Salam semua!! Eh, dah 6 hari kita beraya kan? Semunya masih dalam mood raya, macam tu juga saya. Tetapi time-time free macam ni lah kena ambil kesempatan untuk bekarya. Tu pun kalau tak pergi beraya atau tiada tetamu yang mengunjung ke rumah. Seperti IRE ada special part kan begitu juga DA triple . Harap korang suka dengan special part Da triple ni. : )
...........................
sumber inchik google
Special part
: 4th ANNIVERSARY SITI AMIRAH HUMAIRA ♥ AARIZ AZWAN
Amirah mengeluh.
Sudah berpuluh-puluh kali dia mendail nombor suaminya tapi satu pun tidak
diangkat. Naik lenguh jari jemarinya menekan papan kekunci handphonenya.
“Mana abang
pergi ni? Dah lewat sangat ni…” gumam Amirah sambil mata melirik ke arah jam
dinding. Jarun jam sudah melepasi angka 12 malam tetapi kelibat suaminya belum
kelihatan.
Pergi kemana
suaminya itu? Tak kan
dipejabat lagi kut? Tak pernah Aariz macam ni, dia langsung tidak dihubungi.
Biasanya, selalu call walaupun hanya untuk memberitahu yang suaminya sudah tiba
di pejabat. Dan suaminya akan
pulang makan tengah hari tapi tidak hari ni.
Amirah gundah. Bermacam-macam
andaian yang dibuat. Nombor Aariz sekali lagi didail dan seperti tadi, tidak
diangkat.
“Mummy....” Amirah berpaling dan
tersenyum.
“Ya, kenapa sayang?” Amirah mengusap
rambut kedua-dua anaknya. Hazwan Aariz dan Hazman Aariz memegang tangan mummy
mereka.
“Daddy mana, mummy?” tanya Hazman.
Amirah tersenyum kelat mendengar pertanyaan anak sulungnya.
“Daddy belum balik lagi...Daddy ada
kerja lagi lah tu.” Jawab Amirah sambil menyedapkan hatinya juga. Hazman hanya
mengangguk.
“Angah nak
daddy...” Hazwan merengek nakkan daddynya.
“Kejap lagi daddy balik ya, sayang.”
Pujuk Amirah.
“Angah nak
daddy!” Amirah mendukung Hazwan. Sememangnya Hazwan lebih manja dengan Aariz berbandingnya dan Hazman
pula lebih manja dengannya.
“Angah jangan nangis ya? Kejap lagi
daddy balik lah tu. Jom tidur dengan along.” Pujuk si abang pula. Amirah
meletakkan Hazwan semula dan Hazman terus menarik tangan adiknya.
Amirah hanya memerhati anak-anaknya
meniti tangga ke tingkat atas. Mujurlah si abang agak matang berbanding si adik
walaupun umur mereka sama. Amirah yang ingin mendail nombor suaminya semula
tapi niatnya terbatal apabila terdengar enjen kereta milik Aariz.
Terus pintu utama dibuka dan disitu
kelihatan Aariz melangkah ke arahnya sambil tersenyum walaupun kelihatan letih.
“Hai, sayang....Kenapa belum tidur
lagi ni?” tanya Aariz dan kemudian mengucup ubun-ubun isterinya selepas Amirah
mencium tangannya.
Amirah tidak terus menjawab.
Tangannya mencapai briefcase dan coat Aariz dan diletakkan di atas sofa.
“Tunggu abang. Kenapa abang
balik lambat? Banyak kerja
ya?” Aariz senyum dan mengangguk. Tali leher yang sudah berada di dalam poket
dikeluarkan dan dihulurkan kepada Amirah.
“Hero-hero abang dah tidur?”
“Emm... tadi
diorang terbangun, angah merengek nak abang.”
“Along dengan
angah tidur dalam bilik diorang kan?”
Tanya Aariz sambil senyum. Terangkat kening Amirah melihat senyuman suaminya
itu. Senyuman nakal aje.
“Iya…kenapa
bang?”
“Kalau macam tu, jom!” Aariz menarik
lengan Amirah. Apabila melihat Amirah lambat-lambat sahaja terus dia mencepung
tubuh genit itu.
“Isy! Apa abang ni?” Amirah
merangkul leher Aariz. Nasib baik dia tidak jatuh tadi. Aariz hanya diam dan
kaki terus dihala ke bilik. Amirah membalas renungan Aariz.
Pintu bilik dikunci dan dibawa
Amirah ke katil. Diletakkan Amirah di atas katil berhati-hati. Amirah hanya
diam dan membiarkan saja setiap perilaku suaminya. Aariz membuka butang bajunya
dan meleraikan dari tubuh. Dirangkul tubuh Amirah dan bibirnya mengulas lembut
setiap inci muka isterinya. Dari dahi turun ke mata, pipi dan beralih pula ke
hidung mancung Amirah. Dan kemudian dengan lembut Aariz menjamah bibir seksi itu.
Baru sahaja Aariz ingin bertindah
lebih jauh tetapi ketukan di pintu menganggu tindakannya. Dia mendengus geram
dan melarikan tubuhnya dari tubuh Amirah. Amirah ketawa melihat muka kecewa
Aariz.
“Mummy....”
“Ya, sayang. Kejap.” Amirah membuka
pintu apabila mendengar suara anak-anaknya diluar pintu bilik. Aariz yang
bersandar di kepala katil hanya memerhati.
“Nak tidur dengan mummy...” Amirah
senyum mendengar rengetan Hazman dan Hazwan. Kedua-dua tangan anaknya dipimpin
ke dalam bilik.
“Daddy!” Amirah menggeleng kepala
melihat Hazwan berlari-lari anak mendapatkan daddynya.
“Hai, hero daddy. Kenapa belum tidur
lagi ni?” kepala hazwan diusap dengan lembut sambil matanya melirik ke arah
isterinya yang sudah mendukung Hazman ke katil.
“Nak tidur dengan daddy....”
“Ololo anak daddy. Meh sini
hero-hero daddy. Mummy hero daddy pun mari sini jugak.” Ujar Aariz sambil
menarik tangan isterinya. Amirah ketawa.
“Sweetnya abang
buat macam tu.”
“Along dengan
angah, tidur kat tengah-tengah ni ya?” ajak Amirah sambil menepuk bantal di
tengah-tengah katil saiz king itu. Hazman dan Hazwan hanya menurut dan mula
merebahkan badan.
“Goodnight,
mummy. Goodnight daddy.” Ucap Hazman sambil mencium kedua-dua belah pipi mummy
dan daddynya. Hazwan juga berbuat demikian.
“Goodnight,
sayang.” Balas Amirah lalu mencium dahi anak-anaknya.
“Goodnight, hero-hero daddy.” Balas
Aariz pula dan mencium dahi Hazman dan Hazwan. Amirah menarik selimut menutupi
badan anak-anaknya. Cepat benar dua beradik itu lena. Kemudian dia memandang
suaminya yang sedang merenungnya.
“Kacau lah hero-hero daddy ni. Tak
bagi chance langsung daddy dia nak memanja dengan mummy diorang.” Ujar Aariz membuatkan Amirah tertawa
tapi perlahan. Takut Hazman dan Hazwan terjaga.
“Biarlah bang. Bila lagi diorang nak
memanja dengan kita kalau bukan malam. Abang kerja, sayang pun kerja. Kesian
anak-anak.” Balas Amirah. Kepala Hazman dan Hazwan diusap dan sebelah tangannya
pula digenggam oleh suaminya.
“Apa kata sayang berhenti kerja? Ala...gaji abang cukup aje
nak tanggung sayang, along, angah dan anak-anak akan datang.”
“Abang….kan
sayang dah cakap. Dah lama sayang nak jadi pensyarah. Tak kan sayang nak lepas macam tu aje kerjaya
sayang? Memang betul gaji abang sebagai arkitek mampu tanggung sayang dengan
anak-anak tetapi kan
kalau sayang kerja ekonomi kita lebih kukuh? Gaji sayang tu boleh lah bantu
abang.”
“Yalah,
yalah…Abang bukan suruh sayang berhenti kerja, cadangan aje tadi.” Aariz
mencium tangan Amirah.
“Sayang….”
“Ya, bang.”
“Tidur bawah
jom.” Amirah membulatkan matanya sambil memandang Aariz yang tersengih nakal.
“Isy, apa lah
abang ni. Tak baik tahu tak? Kan
anak-anak kita ada ni.” Ujar Amirah sambil mencubit lengan suaminya. Nakal tak
sudah!
“Ala....diorang lena sangat tu. Tak
kan bangun selagi matahari tak keluar.” Balas Aariz pula. Lengan yang dicubit
tadi digosok. Pedihnya...
“Tak senonoh lah abang ni! Dibuatnya
diorang bangun, kan tak elok.” Amirah menggeleng kepala. Parah suaminya ni.
“Yalah, yalah...
Tapi esok janji tau?”
“Abang ni…” Amirah mengetap bibir.
“Aik? Merahnya muka isteri abang
ni.” Usik Aariz.
“Hish! Tidur lah!” marah Amirah sambil
merebahkan badan. Aariz ketawa kemudian turut merebahkan badan. Lega. Hilang
lenguh-lenguh di badan.
“Ops, lupa.” Aariz turut bangun
apabila Amirah bangun.
“Lupa apa, yang?”
“Goodnight,
handsome.” Ucap Amirah dan
mencium pipi Aariz. Aariz senyum. Ditarik lengan Amirah supaya muka isterinya
dekat dengannya.
“Goodnight, sweetheart.”
“Abang!!” Amirah menyentuh pipinya
yang terasa panas. Malu apabila suaminya bertindak mengucup bibirnya.
“Sweet dream,
sayang. Mimpi abang ya..” ujar
Aariz lalu merebahkan badannya semula. Walaupun mata sudah tertutup tetapi
bibir tetap tersenyum.
Amirah mengiring ke arah anaknya.
Tangan melingkar badan Hazman dan Hazwan. Aariz turut melakukan perkara yang
sama. Tangannya diletakkan di atas tangan isterinya. Mereka terlelap dalam
senyuman ditemani Hazman Aariz dan Hazwan Aariz dalam pelukan.
***
Tidur Amirah terganggu dengan bunyi pintu
ditutup di bawah. Terasa berat mata untuk buka kerana semalam dia tidur lewat. Jam
dikerling, sudah pukul 6:40 pagi. Dia menoleh ke sebelah. Anak-anaknya masih
tidur, tetapi tiada suaminya disitu.
Dengan perlahan-lahan Amirah turun
dari katil dan menghampiri tingkap biliknya. Kain langsir diselak sedikit.
Kelihatan Aariz yang lengkap berpakaian pejabat baru memasuki dalam perut
kereta dan keluar dari perkarangan rumah. Amirah pelik. Kemana suaminya pergi
awal pagi-pagi macam ni? Tak kan pejabat kut....
Amirah mengeluh. Semenjak
kebelakangan ini suaminya berlakuan pelik. Dia menoleh ke arah anak-anaknya
yang masih lena. Disitu dia ternampak kertas kecil yang ditampal pada cermin
meja solek. Terus dia melangkah ke situ dan diambil kertas kecil itu. Tulisan
suaminya.
Goodmorning
sweetheart.
Sayang....Abang kena pergi kerja
dulu. Banyak sangat kerja yang ada kat pejabat tu. Sorry ya, yang.
Sayang jangan risau, abang dah breakfast dah.
Nanti malam
karang, sayang jangan masak tau! Kita dinner kat luar, hero-hero abang kita minta tolong mama dengan papa
jaga dulu. Pakai cantik-cantik tau! Bye sayang. Jangan nakal-nakal.
I love you.
~Suamimu yang
kacak~
Amirah senyum dan menyimpan kertas
itu di dalam laci meja solek. Tangan mencapai handphonenya. Ditaip mesej kepada
suaminya.
Kenapa tak
nak bawa anak-anak sekali?
Seketika kemudian handphonenya
berbunyi tanda ada panggilan masuk. Terus dia menekan butang hijau apabila nama
suaminya yang terpapar.
“Sayang....”
“Abang.....”
“Sayang ni, boleh lah kita pergi
dinner berdua aje. Hazman dengan Hazwan kita tinggal kat rumah mama. Boleh ya?”
“Kesian lah anak-anak....”
“Alah, bolehlah...Boleh ya, yang?”
Amirah ketawa kecil. Lucu apabila suaminya merengek seperti anak kecil.
“Abang
ni...macam Hazwan lah. Merengek aje.”
“Sayang….”
“Yalah, yalah.
Bolehnya…”
“Thank you,
sayang. I love you. Pukul 6 abang datang ambil anak-anak letak kat rumah mama.
Lepas tu kita pergi dinner kul 8. Sayang pakai cantik-cantik tau!”
“Okey, boss!”
“Good girl.
Okeylah, sayang. Abang nak sambung buat kerja. Banyak lagi kerja nak disiapkan ni.”
“Okey. Bye, bang. Assalamualaikum.”
“Take care,
yang. Jangan nakal-nakal. I love you and I will miss you. Bye.
Waalaikummussalam.”
Amirah meletakkan semula
handphonenya di atas meja. Kain tuala dicapai dan mula menapak ke bilik mandi
untuk membersihkan diri dan menunaikan rukun islam yang kedua.
****
Amirah mengeluh. Suaminya buat
lagi.... Tadi petang Aariz mengambil Hazman dan Hazwan ke rumah mak mertuanya.
Tapi sampai sekarang suaminya tidak pulang. Ditelefon, suaminya menutup
handphonenya.
Jam sudah menunjukkan jam 9:25
malam. Sudah satu jam setengah lewat dari masa yang dijanjikan. Amirah
memandang dirinya yang dibaluti dress labuh warna unggu dan shawl 2 tone juga
bewarna unggu dan hitam.
Amirah mula meniti tangga. Mahu
menukar pakaian tetapi deringan handphone mematikan niatnya. Tanpa melihat nama
pemanggil, Amirah mengangkat panggilan.
“Hello...” jawab Amirah lemah.
“Sayang, kenapa ni?” Amirah
menegakkan badan.
“Sampai hati abang...”
“Eh, kenapa ni? Abang buat apa?”
Amirah hanya diam.
“Sayang....
marah sebab abang lambat ya? I am sorry. Kerja abang belum siap lagi tadi,
sekarang baru siap. Sayang dah siap kan?
Abang dah ada kat luar ni. Sayang turun ya?” Amirah tidak menjawab tetapi
dimatikan talian.
Amirah menapak ke arah pintu selepas
mengambil beg tangan. Pintu dikunci siap-siap dan melangkah lemah ke arah
suaminya yang bersandar di pintu kereta. Dikerling sekilas ke arah Aariz,
handsome suaminya. Berpakaian tuxedo lengkap.
Disambur hambar tangan Aariz dan
mencium sekilas. Aariz mengenggam erat tangan isterinya apabila Amirah menarik
tangannya. Direnung Amirah yang hanya menunduk.
“Sayang....” diangkat dagu Amirah
dengan jarinya. Walaupun muka Amirah sudah betul mengadapnya tetapi isterinya melarikan
mata ke arah lain.
“Sayang, please
don’t be like this. Abang tahu abang salah. I am sorry, babe….” Mohon Aariz
tetapi tidak diendahkan Amirah. Amirah
menarik tangannya dan terus masuk ke dalam kereta. Aariz mengeluh dan
perlahan-lahan menapak ke tempat pemandu.
Dalam kereta, suasana hanya sunyi.
Apabila dibuka radio, isterinya menutup. Sedari tadi Amirah memandang ke arah
luar tingkap. Dibiarkan dia kesunyian memandu. Aariz memberhentikan kereta di
tepi jalan. Dia tidak betah macam ni.
“Amirah Humaira,
isteri abang. Abang betul-betul minta maaf. Please, jangan buat abang macam ni.
Abang pun tak sangka sampai lewat macam ni abang siapkan kerja abang.” Pujuk Aariz. Digenggam tangan
isterinya dan menciumnya walaupun berkali-kali Amirah cuba menarik.
“Tapi abang
boleh call kan?
Boleh aje hantar pesanan. Sayang call pun abang off handphone.” Bersuara juga
Amirah setelah mendiamkan diri.
“Abang salah.
Abang lupa charge handphone abang. Memang salah abang, abang buat sayang
tertunggu-tunggu.”
“Bukan tu yang
sayang marah!” Amirah bersuara geram. Dipandang suaminya tajam.
“Abang buat
sayang risau tahu tak? Abang berubah sejak akhir-akhir ni. Tadi pun, abang
cakap abang lupa nak charge handphone. Selama ni walaupun abang tak charge
handphone abang, abang tetap call sayang guna telefon pejabat. Abang berubah…”
“Nak tahu kenapa abang berubah sejak
akhir-akhir ni?” Aariz mencelah. Apabila Amirah memandangnya,dia senyum dan
mengedipkan mata sekali.
Aariz memulakan penjalanan semula.
Dibiarkan isterinya tertanya-tanya. Tak apa, Amirah akan tahu juga apabila
sampai. Keretanya terus melalui lebuh raya. Hampir 25 minit memandu, akhirnya
sampai juga di tempat destinasi.
Aariz keluar dari perut kereta dan
dibuka pintu untuk isteri tercinta. Mereka berjalan beriringan dengan Amirah
memaut lengan Aariz.
“Buat apa kat sini?”
“Dinner.” Jawab Aariz pendek. Amirah
terpegun. Dinner tepi pantai?
Sepanjang perjalanan ke tepi pantai,
terdapat lilin di dalam bekas kecil menjadikan jalan menuju ke arah meja yang
sudah tersedia. Meja itu pula berada di tengah-tengah kelopok bunga ros yang
dijadikan bentuk hati diselangi lilin. Bukan deruan ombak sahaja yang menemani
mereka, malah musik intrumental yang romantik juga turut kedengaran
menjadikan suasana makan malam itu benar-benar romantis.
“Abang...” seru Amirah apabila
tiba-tiba Aariz menghulurkan sekuntum bunga mawar merah.
“Happy 4th
anniversary, sayang.” Amirah tersenyum manis dan mengambil bunga itu. Aariz
menarik kerusi dan mempersilakan isterinya duduk.
“Terima kasih.” Ucap Amirah seraya
duduk dan Aariz juga mengambil tempat di depannya.
“Sayang....sebenarnya, abang lewat
tadi sebab sediakan semua ni. Dan abang balik lambat malam tu dan pergi kerja
awal pagi sebab abang nak selesaikan semua kerja sebelum.....”
“Sebelum apa?” Aariz menghulurkan
sampul surat kepada Amirah dan Amirah mengangkat kening sebelum membukanya.
“Tiket?”
“Ya. Tiket
honeymoon kita ke Bali. Hadiah abang untuk
sayang.” Aariz memegang erat tangan Amirah dan dikucupnya.
“Abang kena
selesaikan semua kerja abang sebelum cuti selama seminggu.”
“Abang, sayang
minta maaf. Sayang betul-betul lupa anniversary kita ni. Sayang risau sangat
sebab abang berubah akhir-akhir ni sampai lupa.” Amirah memandang Aariz dengan mata berkaca.
Berasa bersalah dengan sikap alpanya sedangkan suaminya bertungkus lumus
siapkan kerja semata-mata hadiah untuk anniversary mereka.
“It’s okey,
sayang. Abang juga salah sebab buat sayang risau.” Ujar Aariz sambil mengelap air mata Amirah.
“Sayang tak ada
hadiah nak bagi abang....” ujar
Amirah perlahan sambil menunduk.
“Sayang tak bagi
hadiah pun tak apa. Janji
sayang kena teman abang sepanjang malam ni.” Amirah mengangguk tetapi kemudian
dia memegang lengan Aariz.
“Kenapa sayang?”
“Ah, sayang baru
ingat. Sayang ada hadiah untuk abang!” ucap Amirah girang.
“Ya, apa dia?”
“Abang teka
lah.”
“Jam tangan?”
Amirah menggeleng.
“Kasut?”
“Salah!”
“Bagilah hints.”
“Emmm…. Okey,
sayang bagi. Hints yang pertama 4 minggu. Hints yang kedua, Hazman dan Hazwan.”
Aariz mengerutkan dahi.
“4 minggu… dan Hazman dengan Hazwan?”
kepala yang tak gatal digaru. Apa dia yang cuba diberitahu isterinya itu?
“Haah. Cepatlah teka bang.” Gesa
Amirah.
“Ha! Abang tahu. 4 minggu lagi
Hazman dengan Hazman nak masuk 3 tahun. Kan?” Amirah buat muka cemberut.
“Abang ni.... kan Hazman dengan
Hazwan dah masuk 3 tahun 4 bulan.”
“Eh? Dah lebih 3 tahun ya? Hihi.
Lupa pulak abang.”
“Sayang bagi
satu aje lagi hints. Hadiah
sayang ni ada kaitan dengan Aisya Humaira.” Aariz terbangun dari duduknya
apabila mendengar nama yang baru keluar dari mulut Amirah. Terus Amirah
dihampiri apabila Amirah turut bangun. Kedua-dua belah bahu Amirah dipegang.
“Sayang....pregnant?” bisik Aariz.
Amirah merenung Aariz dan mengangguk.
“Ya,bang.”
“Betul?”
“Betul!”
“Yahoo!!” Aariz bersorak riang.
Amirah pula hanya ketawa apabali Aariz melompat.
“Sayang...
terima kasih! I love you.” Ucap Aariz setelah menarik Amirah ke dalam pelukan.
“Aisya Humaira…”
seru Aariz sambil menyentuh perut yang bakal memboyot.
“Abang ni…. Tak tahu lagi sama ada
perempuan ke lelaki.”
“Abang harap perempuan.” Amirah
hanya diam dan membiarkan Aariz memeluknya semula.
“Abang.... tentu Hazman dengan
Hazwan suka kalau tahu ni. Kan best kalau anak-anak ada sekali dinner kita ni.”
Aariz melepas pelukan dan memandang Amirah.
“Alah, nanti esok kita cakap lah?”
“Esok? Lah, kan boleh aje cakap
lepas kita balik ni.” Balas Amirah hairan. Aariz mendekatkan bibirnya ke
telinga Amirah.
“Kita ambil diorang esok. Malam ni
hanya abang....dan sayang.” Amirah membulatkan matanya lalu ditampar lengan
Aariz.
“Abang ni.....”
“Yalah, yalah...
abang gurau aje.Along! Angah!” Amirah terkejut melihat anak-anaknya berlari
mendapatkan mereka selepas suaminya menjerit memanggil. Muka Aariz dipandang.
“Abang suruh
Aina bawa diorang ke sini. Abang tahu sayang nak celebrate anniversary kita
sekali dengan anak-anak kan?”
Amirah mencium pipinya.
“Terima kasih
abang.” Ujar Amirah kemudian memeluk kedua-dua anak lelakinya.
“Tapi….. nanti
kat Bali kita tak bawak anak-anak tau!”
“Ala….”
Makan malam yang sepatutnya berdua
kini sudah menjadi berempat. Suasana yang romantis ditemani musik instrumental
juga sudah berubah riuh dengan suara anak-anak. Kelopak bunga ros merah yang
berbentuk hati tadi sudah bertaburan dikacau oleh Hazman dan Hazwan.
Tetapi semua itu tidak menjadi
masalah malah membuatkan Amirah dan Aariz turut gembira dan terciut dengan
telatah anak-anak. Tadi Aariz yang lengkap berpakaian tuxedo mula meleraikan coat
tuxedo dari badan dan lengan baju pula sudah disingsing ke atas. Mereka berempat berkaki
ayam sambil bermain kejar-mengejar dan membina istana pasir walaupun di malam
hari.
Apabila hari sudah larut malam,
kelihatan dua anak kecil yang masih membina istana pasir. Tidak jauh dari situ,
berdiri satu pasangan sambil si jejaka memeluk kekasih hatinya dari belakang.
Dan perempuan itu membalas pelukan dengan memegang tangan lelaki yang sudah 4
tahun menjadi suami kepadanya dan daddy kepada anak-anaknya.
“Sayang nampak
cantik malam ni.”
“Abang pun
nampak handsome.”
“ I love you,
sayang....”
“Love you too,
abang....”
“But I love you
more.”
TERIMA KASIH SUDI BACA
Much Love,
AinaaAzlan
7 comments:
alololo...sweetnyer:p
sweet ke? hihi
best gila..... hehe
hehehe...terbaekkkk
romantiknya....
Romantiknya. Nk mcm ni juga. Hehe :)
Smbung part aisya humaira
Post a Comment