ps: nama hero dalam ni ditukar dari Amir Syazwan ke Amir Ilias. Mana2 yang dah bca SK part 1 dulu tentu perasan kan?
....................................
“Ayah nak cakap dengan kamu sebentar.”
Ujar Encik Saiful. Rafidah yang membaca novel Sister karya Rosamund Lupton
mengerling sekilas ke arah ayahnya.
“Cakap lah.”
“Cuba berhenti baca novel inggeris
tu dulu.” Tegur Encik Saiful. Rafidah akur.
“Kalau ayah cakap ni, kamu jangan
marah ya?”
“Apa ayah?”
“Ayah nak kamu
kahwin dengan Am.” Beritahu Encik Saiful hasrat hatinya. Rafidah tergamam.
“Kahwin dengan
Am? Tapi kenapa? Fida tak nak!!”
“Tapi ayah nak
kamu kahwin dengan Am juga.” Tegas Encik Saiful. Dia tidak boleh berlembut dah
dengan anaknya yang keras kepala. Sama macam dia juga. Isterinya disisi hanya
diam tidak berkutik.
“Kenapa Fida kena kahwin dengan dia?”
“Ayah dah tua, Fida...Nanti ayah dah
tak ada, siapa nak jaga kamu?”
“Fida boleh jaga diri Fida sendiri.”
Cantas Rafidah.
“Fida perlukan seorang suami untuk
menjaga Fida. Mungkin Fida boleh hidup berdikari. Tetapi mak dengan ayah
tak kan
tenang melihat Fida keseorangan. Kita tak ada keluarga lain Fida. Mak anak
tunggal. Ayah kamu pula, dua beradik je. Tu pun paksu dan maksu kamu dah lama meninggal.” Puan Mariam bersuara.
Jika anaknya berkeras, mungkin
perbalahan akan berlaku antara Encik Saiful dan Rafidah. Bapak rintik anak
borek. Sama-sama keras kepala, dua-dua susah mengaku kalah.
“Fida nak belajar.”
“Perkahwinan tak kan menghalang kamu
untuk terus belajar, Fida. Tentu sekali Am kasi Fida kejar cita-cita Fida
lebih-lebih lagi Fida belajar kat kolej Am mengajar jugak kan...” pujuk Puan
Rafidah lagi.
“Hujung bulan ni Fida kahwin. Semua
urusan akad nikah dengan kenduri mak ayah dan pihak lelaki akan uruskan. Fida
hanya jaga kesihatan Fida aja.” Encik Saiful memberi kata putus kepada anak
tunggalnya.
“Tapi ayah, mak....”
“Ayah harap Fida
tak kecewakan ayah dengan mak.” Ujar Encik Saiful sambil bangkit. Lengan isteri turut dipegang dan
dipimpin ke tingkat atas. Tidak mahu mendengar bantahan Rafidah lagi.
Rafidah tercengang. Terkebil-kebil
dia di ruang tamu sebelum mencapai novel Sister dan dibawa masuk ke dalam
bilik. Mood untuk membaca novel sudah hilang. Sekarang, permintaan
ayahnya yang difokuskan. Atau lebih tepat lagi, arahan Encik Saiful.
…………
Rafidah terkejut
apabila pinggangnya dipeluk dari belakang. Hatinya yang tercuit melihat Tuffy
bermain dengan Fluffy, anak-anak kucingnya mula berasa marah. Rafidah mendengus
kasar.
“Boleh tak
jangan peluk orang?” marah Rafidah sambil mencuba meleraikan pelukan di
pinggangnya namun sia-sia sahaja apabila pelukan dieratkan lagi.
“Sayang tak
sejuk ke duduk kat luar ni?” Rafidah menjulingkan matanya ke atas. Meluat
dengan panggilan ‘sayang’ itu.
“Sayang? Hee!!
Geli tahu tak? Dah lah,
lepaskan saya!” Amir mengeluh perlahan. Degil! Perlahan-lahan dia lepaskan
Rafidah tapi tangannya mencapai pula tangan Rafidah dan digenggam erat.
“Kenapa tak
masuk tidur lagi? Dari tadi abang tunggu dalam bilik tau.” Ujar Amir tanpa
menghiraukan muka Rafidah yang menahan marah.
“Suka hati saya
lah. Yang awak nak tunggu segala ni kenapa? Pergi lah tidur sorang-sorang. Kita
bukan tidur sebilik pun kan?”
“Mestilah, dah
awak isteri saya. Sepatutnya isteri yang tunggu suami dalam bilik. Buat apa
yang patut, kemas-kemas cadar ke berdandan cantik-cantik dulu ke. Ni terbalik
pulak, saya pula yang tercongok menunggu awak. Tapi tak apa….saya tak kisah.
Mesti awak belum biasa lagi kan
sayang?”
“Dan lagi satu. Ni sejak bila datang
istilah suami isteri tidur berasingan ni? Mesti kuat baca novel ni. Haih!
Macam-macam lah sayang ni.” Rafidah mencebik dan terus mencuba menarik
tangannya yang sekali-sekala dikucup Amir.
“Novel? Apa awak ingat saya layan
novel-novel melayu ni? Huh! Tak ada faedah, okey. Saya baca novel inggris tu
pun tak bagi stress sangat.” Balas Rafidah. Sememangnya dia tidak meminati
novel melayu seperti yang diminati remaja-remaja zaman sekarang.
“Boleh tak mintak tolong?”
“Apa dia?”
“Boleh tak tangan tu jangan nak
merayap? Lepaslah!” Amir ketawa sambil melepaskan tangan Rafidah.
“Alah, Fida
isteri abang juga, bukan orang lain. Tangan isteri abang juga yang abang
pegang. Ke Fida nak suruh abang pegang tangan perempuan lain?” sakap Amir.
Rafidah menepis tangan Amir yang ingin merangkul bahunya.
“Shazalin kan ada? Dia pun suka
pegang-pegang awak. Kan?”
sinis Rafidah.
“Sayang cemburu ya?” duga Amir
sambil tersenyum. Rafidah memandang Amir tidak berkelip. Jari telunjuk dihala kemukanya.
“Saya cemburu? Awak kata saya
cemburu? Dengan awak? Haha. Sorry ya Encik Mohd Amir Ilias. Tak kan wujud
istilah cemburu kalau tak cinta. Masakan saya cemburu dengan awak, rasa cinta
sekumit pun tak ada dalam hati saya.”
Berubah air muka Amir apabila
mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Sebagai seorang suami,
dia berasa tercabar. Tapi disabarkan juga hatinya. Amir senyum dan menarik
lengan Rafidah.
“Jom.”
“Huh?” Rafidah memandang Amir. Kali
ni dia tak menepis tangan Amir, hanya dibiarkan Amir memegang lengannya.
“Masuk tidur lah sayang....ke Fida
nak duduk sini sampai pagi? Abang okey je, Cuma.....” Amir mengerling ke
arah Rafidah.
“Cuma apa?”
“Cuma….abang pernah dengar kat
kawasan rumah mama ni ada yang berkeliaran kat sini.” Amir menahan senyum
melihat Rafidah menelan air liur. Saja Amir mereka cerita untuk menakutkan
Rafidah. Tahu sangat sikap Rafidah yang satu itu, memang seorang penakut tapi
wajarlah kerana Rafidah perempuan.
“Saya....masuk dulu!” ujar Rafidah
kemudian melangkah ke dalam rumah. Amir tertawa sambil menggeleng kepala. Terus
dia mengikut isterinya yang sudah menaiki tangga.
Apabila pintu dibuka, Rafidah sudah
berbaring di atas katil. Amir turut naik ke katil dan berbaring. Rafidah
memejamkan mata dalam keadaan mengiring ke arah Amir. Amir senyum. Nampaknya
Rafidah ingat seperti mana yang dipesan. Isteri tidak boleh tidur membelakangi
suami.
Direnung muka
Rafidah dalam-dalam. Mata itu…
selalu membuatkan dia terpesona. Mata itulah yang akan melarikan pandangan
apabila bertemu mata dengannya. Dan mata itu juga lah yang menjeling apabila
geram akannya. Hidung mancung itu pula selalu menjadi mangsa tangannya. Dia
akan menciut hidung itu apabila mengusik dan dia akan picit hidung mancung itu
apabila Rafidah tidak mendengar katanya.
Pipi yang gebu.....dah jadi satu
tabiatnya untuk mencium pipi itu secara diam-diam. Selalunya sebelum dia tidur
dan selepas dia bangun dari tidur tetapi mestilah masa tu Rafidah lena.
Dan....bibir. Dia berharap satu hari nanti dia boleh mengucup lembut bibir yang
seksi itu. Bibir seksi itulah yang membuatkan dia tergoda. Apabila dia merenung
bibir itu, mulalah hatinya berdegup laju. Sekarang ini juga hatinya sudah tidak
keruan. Kalau tidak menahan nafsunya
yang satu itu tentu dia sudah menerkam gadis dihadapannya ini.
Amir memejamkan mata dan menarik
nafas dalam-dalam. Berharap dia dapat mengurangkan debar di dada. Amir membuka
mata semula dan merenung Rafidah. Tangannya naik mengusap rambut Rafidah.
“Tidur lah!!” Amir yang baru sahaja
ingin mencium pipi gebu itu terkejut apabila Rafidah bersuara. Serentak itu dia
menjauhkan mukanya dari Rafidah. Amir berdehem untuk menghilangkan rasa
terkejutnya dan juga malu. Amir bangun dan masuk ke dalam bilik mandi.
Rafidah meletakkan tangan di atas
dada. Berdebar-debar jantungnya. Patutlah semasa dia memejamkan mata terasa
dirinya direnung seseorang. Mula-mula dia buat tidak tahu sahaja tetapi sebaik
sahaja ada tangan yang mengusap rambutnya terus dia terkejut. Tidak ada orang
lain yang ada dalam bilik itu selain daripada dia dan Amir. Tapi buat apa Amir
mengusap kepalanya?
TERIMA KASIH SUDI BACA !
Much Love,
AinaaAzlan
6 comments:
Kata nama dia Amir Syazwan, kenapa sekarang nama dia Amir Ilias?
@nurul najwa - adeh! sorry, lupa nak ckp yg nk tukr nma Hero dia. hihi xjd Amir Syazwan, tukr kpd Amir Ilias. ad seb2 tertentu sy tukr tu. huhu
awt x smbung..
Ader smbgn lg, kn?
ainaa..smbung la cepat..x sbar nk tggu next part...klau ending pun xpe..lagi bestttt... ;)
@norfatin afifah dah ada SK part 3 fatin :)
Post a Comment