Tabung Luahan Isi Hati

Sunday, November 4, 2012

Review : Antara Benci & Rindu - Ida Farisya

 


    Akhirnya, dapat jugak saya baca novel ni. Memang lama teringin nak baca. Pinjam dengan kawan, dah alang-alang dia nak bagi pinjam kita sambar ajelah. hihi Novel ni memang best. Yusrizal dalam watak ABDR sangat romantik. Walaupun mula-mula baca tu rasa benci sangat-sangat kat dia sebab pernah sakiti dan curang dengan Ifa, isteri Rizal. Kagum dengan Rizal yang sanggup memikat hati Ifa semula dan walaupun dengan cara kesempatan saat Ifa kesempitan dan Rizal membuat syarat kepada Ifa sehingga Ifa terpaksa menjadi isteri Rizal untuk kali kedua.

    Cerita ni tak banyak sangat konflik antara Rizal dan Ifa. So saya pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. Yang pasti cerita ni memang best. Romantik habis! Rugi kalau tak baca. Kalau dah baca pun tak kan rugi. Memang suka dengan sikap Ifa yang main tarik-tali dan sikap Rizal yang berusaha gigih menagih cinta dan kasih sayang Ifa semula.

    Tapi yang sadisnya, Rizal pernah terlanjur dengan kekasihnya padahal masa tu dia dah tangkap cinta dengan Ifa tetapi disebabkan ego yang menguasai diri, Rizal tekad menjatuhkan talak ke atas Ifa apabila Ifa melihat dia bermadu asmara dengan kekasih Rizal, Anne. Selepas menceraikan Ifa, Rizal menikahi Anne tapi jodoh mereka tak panjang. Rumah tangga Rizal yang dibina kali kedua hanya bertahan selama 6 atau 8 bulan. Tu pun tiap-tiap hari mereka bergaduh sebab Anne tahu dalam diam Rizal berusaha menjejaki Ifa.

     Tu ajelah kut review saya untuk novel Antara Benci & Rindu ni. Korang jangan lupa baca ya novel ni? Sangat romantik tau! Hihi


.....................

Antara Benci Dan Rindu 

SEMENAJUNG:  RM19.00 AHLI KN: RM15.00 SABAH/SARAWAK: RM22.00 AHLI KN: RM18.00

  Sinopsis:
Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.

Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.

Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.

Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

2 comments:

Ruunna Qizbal said...

nak cari nvl ni susah la.. sya nk bca, huhuk :)

Ainaa Azlan said...

@Ruunna Qizbal beli aje terus dari KN. hny perlu tercongot depn pintu pgr smpai inchik posman datang. hihi :D