Haha. Gelak terguling-guling apabila idea nak buat Suamiku Orang Kelantan? ni datang. Kelakar aje tajuk dia. Ni kes tengok cerita Sorok Bau Budu kat Astro tadi lah. Terus datang idea mengarut ni. Hihi Cerita ni hanya suka-suka saja, saya pun tak adalah serius nak buat. Kalau korang suka saya cuba usaha sudahkan tapi kalau tak suka saya sudahkan juga. Hehe kalau tak suka jangan baca, kalau suka baca and tinggalkan komen sekali erk? ; P Haha rasa nak gelak aje hari ni. Hee ~ : D
....................
“Anna Mumtaz.”
Anna berpaling ke arah lelaki yang tersengih-sengih memandangnya. Hee! Mahu
saja dicepuk lelaki yang tak faham bahasa ni. Dah kata tak suka tapi dikejar
juga.
“ You nak apa
hah? Tak reti bahasa ke? Muka macam longkang ada hati nak pikat I. Hye! Pergi cermin diri you tu dulu
sebelum nak pikat I. Dasar anak kampung.”
“Eh, sedap awok
jah oyak sayo muko mace loke deh. Awok tu hah, koya tak habis.” Balas Firdaus dengan loghat Kelantan.
Inilah yang dibenci Anna. Lelaki
yang ingin memikatnya itu bukan tidak kacak, malah mukanya seperti Fizo Omar
sahaja. Tetapi asal usul Firdaus yang membuatkan dia benci lelaki itu. Firdaus,
anak jati kelahiran Kelantan. Anna benci dengan loghat Firdaus.
“What? Boleh tak
cakap bahasa surat?
Kampung betul you ni!”
Firdaus menggaru
kepala yang tidak gatal. Sudah
nasibnya terpikat dengan perempuan seperti Anna Mumtaz, belagak aje lebih! Asyik
nak hina keturunannya. Tak apa, dia bukanlah jenis berputus asa. Kalau tak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
“Nah, nevermind.
Tok balik lagi ko? Hari gelap doh ni.” Pertanyaan Firdaus tidak diendahkan Anna
walaupun sebenarnya Anna faham apa yang ditanya Firdaus.
“Tak nak balik
lagi ke? Dah malam ni.” Tanya
Firdaus semula tetapi sudah tidak dengan loghat Kelantan.
“You nak kisah
apa hal?”
“Amboi,
kasarnya. Tak boleh cakap lembut-lembut ke? Kan lembut itu sifat peribadi yang ada dalam
diri wanita.”
“I nak berlembut
dengan you buat apa? Buang karat aje.”
“Oh, saya lupa.
Awak kan
orang bandar. Orang bandar memang dah tak ada sikap sopan santun kan? Emm, you know what…
gadis-gadis yang ada kat kampung saya cantik-cantik semuanya. Sopan…
lemah-lembut dan yang paling penting pandai menguruskan rumah.” Ujar Firdaus
sengaja ingin menyakitkan hati Anna. Padahal bukan semua orang bandar macam
Anna ini.
“Hee! Sakit
telingan I tahu! Jangan nak puji sangat lah. Hah! Kenapa you tak pergi pikat
aje gadis kampung tu, kan
diorang tu lebih bersopan santun, lemah lembut dan pandai menguruskan rumah.”
Balas Anna sambil menjulingkan matanya ke atas dan mencebik.
“Ha’ah, kenapa ya saya tak pergi
pikat diorang aje? Kahwin aje dengan gadis kampung. Bodoh saya kan sebab
terhegeh-hegeh dengan gadis bandar yang tak tahu adat sopan, kasar,
berlagak....” sinis Firdaus lagi. Anna bangun dari kerusi kulitnya. Tangan
dihentak ke meja dan menjegilkan mata ke arah Firdaus.
“Tapi nak buat
macam mana kan...
gadis bandar tu dah curi hati saya. Saya nak minta pulangkan semula pun saya
takut. Garang sangat. Jadi
saya biarkan je hati saya kat dia tapi dia kena ganti semula. Ganti dengan hati
dia. Saya tak nak separuh. Saya nak semua. Saya nak miliki semua hati dia. Saya
nak bertakhta di hati dia.”
Hati Anna bergetar halus. Terasa
lain, perasaan yang tidak diketahuinya. Tapi tidak diendahkannya, egonya
melarang dia untuk terus berperasaan macam itu. Meja dikemas ala kadar dan terus
beg tangan berjenama RedValentino dicapai dan woman briefcase juga diambil.
Firdaus ralit
memerhati tingkah laku Anna yang berpakaian dress singkat paras lutut tanpa
lengan. Saat Anna melaluinya dia bersuara.
“Jangan
berpakaian macam ni lagi. Awak buat saya nak terkam aje awak kat sini. Jangan
nak salahkan saya kalau awak hilang virginity. Awak berpakaian macam ni seperti
saja awak berbogel. Lelaki mana-mana pun akan terkam awak.” Pesan Firdaus lalu
terus keluar dari pejabat Anna. Meninggalkan Anna yang tergamam.
“Wh…What?”
TERIMA KASIH SUDI BACA !!
Much Love,
AinaaAzlan
4 comments:
doh dakpe nok nikoh ngan ore kelate.huhu cumo kecek jah lain2.hehehe
hahahaha...kelakar plak bla bca nih..teringat plak kat kosmate..terutama bila bckap ngan Miji & Abe...
Nice intro!!
Kito ore klate jugok. Hahaha. 👍👍👍👍
Post a Comment