya. Begitu juga Am.

“Adik, hati-hati kat situ dalam.” Laung satu suara. Am dan Fida berpaling ke arah pemuda yang sedang bermandi-manda bersama kawan-kawannya yang lain.

“Abang Man jangan risau. Am dengan Fida bukan nak mandi pun, duduk kat atas batu ni je.” Balas Am. Fida mengangguk menyokong Am.

“Hmm...Yalah. Tapi hati-hati tau? Batu tu licin, takut tergolek jatuh dalam air pulak.” Pesan Abang Man. Am dan Fida terus tersengih, lucu dengan kata-kata Abang Man mereka.

“Fida, Fida suka Am tak?”

“Suka!”

“Ya? Banyak mana?”

“Emm…Sebesar lollipop ni.” Ujar Fida sambil menunjukkan lolipop ditangannya.

“Alah, kecilnya...” balas Am. Fida meletakkan jari telunjuknya di pipi, lagaknya seperti sedang berfikir.

“Ha! Sebesar kereta Abang Man!” ujarnya lagi. Tangan yang memegang batang lolipop itu dihalakan ke arah kereta Unser yang berada tidak jauh dari tempat air terjun itu.

“Wah, Fida betul-betul suka kat Am ya?”

“Mestilah! Kita suka sangat-sangat kat awak.”

“Kalau camtu, nanti kita dah besar kita kahwin nak?”

“Nak!!” jawab Fida riang. Asyik berbual sesame mereka, hujan mula turun renyai-renyai.

“Jom kita balik.” Ajak Am sambil bangun dari duduknya. Selipar ditepi, dipegang.

“Okey.” Balas Fida. Tanpa menunggu Fida, Am terlebih dahulu meloncat turun dari batu besar itu.

“Awak…Argh!!” Am berpaling apabila suara Fida begitu nyaring ditelinganya dan diikuti dengan bunyi percikan air.

Am terkaku. Dia terlalu terkejut melihat Fida yang terkapai-kapai. Selipar yang dipegang juga telah terlepas dari tangan. Rasanya, kakinya menggeletar. Tidak boleh bergerak.

“Am!!” suara Fida yang menjerit memanggilnya juga tidak menyedarkannya lagi. Sehingga lah Am terlihat Abang Man yang sudah memangku tubuh kecil Fida ke darat. Terduduk dia disitu melihat nafas Fida yang tercungap-cungap kekurangan oksigen.

“Fida….”

“Am! Kenapa dengan Am ni? Kenapa Am tak selamatkan Fida? Am kan boleh berenang!” marah Abang Man.

“Am jahat! Kita benci awak!!” jerit Fida sambil menangis teresak-esak. Am tidak memperdulikan Abang Man yang marah, Cuma matanya mencerlung tajam ke arah Fida. Oleh disebabkan terkejut dan takut yang amat, Am melarikan diri. Meninggalkan Fida yang masih berlinangan air mata.

“Amir!!”

****

Haa!! Mengelamun lagi.” Rafidah tersentak. Hilang sudah bayang-bayang masa lalunya. Dia memandang Amanda yang elok tercegak dihadapannya. Melihat Amanda, seperti melihat lelaki yang dibencinya. Sebiji! Seperti difotostat je muka dua beradik ini.

“Kau nak ke mana lepas ni? Kelas dah tak ada akan untuk hari ni.” Pertanyaan Amanda dibiar sepi. Rafidah mengemas buku-buku yang bertaburan di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg sandarnya.

“Fida!” Rafidah memandang sekilas lengannya yang sudah dipegang Amanda. Dia menarik lengannya dan menggalas beg di bahu. Rafidah mula mengangkat kaki dan tatkala melalui sebelah Amanda, dia berbisik.

“Jangan panggil aku Fida!” tegasnya. Terkebil-kebil Amanda memandang kelibat Rafidah yang sudah menjauh.

****
Syaza Rafidah. Atau lebih dikenali dengan panggilan Syaz di kalangan teman-teman kolejnya. Seorang gadis yang pendiam dan ulat buku. Kebiasaannya, tentu pelajar perangai seperti ini akan dicop ‘budak nerd’ tapi tidak bagi Syaza Rafidah.

Rupa parasnya yang dikurniakan seperti bidadari membuatkan dia menjadi kegilaan ramai dalam kalangan lelaki. Dan sudah tentu gadis-gadis di kolej ada yang mencemburuinya.

Sudah menjadi adat, setiap kolej mesti ada jelitawan dan jejaka idaman malaya. Mungkin Syaza Rafidah cantik rupawan tapi pendiam dan ‘stok’ ulat buku. Lain pula dengan jejaka idaman malaya ini.

“Kyaa!!” suara-suara perempuan yang menjerit membingitkan telinga Rafidah. Usah berpaling, dirinya sudah tahu apa pennyebab gadis-gadis di kolej itu menjerit seperti terkena histeria.

“Amir.” Jejaka tampan yang tersangatlah glamour di kolej itu. Siapa tidak mengenali Amir Ilias, pensyarah muda yang sentiasa dikelilingi gadis-gadis. Sentiasa bermulut manis dengan semua orang. Sudahlah lelaki itu handsome yang teramat, tambah pula dengan status ‘anak Dato’’ yang dipegangnya. Isteri orang pun boleh terpegun, apatah lagi gadis-gadis di luar sana.

“Fida!” Rafidah berpaling. Amir sedang melambai ke arahnya. Matanya jatuh ke arah bahu dan lengan Amir yang kemas dipegang perempuan perasan cantik, Shazalin atau nama glamournya, Syazlyn.

‘Huh! Tak tahu halal haram, dosa pahala ke?’ kutuk Rafidah sebelum berlari anak menuju ke tempat parking kereta.

Amir yang menjerit memanggilnya tidak dipedulikan. Amir Ilias. Ya, dialah lelaki yang dibenci Rafidah. Lelaki pengecut! Tetapi, lelaki itu jugalah suaminya....

Bersambung ~ 

TERIMA KASIH SUDI BACA !

 MuchLove,
 AinaaAzlan

3 comments:

Unknown said...

best dek,permulaan yg menarik.......sambung cepat2 ye.

Unknown said...

terima kasih kak. tp xad mood nk smbung ni. insyaallah klu ad sy smbung ya? :)

Anonymous said...

Best ...akak/adik sye suke...