Tabung Luahan Isi Hati

Wednesday, May 30, 2012

Cerpen : Dialah Aaron Aziz Aku (Intro)


 Yang ni cerpen tau. Sebenarnya dah lama dah cover dan tajuk ni terpahat di dalam lappy tapi baru hari ni tiba-tiba ada mood nak menulis cerpen ni. Jangan tanya bila siap sebab saya menulis ni suka-suka je. Rasa seronok pulak menulis cerpen "Dialah Aaron Aziz Aku" ni.hihi Layan ~ jangan lupa tinggalkan komen : )

........................................




“ Aira !! ” Aira yang sedang meniarap di atas katil terjatuh dek  terkejut dengan suara yang menjerit betul betul di tepi telinganya .

“ Aduh! Sakitnya.” Aira menggosok pinggang belakangnya .

“Haa! Padam muka kau! Aku punyalah panggil kau banyak kali, tapi boleh pulak kau tersengeh– sengeh depan laptop kau ni ya? Siap meniarap pulak tuh! Ish! Tak senonoh punya anak dara. Tengok dek bakal mak mertua kau ni, ada jugak yang menangis tak ingat dunia.” bebel Amirah sambil mencekak pinggang .

“Kalau ya pun kau nak membebel, tolonglah aku dulu! Sakit pinggang aku ni.” Amirah sambut tangan Aira. Marah pun marah jugak, tapi tak kan dia nak biarkan kawan baiknya pulak. Karang, ada jugak tunangnya Aira ni, Badrul datang serang Amirah. Kecoh dibuatnya.

“Kau yang menjerit mengalahkan bini tarzan ni kenapa?”

“Amboi, mulut! Aku cili kan! Tu hah! Buah hati pengarang jantung, intan payung kau ada kat bawah.”

“Dia tu pun menyusahkan aku je nak memekik nama kau. Tak boleh ke dia terus call kau. Tak payah lah nak ketuk pintu rumah macam datang nak mintak duit sewa rumah!” bebel Amirah. Aira tersengih. Sabar jelah dapat housemate macam mak nenek macam ni. Mak nenek cun! Haha.

“Lorh, kenapa tak cakap awal-awal yang Badrul datang? Isy, kau ni.” Aira melangkah menuju ke tingkat bawah selepas memakai ‘tudung ekspress’.

“Eh, aku pulak!” Amirah mengikut Aira ke bawah tapi bukan dekat Aira dengan Badrul lah. Tapi ke ruang tamu, pintu sengaja dibuka luas-luas. Yalah, Aira dengan Badrul ada kat luar rumah tu jadi kalau Si Bad tu nak cuit-cuit  Aira ke senanglah Amirah pergi karate Si Badrul tu.

“Irah! Sini kejap.” Panggil Aira.

“Apa dia?”

“Marilah sini kejap.” Malas-malas Amirah bangun sebelum menuju ke luar rumah.

“Apa dia? Korang kalau berborak pun tak payah lah nak ajak aku. Tak berminat aku nak dengar percakapan orang bakal jadi suami isteri ni. Aku nak tengok cerita Hana Kimi pun tak senang.” Ujar Amirah.

“Alah kau ni. Asyik dengan cerita jepun kau je. Ni aku nak kenal kan sepupu Badrul, Aariz. Aariz ni housemate saya a.k.a bestfriend saya, Amirah.” Amirah berpaling ke arah gerangan yang dimaksudkan Aira. Dan…

Haa aaaa

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya, Sapne Dikaaye

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai

Tum Paas Aaye, Yoon Muskuraaye
Tumne Na Jane Kya Sapne Dikaaye
Abh To Mera Dil, Jage Na Sota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai
Kya Karon Hai, Kuch Kuch Hota Hai


“ Irah, Irah! Amirah!!” jerit Aira kepada Amirah yang tercengang.

“Aaron Aziz.” Spontan nama artis yang berasal dari Singapura tu terkeluar dari mulut Amirah. Aira dan Badrul berpandangan sebelum ketawa mereka meletus. Aariz ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

“Aariz Azwan.”

6 comments:

NoR f@rH@n@n! OM@r said...

Wahhh syokni citer ni hihihi lawaklah si irah 2 sis..

Anonymous said...

ada sambungan dia eh?

Unknown said...

ada . ni baru intro dia. hehe lupa pulk nk tulis kat tajuk yg ni intro bru

Unknown said...

terima kasih farhanan :) hihi memang sy nk buat si Irah ni perwatakan dia lucu.

yoyo_icecube said...

lol.... ainaa.. part yg lagu hindustan tu mmg xleh blah ha... lwk giler kot.. dh berlagu hindustan dh tu.. kkkkkkk...

OMG muka sebijik aaron ka??
NAKKKKKKKKKKKKKKKKK

Unknown said...

hahaha ni ambik dri crite2 dlm tv lah ni. kan kebiasaannya pasti ad lgu2 tum paas aaye ni. jatuh cinta padng pertama lah ktakan. haha *imaginasi kuat

takdelah sbiji sngt. tp ada lah sparuh2 kut. hihi nak ke ? kalau ada sy pun nak!! kuakua :D