Tajuk : Ya Maulana
Penulis: Hana Ilhami
Terbitan: Penerbit Karyaseni.
5*/5*
ADRA LIYANA seorang gadis bandar yang terpaksa ke Kampung
Pulau Sayak untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort. Pertama kali
berjumpa dengan Maulana Iqbal, Adra sudah gelarkan sebagai ustaz gothic hanya
disebabkan Iqbal memakai celak. Adra menyampah dengan Maulana Iqbal. Dia
terpaksa berurusan dengan Iqbal dan memujuk untuk Iqbal bersetuju untuk
memindahkan Darul Ulum.
Namun Iqbal tetap dengan pendiriannya, tidak mahu Darul Ulum
dipindahkan. Kerana sayangkan Rafiqi dan kerana tercabar dengan sikap Iqbal,
Adra mengikut rancangan Rafiqi iaitu dengan memerangkap Iqbal namun
rancangannya memakan dirinya. Iqbal diberi pilihan sama ada mahu meninggalkan
Darul Ulum dan Kampung Pulau Sayak atau bertanggungjawab dengan menikahi Adra.
Kata putus sudah dibuat. Iqbal memilih untuk menikahi Adra.
Gadis bandar yang banyah ‘songeh’ dan manja. Bukan senang untuk Iqbal mendidik
Adra yang keras kepala sedangkan menyuruh Adra memakai tudung pun Adra selalu
langgar.
Sikap Adra yang suka pakai pakaian seksi menjadi buah mulut
orang kampung. Lebih teruk lagi apabila berita tentang Maulana Iqbal menikah
dengan Adra kerana ditangkap basah tersebar. Membuatkan orang kampung dan
anak-anak murid Iqbal di Darul Ulum hilang kepercayaan terhadapnya. Tambah pula
dengan sikap Adra yang suka membantah cakapnya membuatkan Iqbal lebih rasa
marah, geram dan selalu tercabar dengan Adra.
Lebih menyedihkan Iqbal apabila mendapat tahu Adra mempunyai
hubungan dengan adiknya sendiri dan mendapat tahu bahawa Adra dan Rafiqi yang
memerangkapnya pada malam kejadian itu.
Tapi lama kelamaan Adra sudah boleh menerima Iqbal dan mula
berubah. Tapi apakah yang terjadi apabila orang kampung asyik mengata Iqbal dan
Adra? Bagaiman pula dengan Sumayyah yang menjadi tanggapan Adra bahawa Sumayyah
isteri pertama Iqbal? Bagaimana pula dengan Rafiqi? Dan adakah Darul Ulum
berjaya dipindahkan?
SEMUANYA TERJAWAB DALAM YA MAULANA!!
(DAPATKAN NOVEL YM DI SINI!!) <--- KLIK
1 comment:
i alrdy finished dis in less than 24hrs..but almost 24hrs actlly..i just curious..is that novel was wrote based on own somebody truth story..?i felt..novelis such summayah
Post a Comment