Tabung Luahan Isi Hati

Tuesday, August 28, 2012

Sweet Ke? (Part 2)

Adeh! Rasa idea melayang entah kemana pulak! Apa-apa pun jemput baca ya...macam biasa, dah baca tu komen lah erk. hihi harap korang suka SK ni.  : )

ps: nama hero dalam ni ditukar dari Amir Syazwan ke Amir Ilias. Mana2 yang dah bca SK part 1 dulu tentu perasan kan?

....................................


 
Ayah nak cakap dengan kamu sebentar.” Ujar Encik Saiful. Rafidah yang membaca novel Sister karya Rosamund Lupton mengerling sekilas ke arah ayahnya.

“Cakap lah.”

“Cuba berhenti baca novel inggeris tu dulu.” Tegur Encik Saiful. Rafidah akur.

“Kalau ayah cakap ni, kamu jangan marah ya?”

“Apa ayah?”

“Ayah nak kamu kahwin dengan Am.” Beritahu Encik Saiful hasrat hatinya. Rafidah tergamam.

“Kahwin dengan Am? Tapi kenapa? Fida tak nak!!”

“Tapi ayah nak kamu kahwin dengan Am juga.” Tegas Encik Saiful. Dia tidak boleh berlembut dah dengan anaknya yang keras kepala. Sama macam dia juga. Isterinya disisi hanya diam tidak berkutik.

“Kenapa Fida kena kahwin dengan dia?”

“Ayah dah tua, Fida...Nanti ayah dah tak ada, siapa nak jaga kamu?”

“Fida boleh jaga diri Fida sendiri.” Cantas Rafidah.

“Fida perlukan seorang suami untuk menjaga Fida. Mungkin Fida boleh hidup berdikari. Tetapi mak dengan ayah tak kan tenang melihat Fida keseorangan. Kita tak ada keluarga lain Fida. Mak anak tunggal. Ayah kamu pula, dua beradik je. Tu pun paksu dan maksu kamu dah lama meninggal.” Puan Mariam bersuara.

Jika anaknya berkeras, mungkin perbalahan akan berlaku antara Encik Saiful dan Rafidah. Bapak rintik anak borek. Sama-sama keras kepala, dua-dua susah mengaku kalah.

“Fida nak belajar.”

“Perkahwinan tak kan menghalang kamu untuk terus belajar, Fida. Tentu sekali Am kasi Fida kejar cita-cita Fida lebih-lebih lagi Fida belajar kat kolej Am mengajar jugak kan...” pujuk Puan Rafidah lagi.

“Hujung bulan ni Fida kahwin. Semua urusan akad nikah dengan kenduri mak ayah dan pihak lelaki akan uruskan. Fida hanya jaga kesihatan Fida aja.” Encik Saiful memberi kata putus kepada anak tunggalnya.

“Tapi ayah, mak....”

“Ayah harap Fida tak kecewakan ayah dengan mak.” Ujar Encik Saiful sambil bangkit. Lengan isteri turut dipegang dan dipimpin ke tingkat atas. Tidak mahu mendengar bantahan Rafidah lagi.

Rafidah tercengang. Terkebil-kebil dia di ruang tamu sebelum mencapai novel Sister dan dibawa masuk ke dalam bilik. Mood untuk membaca novel sudah hilang. Sekarang, permintaan ayahnya yang difokuskan. Atau lebih tepat lagi, arahan Encik Saiful.

…………

Rafidah terkejut apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Hatinya yang tercuit melihat Tuffy bermain dengan Fluffy, anak-anak kucingnya mula berasa marah. Rafidah mendengus kasar.

“Boleh tak jangan peluk orang?” marah Rafidah sambil mencuba meleraikan pelukan di pinggangnya namun sia-sia sahaja apabila pelukan dieratkan lagi.

“Sayang tak sejuk ke duduk kat luar ni?” Rafidah menjulingkan matanya ke atas. Meluat dengan panggilan ‘sayang’ itu.

“Sayang? Hee!! Geli tahu tak? Dah lah, lepaskan saya!” Amir mengeluh perlahan. Degil! Perlahan-lahan dia lepaskan Rafidah tapi tangannya mencapai pula tangan Rafidah dan digenggam erat.

“Kenapa tak masuk tidur lagi? Dari tadi abang tunggu dalam bilik tau.” Ujar Amir tanpa menghiraukan muka Rafidah yang menahan marah.

“Suka hati saya lah. Yang awak nak tunggu segala ni kenapa? Pergi lah tidur sorang-sorang. Kita bukan tidur sebilik pun kan?”

“Mestilah, dah awak isteri saya. Sepatutnya isteri yang tunggu suami dalam bilik. Buat apa yang patut, kemas-kemas cadar ke berdandan cantik-cantik dulu ke. Ni terbalik pulak, saya pula yang tercongok menunggu awak. Tapi tak apa….saya tak kisah. Mesti awak belum biasa lagi kan sayang?”

“Dan lagi satu. Ni sejak bila datang istilah suami isteri tidur berasingan ni? Mesti kuat baca novel ni. Haih! Macam-macam lah sayang ni.” Rafidah mencebik dan terus mencuba menarik tangannya yang sekali-sekala dikucup Amir.

“Novel? Apa awak ingat saya layan novel-novel melayu ni? Huh! Tak ada faedah, okey. Saya baca novel inggris tu pun tak bagi stress sangat.” Balas Rafidah. Sememangnya dia tidak meminati novel melayu seperti yang diminati remaja-remaja zaman sekarang.

“Boleh tak mintak tolong?”

“Apa dia?”

“Boleh tak tangan tu jangan nak merayap? Lepaslah!” Amir ketawa sambil melepaskan tangan Rafidah.

“Alah, Fida isteri abang juga, bukan orang lain. Tangan isteri abang juga yang abang pegang. Ke Fida nak suruh abang pegang tangan perempuan lain?” sakap Amir. Rafidah menepis tangan Amir yang ingin merangkul bahunya.

“Shazalin kan ada? Dia pun suka pegang-pegang awak. Kan?” sinis Rafidah.

“Sayang cemburu ya?” duga Amir sambil tersenyum. Rafidah memandang Amir tidak berkelip. Jari telunjuk  dihala kemukanya.

“Saya cemburu? Awak kata saya cemburu? Dengan awak? Haha. Sorry ya Encik Mohd Amir Ilias. Tak kan wujud istilah cemburu kalau tak cinta. Masakan saya cemburu dengan awak, rasa cinta sekumit pun tak ada dalam hati saya.”

Berubah air muka Amir apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Sebagai seorang suami, dia berasa tercabar. Tapi disabarkan juga hatinya. Amir senyum dan menarik lengan Rafidah.

“Jom.”

“Huh?” Rafidah memandang Amir. Kali ni dia tak menepis tangan Amir, hanya dibiarkan Amir memegang lengannya.

“Masuk tidur lah sayang....ke Fida nak duduk sini sampai pagi? Abang okey je, Cuma.....” Amir mengerling ke arah Rafidah.

“Cuma apa?”

“Cuma….abang pernah dengar kat kawasan rumah mama ni ada yang berkeliaran kat sini.” Amir menahan senyum melihat Rafidah menelan air liur. Saja Amir mereka cerita untuk menakutkan Rafidah. Tahu sangat sikap Rafidah yang satu itu, memang seorang penakut tapi wajarlah kerana Rafidah perempuan.

“Saya....masuk dulu!” ujar Rafidah kemudian melangkah ke dalam rumah. Amir tertawa sambil menggeleng kepala. Terus dia mengikut isterinya yang sudah menaiki tangga.

Apabila pintu dibuka, Rafidah sudah berbaring di atas katil. Amir turut naik ke katil dan berbaring. Rafidah memejamkan mata dalam keadaan mengiring ke arah Amir. Amir senyum. Nampaknya Rafidah ingat seperti mana yang dipesan. Isteri tidak boleh tidur membelakangi suami.

Direnung muka Rafidah dalam-dalam. Mata itu… selalu membuatkan dia terpesona. Mata itulah yang akan melarikan pandangan apabila bertemu mata dengannya. Dan mata itu juga lah yang menjeling apabila geram akannya. Hidung mancung itu pula selalu menjadi mangsa tangannya. Dia akan menciut hidung itu apabila mengusik dan dia akan picit hidung mancung itu apabila Rafidah tidak mendengar katanya.

Pipi yang gebu.....dah jadi satu tabiatnya untuk mencium pipi itu secara diam-diam. Selalunya sebelum dia tidur dan selepas dia bangun dari tidur tetapi mestilah masa tu Rafidah lena. Dan....bibir. Dia berharap satu hari nanti dia boleh mengucup lembut bibir yang seksi itu. Bibir seksi itulah yang membuatkan dia tergoda. Apabila dia merenung bibir itu, mulalah hatinya berdegup laju. Sekarang ini juga hatinya sudah tidak keruan.  Kalau tidak menahan nafsunya yang satu itu tentu dia sudah menerkam gadis dihadapannya ini.

Amir memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam. Berharap dia dapat mengurangkan debar di dada. Amir membuka mata semula dan merenung Rafidah. Tangannya naik mengusap rambut Rafidah.

“Tidur lah!!” Amir yang baru sahaja ingin mencium pipi gebu itu terkejut apabila Rafidah bersuara. Serentak itu dia menjauhkan mukanya dari Rafidah. Amir berdehem untuk menghilangkan rasa terkejutnya dan juga malu. Amir bangun dan masuk ke dalam bilik mandi.

Rafidah meletakkan tangan di atas dada. Berdebar-debar jantungnya. Patutlah semasa dia memejamkan mata terasa dirinya direnung seseorang. Mula-mula dia buat tidak tahu sahaja tetapi sebaik sahaja ada tangan yang mengusap rambutnya terus dia terkejut. Tidak ada orang lain yang ada dalam bilik itu selain daripada dia dan Amir. Tapi buat apa Amir mengusap kepalanya?


TERIMA KASIH SUDI BACA !


Much Love,
AinaaAzlan

6 comments:

nurul najwa said...

Kata nama dia Amir Syazwan, kenapa sekarang nama dia Amir Ilias?

Ainaa Azlan said...

@nurul najwa - adeh! sorry, lupa nak ckp yg nk tukr nma Hero dia. hihi xjd Amir Syazwan, tukr kpd Amir Ilias. ad seb2 tertentu sy tukr tu. huhu

Ruunna Qizbal said...

awt x smbung..

HUDAPIS said...

Ader smbgn lg, kn?

norfatin afifah said...

ainaa..smbung la cepat..x sbar nk tggu next part...klau ending pun xpe..lagi bestttt... ;)

Ainaa Azlan said...

@norfatin afifah dah ada SK part 3 fatin :)