Tabung Luahan Isi Hati

Friday, November 9, 2012

Review : Aku Terima Nikahnya

 



     Indah khabar dari rupa. Peribahasa ni sesuai sangat dengan filem yang digilai orang ramai ni. Menyesal tak sudah pergi download. Mungkinlah ada yang tak puas hati dengan kenyataan saya ni tapi memang cerita ni membosankan. Setelah sekian lama tak tengok filem melayu, akhirnya saya terpedaya jugak dengan 'hasutan' sekeliling. Time kawan saya bercerita pasal Aku Terima Nikahnya ni bunyi macam best aje. Jalan cerita aje best kut. Tapi setelah saya download, hampeh! Lagu banyak sangat. Slow!

     Cerita ni mengisahkan Johan (AdiPutra) dan Arlisa (NoraDanish) berkahwin atas cinta sama cinta. Hidup pasangan ni bahagia dan sepadan lah katakan bak lagu dengan irama yang selalu bersama dan bergesal satu sama lain mengeluarkan musik yang romantis lagi merdu. Masa Arlisa temankan Johan memancing, Arlisa terjatuh ke dalam laut dan sudah tentunya Johan menjadi hero. Pergi ikut sekali terjun dan selamatkan Arlisa. Dalam banyak-banyak part, part yang tu saya suka sebab..... "No more... No more." sebab ayat ni! Yang dituturkan oleh Arlisa. Nampak comel aje Arlisa ketawa sambil kata macam tu.

     Tapi nak katakan, satu hari tu Johan pergi jogging. Ada sebuah kereta ni, dalam kereta memang kelam-kabut, isteri dia dah nak beranak. Sambil-sambil tu boleh pulak diorang bergaduh saat-saat genting macam tu. Dah tu masa sampai selekoh ada kereta dan mereka hampir-hampir bertembung tapi sempat dielak tapi.... terlanggar pulak Johan yang tengah berjoging. Pengsang kat situ!

    Nak kasi cerita lebih gempak lah katakan, masa Johan sedar tu dia tak ingat Arlisa sorang. Yang lain dia ingat. Jadi si Johan ni konon-konon nya tak percaya yang dia dah kahwin dan dia pun layan lah Arlisa dengan dingin. Tapi Johan ni boleh pulak layan kawan baik Arlisa, Suriya dengan baik sebab Johan berkenan dengan Suriya. Si Suriya pun layan aje, tak sedar kut yang Johan tu suami Arlisa. Nak kata lurus bendul, tak tahu yang Johan suka dia tak logik. Suriya bukan lurus bendul. Hisy! 

     Dan nak lagi gempak dan hot konon-kononnya, satu hari tu Suriya datang ke rumah Johan dan Arlisa tak ada masa tu. Masa tu Johan sakit kepala so dia tolong Johan ambil ubat. Dan duduk dekat dengan Johan yang duduk atas sofa manakala Suriya atas lantai. Dan dan masa tu jugak Arlisa pulang dan tersalah sangka. Sebab yang dia nampak macam Johan dengan Suriya tu duk kiss kut. Apa lagi, bertepik lah Arlisa. Terus dihalaunya Suriya. Lepas tu mintak cerai dengan Johan. Ceh!

    Tapi last-last Johan ingat semula dan bersama semula dengan Arlisa. Happy ending! Saya tak tengok pun sebenarnya, saya jump-jump kan cerita tu. Banyak sangat lagu dan banyak sangat part yang membosankan. Kalau korang nak tengok, tengok lah. Mungkin bagi korang cerita ni best. Okey, boleh lah. Tapi tak boleh lawan cerita mas Azzam dengan Anna. Memang setakat ni belum ada cerita yang boleh menyaingi Ketika Cinta Bertasbih. Titik!




4 comments:

Ain Nadhirah said...

even tak pernah tengok cerita tu. Tapi macam dpt agak jer apa ending.

Ainaa Azlan said...

@Ain Nadhirah yup! filem melayu semakin lama semakin m'bosankan. mintak2 taun depn cerita best2 belaka

~daLucky0ne~ said...

dah tgk 29 febuari?kalo belum, saya cadangkan tgk la...lain dari yg lain =)

Ainaa Azlan said...

@~daLucky0ne~ belum tengk. lgpun sy kurang cite2 melayu ni. klau novel melayu okeylah jugk. hihi xpelah, klau rajin sy tengk 29 februari tu.