DA triple !! 55 pages for DA
triple. Jadi DA triple lebih panjang daripada IRE. Sorry sebab mengambil
masa yang lama utk siapkan DA triple ni. Cerita ni biasa-biasa je
berbanding IRE. Mungkin
membosankan kut? Jalan cerita pun agak berterabur. Maaf ya kalau ada
tersilap ejaan atau tersilap tulis. Saya tak sempat nak semak semula,
raya dah dekat kan. Jadi memang busy lah. DA triple ni bersempena hari
raya aidilfitri serta birthday saya yang jatuh pada 1 syawal. hihi tak
nak bagi hadiah plus duit raya ke? Ops, gurau je. Hee~ ; D
................................
cover by Fatiah Yadz. *thanks to Fatiah : )
2012
(SEKARANG)
Bismillah…Hidup ini penuh dengan suka duka. Mula-mula bersama keluarga, lepas tu dengan
kawan, lepas tu dengan teman istimewa, lepas tu dengan tunang dan hinggalah ke
destinasi seterusnya. Alam rumah tangga. Ya, betul tu. Begitu juga Amirah.
Rasa baru je semalam mama menghantar
Amirah pergi tadika. Dan rasa baru je tadi papa ajar Amirah naik basikal
bersama roda tambahan. Namun semuanya sudah bertahun-tahun berlalu. Sekarang
Amirah sudah berumur 28 tahun.
Amirah seorang pengajar di sebuah
University of Nottingham Malaysia, seorang anak bongsu kepada pasangan Encik
Faidil dan Puan Umirah, seorang adik bongsu kepada 3 orang abang. Amir, Amirul
dan Amin. Dan juga seorang… Isteri dan ibu.
Amirah yang sedang memandang taman
landskap hasil seni suaminya sendiri tersenyum. Tersenyum apabila mengingati
suami tercinta dan anak-anak tersayang. Dari tersenyum, meletus ketawa kecil.
Lucu apabila mengenangkan usaha dia memikat suaminya ketika dahulu.
“Sayang ketawakan apa tu? Hmm..”
saat itu juga dia merasa tangan sasa milik suaminya melingkar dipinggangnya.
Dagunya diletakkan di atas bahu kanan Amirah.
“Teringatkan jejaka yang sayang
‘usha’ dulu....”balas Amirah bersembunyi.
“Hah?
Sayang…sayang cakap betul-betul.” Tubuh Amirah dipalingkan mengadap tubuhnya.
“Betul lah ni!”
bersungguh-sungguh Amirah mengiakan. Amirah senyum sembunyi. Lucu melihat muka
suaminya yang sudah masam mengalahkan asam jawa.
“Siapa lelaki tu?” tidak dapat tahan
lagi Amirah terus melepaskan ketawa apabila mendengar suaminya bertanya dengan
nada cemburu. Amirah meletakkan jari telunjuknya dibibir dan membuat
seolah-olah sedang membayangkan imej seseorang.
“Emm…Dia
handsome, tinggi, badan pun tough,
kulit kuning langsat, seorang arkitek dan….” Dijeling sekilas ke arah suaminya
yang sudah mengerutkan dahi.
“Dan dia suka
pakai cap!” dilihat suaminya sudah tersenyum nakal. Cepat betul moodnya
berubah.
“Aik? Macam
kenal je?” Amirah ketawa lagi dan memandang semula ke arah taman landskap.
Sekali lagi pinggang Amirah dirangkul. Amirah tersenyum dan terus senyum. Kelakuan si suami hanya dibiarkan
kerana saat ini, dia ingin mengulas semula kenangan lama…
…………………………..
2009 ( IMBAS KEMBALI )
“ Aira !! ”
Aira yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek terkejut dengan suara yang menjerit betul
betul di tepi telinganya .
“ Aduh! Sakitnya.” Aira menggosok
pinggang belakangnya .
“Haa! Padam muka kau! Aku punyalah
panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengih– sengih depan laptop
kau ni ya? Siap meniarap pulak tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara.
Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.”
bebel Amirah sambil mencekak pinggang .
“Kalau ya pun
kau nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut
tangan Aira. Marah pun marah jugak, tapi tak kan dia nak biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni,
Badrul datang serang Amirah. Kecoh dibuatnya.
“Kau yang menjerit mengalahkan bini
tarzan ni kenapa?”
“Amboi, mulut!
Aku cili kan!
Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”
“Dia tu pun menyusahkan aku je nak
memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak payah lah nak
ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” ujar Amirah. Aira
tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni. Mak nenek cun!
Haha.
“Lorh, kenapa
tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke
tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspres’.
“Eh, aku pulak!”
Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke
ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat
luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit Aira ke boleh lah Amirah pergi karate Si
Badrul tu.
“Irah! Sini kejap.” Panggil Aira.
“Apa dia?”
“Marilah sini kejap.” Malas-malas
Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.
“Apa dia? Korang kalau berborak pun
tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar perbualan orang bakal
jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi pun tak senang.” Ujar
Amirah.
“Alah kau ni. Asyik dengan cerita
jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate
saya merangkap bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang
dimaksudkan Aira. Dan…
Haa aaaa
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
“ Irah, Irah! Amirah!!” jerit Aira
kepada Amirah yang tercengang.
“Aaron Aziz.” Spontan nama artis
yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah. Aira dan Badrul
berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil sambil
menggeleng kepala.
“Aariz Azwan.”
Amirah menongkat kepala dengan tangan.
Fikirannya jauh melayang, tapi jasatnya masih berada di café tersebut.
Sekejap-sekejap dia tersenyum, kemudian menggigit bibir dan sekejap-sekejap
mata dijulingkan ke atas.
“Hoi!!” sergah Aira. Hampir sahaja
muka Amirah menghempap meja café. Aira yang membuat muka tak bersalah dijeling.
“Kau ni…Nasib baik muka aku tak
jatuh kena meja ni. Kalau kena kan tak pasal-pasal benjol pulak dahi aku.”
“Kau tu hah jauh termenung. Aku dah
duduk depan kau pun kau tak perasan. Dah sampai mana dah? Shah Alam?”
sekali lagi Amirah menjeling.
“Dalam
banyak-banyak tempat yang ada kat dalam dunia ni, kat situ juga lah kau sebut
ya.”Aira ketawa. Memang dia sengaja menyebut Shah Alam.
“Ala…Abang ‘Aaron Aziz’ kau kan tinggal kat situ. Manalah tahu kau dah
sampai dah kat sana.”
“Banyaklah kau.”
“Tapi kan…Kenapa muka dia
mirip dengan Aaron Aziz ya? Artis-artis Malaysia semuanya aku tak minat
kecuali Aaron Aziz. Yang aku minatnya artis-artis Jepun. Tapi kenapa muka dia
mesti mirip dengan satu-satunya pelakon Malaysia yang aku minat
ni?”beritahu Amirah.
“ ‘Dia’ tu siapa?” usik Aira.
“Aariz Azwan lah.” Jawab Amirah
geram.
“Jodoh kau dengan dia lah kut.”
“Macam kau
cakap, kau lebih suka artis Jepun berbanding artis Malaysia. Dan hanya Aaron Aziz
artis Malaysia
yang kau suka. Mungkin Allah titipkan jodoh kau dengan orang yang mukanya mirip
Aaron Aziz. And of course bukan yang mirip artis Jepun. Kalau tidak memang aku
gelakkan kau tujuh keturunan lah.Hihi.” ejek Aira.
“Kenapa pulak?” tanya Amirah tidak
puas hati.
“Yalah, orang
Jepun bukan handsome pun. Sekali
tengok, lelaki dengan perempuan muka sama saja. Dah lah bahasa dia bunyi macam
kasar sikit.” Amirah yang mendengar ejekan dari mulut Aira mengetap bibir.
“Amboi, sedapnya kau mengata negara
yang aku kagum ya! Eh, negara dia lebih maju dari negara kita tau. Tu, kereta
Honda City yang kau pakai tu, buatan Jepun tau! Dulu kau pakai kereta Pesona
kau merungut. Bunyi sanalah, bunyi sinilah. Kena servis sanalah, servis
sinilah. Sejak kau pakai Honda City tak ada lah pulak aku dengar kau merungut.
Malah, jadi kereta kesayangan kau adalah.”
“Aku bukan tak kagum negara dimana
tempat aku dilahirkan ni. Malah aku bersyukur menjadi rakyat sini. Tak ada perang-perangan, aman je
negara Malaysia ni. Yang aku kagum dengan negara Jepun sebab teknologi dia,
artis-artis kat sana, cerita-cerita yang dia buat, peraturan negara dia dan
masyarakat dia.” Terang Amirah panjang lebar.
“Yalah, yalah.” Dengan malas Aira
balas. Tidak terkata dengan ‘hujah’ Amirah tadi.
“Eh, esok kita pergi rumah Badrul
tau. Ada buat makan sikit kat rumah dia.” Ajak Aira.
“Buat makan? Kenapa? Sempena kau
dengan Badrul nak menikah ke?” tanya Amirah.
“Ish! Bukan lah.
Kan minggu
lepas dah buat. Yang ni
sempena menyambut kepulangan Aariz.” Terang Aira.
“Balik dari mana?”
“Kau ni…Kan Badrul dah bagitahu kau
semalam. Aariz kan dulu belajar kat UK. Badrul cakap minggu depan dia
dah start kerja. Jadi arkitek.”
“Ooo…”balas Amirah pendek sambil
mengangguk kepala.
“Ingat tu. Esok jangan pulak
tiba-tiba kau cakap ada hal kat uni.”
“Yalah..”
Malam ke esokkannya, Amirah mengenakan dress
labuh muslimah bewarna peach dan shawl sedondon. LipIce dicalit dibibir selepas
menyapu bedak SilkyGirl dimuka. Walaupun simple tetapi Amirah tetap kelihatan
anggun malam itu.
“ Irah! Siap dah ke?” kedengaran
suara Aira bertanya di sebalik pintu yang tertutup rapat.
“Siap dah..”balas Amirah sambil
membuka pintu. Tak ketinggalan juga beg tangan berjenama Prada yang bewarna
peach, hitam dan putih.
“Ya Allah, Amirah! Cantiknya kau..” Aira
menghampiri Amirah. Sungguh dia terkejut melihat Amirah, sangat cantik!
Memang dia akui
Amirah pandai mengikut fesyen terkini. Tak seperti dia. Amirah lah yang
mengajar dia bergaya mengikut fesyen terkini. Kalau tidak tentu dia masih
memakai tudung Ariani seperti mula-mula dia masuk uni.
“Cantiklah sangat. Kau pun apa
kurang. Aku jamin kalau Badrul tengok kau mesti dia terpegun. Entah-entah malam
ni jugak dia heret kau jumpa tok kadi.Haha.” gurau Amirah. Aira menampar lengan
Amirah. Merah dibuatnya muka dia.
“Jomlah! Dah pukul 8 malam ni.
Badrul pun dah sms dah ni, tanya bila nak datang.”ujar Aira.
“Jom!” mereka
beriringan ke arah kereta Honda City milik Aira. Dalam perjalanan macam-macam cerita yang
keluar. Sekejap Aira mengusik Amirah tentang Aariz. Sekejap Amirah pula
mengusik Aira tentang Badrul.
Kereta diparking dihadapan rumah
keluarga Badrul. Beberapa buah kereta juga ada disitu. Mungkin milik
saudara-mara Badrul. Sambil keluar dari perut kereta, Aira menghantar pesanan
ringkas kepada Badrul menyatakan mereka sudah sampai.
Amirah memandang rumah banglo dua
tingkat itu yang terang-benderang. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa gemuruh.
Padahal ini bukan kali pertama dia datang ke rumah keluarga Badrul.
“Aira, jom.” Amirah memandang Aira
dan Badrul yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Dia tersengih malu sebelum
berlari anak.
“Mama, Aira dengan Amirah dah sampai
ni!” laung Badrul.
Aira dan Amirah bersalaman dengan saudara-mara
perempuan Badrul. Selepas itu muncul pula Puan Delia, mamanya Badrul bersama
seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Puan Delia disebelahnya.Aira
terlebih dahulu bersalam dengan mama Badrul. Amirah mencebik dalam diam.
Kutuk Amirah.
Amirah bersalam dengan Puan Delia dan
diikuti wanita yang berada di sebelahnya. Tanpa diduga wanita itu memeluknya.
Amirah terkejut. Begitu juga Aira yang melihatnya.
“Kamu Amirah ya? Siti Amirah
Humaira?” tanya wanita itu.
“Err…Ya, saya.”
“ Nama makcik Ramlah, mamanya Aariz. Panggil makcik mama je.”ujar Puan
Ramlah. Amirah tercengang. Dia menjeling sekilas ke arah Badrul yang sedang
membisikkan sesuatu kepada Aira sambil sesekali dua orang itu menjeling ke
arahnya.
“ Ha, semua dah ada kan? Jom kita
makan. Lepas tu nak menemu ramah pun boleh. Sekarang ni kita makan dulu.” Celah
papa Badrul.
Amirah dan Puan Ramlah orang
terakhir yang sampai ke meja makan. Semua orang sudah mengambil tempat. Puan
Ramlah mengambil tempat disebelah lelaki yang sudah berusia, suaminya mungkin.
Dan hanya satu tempat kosong…disebelah Aariz Azwan! Dalam terpaksa Amirah
menarik juga kerusi disebelah Aariz. Muka Aariz langsung dia tidak pandang.
Suasana makan malam itu hanya
diriuhkan dengan perbualan saudara-mara Badrul. Amirah dan Aira hanya bersuara
apabila ditanya.
“Amirah. Tambah lah udang tu. Mama
tengok tak ada lauk pun dalam pinggan Amirah tu.” Tegur Puan Ramlah.
“Eh, ada ni ma..”balas Amirah.
Amirah berpaling ke kiri apabila tiba-tiba ada tangan yang meletak udang dalam
pinggannya.
Aariz yang tersenyum
itu dipandang. Dia membuat isyarat supaya Amirah makan. Amirah melarikan
pandangan ke pinggannya. Segan direnung oleh Aariz.
‘Dalam rumah pun
nak pakai cap..’ kutuk Amirah.
Dari hari pertama dia berjumpa dengan Aariz lagi di atas kepalanya akan ada
cap.
“Amboi, belum apa-apa dah tunjuk
romantik ya abang long.” Usik perempuan yang manis bertudung. Semua yang ada kat situ ketawa dan
mula lah usik-mengusik. Amirah hanya tersenyum malu.
“Kenapa duduk kat luar ni?” tanya
Aariz kepada Amirah yang berada di taman bunga Puan Delia.
Amirah senyum sedikit. Selepas makan
tadi mereka semua duduk berbual di ruang tamu. Amirah hanya diam dan senyum.
Last-last dia meminta izin kepada Puan Delia untuk melihat taman bunga yang
ditanam sendiri oleh Puan Delia.
“Saja. Nak tengok taman bunga Aunty
Lia ni. Cantik belaka ya bunga-bunga yang ditanam Aunty Lia.” Puji Amirah. Dia
tidak sedar bila Aariz mendekatinya. Dia menjarakkan sedikit ruang antara dia
dengan Aariz.
“Suka saya tak?”
“Erk!” Amirah terasa seperti
tertelan tulang ikan saja. Air liur ditelan.
“Suka saya tak?” ulang Aariz.
Wajahnya hanya bersahaja.
‘Aduh! Apahal dia ni straight
forward sangat ni ? Dah lah aku tak reti nak tipah tetipu orang ni.’
“Amirah Humaira. Awak suka saya
tak?” tanya Aariz lagi. Kali ni mukanya serius.
“Err…su…suka…Suka lah jugak.”
Lambat-lambat Amirah balas.
‘Panas! Panas ! Rasa muka aku dah
terbakar ni!’
“Kalau awak suka
saya, tackle saya.” Ujar
Aariz. Amirah yang mendengar sudah terlopong.
“Tac…Tackle
awak?”
“Ya, tackle
saya. Tackle sampai awak berjaya curi hati saya.”
“Apa awak cakap
ni? Jangan nak main-main ya..”
“Saya serius ni! Awak tackle saya
sampai awak berjaya curi hati saya. Lepas tu saya akan kejar awak. Bukan
untuk ambik hati saya balik, tapi saya nak ambik hati awak pulak.” Terang
Aariz. Amirah tercengang.
“Peningnya!!” teriak Amirah.
“Irah! Kau
kenapa?” Aira memandang pelik ke arah Amirah yang sedang memegang kepala. Tadi
dia yang sedang menonton televisyen terus bergegas ke bilik Amirah apabila
terdengar jeritan.
“Hah? Ah… Tak,
tak ada apa.” Amirah tersengih. Aira menjongket bahu sebelum menutup semula
pintu bilik Amirah.
Amirah
melepaskan keluhan sebelum berbaring di atas katil. Kipas yang ligat berpusing
dipandang. Namun, fikirannya berserabut.
“Tackle dia?”
saat itu juga dia teringatkan mak ayahnya yang berada di Kota Bharu.
‘Mak dah
bising-bising tanya calon dah ada ke tidak. Aku pulak dah berumur 24 tahun.
Abang-abang aku semua dah kahwin. Tinggal aku sorang jelah yang belum kahwin.’
Gumam Amirah.
“Kalau aku
tackle dia tak salahkan?”
“Em..Tackle…Ya,
mesti! Tackle Aariz Azwan!” ujar Amirah penuh yakin sebelum berlari menuju ke
tingkat bawah. Dia berdiri dihadapan Aira yang asyik menonton cerita My Girl.
“Kau ada nombor
handphone Aariz tak?” terus diujar soalan sebelum sempat Aira bersuara.
“Hah?” Aira terpinga-pinga.
“Nombor handphone Aariz.”
“Tak ada. Kau nak…Eh, Amirah!” Tanpa
menunggu Aira menyudahkan ayatnya, Amirah terus
berlari semula ke atas dan mengambil handphonenya yang berada di dalam
bilik. Nombor seseorang dicari.
“Hello? Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam. Ha! Kenapa call?
Tak pernah-pernah nak call aku tub-tub call pulak dia hari ni.” Ujar disebelah
talian.
“Aku nak nombor handphone Aariz.”
Amirah berterus-terang tanpa menjawab gurauan Badrul.
“Hah? Kau cakap apa dia tadi?”
“Aku nak nombor handphone Aariz.”
Ujar Amirah semula.
“Hello, Hello?
Amirah! Kau cakap kuat sikit. Tak dengarlah. Bising kat sini.” Beritahu Badrul.
Amirah menjulingkan matanya ke atas. Walaupun dia tahu Badrul tidak berbohong. Dia yang disebelah talian ni pun
boleh mendengar. Mungkin Badrul ada kat site kut.
“Aku. Nak. Nombor. Handphone. Aariz
Azwan!!” sepatah-patah Amirah bersuara dengan sedikit menjerit.
“Lah! Cakaplah
awal-awal. Okey-okey, nanti aku sms kau nombor dia.” Amirah mengeluh.
‘Aku dah cakap
awal-awal lah Badrul!!’ jerit Amirah dalam hati. Talian diputuskan. Amirah berjalan
mundar-mandir di dalam bilik. Handphone ditangan dipegang kemas. Seketika
kemudian handphonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“ Malam nanti aku call.” Amirah
tersenyum memandang nombor handphone yang terpapar di skrin handphonenya. Kalau
orang lain ada ni, sah-sah Amirah dicop budak ‘kureng’.
“Assalamualaikum.
Siapa ya ni?” Amirah tersengih apabila terdengar suara disebelah talian.
“Ehem.
Waalaikummussalam. Teka lah.”
“Siti Amirah
Humaira ya?” Amirah ketawa senang.
“Pandainya
dia.Hihi.”
“Haha. Comel lah
suara awak dalam phone.”
“Ya ke? Habis tu kat luar tak comel
lah?”
“Eh, comel! Amirah Humaira. Saya call
awak kemudian ya.” Belum sempat Amirah bertanya talian sudah diputuskan. Amirah
mengeluh kecewa. Namun kemudian handphonenya berbunyi. Terus butang hijau
ditekan.
“Kenapa matikan talian tadi?” tanya
Amirah.
“Saya takut top
up awak habis. Jadi biar sayalah yang call.” Beritahu Aariz. Sekali lagi Amirah
ketawa.
“Lah. Tak
apalah. Top up saya banyak. Awak tu, tak takut top up habis ke?”
“Tak boleh
jugak. Awak tu masih ‘budak sekolah’. Lain lah saya ni. Dah nak start kerja
dah. Lagipun saya pakai bil.”
“Ouh, okey. Awak
makan malam dah?”
“Dah. Humaira?”
“Humaira? Haha. Saya dah makan tadi
dengan Aira.”
“Haah, Humaira. Nama awak jugak
kan.”
“Memanglah nama saya. Tapi kenapa
panggil Humaira? Tak pernah dipanggil dek orang lain. Panggil saya Amirah je. Nak kasi lebih pendek
lagi Irah.” Beritahu Amirah.
“No. Humaira
sound cute to me. Lagipun, Humaira cakap tak ada lagi kan orang panggil awak macam tu. So that’s
mean only me can call you, Humaira.”
“Baik, tuan
Aariz Azwan.Hihi.”
“Awak pun, panggil lah saya dengan
nama special. Kata nak tackle?” serta merta muka Amirah merah.
“Err… Nak panggil apa?”
“Emm.. Kawan-kawan saya kat sini
panggil saya Aariz. Kat UK
pulak diorang panggil Azwan. Sebab kat sana
dah ada kawan saya yang namanya Aariz. Aariz Danial. Jadi, awak kena panggil
saya abang lah. Belum pernah lagi orang panggil saya abang.”
“Hari tu saya dengar saudara Badrul
panggil awak abang.”
“Oh. Masa makan malam kat rumah
Aunty Lia ya? Budak tu adik saya, Aina namanya. Cik Amirah Humairah. Dia
panggil saya abang long. Kan lain tu bunyinya. Abang dengan abang long.
Kadang-kadang terkeluar along saja. Call me abang ya?” beritahu Aariz.
“Call me
abang,okey? Lagipun saya sama
tua dengan Badrul. Lebih tua daripada awak dengan Aira.”
“Tapi saya tak panggil pun Badrul tu
abang. Aira pun panggil Bad je.” Terdengar keluhan dari Aariz.
“Please…Call me abang.”ujar Aariz
sedikit merayu. Amirah mengigit bibir.
‘ Nak panggil dia abang ke tak?
Abang atau Aariz ? Abang atau Aariz.’ Amirah berkira-kira. Seketika kemudian
dia teringatkan tentang tackle Aariz tu.
“ Abang. Okey, abang. Saya panggil
Aariz, abang ya..” Amirah terdengar Aariz ketawa di hujung talian.
“Sejuk hati saya dengar awak panggil
macam tu. Nasib baik tak jatuh jantung saya.”
“Kalau jatuh saya sambut.” Amirah
menjauhkan sedikit handphone dari telinga. Suara Aariz yang ketawa kuat
membuatkan telinganya terasa nyaring.
“Ketawa pulak dia. Saya cakap
betul-betul ni! Kalau jatuh saya sambut.”
“Haha. Luculah Humaira ni.”
“Emm…Abang, saya nak tidur dah ni.
Dah pukul 10 malam. Kita berbual-bual esok-esok lah pulak ya?” Amirah menutup
mulut menahan kuap.
“La..Mengaju ke? Okey, abang tak
ketawa dah ni.”
“Bukan lah. Saya betul-betul
mengantuk ni.”
“Ya ke? Baru pukul 10 malam
ni.”
“Saya
kadang-kadang tidur awal, kadang-ladang tidur lewat. Okey lah, ngantuk sangat dah ni.”
“Emm…tak apalah.
Esok abang call.” Kedengaran
suara Aariz sedikit kecewa.
“Good night.
Sweet dream, dear.” Ujar Aariz.
“Hmm…Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Amirah meletakkan handphonenya
di atas meja. Suhu air cond dinaikkan sedikit sebelum mula mula merebahkan
badan di atas katil.
Dia tersenyum mengingati
perbualannya dengan Aariz tadi. Amirah menahan kuap. Seketika kemudian dia
terlelap, tidur dalam senyuman. Pasti tidurnya malam ni lebih lena.
“Apa kejadah
kau ajak aku masuk tempat pakaian lelaki ni?” tanya Aira pelik.
Selepas makan tengah hari tadi,
Amirah mengajaknya ke Pavilion. Dia
hanya mengikut, lagipun sambil-sambil tu bolehlah dia singgah ke kedai buku.
Tengok-tengok novel. Sekarang, Amirah mengheretnya ke tempat pakaian lelaki
pula.
“Nak beli bajulah. Tak kan nak basuh kereta kau
pulak kat sini.” Aira
menjulingkan matanya ke atas apabila Amirah berloyar buruk dengannya.
“Ya lah nak beli baju. Tapi
untuk siapa? Abang-abang kau? Hai, bini abang-abang kau kan ada. Sejak bila pulak kau baik hati
sangat ni? Biasanya kedekut bukan main.”
“Hei! Aku bukan kedekut tapi berjimat-cermat tahu tak? Lagipun aku beli untuk abang aku
buat apa? Time hari jadi atau anniversary abang-abang aku baru aku bagi hadiah.
Tak ada maknanya nak bagi
saja-saja. Perabis pulus aja.”
“Habis tu nak beli kat abah kau?
Tempat kita masuk ni bahagian kemeja. Tak silap aku, sejak abah kau pencen guru
ni dah tak pakai baju kemeja.”
“Memanglah abah aku tak pakai dah
baju kemeja. Tapi ni aku bukan nak beli kat abang-abang, abah atau
sepupu-sepapat aku. Tapi untuk Aariz.” Beritahu Amirah akhirnya.
“Hah! Aariz? Kau
biar betul Irah?!” tanya Aira sedikit menjerit.
“Syhh. Slow lah
sikit, dengar kat orang lah.” Amirah
menyiku lengan Aira sambil tersengih malu ke arah pelanggan dan juga pekerja di
situ.
“Eh, kau kena
explain kat aku ni. Macam
mana..”
“Ya, ya. Nanti kat rumah aku
bagitahu kau. Sekarang ni, kita pilih dulu baju kemeja yang sesuai dengan
‘kembar’ Aaron Aziz tu.” Pintas Amirah.
“Jadi dia
suruh kau tackle dia, macam tu?” Amirah mengangguk menjawab pertanyaan Aira.
“ Gila! Nampak gentleman si Aariz tu
tapi tak rupanya !!” Aira menggeleng kepala beberapa kali.
“Siti Amirah Humaira. Kau ni dah
diibaratkan perigi mencari timba tahu tak? Sepatutnya Aariz lah yang tackle
kau. Kalau setakat tanya kau suka dia tak, okeylah lagi. Straight forward, lagi
gentleman. Tapi ni siap suruh kau tackle dia lagi, kerja gila namanya tu!”
bidas Aira.
“ Dah dia cakap
kalau aku suka dia, tackle dia sampai dia jatuh hati kat aku. Jadi ni lah yang aku tengah usahakan.” Balas
Amirah tak mahu mengalah.
“Irah,Irah…Hantu mana lah yang
merasuk kau ni.” Keluh Aira sambil menggeleng. Amirah hanya membuat muka
selamba.
Aira memandang Amirah yang sedang
membalut kotak yang diisi sehelai baju kemeja bewarna purple dan tali leher
bewarna putih. Siap letak dengan kad pink pulak tu! Ada wangi-wagian lagi. Macam kad nikah pun
ada jugak.
“Kau rasa dia
suka tak baju kemeja yang aku beli ni?” tanya Amirah.
“Entah.” Balas Aira pendek.
“Kau ni..macam tak suka je aku
dengan dia. Ke kau suka dia?” duga Amirah. Aira
mencubit pinggang Amirah membuatkan dia terjerit.
“Apa kau ni? Sakit tau!” Amirah
menggosok pinggangnya yang terasa pedih.
“Mulut kau tu celupar sangat kenapa?
Boleh pulak kau cakap aku suka mamat tu.Hei! Tak ingin aku! Aku dah ada
Badrul, buat apa aku cari yang lain. Cari penyakit namanya tu. Badrul lagi handsomelah daripada kembar Aaron
Aziz kau tu!” bidas Aira lalu melarikan diri. Tahu dirinya akan dikerjakan
Amirah, jadi sebelum apa-apa baik buka langkah seribu!
“Aira!! Mari sini kau!” Amirah
bangun dan mengejar Aira. Tak lari mana pun sebenarnya, hanya mengilingi set
sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu.
“Stop-stop!!” Aira mengangkat tangan
tanda mengalah dan merebahkan diri di atas sofa. Begitu juga Amirah.
“Kau ni punya pasal. Tak pasal-pasal
‘tawaf’ sofa pulak kita malam ni. Badan aku ni pun dah berpeluh.” Ujar Amirah
tercungap-cungap mencari oksigen.
“Ala..Sekali-sekala, apa salahnya?
Kira jogging lah ni. Pagi esok dah tak payah nak jogging. Boleh bangun lewat
sikit.”
“Banyaklah kau. Ingat bersenam ni
buat sekali saja ke, lepas tu tak payah buat? Huh! Tahu sangat perangai
kau, malas bangun pagi time weekend. Sebab tulah semakin ‘tembam’.” Gurau Amirah. Aira yang mendengar terus
bangun. Cermin besar yang ada kat ruang tamu itu dipandang sambil menilik
dirinya.
“Weh, betul ke aku semakin tembam
ni? Aduh! Kenapa aku tak perasan ni?” Amirah menutup mulut, menahan ketawa.
“Ha’ah, semakin tembam aku tengok
kau sekarang. Kau jangan Aira, nanti kesian Badrul. Macam mana dia nak
‘angkut’ kau kalau kau berat? Kan
terbalik pulak, kau pulak yang ‘angkut’ Badrul. Haha” melihat Amirah yang sudah
ketawa terbahak-bahak membuat Aira sedar yang dirinya dipermainkan.
“Kau tipu aku kan, Irah?” Aira
mencapai bantal kecil dan dilemparkan ke arah Amirah.
‘Yes!
Tepat-tepat landing atas muka kau Amirah. Nasib lah.’ Sorak Aira dalam hati
apabila bantal kecil yang dilempar betul-betul mengena muka Amirah.
Ketawa Amirah serta-merta berhenti.
Aira yang sedang tersengih sambil melangkah beberapa tapak kebelakang diberi
sebuah jelingan tajam. Dia bangun dan apabila setapak Aira mengundur diri,
setapak jugaklah dia mara ke hadapan.
“Hehe. Peace.” Ujar Aira sambil
membuat gaya kedamaian sebelum berlari ke kamar tidurnya yang berada di tingkat
atas.
“Nur Aira Mohd
Nordin!!” jerit Amirah bergema di rumah teres 2 tingkat itu. Manakala Aira yang
berada di dalam kamar tidur sudah terguling-guling di atas katil sambil ketawa
tak henti. Sampai meleleh air mata dibuatnya.
“Nasib kau lah,
Amirah Humaira.”
“Humaira buat apa kat sini?” tanya Aariz.Sungguh dia terkejut
melihat Amirah yang tercongok dihadapannya sambil bibir tak lekang dengan
sebuah senyuman.
Amirah hanya
mengangkat kening. Dia menutup pintu dan berjalan ke arah Aariz yang masih
terkejut akan kehadirannya di pejabat Aariz. Pagi tadi dia call Aariz tapi tak
diangkat jadi dia call Badrul. Badrul cakap Aariz ada kat pejabat.
Mula-mula dia
pelik jugak lah Aariz ada kat pejabat
tapi setelah Badrul menyatakan yang Aariz ada kerja yang masih belum
diselesaikan dipejabat, terus dia membuang perasaan itu. Amirah meminta alamat
tempat Aariz dan membuat keputusan untuk surprise kan Aariz.
“Rajinnya abang.
Hujung minggu macam ni pun
sanggup pergi pejabat. Boleh saya duduk?”
“Err…duduk lah.” Balas Aariz
tergagap-gagap.
“Abang terkejut
eh sampai tergagap-gagap dibuatnya? Hihi.” teka Amirah sambil duduk di hadapan
Aariz. Beg kertas sederahana
besar diletakkan di atas meja yang memisahkan dia dan Aariz.
“Saya nak bagi
sesuatu kat abang. Nah, ambik lah. Special for my Aaron Aziz.” Amirah ketawa kecil dengan
kata-katanya sendiri. Aariz tersenyum kelat. Sesekali matanya melirik ke arah
pintu yang tertutup rapat.
“Senyap je abang dari tadi..Tak suka
ya saya datang sini?” Amirah sedikit terasa hati dengan Aariz yang diam bagai
tak suka akan kehadirannya.Belum sempat Aariz membalas, pintu dibuka dari arah
luar.
“Sayang…kenapa
you lambat sangat? Kata sekejap je. Lama tau I tunggu you dalam kereta.”
Amirah terbangun
dengan kehadiran perempuan cantik yang berpakaian agak seksi. Persis seorang
model, dengan bentuk tubuh badan yang cantik, rambut panjang yang berikal
keperangan dan berpakain dress sikat paras paha dan terdedah di bahagian bahu.
Tapi bukan itu
yang membuatkan Amirah terbangun. Tetapi kerana panggilan ‘sayang’ kepada Aariz.
“Bella, kan I suruh you tunggu
dalam kereta.” Ujar Aariz.
Bella berjalan mendekati Aariz. Badannya dilentokkan dan digeselkan pada tubuh
Aariz. Tidak berkelip mata Amirah melihatnya.
“You lambat
sangat, jadi I naik lah.” Balas
Bella.Kemudian dia memandang Amirah.
“Ni siapa you?”tanya Bella. Aariz
menarik nafas panjang. Lidahnya kelu untuk bertutur.
“Bella, ni Amirah Humaira, kawan
tunangnya Badrul. Dan Humaira, ni Bella…” Aariz tidak meneruskan ayatnya.
Amirah menghulurkan tangan dan Bella menyambut. Amirah tersenyum kelat, Aariz
tak kenalkan dia sebagai kawan dia tapi sebagai kawan Aira.
“Hai, I Bella, tunang Aariz.” Amirah
terasa hatinya dihiris-hiris dengan pisau tajam. Dia cuba mengawal riak mukanya.
“Oh, nice to
meet you. Bertuah Aariz dapat tunang macam awak, cantik!”
“Haha.Thanks. I
kerja sebagai model. You?”
“Belajar lagi.”
“Sama umur dengan Aira lah ni?”
Amirah mengangguk.
“Awak pernah jumpa dengan Aira?”
“Tak. Aariz yang cakap tunangnya
Badrul nama Aira.” Beritahu Bella.
“Oh..”
“Tak apalah. Saya mintak diri dulu ya.”
Amirah mencapai tas tangannya dan bersalam semula dengan Bella.
“Bye.” Ujar Bella sambil melambai ke
arahnya. Amirah membalas. Sempat juga dia melihat Bella cuba mencium pipi Aariz
semasa dia hendak menutup pintu. Terus dia berlari ke arah lif dan keluar dari
bangunan itu. Air mata laju merembas keluar.
“Eh, kenapa
ni Irah?” tanya Aira.
Dia yang tengah syok-syok makan mee goreng
yang dimasak oleh Amirah pagi tadi sambil menonton Princess Hour terkejut
apabila pintu rumah dibuka dari arah luar dengan mengejut. Lebih mengejukkannya
apabila melihat Amirah yang lecun dengan air mata.
“Ira…” Amirah menerpa ke arah Aira
dan memeluk sahabatnya. Dia menangis di bahu Aira. Aira menggosok belakang
Amirah, berharap dapat menenagkan Amirah. Setelah tangisan Amirah reda dia
menarik Amirah duduk.
“Cuba kau cakap kat aku Irah, kenapa
kau menangis ni?”
“Aa..Aariz, Irah. Aariz…” Aira
mengerutkan dahi.
“ Kenapa dengan Aariz?” Amirah
memejamkan mata. Dia menceritakan apa yang berlaku di tempat kerja Aariz tadi.
Aira setia mendengar. Sesekali dia menggeleng kepala dan sesekali dia medengus
kasar.
“Kurang ajar punya Aariz!! Patutlah
aku rasa pelik je dengan Aariz ni. Ada agenda rupanya! Huh! Siaplah kau Aariz!
Ada hati nak permainkan BFF aku ya? Siap kau!” marah Aira lalu bingkas bangun.
Tudung Ariani yang ada di atas sofa dipakai dan dicapai kunci keretanya.
“Eh, kau nak pergi mana Ira?” Amirah
berdiri apabila melihat Aira menuju ke pintu rumah yang terbuka luas dari tadi.
“Aku nak pergi baling
mamat playboy tu dalam lombong!!” Amirah menarik Aira yang sudah membuka pintu keretanya. Pintu kereta
ditutup dan menarik Aira masuk ke dalam rumah semula.
“Kau ni…kuat ke nak angkut dan
baling dia tu?” balas Amirah bergurau. Pintu rumah ditutup.
“ Kuat ke tak
kuat, aku tak kira. Pandai sangat nak permainkan kau siapa suruh. Huh! Suruh
kau tackle dia konon, puih!” Amirah tergelak melihat Aira membuat gaya meludah.
“Ketawa pulak kau.” Aira menjeling
dan melabuhkan punggung di atas sofa.
“Kau tu lah..Lucu.” Amirah
tersenyum.
“Terima kasih, Aira.”
“Untuk?”
“Sebab kau, aku boleh tersenyum lagi
ni.”Aira tersenyum dan terus memeluk Amirah.
“Kau kan kawan baik aku.” Ujar Aira.
“Kawan baik..” balas Amirah sambil
ketawa kecil.
“Bard, dengar
tak apa yang Ira cakap ni?” Aira bersuara geram apabila tunangnya mendiamkan
diri.
“Dengar, sayang…” balas Badrul
dicelah dengan gurauan. Aira menarik muncung.
“Bard kasilah ‘flying kick’ kat
Aariz Azwan tu. Ajar sikit lelaki macam tu.” Suruh Aira. Badrul melepaskan
keluhan.
“Tak baik macam tu. Lagipun, kalau
setakat flying kick si Aariz tu, buat apa? Baik Bard kasi ‘flying kiss’
kat tunang Bard yang comel ni.” Ditekan sedikit perkataan ‘flying kiss’ itu.
Cepat-cepat Badrul mengelak apabila tangan Aira mula bergerak nak cubit
lengannya.
“Orang cakap
betul-betul ni, dia main-main pulak.”
“Eh, Bard tak
main lah. Kan Bard tengah
bercakap dengan Ira ni.” Badrul tersengih, suka melihat wajah Aira apabila dia
‘membuli’.
Aira menjegilkan matanya sebelum
mencapai tas tangannnya. Baru sahaja dia berkira-kira mahu beredar, Badrul
terlebih dahulu meraih lengannya yang dibaluti dengan blaus lengan panjang.
“Ira….Jangan macam ni. Bard gurau
je. Okey, my bad. I’m sorry ya, sayang?” pujuk Badrul. Aira senyum sembunyi.
‘Tahu takut! Tu aku baru acah aja
tu.’ Gumam Aira dalam hati. Aira duduk semula, begitu juga Badrul.
“Macam mana?”
kening Badrul terangkat dengan pertanyaan Aira. Aira yang faham Badrul tidak
dapat menangkap maksudnya mengherotkan sedikit bibirnya.
“Tak kan nak biarkan sepupu
awak tu? Kalau Bard tak nak buat apa-apa, biar Ira saja lah yang pergi kasi tumbukan
percuma kat batang hidung si kembar Aaron Aziz tu.” Badrul ketawa, lucu
mendengar Aira menggelarkan Aariz Azwan kembarnya Aaron Aziz.
“Tak payah lah
masuk urusan mereka.Baik kita bincang hal kita ni. Tempat honeymoon kita belum
ditetapkan lagi ni. Bard dah tak sabar nak honeymoon..” dalih Badrul.
“Bard jangan nak mengada-ngada ya?
Bab honeymoon kita tu lain cerita, sekarang ni cerita Aariz Azwan dengan Amirah
Humaira.”
“InsyaAllah, kalau diorang ada
jodoh, tak kemananya. Dan kalau tak ada pun, tentu Allah nak bagi yang lebih
baik dekat Aariz dan Amirah. Jangan risau ya, sayang?”pujuk Badrul. Aira
melepaskan keluhan sambil mengganguk perlahan-lahan.
“Eh, Badrul! Tak
sangka pulak jumpa you kat sini.” Suara yang menyapa Badrul mengejutkan mereka.
Terangkat sebelah kening Aira apabila perempuan di depan matanya yang
berpakaian seksi menyapa Badrul.
“Ha’ah lah. Lama
tak jumpa, hari tu keluarga I buat makan you tak datang.” Balas Badrul. Dia
memandang ke arah Aira yang sedang memandangnya dengan pandangan ‘membunuh’.
“Sorry, I ada
show time tu. Tak dapat dielakkan. Yang sebelah you ni, mesti Aira kan?” Badrul hanya
mengangguk. Aira bersalam dengan Bella walaupun dia agak tak selesa dengan
kehadirannya.
“I, Bella. Oh,
ni kiranya you berdua tengah dating lah ni?” teka Bella.
“Ya, tengah dating lah ni.” Balas
Badrul sambil ketawa. Aira menjeling sekilas.
‘Amboi! Suka betul dia.’ Kutuk Aira
dalam hati, sesaat kemudian dia tersedar.
‘Eh! Dia cakap nama dia Bella tadi
kan? Tak kan
lah…’
“Badrul, Aira… I pulang dulu ya? I ada kerja yang
perlu diselesaikan, malam ni ada show pulak.” Ujar Bella. Aira
tersentak.
“Hah, okey lah.
I pun nak ‘sambung’ dating I dengan Aira jugak ni.”gurau Badrul.Bella ketawa.
“Okey, I balik
dulu. You sambunglah dating you tu.Bye..” Badrul mengangguk sambil mengangkat
sebelah tangan. Tanda membalas
lambaian Bella. Badrul memandang semula tunangnya yang sudah mengerutkan dahi.
“Fikir apa tu sampai bercantum
kening tu?”
“Bukan ke, Bella tu tunangnya
Aariz?” tanya Aira. Badrul terdiam. Dia melepaskan keluhan. Rasa tak
sanggup untuk terus berbohong dengan orang yang dia cintai, tapi dia terpaksa.
“Emm…betul lah
tu.” Jawab Badrul.
“Eee..kenapa tak
cakap awal-awal? Kalau tidak boleh Ira cakap kat dia yang tunangnya nak main
kayu tiga!”
“Dan satu lagi,
apa maksud Bard yang dia tak datang ke rumah?” tanya Aira curiga. Badrul
menelan air liur, kesat.
“Dia…dia kan tunang Aariz, mestilah
mama pun jemput dia juga.”jawab Badrul gugup. Aira memandang Badrul, cuba
mencari kebenaran.
“Betul!” jawab Badrul yakin walaupun
ianya hanya pembohongan.
“Okey, tak apa. Tapi!! Kalau Ira
dapat tahu sesuatu yang Bard cuba sembunyikan,kita tunda tarikh nikah kita!”
ugut Aira. Badrul tersentak, tidak menyangka sampai begitu sekali Aira nekad.
“Jom lah. Dah petang ni,
kesian pulak Amirah duk sorang-sorang kat rumah.”
“Err..Ira pergi dulu ya? Bard
nak pergi toilet kejap. Nah, kunci kereta.” Dalih Badrul sambil menghulurkan
kunci kereta Toyota Camry nya.
“Okey.” Sebaik sahaja Aira berlalu,
Badrul terus mengeluarkan handphone nya dan mendail nombor handphone Aariz.
“Riz!! Aku rasa baik kau selesaikan
rancangan kau tu. Aku dah tak sanggup nak menipu Aira. Dia pun dah mula
curiga tu. Siap ugut nak tunda majlis akad nikah kita orang lagi.” Gesa Badrul
tanpa memberis salam atau sapaan.
“Ya lah, kau ni
pun, mintak tolong sikit pun tak boleh.” Rungut Aariz.
“Bukan tak
boleh. Tapi kalau melibatkan pembohongan dengan Aira memang aku tak sanggup. Dia
curiga pun dah ugut aku nak tunda tarikh nikah kita orang. Kalau dia tahu, mahunya Aira batalkan terus.
Kebulur aku, Riz!!”
“Huh! Plan A pun
tak menjadi. Kau tahu tak, Humaira dah tak call atau sms aku sejak hari tu. Aku
yang tengah pening ni!! Kena berginjak ke plan B! Dan kau kena tolong aku.
Last?”
“Okey, ni last
aku tolong kau. Kalau tak menjadi jugak, pandai-pandailah kau. ‘Bijak’ sangat
nak buat dia cemburu. Last-last kau jugak merana.” sinis Badrul.
“Dah lah. Kesian Aira tunggu aku
lama. Apa-apa call.” Selepas memberi salam, talian dimatikan. Dia
membayar minuman yang diorder dan tanpa membuang masa Badrul terus melangkah ke
tempat parking kereta.
“Assalamualaikum!”
salam yang kuat kedengaran diluar rumah menganggu Amirah dan Aira yang menonton
cerita Bicara Hati. Mereka menjeling sekilas ke arah jam dinding, jam
sudah menunjukkan pukul 9:40 malam. Kemudian mereka saling berpandangan.
“Siapa yang
datang malam-malam macam ni?” tanya Aira.
“Entah, mana aku
tahu. Badrul kut..” teka Amirah lalu memalingkan muka ke arah televisyen yang
masih menayangkan babak antara Tengku Shahran dengan Zahlia. Cepat-cepat Aira menggeleng.
“Bard mana pernah datang malam-malam
macam ni.” Kata Aira. Sejerus itu Amirah memandang Aira dengan mata sedikit
membulat.
“Habis tu, siapa yang datang?”
Amirah dan Aira menelan air liur.
“Assalamualaikum!!” salam kedengaran
lagi.
Amirah dan Aira sama-sama bangun dan
menghampiri tingkap yang berada di tepi pintu. Aira menyelak sedikit kain
langsing dan mengintai. Amirah juga berbuat demikian. Sekali lagi mereka
berpandangan dengan riak terkejut.
“Aariz Azwan.” Ujar mereka
berdua.Amirah mengintai semula, takut matanya tersalah. Dan jelas kelihatan
susuk tubuh Aariz yang santai dengan baju T-shirt Polo dan berseluar jean.
“Pergilah keluar.” Cadang Aira.
Lambat-lambat Amirah mengangguk dan memakai tudung sebelum membuka pintu.
Perlahan-lahan dia berjalan ke arah Aariz yang tersenyum manis. Pagar yang
memisahkan mereka, membuatkan Amirah terpaksa mendongok sedikit. Aariz memegang
pagar itu.
“Humaira…”
“Ada apa datang malam-malam ni? Tak
tahu ke tak manis kalau orang lelaki datang ke rumah perempuan malam-malam? Kan kalau jiran nampak,
timbul fitnah pula.” Sempat Amirah memerli Aariz. Aariz hanya senyum.
“Kenapa Irah tak
angkat call dan balas mesej abang?” terangkat kening Amirah mendengar Aariz masih
menggunakan panggilan ‘abang’ itu.
“Busy.” Jawab
Amirah dingin. Aariz senyum kelat, tahu yang Amirah saja buat-buat busy.
“Humaira masih
suka kat abang tak?” tanya Aariz. Amirah memandang ke arah lain dan membiarkan
soalan Aariz tanpa jawapan.
“Irah...” seru
Aariz lemah. Diam Amirah membuatkan dia tidak senang.
“Awak balik
lah.” Ujar Amirah sebelum
berpaling. Niat di hati mahu melarikan diri daripada Aariz.
“Humaira! Saya belum habis bercakap
lagi ni. Kita perlu berbincang!” suara Aariz yang agak kuat membuatkan dia
berhenti melangkah.
Selepas itu
suasana hening seketika. Amirah ingin melangkah semula tapi tidak jadi kerana
bunyi sesuatu yang jatuh kedengaran dibelakangnya. Terus dia berpaling. Mulut
terlopong, berbentuk ‘o’ dan mata bundarnya bagaikan hendak terkeluar, itulah
riak wajah Amirah yang boleh digambarkan terkejut monyet.
“Awak panjat
pagar tu ke?” tanya Amirah sedikit terjerit. Aira yang dari tadi mengintai
dicelah kain langsing keluar juga. Dia pun turut terkejut apabila Aariz memanjat
pagar rumah sewa mereka. Aariz yang sudah elok ‘landing’ hanya membuat muka tak
bersalah sambil terus memandang Amirah. Aira yang berada di sisi Aira langsung tidak dihiraukan.
“Irah…”
“Hei, Aariz! Awak nak apa ni hah
datang rumah kami malam-malam ni? Tak malu ke?” celah Aira kasar. Aariz hanya
memandang sekilas.
“Humaira, kenapa Irah berhenti
tackle Riz.” Tanya Aariz. Hilang sudah panggilan ‘abang’ di hadapan
Aira.
“Huh! Tackle
konon..Piidahh! Suruh Irah tackle dia tapi tak sedar yang diri awak tu dah ada
tunang! Lelaki apa hah, awak
ni? Lelaki perasan bagus memang playboy kan? Tak boleh ke awak jadi macam
Badrul? Walaupun ramai perempuan di luar sana yang meminati dia tapi tak adalah
pulak dia nak curang dengan saya.” Sempat lagi Aira memuji tunangnya. Amirah
menyiku lengan Aira, rasanya Aira sudah terlampau. Aariz memandang geram ke
arah Aira.
“Aira, boleh biarkan saya bercakap dengan
Humaira. Dan boleh tak awak tinggalkan kita orang? Saya nak berbincang dengan
Humaira secara privacy. Boleh?” pinta Aariz sinis. Aira menjegilkan matanya.
‘Cis, kurang ajar mamat ni!’ gumam
Aira. Baru sahaja mahu membalas tapi Amirah menolak Aira supaya masuk ke dalam
rumah. Lagi lah geram Aira dibuatnya.
“Huh! Kau cakap lah dengan mamat ni.
Lama-lama kat sini boleh ringan tangan aku dibuatnya.” Ujar Aira sebelum
melangkah laju ke dalam rumah. Amirah hanya memandang dan selepas kelibat Aira
hilang dia memandang Aariz yang sedari tadi merenungnya.
“Cakap lah.” Ujar Amirah pendek.
“Aariz suka kat Humaira.” Amirah mengangkat
muka. Memandang gerangan yang yang baru meluahkan perasaan.
“Awak ada Bella, Riz..”
“Tak..Maksud Riz, ya. Tapi tak
lengkap kalau tak ada Siti Amirah Humaira.” Madah Aariz. Amirah mendengus
kasar.
“Awak jangan nak mengada-ngada ya? Saya
tak nak Bella datang serang saya.” Sejurus itu Amirah berlari masuk ke dalam
rumah. Belum sempat pintu ditutup, Aariz terlebih dahulu menahannya. Bila Amirah tolak lagi, lagi kuat dia menahan dengan
tangan sasanya.
“Humaira, kejap….auch!!” jeritan
Aariz membuatkan Amirah tersentak. Terus dia berhenti menolak dan rupa-rupanya
jemari Aariz tersepit di pintu. Terus pintu dibuka seluas-luasnya dan pegang
lengan Aariz secara spontan.
“Jari awak dah biru ni! Aira!!
Tolong bawa kotak first aid, cepat!” laung Amirah. Amirah yang merasa dirinya
dipandang terus mengangkat muka. Dia mengangkat kening, bertanya dalam diam.
Aariz tersengih
walaupun tangan kanannya terasa sakit. Dia memandang lengannya yang dipegang
kemas oleh Amirah. Amirah menyoroti pandangan Aariz. Terus pegangannya
dilepaskan.
‘Aduih! Kenapa aku pergi pegang
lengan dia pulak? Buat malu saja.’ Jerit Amirah dalam hati. Kemudian
Aira datang dengan kotak first aid ditangan. Mukanya tidak usah diperkatakan,
memuncung je bibir tu.
Aariz
mendapatkan Amirah yang sudah duduk di atas kerusi batu. Punggung dilabuhkan
dihapan Amirah. Amirah diam Cuma tangannya ligat membuat kerja. Mengeluarkan
perkakas untuk merawat jemari Aariz yang tersepit tadi. Aariz hanya memerhati,
begitu juga Aira yang bersandar di pintu.
“Okey,siap!”
Aariz tersentak. Dia melihat tangannya yang sudah berbalut dengan kapas. Kemudian dia memandang Amirah.
“Saya tak pandai nak balut-balut
luka ni, jadi saya hanya menggunakan kapas ni dan pelekat ni.” Ujar Amirah
sambil menunjukkan perkakas yang digunakan untuk membalut jari Aariz yang
terluka.
Selesai mengemas semula, Amirah
merura-ura mahu melangkah masuk ke dalam rumah tetapi ditahan oleh Aariz. Aira
menegakkan badannya apabila Aariz memegang lengan Amirah. Amirah memandang
tajam Aariz dan memberi isyarat supaya melepaskan lengannya. Aariz akur.
“Sorry, my bad.”
“Jangan buat lagi
and please… do not chaotic my life.” Balas Amirah.
Aariz terdiam dan hanya terkaku
melihat Amirah yang sudah bersedia menutup pintu rumah. Dia mengalihkan
pandangan ke arah Aira yang tersenyum puas, lebih tepat lagi tersenyum sinis!
Aariz termangu sendiri.
“Did I chaotic
her life?”
“Bard !!” Badrul yang sedang minum air teh panas itu tersedak,
terkejut dengan suara Aariz yang kuat memanggilnya.
“Woi! Nak suruh aku
mati cepat apa? Air teh panas
ni wei… Kau ni pun, bagilah salam dulu ke ketuk pintu dulu ke ataupun bagilah
signal apa-apa sebelum nak masuk rumah. Hormat sikit orang yang ada kat dalam
rumah ni. Nasib baik aku hidup lagi, dibuatnya aku mati terkejut tadi tak ke
merana kekasih hati aku tu?” Marah Badrul dicelah dengan teguran dan nasihat.
Aariz tersengih sambil menggaru kepala, menutup kesalahan yang dilakukan.
“Sorry,bro. Tapi aku rasa tak nak
buatlah plan B tu. Kita terus buat plan C.” kata-kata Aariz membuatkan Badrul
pelik.
“Kenapa? Aku rasa baru je tadi kau
kata nak start plan B. Dan bila masa pula kita ada plan C? Kita rancang plan A
dengan B je ya.”
“Memang tadi aku baru nak start plan
B tapi aku berubah fikiran dengar kata-kata Amirah.”
“Dia cakap apa?”
“She said that I
chaotic her life.”
“Pulak!”
“Jadi aku rasa plan B aku tu lebih
membuatkan dia terasa aku mengacau bilau kan hidupnya.”
“Plan C?” tanya
Badrul.
“Plan C, kita
buat macam ni…”
“Irah! Amirah!” Jerit Aira sambil mengetuk kuat pintu kamar
Amirah dengan bertalu-talu. Amirah
yang baru keluar dari bilik air mendengus. Terus dia membuka pintu
seluas-luasnya.
“Kau kenapa??” belum pun sempat
Amirah menghembur amarahnya, Aira terlebih dahulu menarik lengannya.
Terkial-kial dia melangkah mengekori Aira.
“Kenapa Aira?” Aira hanya diam dan
terus menarik Amirah menuju ke arah pintu utama.
“Kau perlu tengok ni. Aku jamin kau
terkejut beruk.” Ujar Aira. sambil memegang tombol pintu. Amirah cuba mentafsir
kata-kata Aira namun gagal. Tidak dapat dia teka.
“Cuba kau tengok ni.” Sejurus itu
Aira membuka pintu seluas-luasnya. Terlopong Amirah, matanya membulat besar.
“Apakah ?” laju kakinya melangkah ke
luar rumah dan memandang sekeliling.
“Apa semua ni Aira?”
“Bukan aku!” balas Aira pantas.
“Kenapa rumah kita penuh dengan
bunga ni?” terjerit sedikit Amirah. Aira mendekati Amirah dengan berhati-hati
supaya tidak terpijak bunga-bunga Ros merah yang bertaburan di halaman rumah
mereka. Sayang kalau terpijak, cantik-cantik belaka bunga Ros merah itu.
Tatkala itu, matanya terpandang sesuatu di celah-celah timbunan bunga Ros laju
sahaja tangannya mencapai. Sepucuk surat.
“Amirah…” Amirah berpaling.
Memandang Aira seketika sebelum matanya terarah pada tangan Aira. Huluran
Aira disambut. Dia mencium surat
itu sekejap, wangi. Ada
bau Ros.
Buat Cinta Pertamaku, Siti Amirah Humaira Bt Faidil…
Abang tahu, tentu Humaira terkejutkan tengok rumah Humaira penuh dengan
bunga Ros. Abang ada terbaca satu artikel yang menyatakan perempuan suka
kejutan. And I hope it’s surprise for you.Abang nak minta maaf dengan
Amirah.Abang tahu abang silap kerana telah mempermainkan Amirah sebegitu
sekali.Abang menyesal sangat.Sebenarnya,abang sukakan Amirah.Suka
sangat-sangat.Sebab tu lah abang suruh Amirah tackle abang,sebab abang takut
dan malu nak memulakan.Abang nak Amirah je.Abang nak Amirah selamanya.Can you
accept me back? Abang mengaku,abang memang dah ada Bella.Tapi hidup
abang tak lengkap tanpa Amirah.I felt lonely without you.I am nothing if you
are not beside me.I know,my fault is too big for you but I beg you..Please
forgive me because without you,I feel like I’m dying.
Maaf sebab bunga-bunga kat depan rumah
Amirah ni,Amirah terpaksa kutip dengan Aira.Abang nak Amirah tahu,kasih dan
sayang abang kepada Amirah seharum dan semerah bunga ros ni.Abang harap Amirah
sanggup menyimpan semua bunga ros ini sebagai tanda cinta abang kepada
Amirah.Kalau Amirah sudi maafkan abang,abang harap Amirah call abang selepas
ini.Abang sentiasa menunggu panggilan daripada Amirah sedari Amirah mula
menjauhkan diri daripada abang.Amirah tau tak ? Betapa abang terseksa ketika
itu,menantikan panggilan daripada Amirah.Amirah..abang nak Amirah tahu yang
abang sebenarnya CINTAKAN Amirah sangat-sangat ! No one can ever replace you in
my heart !.
Yang Mencintaimu,
Aariz Azwan.
Amirah tergamam. Aira yang juga
membaca surat itu sudah terlopong. Perlahan-lahan Amirah melipat semula surat
itu. Wajah terkejut Aira dipandang.
“Aku rasa Aariz ni dah kemaruk cinta
dengan kau. Cara dia ni macam dia nak menduakan Bella. Aku rasa Bella dia nak,
kau pun dia nak!” Aira menggeleng kepala, tidak percaya sebegini rupa Aariz
menyintai Amirah sampai sanggup menduakan Bella.
“Parah, parah!! Memang kemaruk
poligami agaknya lelaki ni. Belum nikah lagi dengan Bella dah ada niat nak
tambah sorang. Yang sedihnya, kaulah orang yang ‘bertuah’ tu!” tambah Aira
sambil menggosok belakang Amirah yang sudah mengalirkan air mata.
“Kau nak call dia atau tidak?” tanya
Aira walaupun dia sudah tahu jawapannya. Amirah menggeleng.
“Tak nak…aku tak nak jadi perosak
hubungan orang lain. Dia dah ada Bella..Aku tak nak, Ira…Aku tak nak!” balas
Amirah beremosi.
“Ya, ya.. Aku tahu. Kau sabar ya?”
pujuk Aira. Dia memimpin Amirah masuk ke dalam rumah semula. Bunga-bunga Ros yang
bertaburan di halaman rumah dibiarkan.
Seminggu
selepas itu….
“Irah, jom
teman aku pergi Jusco. Barang-barang alat solek aku banyak dah habis.”pinta
Aira ketika Amirah sedang mengadap laptop. Amirah berpaling dan berfikir
sejenak.
“Okey, lagipun tak silap aku
barang-barang dapur pun banyak yang dah habis.”
“Hah, kalau macam tu jomlah! Aku
pergi tukar baju kejap.”balas Aira.
“Aku nak buat list barang yang perlu
dibeli dulu, lepas tu baru tukar baju. Kau tunggu ya?”
“No problem.” Aira berlalu ke kamarnya,
manakala Amirah melangkah ke arah dapur.
Selesai menyenaraikan barangan dapur
yang perlu dibeli dan tukar baju, Amirah menapak ke dalam kereta Aira dimana
Aira sedang menunggunya. Ketika dia masuk, Aira sedang bercakap di talian.
“Ira ada dalam kereta ni. Nak pergi
Jusco dengan Amirah. Bard kat mana tu? Hah, kat rumah lagi? Laa, kan dah pukul 10 ni,
kenapa tak pergi kerja lagi?Oh, macam tu. Okeylah Bard, Ira dah nak gerak ni.
Okey, okey. I will. You too. Bye.”
“Amboi! Belum
kahwin dah kena buat report ke nak pergi mana, dengan siapa, lama mana.” Ujar
Amirah mengusik.
“Ish, mana ada!
Kebetulan Bard call tadi. Dia
cakap dia ambil cuti hari ni, nak ambil mama dan papa dia kat airport. Baru
balik dari Bali katanya.” Balas Amirah sambil menghidupkan enjin kereta.
“Romantiknya Aunty Lia dengan Uncle
Malek. Honeymoon kat Bali tu.”
“Mesti Bard pun romantik macam mama
papa diorang kan?”
“Eh, mestilah!” jawab Aira
membuatkan mereka sama-sama ketawa.
“Kita pergi Popular,jom.”ajak Amirah
setelah mereka selesai membeli barangan dapur dan alat-alat solek Aira.
“Jom, jom. Banyak ni novel yang aku
nak beli.” Balas Aira.
“Barang-barang ni?”
“Kita letak dalam kereta dulu.Lepas
tu, baru kita pergi Popular.” Amirah mengangguk. Mereka menuju ke tempat
parking kereta. Langkah Amirah terhenti ketika melalui Secret Recipe. Dia
menggosok matanya beberapa kali.
“Irah, jomlah!” Amirah tersentak.
Terus memandang Aira yang sudah beberapa tapak di hadapannya.
“Kau kenapa?” tanya Aira apabila
Amirah sudah berada di tepinya.
“Err…Tak, tak ada apa-apa.” Amirah
berpaling semula sebelum meneruskan langkah.
‘Salah orang kut.’ Gumam Amirah.
Amirah dan Aira meletakkan barang yang dibeli tadi ke dalam boot kereta. Ketika
memasuki pasar raya itu semula, Aira menarik tangan Amirah supaya berhenti.
“Kenapa? Kau ada nak singgah
mana-mana ke?” tanya Amirah pelik lantas dibalas dengan gelengan.
“Irah, cuba kau tengok kat sana tu.”
Amirah memandang ke arah yang ditunding oleh Aira. Bella!
“Bukan ke tu Bella, tunangnya Aariz?
Siapa lelaki sebelah dia tu?” Amirah hanya mendiamkan diri, tidak mahu
membalas. Tumpuannya kini lebih kepada Bella yang sedang memeluk mesra lengan
lelaki yang berada di sisinya dan yang pasti lelaki tu bukan Aariz!
“Kawan dia kut?” ujar Amirah
perlahan namun masih didengari Aira.
‘Jadi aku tak
salah tengok lah tadi? Memang dia betul-betul Bellah, tunang Aariz.’desis
Amirah.
“Kawan? Kawan
apa macam tu, sampai berpeluk sakan, bergelak ketawa. Tapi kan, lelaki tu pun handsome juga ya? Macam
mat salleh pulak.” Bidas Aira. Amirah mengiyakan. Memang lelaki yang
bersama Bella itu handsome dan yang paling penting rambut dia blonde! Nampak gaya macam bukan orang
sini.
“Tegur, jom!”
Amirah membulatkan matanya apabila Aira sudah membuka langkah. Terus tangan Aira ditarik.
“Kau jangan nak buat kerja gila,ya?
Biarlah dia, urusan dia. Kita ambil peduli pasal kita sudah.”
“Lah, tegur je
kut.”
“Tak payah!”
“Ala, jomlah. Manalah tahu dia pun
main kayu tiga macam Aariz. Memang padan sangatlah tu dengan Aariz. Sama-sama
playboy dan playgirl !” sini Aira. Amirah terdiam. Dia tersedar semula apabila
Aira sudah mendekati pasangan dua sejoli itu. Terus Amirah berlari anak
mendapatkan Aira.
“Hai!” sapa Aira sewaktu Amirah
sudah berdiri disisinya. Bella dan lelaki itu berpaling. Berubah wajah Bella
tetapi tidak lelaki itu. Malah lelaki berambut blonde itu melemparkan senyuman.
“Hello!” balas lelaki berambut
blonde itu. Dilihat Bella hanya tersenyum pahit.
“Tak silap I, you ni Bella kan?”
tanya Aira berpura-pura ingin kepastian. Bella mengangguk.
“Masih ingat
kita orang?”
“Of course lah I
ingat… you both ni kan
friendsnya Badrul dengan Aariz.” Balas Bella. Aira terangguk-angguk dan memandang sekilas ke arah Amirah
yang sedari tadi mendiamkan diri.
“Tapi I bukan
setakat friend tau dengan Badrul…”
“Ya, I tahu dia tunang kesayangan
you.” Seloroh Aira disambung Bella. Mereka ketawa dan Amirah dengan lelaki yang
bersama Bella itu hanya tersenyum.
“Ehem! Yang kat sebelah you ni
siapa?”
“Err…ni Andrew.” Pendek sahaja
jawapan Bella.
“Kawannya Bella ya?” Aira dan Amirah
berpandangan. Mat salleh cakap melayu woo!! Desis Aira dengan Amirah.
“Eh, boleh cakap melayu?” tanya
Amirah polos. Andrew ketawa.
“Yes. I tinggal
kat sini dari kecil lagi. Lahir je kat London tapi membesar kat Malaysia.” Terang Andrew.
“Oh, I Aira dan yang ni pula
Amirah.”
“Nice to meet
you, girls.” Balas Andrew dan
Amirah dengan Aira mengangguk.
“Aariz tak ikut
sekali ke?” serkap Aira. Bella terkedu.
“Why?” celah
Andrew.
“Err…kami ingat
tunang Bella ikut sekali.” Belum
pun Aira bersuara, Amirah pula mencelah.
“Tunang?!!” tanya Andrew dengan nada
terkejut. Sekarang ini, semua mata tertumpu kepada Bella. Bella
menggigit bibir.
“Err…I…I akan
terangkan. You both duduk lah dulu.” Gugup Bella. Amirah dan Aira hanya menurut. Dilabuhkan punggung di
hadapan Bella dan Andrew. Suasana hening seketika, hanya kedengaran bunyi
bising dari pelanggan Secret Recipe Jusco. Bella menarik nafas panjang sebelum
dihembus perlahan.
“Sebenarnya…”
Amirah sedang termenung semasa Aira baru pulang
dari bertemu Badrul. Kepala digelengkan melihat Amirah yang menjadi keliru
sejak akhir-akhir ni. Aira melabuhkan punggung disebelah Amirah.
Amirah tersentak tatkala ada tangan
yang menyentuh pahanya. Terus dia memandang Aira yang sudah berada disebelah.
Dia memandang pelik ke arah Aira.
“Eh, sejak bila pula kau duduk
sebelah aku ni?”
“Baru je..” Amirah mengangguk. Dia
memandang kaca televisyen yang terpasang tapi fikirannya melayang ke arah lain.
………………………..
“Sebenarnya…semua ni rancangan Aariz.”
Amirah berpandangan dengan Aira.
“ Rancangan Aariz?” tanya Amirah
menginginkan kepastian. Bella mengangguk.
“Keesokan
selepas dinner kat rumah aunty Lia tu, Aariz call I. Dia minta I tolong dia
buat you cemburu. Mula-mula I berat hati sebab takut kekasih I ni marah.” Bella
memandang Andrew yang sedang melihatnya.
“Tapi selepas
Aariz terangkan, baru I setuju. Lagipun
I tahu, walaupun dari dulu Aariz digilai perempuan tapi Aariz tak melayan. Bila
I tanya dia cakap dah ada someone special. Dan malam dimana Aariz pinta I
tolong dia tulah baru I tahu yang someone special for him is you, Amirah.”
Amirah terkedu. Dirinya ingin bersuara tetapi suaranya tidak terkeluar.
“Dan bi…I am
sorry, okey? You know right that I just love you, baby..” Bella memegang tangan
Andrew. Andrew yang mulanya kelihatan berfikir mula tersenyum sambil
mengangguk.
“It’s okey and
yes, I know you love me, baby. But I love you more.” Balas Andrew. Tangan Bella
digenggam dan dibawa ke bibir. Aira berpaling ke arah lain.
“ So…hubungan you
dengan Aariz dan Badrul sebenarnya?” tanya Aira apabila melihat temannya sudah
tidak terkata. Bella ketawa.
“Cousin…”
“Really?” Aira
memandang Bella dan Bella hanya mengangguk. Dalam hatinya sudah terbit rasa
marah akan tunangnya yang sembunyikan semua ini daripanya.
“Tapi jangan
cakap cakap kat Aariz tau yang I kasi tahu you both pasal rancangan tak jadi
dia ni ya?” ujar Bella sedikit merayu. Serentak Amirah dan Aira mengangguk.
“Promise!”
………………………….
“Macam mana?” Amirah tersedar dari
lamunanya. Terpinga-pinga dia dengan soalan Aira.
“Apa dia?” Aira menggeleng kepala.
“Aariz Azwan.” Amirah terdiam.
“Tak sangka ya rupa-rupanya semua
ini hanya lakonan. Pandai betul Aariz merancang.”
“ Habis tu kau nak diamkan diri
sahaja ke?” sambung Aira lagi. Amirah memandang Aira.
“Kau nak suruh
aku buat apa?” terbit senyuman nakal di bibir Aira.
“ Aku dah banyak dosa dengan dia.
Mengumpat dan menyumpah seranah dia sebab aku ingat dia nak permainkan kau. Tapi
aku tak rasa nak minta maaf dengan dia. Aku nak dia berterus terang dengan kau
dulu. Apa kata kita balas balik?”
“Macam mana?”
Aira hanya diam tetapi bibirnya sudah mengukir senyuman herot.
Malam itu adiknya Aariz, Aina, Badrul dan Aira
mengajaknya keluar dinner. Mula-mula dia malas nak mengikuti mereka tetapi Aina
memaksanya ikut sekali. Jadi, untuk mengelakkan adiknya merajuk, diikuti juga
kehendak budak manja itu.
“ Humaira…” seru Aariz tatkala
matanya terpandang Amirah semasa memasuki Restoran Putera Ayu, Shah Alam.
“Eh! Tu bukan ke
kawan abang long?” tanya Aina sambil menunding ke arah Humaira.
“Yalah.....Tadi Amirah ada cakap nak
keluar dengan makan dengan kawan. Tak sangka pulak sama restoran.” Tambah Aira.
Dijeling sekilas ke arah Aariz yang kaku memandang Humaira.
“Long, kenapa
diam je? Marilah tegur…” cadang Aina. Mereka mendekati Humaira yang ralit
menekan papan kekunci handphonenya. Bersms mungkin.
“Humaira..”
Amirah berpaling. Terus dia berdiri.
“Err…”
“Mana kawan kau
Irah?” celah Aira.
“On the way…”
“Aik? Belum
sampai?”
“Dia ada hal kerja tadi, tak dapat
dielakkan. Tak kisah lah. Tak sampai 15 minit pun aku tunggu dia. Eh,
korang pun makan kat sini jugak ke?”
“Ha’ah, kak.”
Sampuk Aina. Amirah tersenyum memandang adiknya Aariz.
“Hah! Molek lah sangat tu. Apa kata
kita duduk semeja je.” Badrul yang dari tadi hanya diam bersuara.
“Aku okey je…” balas Amirah. Mereka
mula mengambil tempat. Aariz duduk di sebelah Aina. Dan juga hadapan Amirah.
“Tak order lagi
ke?” Tanya Aira. Amirah menggeleng.
“Aku tunggu
kawan aku dulu. Korang order lah dulu.”
“Tak apalah.
Kita orang tunggu kawan kau sekali.”
“Assalamualaikum.”
Salam yang diberi membuatkan mereka semua berpaling. Kelihatan seorang jejaka
berkulit sawo matang dan cermin mata berbingkai putih. Boleh tahan handsome
orangnya tapi mana boleh lawan Aariz Azwan. Hihi.
“Waalaikummussalam.
Eh, Abang Zaf… Duduk lah.” Jemput
Amirah. Zafrul mengambil kerusi dan diletakkan disebelah Amirah. Agak rapat
kedudukan mereka.
“Sorry, Irah
Abang Zaf lambat. Lama ke tunggu?”
“Tak pun. Abang,
kenalkan kawan-kawan Irah. Yang ni Aira, bestfriend merangkap housemate Irah.Ni
tunangnya Aira, Badrul. Yang ni pula sepupu Badrul, Aariz dan yang sebelah dia
pulak Aina. Adik Aariz.”
Terang Amirah satu-satu. Zafrul bersalaman dengan mereka. Aariz pula tidak senang
duduk tatkala terdengar Amirah memanggil Zafrul, abang.
“Dan korang, ni Abang Zafrul.
Err....ka...” belum pun Amirah menyebut ‘kawan’, Zafrul terlebih dahulu
memotong.
“Boyfriend Amirah.” Lancar sahaja
mulut Zafrul mengakui yang dia pakwe Amirah. Aariz sudah terlopong manakala
yang lain hanya senyum dan ada juga yang mengerling sekilas ke arah Aariz untuk
melihat riaksinya.
“Boy...boyfriend?” tanya Aariz.
Zafrul memandang Aariz sambil mengangkat kening.
“Ya, kenapa ya?”
“Err...Tak. Tak ada apa-apa. Cuma...
Humaira tak pernah cakap pun dia ada boyfriend?”
“Menyibuk je awak ni, Aariz. Saya
pun Amirah tak pernah cerita dia ada pakwe. Yang awak busybody sangat ni
kenapa?” sinis Aira. Aariz memandang tajam ke arah Aira. Entah apa yang Aira
tidak puas hati sangat dengan dia.
“Apa kata kita order dulu? Aina dah
lapar ni!” celah Aina apabila menyedari ketegangan yang bakal mencetus di
antara abangnya dan juga Aira. Badrul menggamit pelayan.
Seusai memesan, mereka kembali
berbual semula. Hanya Aariz yang menjadi pendengar tak bertauliah. Mulutnya
terkunci rapat dan matanya pula asyik menjeling ke arah Zafrul dan Amirah.
“Bila nak langsungkan ni?” Aariz
tersentak. Terus dia memandang Aira.
“Langsungkan apa?” cepat sahaja
Aariz menyampuk. Zafrul senyum.
“Majlis
perkahwinan lah.” Jawab Zafrul selamba. Aariz menegakkan badannya. Dipandang Amirah lama, meminta kepastian. Amirah
berpaling ke arah lain.
“Kahwin?”
“Kami cadang nak nikah hujung bulan
ni.” Ujar Zafrul.
“No way!” Jerit Aariz, ditolak
kerusi dengan kasar. Suaranya yang kuat itu menarik mata-mata pelanggang di
restoran itu. Terkejut Amirah, Aira, Aina dan Badrul mendengar bantahan Aariz.
Zafrul pula tersenyum lebar. Sudah diagak riaksi Aariz.
“Duduk dulu.” Aariz tidak peduli.
Dipandang tajam ke arah Zafrul dan Amirah yang hanya menunduk.
“Apa semua ni Humaira?”
“Bukan ke awak
suka dengan saya? Dia ni bukan kekasih awak kan? Awak tak kan
nikah dengan dia kan?
Macam mana lelaki ni boleh jadi kekasih awak kalau dulu awak cuba tackle saya?!” tengking Aariz.
Amirah mengangkat muka sebelum bertindak bangun.
“Cakap baik-baik sikit ya!!” ujar
Amirah. Mukanya merah menahan malu dan marah. Terasa maruahnya dipijak-pijak
dengan kata-kata Aariz.
Orang ramai mula berbisik-bisik dan
ada juga yang tersenyum sinis. Yang pasti, mereka menjadi tontonan orang
ramai. Zafrul turut bangun apabila melihat keadaan semakin tegang.
“Sabar dulu Aariz. Saya belum habis
cakap lagi.”
“Diam kau!!” pelawaan Zafrul dibalas
dengan kasar.
“Aariz!” Badrul menarik bahu Aariz.
“Behave
yourself!! Kat sini tempat awam.” Bisik Badrul.
“Err…Aina rasa baik kita pergi
tempat yang sesuai.” Celah Aina. Terasa mukanya panas, malu sangat-sangat!
Kalau lah dia tahu abangnya akan mengamuk macam ni, tak nak dia bawa Aariz
pergi kat tempat awam macam ni! Memalukan sungguh.
“Betul cakap Aina tu. Kat sini tak
sesuai.” Sokong Aira pula. Aariz terdiam. Dia melihat sekeliling,
barulah dia tersedar sudah banyak mata-mata yang memandang.
Amirah menarik Aira meninggalkan
restoran itu. Begitu juga mereka yang lain.
“Humaira!” Amirah memekakkan telinga
dan melangkah laju menuju ke kereta papanya yang diparking agak jauh dari
restoran.
“Siti Amirah Humaira!!” lengan
Amirah dipegang kejap.
“What?!”
“Siapa Zafrul?”
“Siapa apa? Zafrul, Zafrul lah! Tak
kan saya pulak.” Balas Amirah, sempat pula dia berloyar buruk disaat ini.
“Awak tak kan kahwin dengan dia kan?” Tanya Aariz perlahan.
“Kalau saya kahwin dengan dia pun
kenapa?”
“Mana boleh! Awak kan suka saya!!”
“Siapa suka
awak? Saya? Hee...Please lah! Tak ada class langsung.” Ejek Amirah. Aariz
mencekak pinggang dan membulatkan matanya.
“What?! Awak
rabun ya? Saya banyak punya handsome, awak cakap saya tak ada class?” Aariz
mengetap bibir. Amirah ketawa mengejek, saja nak sakitkan hati Aariz.
“Hello. Mata saya belum rabun lagi
ya. Okeylah, okeylah. Saya bagi awak chance, ada jugak lah handsome ‘sikit-sikit’.
Tapi mana boleh lawan Abang Zafrul.” Semakin galak Amirah mengutuk Aariz
walaupun semuanya bukan datang dari hati.
Aira yang berada di tengah-tengah
Amirah dan Aariz sudah pening. Sekejap dia memandang Amirah apabila Amirah
bersuara dan kemudian berpaling ke arah Aariz tatkala lelaki itu membalas. Badrul
yang baru tiba bersama Aina menarik lengan tunangnya.
“Hye...” baru sahaja Zafrul ingin
mencelah tetapi dihalang oleh Amirah dan Aariz.
“what?!” ujar Amirah dan Aariz
serentak. Zafrul mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah.
“Boleh tak dua-dua diam!!” jerit
Aira yang sedari tadi hanya melihat pertengkaran sahabatnya. Amirah dan Aariz
terdiam.
“Tak boleh ke
korang jangan bertengkar kat sini? Dua-dua tak handsome tahu tak! Lagi handsome
Badrul daripada Aariz dengan Zafrul.” Ujar Aira membuatkan Badrul tersenyum bangga manakala Amirah dan Aariz
sudah menjulingkan mata ke atas. Zafrul hanya senyum.
“Tak kisah lah
siapa-siapa pun yang handsome. Tapi saya nak tanya, Aariz suka Amirah ke?”
pertanyaan Zafrul menyentakkan Aariz.
“Hah? Err…”
“Suka ke tak?”
jerkah Zafrul.
“Suka, suka!!” Aina dengan Aira
sudah ketawa. Amirah berpaling ke arah lain, cuba sembunyikan senyuman yang
mula terbit di bibir.
“Kalau suka kahwin lah.”
“Hah?”
“Kamu ni Aariz, banyak songeh pulak.
Nak kahwin tak dengan Amirah? Kalau tak nak biar saya saja yang kahwin.” Serkap
Zafrul.
“Eh, mestilah
nak! Tapi tadi...”
“Tipu je…” celah
Zafrul.
“Tak kan lah saya nak kahwin dengan
anak saudara saya sendiri. Mana boleh. Kamu kahwin lah dengan Amirah ni.
Lagipun saya dah ada tunang, dah nak berkahwin dah.” Jelas Zafrul. Yang lain
hanya tersengih dan Amirah pula buat-buat bodoh apabila Aariz memandang ke
arahnya.
“Jadi, Humaira ni anak saudara
Zafrul...Eh, Abang Zafrul?” Zafrul mengangguk.
“Semua ni saya yang rancang.”
Beritahu Aira.
“Kenapa?”
“Sebenarnya kita orang dah tahu yang
Bella tu bukan tunang awak tetapi sepupu awak. Jadi kita orang nak balas balik
apa yang awak buat kat Amirah. So ni lah dia rancangan tu.”
“Dan memang dah berpakat dengan
Badrul, Aina dan Abang Zafrul.Eh, bukan.. Ayah Su.” Amirah tersengih. Rasanya
dia tidak perlu memanggil Ayah Su nya Abang Zafrul. Memanggil Zafrul dengan
panggilan ‘Abang Zafrul’ memang kekok kerana sudah biasa memanggil ‘Ayah Su’.
“Okey, tugas Ayah Su setakat ni je
rasanya. Ayah Su pergi dulu ya? Nak pergi jemput Mak Su kamu kat airport.”
“Amboi, Ayah Su! Belum kahwin
dah ada ‘Mak Su’?”
“Alah, apa salahnya. Bulan depan
jadi Mak Su kamu jugak kan? Okeylah,
Ayah Su pergi dulu ya..Korang selesai lah mana yang patut.” Pinta Zafrul
dan berlalu ke arah keretanya yang diparking tidak jauh dari kereta Badrul.
“Jadi?” tanya Aariz setelah semuanya
hanya mendiamkan diri.
“Apa?”
“Nak tak Humaira kahwin dengan
abang?” panggilan ‘abang’ sudah digunakan semula tanpa mempedulikan Badrul,
Aira dan Aina.
“Tak romantik
langsung lah Abang Long ni… Cincin pun tak ada. Ya pun nak melamar ajak pergi
candle light dinner lah dulu.” kutuk Aina. Aariz menjelirkan lidahnya.
“Yang tu selepas Humaira betul-betul
setuju. Lepas tu barulah Abang Long melamar secara rasmi.”
“Hah, jawab lah
setuju ke tidak?” sampuk Aira. Amirah tersipu-sipu, malu untuk mengiyakan tapi
dia nak. Kata orang malu tapi mahu.
“Diam tu tanda setujulah. Kira jadi
lah ni ya?” ujar Badrul.
“Kita kahwin bulan depan nak?”
“Hah?!”
“Aku terima nikahnya Siti Amirah
Humaira binti Faidil dengan mas kahwinnya RM500.00 tunai.”
Dengan sekali lafaz sahaja Amirah
sah menjadi isteri kepada Aariz Azwan. Aariz mendekati isterinya, ehem! Pangkat
baru tu. Tangan Amirah dicapai dan mula menyarungkan cincin dan memakaikan
gelang tangan di pergelangan tangan isterinya. Amirah mengucup tangan Aariz,
lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya.
Aariz tersenyum. Sejuk tangan
isterinya. Sebaik sahaja Amirah menyarungkan cincin di jari Aariz, dagu Amirah
dipegang lembut supaya dia dapat melihat wajah ayu itu yang sedari tadi
menunduk sahaja. Baru sahaja bibirnya ingin mengucup ubun-ubun Amirah terlebih
dahulu terkulai. Cepat-cepat Aariz merangkul badan isterinya supaya tidak
jatuh.
“Eh, pitam ke?”
…………………….
2012 ( SEKARANG)
“Sayang!!” panggilan si suami
mengejutkan Amirah dari terus mengingati masa lalu.
“Ya, abang. Kenapa?”
“Jauh sayang mengelamun. Kan abang
dah ada kat sini. Sayang ingat siapa lagi?” Amirah menggeleng kepala, tidak
habis-habis dengan cemburu suaminya.
“Sayang teringat
masa dulu-dulu. Masa abang suruh sayang mengorat abang.Haha.” Amirah ketawa
dengan kata-katanya sendiri. Begitu juga Aariz.
“Alah, sekejap
je sayang ngorat abang. Lepas
tu, sayang merajuk. Jadi abang jugaklah yang berusaha gigih memujuk pujaan
hati. Susah pulak tu nak pujuk!” Amirah mencubit lengan suaminya.
“Sakit hati tau tak tengok orang
yang kita suka dah ada tunang!”
“Suka je ke? Sayang dengan cinta
tak?” sakat Aariz.
“ Sekali lah tu.” Amirah menjeling
geram ke arah Aariz. Jeling-jeling manja sebenarnya.
“Cuba
lah sebut. Abang nak dengar. Bukan
selalu sayang ucap kalimah tu.” Amirah memandang suami. Betul juga kata-kata
Aariz itu, bukan selalu dia ucapkan ‘I love you’ kepada suaminya. Malu! Masa
akad nikah dahulu pun dia pitam apabila Aariz mengucup ubun-ubunnya.
Bukan seperti Aariz yang selalu mengucapkan
kata-kata romantis kepada dirinya. Boleh dikatakan setiap masa mereka bersama
pasti bibir Aariz mengeluarkan kata-kata romantis dengan lembut dan penuh
menggoda.
“Emm....”
Dijeling sekilas ke arah Aariz. Aariz mengangguk.
“ Sayang…Cintakan abang!” terus
sahaja dia menyembankan mukanya ke dada suaminya. Aariz tergelak kecil dengan
kelakuan Amirah. Masih malu-malu seperti dahulu walaupun sudah 3 tahun mereka
melayari bahtera bersama.
“I love you
more, sayang...” Aariz mengeratkan lagi pelukan. Amirah pula seperti biasa, akan membalas
pelukan si suami.
“Sayang...” Dia
tersenyum, pasti suaminya hendak sesuatu kalau dah bergesel-gesel macam kucing
jantan ni.
“Ya, abangku
sayang.” Amirah menolak
perlahan tangan suaminya yang sudah bergerak nakal di badannya. Kedua-dua belah
tangannya diletakkan di atas bahu Aariz.
“Abang nak anak boleh?” bisik Aariz
romantis. Soalan Aariz kedengaran nakal sahaja di telinga Amirah.
“Lah! Kan kita dah ada hero-hero
kita, Hazman Aariz dan Hazwan Aariz. Bukan anak ke tu?” ujar Amirah walaupun
dia tahu maksud sebenar suaminya.
“Tu hero-hero kita. Abang nak cinderella
kita pulak.” Amirah tersenyum. Tubuh Amirah
dicempung dan dibawa masuk ke dalam bilik. Mereka saling berpandangan
dengan penuh rasa cinta.
“Abang semakin kacak lah. Lebih
handsome daripada Aaron Aziz dah.” Puji Amirah.
“Dari dulu lagi abang kacak dan
tentunya kacak daripada lelaki singapura tu. Sebab....abang adalah Aariz Azwan.
Bukan Aaron Aziz.” Amirah tergelak manja.
“Ya, abang bukan Aaron Aziz tetapi
Aariz Azwan, suami sayang.” balas Amirah. Aariz hanya senyum.
Sliding door
ditolak dengan kaki dan menarik kain langsir menutupi sliding door dan serta-merta
menjadikan bilik itu gelap. Perlahan-lahan
Aariz mendekati katil dan meletakkan Amirah di atas katil.
“Kali ni kita namakan anak kita
Aisya Humaira.” Bisik Aariz. Amirah tergelak. Macam-macam lah suaminya ini.
Belum tentu dia akan mengandung dan kalaupun mengandung belum tentu perempuan.
Apa-apa pun dia tetap berdoa agar rumah tangga mereka diberkati sampai ke akhir
hayat dan mendapat anak yang soleh dan solehah.
TAMAT
TERIMA KASIH SUDI BACA !!
Much Love,
AinaaAzlan
4 comments:
YEAYYY.. DAH BACA SAMPAI HABIS! HEHE
sweet beteii eren ajis ni.. hukhuk.. >_<
haha panjang sangat erk?
# aaron aziz yg real punya sweet kan? hihi cilop perwtkan aaron azizlah ni. :D
Bestlah cerita nii..Nice !!
(Y)
Post a Comment